Kaedah Pembelajaran Tahfiz dan Hubungannya dengan Pencapaian Hafazan Pelajar

e-ISSN : 2289-6171 Journal of Al-Quran and Tarbiyyah, Vol 1(1) 2014 : 9-16 Kaedah Pembelajaran Tahfiz dan Hubungannya dengan Pencapaian Hafazan Pela...
Author: Bruce Howard
140 downloads 4 Views 323KB Size
e-ISSN : 2289-6171

Journal of Al-Quran and Tarbiyyah, Vol 1(1) 2014 : 9-16

Kaedah Pembelajaran Tahfiz dan Hubungannya dengan Pencapaian Hafazan Pelajar 1AZMIL

HASHIM HALIM TAMURI 3MISNAN JEMALI 4ADERI CHE NOH 1, 3Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak Malaysia 2, 4Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor Malaysia 2AB.

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau kaedah pembelajaran tahfiz di Institusi tahfiz Malaysia. Kajian ini melibatkan 212 pelajar tahfiz yang mengambil Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM. Instrumen soal selidik telah dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi semua bahagian dalam soal selidik adalah tinggi (>0.9). Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan min, sisihan piawai, peratus, ujian-t dan korelasi Pearson.Dapatan kajian menunjukkan kaedah pembelajaran tahfiz al-Quran berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis data inferensi mendapati perbezaan yang signifikan antara “ jantina” dan “lokasi institusi tahfiz” dengan kaedah pembelajaran tahfiz pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kukuh antara kaedah pembelajaran tahfiz dengan pencapaian hafazan pelajar. Implikasi kajian telah merumuskan elemen-elemen kaedah pembelajaran tahfiz perlu diberi perhatian khusus oleh semua pihak dalam merangka kurikulum pengajaran dan pembelajaran tahfiz agar kecemerlangan kualiti hafazan pelajar tercapai. Kata Kunci: Kaedah pembelajaran, pembelajaran tahfiz, pencapaian hafazan ABSTRACT This study aims to explore the method of learning Quran memorization (tahfiz) in tahfiz institutions in Malaysia. The study involved 212 tahfiz students who are doing Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM programme. Questionnaires were developed by the researcher and the contents were validated by an expert reference panel. The results of the study showed that alpha Cronbach reliability value levels for all parts of the questionnaires were high (>0.9). The quantitative of the questionnaires were analyzed using the statistical descriptive and inferential using mean, standard deviation, percentage, t-test and Pearson correlation. The results of the inferential studies showed that the method of learning tahfiz was moderately high. Inferential data analysis showed that there was a significant difference between “gender” and “location tahfiz institutions” and method of tahfiz learning. The results also showed a significant relationship between the method of tahfiz learning and student memorizing achievements. The implication of this study indicated that the elementsof learning tahfiz method should be given special attention by all parties in the process of drafting the curriculum of teaching and learning tahfiz in order for the students to achieve excellent memorizing quality. Keywords: Method of learning, tahfiz learning, memorizing achievements

PENDAHULUAN Pendidikan Islam bermula dengan penurunan wahyu yang pertama di mana Rasulullah s.a.w. diajar membaca surah al-Alaq dan menghafazkannya.Menghafaz al-Quran merupakan kaedah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam mengajar al-Quran kepada para sahabat.(Al-Habash, 1987). Allah telah mempermudahkan kepada manusia untuk menghafaz al-Quran (al-Qamar 54:17) dan memelihara isi kandungannya supaya al-Quran terpelihara dari segala bentuk penyelewengan dan perubahan (al-Hijr 15:9). Menghafaz al-Quran merupakan satu usaha untuk mencegah terputusnya jumlah kemutawatiran al-Quran dan juga mengelak dari sebarang usaha untuk menyelewengkan dan memalsukan al-Quran (Al-Suyuti 1987). Allah telah memuji dan menyanjung tinggi kepada orang yang menghafaz al-Quran dengan memberi penghormatan dan gelaran yang mulia seperti pilihan Allah (Fathir 35:32), orang yang telah diberi ilmu (al-Ankabut 29:45) dan penjaga keaslian al-Quran (al-Hijr 15: 9). Corresponding Author : Azmil Hashim, PhD - Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak Malaysia, [email protected]

10 LATAR BELAKANG KAJIAN Perkembangan pengajian tahfiz kebanyakan negeri-negeri di Malaysia bergerak dengan haluan sendiri berdasarkan kemunculan sekolah tahfiz swasta dan sekolah tahfiz rakyat. Akibatnya setiap negeri atau pengusaha tahfiz terlalu bebas memakai mana-mana kurikulum dan kaedah pengajaran dari mana-mana negara mengikut rasa dan latar belakang pendidikan individu guru berkenaan (Azmil Hashim, 2010). Ini menyebabkan guru tahfiz mengajar berdasarkan pengalaman mereka tanpa mengikuti kaedah yang tertentu. Oleh yang demikian sistem pengajian yang dilaksanakan tidak berpandukan kepada kaedah pengajaran yang khusus dan teratur.(Wan Muhammad, 1995). Antara faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca kelemahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz ialah guru didapati masih mengekalkan kaedah tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz (Mohamad Marzuqi, 2008; Azmil Hashim, 2010) walaupun mereka bersetuju dengan berkeyakinan penggunaan teknologi membantu dalam meningkatkan mutu hafazan al-Quran. (Mohamad Marzuqi, 2008). Selain itu, kelemahan dalam pencapaian hafazan pelajar juga dikenal pasti berpunca daripada kekurangan dalam strategi gaya pembelajaran tahfiz iaitu, pelajar tidak mempunyai strategi, kaedah dan motivasi dalam pembelajaran tahfiz (Misnan dan Ahmad Sadadi, 2003; Azmil Hashim, 2010). Proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz yang tersusun masih belum dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana kemahiran ikhtisas perguruan yang ditawarkan dalam institusi-institusi pendidikan tidak banyak menyumbang dalam kemahiran ikhtisas perguruan tahfiz (Azmil Hashim et. al., 2013). OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang dilaksanakan secara umumnya bertujuan untuk meninjau kaedah pembelajaran tahfiz al-Quran yang telah diamalkan oleh pelajar tahfiz. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti perbezaan kaedah pembelajaran pelajar tahfiz al-Quran berdasarkan jantina dan lokasi institusi tahfiz serta menganalisis adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pembelajaran pelajar dengan pencapaian hafazan pelajar. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik kerana kajian ini bersesuaian dengan kaedah tinjauan (Robson, 1988). Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik jawapan dipilih. Dalam kajian ini penyelidik telah memilih untuk menggunakan kaedah pemungutan data secara skala jawapan jenis Likert lima mata sebagai skala jawapan responden terhadap semua penyataan yang digunakan dalam instrumen kajian ini. Skala Likert adalah sesuai digunakan bagi mengukur pandangan yang diberikan oleh responden dalam ruang tertentu secara berterusan tentang suatu amalan persepsi dan sikap (Cohen L et al, 2000). Bagi menentukan kesahan dalaman soal selidik telah dirujuk kepada sembilan orang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang masing-masing yang terdiri daripada kepakaran dalam bidang pendidikan tahfiz, pendidikan al-Quran dan penyelidikan. Manakala kebolehpercayaan itemitem dalam soal selidik ini, satu analisis data telah dilakukan untuk mendapatkan nilai alpha Cronbach. Didapati instrumen soal selidik pelajar ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu nilai alpha Cronbach 0.96 seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.Jadual ini menunjukkan bahawa instrumen tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Jadual 1: Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan Indikator Sangat Tinggi Tinggi Sederhana Rendah

Nilai alpha Cronbach 0.90-1.00 0.70-0.89 0.30-0.69 0.00-0.30

Sumber: Brymen & Cramer (1999) Kajian ini telah dijalankan di 11 buah maahad dan institut tahfiz di seluruh negara yang melaksanakan Kurikulum Tahfiz Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Seramai 212 pelajar yang Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 9-16

11 dipilih menjadi responden kajian yang terdiri daripada pelajar semester enam di Darul Quran JAKIM dan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN). Proses penganalisisan data-data kuantitatif ini dilakukan secara deskriptif melalui analisis berkomputer menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences Version 12.0. Statistik deskriptif yang digunakan ialah frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawaian. Penyelidik menghuraikan analisis deskriptif ini dengan menggunakan jadual interpretasi min tingkah laku afektif yang telah dirumuskan oleh Nunally (1978) seperti di Jadual 2. Interpretasi terhadap min disusun mengikut turutan menurun dari min yang paling tinggi hingga kepada min yang paling rendah. Jadual 2: Interpretasi Min Dimensi Tingkah Laku Afektif Skor min 4.01-5.00 3.01-4.00 2.01-3.00 1.01-2.00

Interpretasi Tinggi Sederhana Tinggi Sederhana Rendah Rendah

Sumber: Stufflebeam (1971) Kaedah penganalisisan data statistik inferensi digunakan untuk mendapatkan inferens daripada statistik sesuatu sampel bagi seluruh populasi. Prosedur Independent-Samples T Test telah digunakan bagi menguji araske ertian perbandingan skor min untuk pemboleh ubah bebas iaitu jantina (lelaki dan perempuan) dan lokasi institusi (DQ dan MTQN). Pekali korelasi yang menggunakan prosedur Bivariate Correlations untuk mengukur kekuatan korelasi antara pemboleh ubah bersandar yang digunakan.Dalam hal ini, model korelasi Pearson telah digunakan kerana pemboleh ubah bersandar yang diuji menggunakan skala sela (Davies, 1971) seperti ditunjukkan di Jadual 3. Jadual 3: Nilai Pekali Korelasi Nilai Pekali Korelasi (r) 1.00 0.70-0.99 0.50- 0.69 0.30-0.49 0.10-0.29 0.01-0.09

Tafsiran Pekali Sempurna Sangat Tinggi Kukuh Sederhana Rendah Boleh diabaikan

Sumber: Davies (1971) DAPATAN KAJIAN Kaedah Pembelajaran Tahfiz Al-Quran Jadual 4.4 menunjukkan min, sisihan piawai, kekerapan, peratusan dan interpretasi gaya pembelajaran tahfiz al-Quran dari persepsi pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa enam item kaedah pembelajaran tahfiz mencatatkan interpretasi min pada tahap tinggi, tiga item mencatatkan interpretasi min pada tahap sederhana tinggi dan lima item mencatatkan interpretasi min pada tahap sederhana rendah. Item yang mendapat interpretasi min pada tahap tinggi ialah item ditasmic untuk mentashihkan hafazan (min=4.60, sp=0.74) peratus amat kerap dan kerap 93.1%, item ditasmic untuk penilaian (min=4.58, sp=0.76) peratus amat kerap dan kerap 91.2%, item membaca ayat di hadapan pensyarah selepas di hafaz (min=4.51, sp=0.95) peratus amat kerap dan kerap 89.9%, item ditasmic untuk mengukuhkan hafazan (min=4.39, sp=0.98) peratus amat kerap dan kerap 83.5%, item menambah jumlah takrar pada ayat yang susah (min=4.23, sp=1.12) peratus amat kerap dan kerap 79.9% dan item takrar ayat sehingga hafaz (min=4.04, sp=1.14) peratus amat kerap dan kerap 74.3%. Manakala item yang mendapat interpretasi min sederhana tinggi ialah item mencari maksud ayat (min=3.90, sp=1.12) peratus amat kerap dan kerap 64.7%, item mencari makna kalimah ayat (min=3.88, sp=1.11) peratus amat kerap dan kerap 74.3%, dan item talaqqi dan musyafahah (min=3.32, sp=1.41) peratus amat kerap dan kerap 51.4%. Item yang mendapat interpretasi min sederhana rendah ialah item mencari pengajaran ayat (min=2.86, sp=1.12) peratus amat kerap dan kerap 26.8%, item mendengar bacaan contoh (min=2.82, sp=1.36) peratus amat kerap dan kerap 32.6%, item melakukan tadarus hafazan (min=2.73, sp=1.08)

12 peratus amat kerap dan kerap 21.1%, item melakukan tadarus untuk mengukuhkan hafazan (min=2.71, sp=1.10) peratus amat kerap dan kerap 22.5%, item melakukan tadarus untuk mentashihkan hafazan (min=2.70, sp=1.12) peratus amat kerap dan kerap 23.4%, item menggunakan kaedah penulisan (min=2.70, sp=1.14) peratus amat kerap dan kerap 24.4%, item menggunakan kaedah penulisan pada ayatayat yang susah (min=2.68, sp=1.17) peratus amat kerap dan kerap 25.6%, item menggunakan kaedah penulisan bagi mengelakkan mudah terlupa (min=2.66, sp=1.14) peratus amat kerap dan kerap 25.2%, item penilaian melalui penulisan (min=2.66, sp=1.22) peratus amat kerap dan kerap 26.2%, item mencari asbab nuzul ayat (min=2.57, sp=1.09) peratus amat kerap dan kerap 16.1% dan item membaca ayat di hadapan pensyarah sebelum menghafaz (min=2.33, sp=1.43) peratus amat kerap dan kerap 24.8%. Jadual 4: Kaedah Pembelajaran Tahfiz Al-Quran Kaedah P&P Tahfiz Ditasmi untuk mentashih hafazan Ditasmi untuk penilaian Membaca ayat dihadapan pensyarah selepas dihafaz Ditasmicuntuk mengukuhkan hafazan Menambah jumlah takrar pada ayat yang susah Takrar ayat sehingga hafaz Mencari maksud ayat Mencari makna kalimah ayat Talaqqi dan musyafahah Mencari pengajaran ayat Mendengan bacaan contoh Melakukan tadarus hafazan Melakukan tadarus untuk mengukuhkan hafazan Melakukan tadarus untuk mentashih hafazan Menggunakan kaedah penulisan Kaedah penulisan pada ayat-ayat yang susah Kaedah penulisan bagi mengelak mudah terlupa Penilaian melalui penulisan Mencari asbab nuzul ayat Membaca ayat dihadapan pensyarah Min Keseluruhan

Min 4.60 4.58 4.51 4.39 4.23 4.04 3.90 3.88 3.32 2.86 2.82 2.73 2.71 2.70 2.70 2.68 2.66 2.66 2.57 2.33 3.34

S.P 0.74 0.76 0.95 0.98 1.12 1.14 1.12 1.11 1.41 1.12 1.36 1.08 1.10 1.12 1.14 1.17 1.14 1.22 1.09 1.43 0.60

Interpretasi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Tinggi Sederhana Tinggi Sederhana Tinggi Sederhana Rendah Sederhana Rendah Sederhana Rendah Sederhana Rendah Sederhana Rendah Sederhana Rendah Sederhana Rendah Sederhana Rendah Sederhana Rendah Sederhana Rendah Sederhana Rendah Sederhana Tinggi

Dapatan kajian juga menunjukkan kaedah takrar dan tasmic ini merupakan kaedah yang sering dilaksanakan oleh pelajar di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran.Walaupun pensyarah menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah secara menyeluruh namun pelajar merasakan bahawa kaedah talaqqi dan musyafahah yang dilakukan oleh pensyarah masih tidak mencukupi dan tidak mencapai tahap yang sepatutnya.Pelajar juga kurang berusaha dalam mencari makna kalimah dan maksud ayat dalam menghafaz al-Quran. Manakala amalan mendengar bacaan contoh daripada pensyarah, membaca ayat di hadapan pensyarah sebelum dihafaz, mencari asbab nuzul ayat dan pengajaran ayat amat kurang diberi penekanan oleh pelajar.Pelajar juga amat kurang melakukan amalan tadarus dan menggunakan kaedah penulisan dalam hafazan al-Quran.

Perbezaan Skor Min Kaedah Pembelajaran Tahfiz al-Quran Berdasarkan Demografi Jantina Hasil Analisis Varian Sehala bagi menguji skor min kaedah pembelajaran pelajar tahfiz al-Quran berdasarkan demografi jantina. Jadual 5: Ujian-t Perbezaan Kaedah Pembelajaran Tahfiz berdasarkan Jantina Jantina Lelaki Perempuan

N 120 98

Min 3.33 3.35

SP 0.66 0.52

Nilai t -0.348

Sig.P 0.002*

Signifikan pada aras p

Suggest Documents