KANDUNGAN. Womb 2 Room, 2016,

KANDUNGAN • MUKADIMAH • KESILAPAN #1: DENGAR CERITA-CERITA KELAHIRAN YANG MENAKUTKAN • KESILAPAN #2: TIADA PELAN KELAHIRAN • KESILAPAN #3: MENJERIT DA...
Author: Jennifer Carr
6 downloads 1 Views 1MB Size
KANDUNGAN • MUKADIMAH • KESILAPAN #1: DENGAR CERITA-CERITA KELAHIRAN YANG MENAKUTKAN • KESILAPAN #2: TIADA PELAN KELAHIRAN • KESILAPAN #3: MENJERIT DAN MERONTA • KESILAPAN #4: TIDAK BERGERAK • KESILAPAN #5: SENTIASA TENGOK JAM • Kesilapan #6: tidak menggali ilmu penyusuan badan • Kesilapan #7: MENYANGKA SUSU AKAN “MENCURAH-CURAH” SEJURUS SELEPAS MELAHIRKAN • Kesilapan #8: INGIN MENETAPKAN CORAK TIDUR BAYI

Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

1

Mukadimah Kelahiran cahayamata sememangnya menjadi penantian bagi setiap pasangan ibubapa. Berdebar-debar hati sang ibu dan ayah menunggu si anak kunjung tiba. Segala barang persiapan dah siap dibeli; car seat, katil, lampin, baju, mainan, dan macam-macam lagi. Akan tetapi, ramai ibubapa yang tidak menumpukan perhatian yang secukupnya dengan ilmu kelahiran. Akibatnya, seringkali kita mendengar kisah-kisah kelahiran yang traumatik yang seolah-olah mengatakan yang badan wanita moden tidak lagi berupaya untuk melahirkan anak. Jadi apa kesilapan-kesilapan utama yang sering dilakukan oleh ibu-ibu terutamanya ibu pertama kali? Kami senaraikan 8 kesilapan yang kami biasa dengar dan kami harap ini dapat menjadi panduan kepada ibu-ibu lain untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

2

KESILAPAN # 1

dengar cerita kelahiran yang menakutkan

Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

3

KESILAPAN # 1: DENGAR CERITA KELAHIRAN MENAKUTKAN Ibubapa baru biasanya mahu belajar daripada ibu-ibu lain yang lebih berpengalaman. Dan ibu-ibu lain dengan semangat bercerita tentang kisah kelahiran mereka. Kebiasaannya, kelahiran dikatakan sebagai sakit, menakutkan, sengsara, dipenuhi azab dan komplikasi. Ibu-ibu baru pula mempercayai cerita-cerita ini. Dalam mindanya, “kalau semua orang kata sakit, maknanya sakit lah tu. Aku kena paksa diri terima kesakitan tu.” Jadi bila tiba harinya, si ibu yang hanya pernah dengar kisah kelahiran yang sengsara mengalami sama seperti apa yang didengarinya; sengsara, trauma, seksa. Apa yang kita percaya, itu yang kita dapat. Ini self-fulfilling prophecy. Tidak disangkal yang kelahiran setiap wanita adalah berbeza antara satu sama lain dan setiap wanita mempunyai tahap tahan kesakitan yang berlainan. Tetapi sensasi kelahiran adalah sama seperti sebuah maraton yang kita tidak boleh hentikan sampai bayi dilahirkan. Ia memerlukan semua daya konsentrasi dan fizikal untuk dilakukan. Namun, ingin kami tekankan di sini kepada ibu-ibu baru supaya dengar dan baca semua cerita yang anda mahu TAPI ambil iktibar dari yang menakutkan dan tiru apa yang positif. Adalah penting untuk anda mendengar kedua-dua jenis cerita supaya anda lebih seimbang bila mengambil sebarang keputusan tentang kelahiran anak anda. Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

4

KESILAPAN # 2

tiada pelan kelahiran

Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

5

KESILAPAN # 2: TIADA PELAN KELAHIRAN Pelan kelahiran ialah umpama alat komunikasi antara ibubapa dan pihak hospital. Ibubapa mempunyai jangkaan mereka tersendiri untuk kelahiran anak. Pihak hospital pula mempunyai polisi dan prosedur mereka tersendiri. Pelan kelahiran berupaya untuk membawa ibubapa dan pihak hospital ke situasi menang-menang. Contohnya ibu mahu anak disusukan sebaik saja selepas dilahirkan. Pihak hospital berkenaan pula selalunya akan mengukur, menimbang dan memeriksa bayi terlebih dahulu sebelum diberi ke ibu sebaik saja dilahirkan. Pelan kelahiran dapat menolong untuk membawa kedua-dua pihak untuk mencapai kata sepakat. Menulis pelan kelahiran juga adalah peluang untuk ibubapa untuk bertanya kepada diri sendiri apa yang penting untuk mereka dan apa yang mahu mereka capai di dalam proses bersalin. Sudah tentunya semua orang mahukan anak dan ibu yang selamat. Tetapi ada ibu-ibu yang tidak mahu langsung prosedur-prosedur tertentu seperti diberi ubat penahan sakit dan dia mahu yang keinginan ini dihormati. Ada yang lebih terbuka untuk menerima ubat-ubatan dan ini juga harus dihormati. Pelan kelahiran juga membantu seorang ibu merasa lebih mengawal situasinya sendiri. Kajian menunjukkan yang seorang ibu merasa lebih berpuas hati dengan proses kelahiran jika dia merasa yang dia ada kuasa kawalan semasa proses kelahiran walaupun kesudahannya bukan seperti yang dia inginkan. Jadi tuliskan pelan kelahiran dan pastikan ia sepanjang satu mukasurat sahaja.

Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

6

KESILAPAN # 3

MENJERIT DAN MERONTA

Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

7

KESILAPAN # 3: MENJERIT sewaktu kontraksi Saat kontraksi datang melanda, adalah automatik untuk kebanyakan ibu untuk masuk ke dalam mekanisme pertahanan. Menjerit, meraung, memekik adalah mekanisme pertahanan. Tetapi menjerit, meraung dan memekik adalah tidak produktif kerana anda dah bazir tenaga keluar ke atas dari kepala. Tenaga ini sepatutnya dialirkan ke bawah menuju vagina untuk menurunkan bayi. Ada kaitan fisiologi antara bukaan rahim dan mulut. Jika anda menjerit, bukaan rahim akan mengetat dan bukan membuka dan menipis. Bila anda mengejangkan rahang, bukaan serviks juga boleh terbantut. Bayangkan bersama suami dengan anda dalam keadaan kejang. Susah bukan? Sama juga dengan kelahiran. Sebaliknya apa yang anda boleh lakukan sewaktu kontraksi vocalisation atau mengerang dengan tona dan pic yang rendah, mendalam dan bergetar. Letakkan dua jari di atas tulang leher anda dan cuba mengerang dengan getaran. “Aaaaaaahhhhh….”, “Ooooohhhhh”, atau, “Mmmmmmmm”. Anda dapat rasakan jari anda bergetar. Getaran ini akan mengalir ke seluruh badan anda dan menghasikan ketenangan lalu mempercepatkan bukaan serviks.

Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

8

KESILAPAN #4

tidak bergerak langsung sewaktu kontraksi Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

9

KESILAPAN # 4: tidak bergerak Pada satu ketika dulu, ibu-ibu yang bersalin di hospital digalakkan untuk rehat dan baring sambil menunggu kelahiran bayi dan diberi ubat penahan sakit supaya ibu lebih selesa. Tetapi kajian menunjukan proses kelahiran sebegini membuatkan ibu lebih resah dan lebih fokus dengan rasa sakit lalu meningkatkan stress kepada ibu dan secara tidak langsung kepada bayi. Atas sebab itu, kebanyakan hospital telah memulakan inisiatif Hospital Mesra Ibu di mana salah satu ikrarnya ialah untuk membenarkan ibu-ibu yang berisiko rendah untuk bebas bergerak bagi menangani dan melegakan sensasi kontraksi. Jikalau anda adalah seorang ibu berisiko rendah, anda digalakkan untuk sentiasa bergerak. Anda boleh cuba posisi merangkak, melutut, berdiri, memeluk suami, mencangkung, duduk di atas tandas, duduk di atas bola gym, sujud dan bermacam lagi posisi yang badan anda sendiri akan maklumkan kepada anda. Pantauan denyut jantung bayi boleh dilakukan selang beberapa jam bergantung kepada kata doktor anda.

Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

10

KESILAPAN # 5

SENTIASA TENGOK JAM

Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

11

KESILAPAN # 5: SENTIASA TENGOK JAM Kesilapan ini sering dilakukan kerana si ibu mahu mengukur pencapaiannya sewaktu bersalin. Masalahnya bila anda terlampau taksub tengok jam dan bila doktor atau bidan memeriksa bukaan anda dan mendapati anda masih tidak membuka banyak, perasaan kecewa, geram, dan nak berputus asa akan datang dalam diri anda. Bila kita melahirkan, adalah lebih baik jika kita tinggalkan jam tu kepada doktor dan bidan. Kami sarankan, anda sebagai ibu jangan pedulikan jam. Jam adalah ciptaan manusia untuk memastikan semua manusia mengikut sistem yang teratur. Kelahiran anak bukan sebegitu. Kelahiran mengikut rentaknya sendiri dan rahim kita dan bayi kita tidak tahu tengok jam. Masukkan diri anda ke dalam keadaan tenang yang mutlak di mana waktu tidak lagi penting. Yang penting sekarang ialah ombakan rahim anda, bayi anda dan diri anda sendiri. Bayangkan setiap 20 minit rasa seperti 5 minit dan anda akan dapati yang serviks anda membuka dan menipis dengan lebih cepat, InsyaAllah.

Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

12

KESILAPAN # 6

tidak menggali ilmu penyusuan badan Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

13

KESILAPAN # 6: tidak menggali ilmu penyusuan badan "Perlu ke belajar utk menyusu badan ? Ibu-ibu zaman nenek moyang kita tak perlu belajar pun ? Bukankah menyusu badan sesuatu yang semulajadi ?" Ya, menyusu badan adalah cara semulajadi untuk menyusukan bayi. Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut, ramai ibu yang menganggap penyusuan badan akan berlaku dengan sendiri / secara otomatik. Tanggapan dan harapan sedemikianlah yang menyebabkan ramai ibu bapa tidak membuat persediaan sebelum bersalin. Dalam keadaan ideal, sesetengah bayi mampu melekap pada payudara dan menyusu dengan sendiri sejurus selepas dilahirkan. Namun tidak semestinya kemahiran menyusu datang dengan sendiri, kadangkala ia perlu dipelajari oleh ibu dan bayi (learned skill). Selain daripada teknik menyusu badan, persoalan paling lazim yang cukup merisaukan ibubapa adalah berkaitan dengan penghasilan susu ibu, corak penyusuan bayi dan tingkahlaku bayi ketika menyusu. Ibubapa yang mengambil inisiatif mempelajari asas penyusuan ibu sedari awal akan menemukan jawapan kepada persoalan tersebut diatas. Mereka lebih bersedia, lebih tenang, lebih yakin, tidak mudah ragu dan putus asa sekiranya berdepan dengan cabaran dalam penyusuan ibu kelak. Berbekal niat, usaha dan ilmu, inshaAllah pengalaman dan perjalanan penyusuan ibu akan lebih mudah.

Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

14

KESILAPAN #7

MENYANGKA SUSU AKAN “MENCURAHCURAH” SEJURUS SELEPAS MELAHIRKAN Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

15

KESILAPAN #7: tidak menggali ilmu penyusuan badan ”Saya nak sangat menyusukan bayi tapi susu setitik dua je lepas bersalin. Saya terpaksa bagi susu tambahan.” Ramai ibu menyangka payudara akan terasa penuh dengan susu ibu sejurus selepas bayi lahir. Terbayang susu ibu akan “mencurahcurah” sehingga dapat simpan banyak stok susu perahan. Tetapi yang dialami oleh ibu tidak seperti yang dibayangkan. Timbul rasa kecewa dan ibu mula meragukan kemampuan dirinya untuk menyusu badan. Sebenarnya, susu ibu yang dihasilkan pada 2 hari pertama selepas bersalin tidak banyak. Hanya lebih kurang 5-10 ml iaitu lebih kurang 1-2 sudu teh sahaja untuk setiap sesi penyusuan. Amaun ini cukup untuk memenuhi perut bayi baru lahir yang hanya sebesar guli dimana kapasitinya pun sekitar 5-10 ml juga. Walaupun amaunnya sedikit, susu awal ibu (kolostrum) padat dengan kalori & nutrien yang mudah dihadam. Faktor inilah yang menyebabkan bayi kerap menyusu. Apabila bayi menyusu awal dan kerap, badan ibu akan mendapat rangsangan untuk menghasilkan lebih banyak susu. Sekiranya penyusuan awal & kerap berlaku, ibu akan dapati payudaranya terasa lebih penuh sekitar 3-5 hari selepas bersalin. Oleh sebab itu, sangat penting untuk menyusukan bayi 8-12 kali setiap 24 jam sejak hari pertama bayi dilahirkan. Lebih kerap, lebih bagus kerana bayi akan dapat lebih banyak khasiat susu ibu dan pada masa yang sama merangsang payudara menghasilkan lebih banyak susu ibu. Ingat ! Penghasilan susu ibu mengikut konsep “demand & supply”. Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu ibu dihasilkan. Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

16

KESILAPAN #8

INGIN MENETAPKAN CORAK TIDUR BAYI Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

17

KESILAPAN # 6: MENETAPKAN CORAK TIDUR BAYI “Saya stress !! Waktu malam bayi saya lebih kerap menyusu dan lebih banyak berjaga. Bagaimana cara untuk latih bayi supaya tidur sebelah malam?” Salah satu perkara penting yang ibu bapa perlu faham adalah bayi baru lahir tidak dapat membezakan waktu malam dan siang. Ini disebabkan kitaran tidur bayi baru lahir belum cukup matang. Dalam kata lain kitaran tidur bayi baru lahir berbeza dengan orang dewasa. Dengan mengetahui fakta ini, diharapkan ibu & ayah lebih memahami tingkahlaku bayi, bersedia untuk menerima keadaan dimana bayi mungkin tidak tidur pada waktu malam sehingga awal pagi dan rutin harian terutama rutin tidur ibu akan berubah untuk sementara waktu. Semasa dalam pantang sehingga lebih kurang bulan kedua atau tiga, kebanyakan bayi lebih kerap menyusu pada sebelah malam berbanding waktu siang. Pada waktu siang, sesi penyusuan biasanya lebih singkat dan interval antara sesi penyusuan lebih lama. Ibu menyusu disyorkan supaya mengambil kesempatan untuk berehat / tidur ketika bayi tidur. Dengan cara ini, ibu akan lebih bertenaga dan bersedia untuk memenuhi keperluan bayi di waktu malam. Penyusuan malam sering disalah anggap sebagai pengganggu tidur ibu. Sebaliknya, kajian menunjukkan ibu yang menyusu badan secara eksklusif mendapat tidur 20-40 minit lebih lama daripada ibu yang bayinya menyusu botol. Kualiti tidur ibu menyusu juga lebih baik. Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

18

KESILAPAN # 6: MENETAPKAN CORAK TIDUR BAYI Bayi menyusu lebih kerap pada waktu malam bukanlah dengan niat untuk menyusahkan kedua ibu & ayah. Pada waktu malam, hormon prolaktin dan kandungan lemak susu lebih tinggi daripada waktu siang. Dengan kerap menyusu pada waktu malam, ibu menghasilkan lebih banyak susu dan bayi dapat membesar dengan cepat. Apabila umur bayi meningkat, kekerapan menyusu akan berkurang. Tanpa disedari, bayi kita cepat membesar dan tidurnya pula semakin nyenyak. Ibu juga tidak perlu lagi kerap bangun malam untuk menyusukan bayi.

Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

19

AKHIR KATA Kami dari Team Womb2Room berharap sedikit perkongsian ini dapat membantu anda dan keluarga anda mempersiapsediakan diri untuk kelahiran anak anda kelak. Pastikan anda sentiasa berbincang dengan doktor anda tentang keinginan dan kemahuan anda dan fahami prosedur-prosedur rutin yang sering dilakukannya untuk memastikan anda dan doktor anda berada pada tahap kefahaman yang sama. Kami doakan anda melahirkan dengan tenang dan senang. Ikhlas, Puan Ayuni Zainuddin (HypnoBirthing® Childbirth Educator) Dr Ning Desiyanti (International Board Certified Lactation Consultant & Baby Communication Expert) Untuk belajar mengenai kelahiran dan keibubapaan tenang dan senang, sila layari: www.womb2room.com www.facebook.com/womb2room

Womb 2 Room, 2016, www.womb2room.com

20



“All natural birth has a purpose and a plan; who would think of tearing open the chrysalis as the butterfly is emerging? Who would break the shell to pull the chick out?” — Marie Mongan

“Walaupun terdapat banyak persamaan antara kelahiran anak pertama dan kedua, perbezaan yang paling ketara ialah ilmu yang saya dan suami pelajari dalam kelas HypnoBirthing® dengan Womb 2 Room. Kami bersedia secara mental untuk berhadapan dengan cabaran untuk melahirkan bayi yang besar. Kami berdua 100% percaya bahawa badan saya telah dicipta oleh Allah swt untuk melahirkan anak ini tak kira apa saiznya. Suami saya memang pula memang dari dulu sangat menyokong tapi kali ini perbezaannya ialah beliau lebih ‘involved’ dengan mengingatkan saya tentang pernafasan, mengurut badan saya, dan membawa saya mandi air suam untuk mengurangkan sensasi ombakan rahim Saya percaya yang ilmu itu kuasa. Terima kasih Ayuni atas ilmu yang dicurahkan. -Khalipah Amirah, ibu yang melahirkan anak ketiga seberat 4.66kg