Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014 TAHAP PELAKSANAAN PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM LATIHAN MENGAJAR MENURUT...
51 downloads 0 Views 274KB Size
Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

TAHAP PELAKSANAAN PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM LATIHAN MENGAJAR MENURUT PERSEPSI GURU-GURU PELATIH FAKULTI PENDIDIKAN KUIS : SATU TINJAUAN AWAL Oleh : Sapie Sabilan, Mohamad Fuad Ishak, Mohd Kamal Din@Nasirudin, dan Rekkeman Kusut

Abstrak Pemilihan dan pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam mewujudkan keberkesanan penyampaian ilmu kepada pelajar. Namun begitu, kegagalan guru dalam pemilihan dan penggunaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai mengakibatkan kegagalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, kajian tinjauan dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap kesesuaian pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran oleh guruguru pelatih Fakulti Pendidikan KUIS. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen pemerolehan data. Seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kalangan guru-guru pelatih secara sepenuh masa. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (version 22.0) bagi mendapatkan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai bagi setiap item. Dalam objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kesesuaian penggunaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik oleh guru-guru pelatih semasa latihan mengajar. Hasil kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap kesesuaian pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru pelatih Fakulti Pendidikan KUIS adalah sederhana tinggi iaitu (min=3.39, sp=0.70). Hasil dapatan kajian diharap dapat membantu pihak Fakulti Pendidikan untuk menambahbaik kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Kata Kunci : Latihan Mengajar, Guru Pelatih

PENGENALAN Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan potensi manusia secara menyeluruh terhadap aspek-aspek rohani, aqli dan jasmani melalui aktiviti-aktiviti yang saling berkaitan iaitu pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa komponen iaitu guru, murid, objektif pembelajaran, isi pelajaran, kaedah pengajaran, media dan penilaian. Tujuan pembelajaran yang diinginkan seharusnya mencapai tahap yang optimum dan perlu beberapa perkara diperhatikan oleh guru iaitu aspek pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan perlu dimiliki dan difahami oleh setiap guru. Keberhasilan proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada cara guru mengajar. Guru semestinya mampu menyesuaikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya objektif dan matlamat pengajaran dapat dicapai. (Wan Zah Wan Ali 2000) Manakala latihan mengajar merupakan salah satu komponen kurikulum yang penting untuk melengkapkan keilmuan seseorang guru pelatih sebelum mereka ditempatkan menjadi guru sebenar dalam sistem pendidikan. Ini bermakna 88

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014 segala ilmu pedagogi dan amalan yang dipelajari akan diaplikasikan terlebih dahulu sebelum mereka menjadi guru yang sebenar. Latihan mengajar adalah satu kompenen yang sangat penting dalam sesuatu program latihan guru (Abdul Raof dan T. Subahan 1991). Melalui latihan mengajar guru pelatih akan dapat menunjuk dan mengamalkan tingkah laku yang diinginkan untuk mengajar secara berkesan serta cuba menggunakan segala teori yang telah dipelajari semasa mengikuti kursus pendidikan. Selain itu, guru pelatih boleh mengembangkan kecekapan dan kemahiran mengajar dengan mencuba pelbagai pendekatan dan teknik pengajaran dalam pelbagai situasi pengajaran. Semasa pengajaran berlaku, guru pelatih seharusnya meneroka dan mempraktikkan ilmu pengetahuan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini membolehkan guru pelatih menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan konsep 5M (mudarris, mu’allim, murabbi, muaddib dan mursyid). (Kamarul Azmi Jasmi et. al 2007).

PENYATAAN MASALAH Penggunaan strategi pengajaran yang berkesan oleh guru akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan akhirnya membawa kepada kecemerlangan pelajar. Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas yang bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Malah ia melibatkan beberapa teknik dan strategi yang perlu diaplikasikan oleh setiap guru. Berdasarkan kajian lalu, beberapa masalah yang timbul semasa guru pelatih menjalani latihan mengajar yang perlukan penilaian dan penyelidikan. Menurut Zakaria Kasa dan Abdul Rahman (1995), guru pelatih menghadapi kesukaran untuk melakukan beberapa aktiviti seperti mengajar dalam tempoh masa yang membolehkan murid memberi tumpuan sepenuhnya, memilih alat bantu mengajar yang sesuai, memilih kaedah mengajar yang sesuai, mengetahui latar belakang setiap murid yang diajar dan mengingati semua nama murid yang diajar. Menurut Ramlah (2001) isu kepentingan latihan mengajar sememangnya diakui ramai penyelidik dan ahli akademik. Mengikut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia (2005), prestasi guru pelatih adalah ditahap kurang memuaskan. Manakala menurut Baharin Abu (2006), tahap kesediaan, minat dan sikap, pengetahuan dan kemahiran guru pelatih masih rendah. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh guru pembimbing dalam program latihan mengajar amat besar dan penting kerana pengaruh mereka yang kuat terhadap guru pelatih. Mereka dianggap pakar oleh guru pelatih dan menjadi role model dalam pembentukan personaliti guru pelatih sebagai guru (Jamaluddin et. al:2006). Menurut Halstead (1995) menjelaskan bahawa para guru sangat disanjung dan diharapkan kerana mereka bukan sahaja berilmu semata-mata, tetapi juga mestilah mempunyai personaliti dan komitmen kepada Islam dan menunjukkan contoh yang baik kepada para pelajar, iaitu para pelajar boleh mengikuti guru mereka tanpa rasa ragu-ragu. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan tentang latihan mengajar. Terdapat beberapa isu yang masih subjektif yang perlukan penelitian rapi. Contohnya sebahagian daripada guru pelatih masih belum menguasai kemahiran mengajar dari aspek pendekatan, strategi, pemilihan kaedah, teknik, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM), penguasaan ilmu terhadap bidang yang diajar dan lain-lain. Berdasarkan penelitian pengkaji, mendapati masih tiada kajian yang mendalam berkaitan tajuk kajian ini. Realitinya, tidak semua guru mengetahui dan mampu mengaplikasikan strategi dan teknik pengajaran yang berkesan dalam pengajaran mereka khususnya bagi guru-guru pelatih Fakulti Pendidikan KUIS secara sepenuh masa ketika sesi latihan mengajar berlangsung walaupun terdapat sesi pengajaran mikro dan makro dalam kursus pembelajaran yang 89

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014 ditawarkan. Guru pelatih menghadapi kesukaran dalam merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, mengurus bilik darjah dan bahan bantu belajar. Majoriti pencapaian guru pelatih dalam latihan mengajar hanya mencapai tahap lulus dan maklumbalas yang kurang memuaskan daripada kebanyakan guru pembimbing di sekolah. Sehubungan itu, kajian tinjauan perlu dilaksanakan untuk mengenalpasti beberapa kelemahan yang wujud dan meningkatkan kualiti pengajaran guru-guru pelatih Fakulti Pendidikan KUIS agar cadangan penambaikan yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dikemukakan bagi tindakan semua yang terlibat dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN Pemilihan objektif kajian ini yang berkaitan dengan tajuk "Tahap Pelaksanaan Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Latihan Mengajar Menurut Persepsi Guru-Guru Pelatih Fakulti Pendidikan KUIS : Satu Tinjauan Awal” adalah seperti berikut: i. ii. iii.

Mengenalpasti tahap kesesuaian penggunaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik oleh guru-guru pelatih semasa latihan mengajar. Menganalisis tahap penguasaan pengurusan bilik darjah dalam kalangan guru-guru pelatih KUIS. Menganalisis tahap penggunaan sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu belajar.

BATASAN KAJIAN Tumpuan kajian ini adalah untuk mengkaji aspek pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran guru-guru pelatih yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa. Kajian ini tidak mengkaji pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah di negeri Selangor.

METODOLOGI KAJIAN Rekabentuk Kajian Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif iaitu ianya dijalankan untuk mengenal pasti sejauhmanakah tahap kesesuaian program yang diambil di Fakulti Pendidikan dalam memenuhi keperluan sebagai seorang guru. Data-data kajian dikumpul menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana ianya sesuai digunakan bagi mengetahui sikap seseorang. (Mohamad Najib, 2003). Sampel kajian ini terdiri daripada para pelajar Fakulti Pendidikan KUIS iaitu para pelajar daripada Diploma Perguruan (TASL) dan Diploma Perguruan (TESL) yang telah mengikuti kursus latihan mengajar. Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada responden secara terus. Semua maklumat yang telah diperolehi daripada soal selidik yang dijalankan dianalisa dengan menggunakan Statistical Package For Science Social (SPSS 22.0). Data kajian ini telah diproses dan dianalisis menggunakan teknik analisa deskriptif min dan sisihan piawai bagi mendapatkan keputusan kajian. Populasi dan Sampel Kajian

90

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014 Populasi akan menentukan bidang masalah yang perlu dikaji bagi mendapatkan maklumat dan data. Seterusnya maklumat tersebut dikumpul dan dianalisis. Di samping itu, populasi juga menentukan masa tenaga dan perbelanjaan yang perlu digunakan dalam menjalankan penyelidikan. Kajian ini adalah kajian rintis iaitu jumlah populasi pelajar adalah terdiri 30 orang daripada para pelajar sepenuh masa yang mewakili pelajar Diploma Perguruan TESL dan TASL yang telah menjalani latihan praktikum bermula daripada bulan Januari sehingga Mac 2014. Populasi merangkumi semua ahli yang terdapat dalam anggota populasi, manakala sampel ialah ahli-ahli kumpulan yang dipilih daripada populasi untuk mengkaji sifat dan parameter populasi. Instrumen Kajian Jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada soal selidik yang diadaptasi daripada model penilaian (CIPP) Stufflebeam, D.L. (2000). Faktor penyelidik memilih menggunakan soal selidik adalah bagi mengumpulkan maklumat daripada responden. Manakala cadangan jawapan yang dikemukakan juga memudahkan responden menjawab dengan cepat (Mohamad Najib 1999). Pecahan dan bilangan soalan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual 1 di bawah: Jadual 1: Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian Sub item Konteks  Kemahiran generik  Kemahiran asas pedagogi  Kemahiran komunikasi  Kemahiran pengurusan masa  Perkembangan sahsiah dan sikap  Kursus teras dan wajib fakulti  Pengetahuan ilmu pendidikan secara teori Input  Pengetahuan dan penguasaan ilmu pensyarah  Kursus pendidikan  Teori dan amali pengajaran  Kemahiran ict  Kemahiran bahasa  Isi pelajaran  Tugasan yang diberikan Proses  Kaedah dan teknik pengajaran  Penyediaan tugasan yang diberikan(Ros dan folio)  Pendedahan taklimat latihan mengajar  Penggunaan ICT  Amalan pengajaran di sekolah Produk

Objektif Kajian Membincangkan tentang tahap penguasaan guru pelatih Diploma Perguruan Fakulti Pendidikan KUIS terhadap teori-teori pembelajaran.

Menganalisis kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pengajaran dalam latihan mengajar guru-guru pelatih Diploma Perguruan Fakulti Pendidikan KUIS.

Menilai kaedah, proses penyeliaan dan bimbingan terhadap guru-guru pelatih Diploma Perguruan Fakulti Pendidikan KUIS.

91

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014        

Ilmu pengetahuan Ilmu pembelajaran sepanjang hayat Keyakinan Pembelajaran dan pengajaran Kemudahan pembelajaran Kemahiran mengajar Bilangan jam kredit Kursus yang ditawarkan

Mengenalpasti sejauhmana tahap penguasaan guru pelatih Diploma Perguruan Fakulti Pendidikan KUIS terhadap kemahiran dan pelaksanaan pengajaran

DAPATAN KAJIAN Dapatan Kajian Rintis Instrumen Kajian ini merupakan kajian rintis yang melibatkan 30 orang guru pelatih Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Hasil analisis yang dilakukan mendapati nilai pekali alpha bagi tahap kebolehpercayaan borang soal selidik yang digunakan adalah tinggi melebihi 0.61.

Indikator Sangat Tinggi Tinggi Sederhana Rendah

Jadual 2:Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan Nilai Alpha Cronbach >0.90 0.70 – 0.89 0.30 – 0.68 0.30

Jadual 3: Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach Instrumen Latihan Mengajar Guru

Bahagian BA

Penilaian Konteks Bahagian B

Penilaian Input Bahagian C

Penilaian Proses Bahagian D

Penilaian Produk

Bilangan Item 8

Nilai Alpha 0.748

Bilangan Item 12

Nilai Alpha 0.670

Bilangan Item 18

Nilai Alpha 0.750

Bilangan Item 24

Nilai Alpha 0.867

Hasil analisis kebolehpercayaan alpha cronbach mendapati penilaian konteks berada pada nilai alpha 0.758 (Tinggi), penilaian input berada pada nilai alpha 0.670 (Tinggi), penilaian proses berada pada nilai alpha 0.750 (Tinggi) dan penilaian produk berada pada nilai alpha 0.867 (Tinggi). Nilai keseluruhan nilai alpha cronbach berada pada tahap sangat tinggi iaitu 0.90. Reka bentuk kajian ini bersifat kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan (survey). Instrumen yang digunakan ialah satu set soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A: latar belakang responden. Bahagian B terbahagi kepada kepada empat bahagian 92

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014 iaitu a) Penilaian Konteks b) Penilaian Input c) Penilaian Proses d) Penilaian Produk. Rekabentuk kajian ini bersifat kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan (survey). Soal selidik ini dibina berdasarkan skala Likert 1 hingga 5 yang telah dikategorikan dan diinterpretasikan kepada empat tahap seperti dalam jadual di bawah: Jadual 3 : Interpretasi skor purata (Skala Likert 5) Skor purata Interpretasi 1.0 hingga 2.00 2.01 hingga 3.00 3.01 hingga 4.00 4.01 hingga 5.00

Rendah Sederhana Rendah Sederhana Tinggi Tinggi

Sumber: Azhar Ahmad (2006) dan Ahmad Munawwar (2009)

DAPATAN KAJIAN Profil Responden Kajian Rintis Latihan Mengajar Guru Instrumen kajian telah diedarkan kepada guru-guru pelatih Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa yang terdiri 15 orang responden (50%) adalah lelaki dan 15 orang responden (50%) adalah perempuan. Seramai 29 orang (96.7%) responden berumur kurang daripada 25 tahun dan seorang responden (3.3%) berumur antara 36 hingga 45 tahun. Tidak terdapat responden yang berumur 25 tahun – 35 tahun. Dari segi program pengajian mendapati 12 orang responden (40.0%) daripada program Diploma Perguruan TESL berbanding 18 orang responden (60.9%) adalah daripada program Diploma Perguruan TASL. Tidak terdapat responden daripada guru pelatih daripada Diploma Perguruan pendidikan Islam (PI). Seramai 23 orang responden (76.7%) mempunyai taraf pendidikan pada peringkat SPM, dua orang responden (6.7%) mempunyai taraf pendidikan pada peringkat STPM/STAM, manakala 5 orang responden (16.7%) mempunyai taraf pendidikan di peringkat Diploma. Seramai dua orang responden (6.7%) mempunyai pencapaian HPNG antara 2.00 – 2.50, 14 orang responden (46.7%) mempunyai pencapaian HPNG antara 2.51 – 3.00, 13 orang responden (43.3%) mempunyai pencapaian HPNG antara 3.01 – 3.50 dan hanya 1 orang responden mencapai HPNG antara 3.51 – 4.00. Seramai 13 orang responden (43.3%) pernah mengulangi kursus, manakala 17 orang responden (56.7%) tidak pernah mengulangi kursus semasa dalam pengajian. Pembiayaan pengajian yang terakhir mencatatkan seramai 17 orang responden (56.7%) dibiayai oleh PTPTN, seramai 8 orang responden (26.7%) ditanggung secara sendiri, manakala seramai 5 orang responden (16.7%) mendapat tajaan lain seperti MARA dan bantuan pendidikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor . Jadual 4: Maklumat Profil Responden Guru Pelatih dalam Kajian Rintis Profil Jantina Umur

Program

Taraf Pendidikan

Kategori Lelaki Perempuan Kurang dari 25 Tahun 25 - 35 tahun 36 - 45 tahun Diploma Perguruan (TASL) Diploma Perguruan (TESL) Diploma Perguruan (PI) SPM STPM

93

Kekerapan 15 15 29 1 18 12 23 2

Peratusan 50 50 96.7 3.3 60 40 76.7 6.7

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

Pencapaian HPNG

Pernah Mengulang Kursus/ Semester Pengajian Pembiayaan Pengajian Terakhir

Diploma 2.00 - 2.50 2.51 - 3.00 3.01 - 3.50 3.51 - 4.00 Ya Tidak PTPTN Sendiri Lain-Lain

5 2 14 13 1 13 17 17 8 5

16.7 6.7 46.7 43.3 3.3 43.3 56.7 56.7 26.7 16.7

Sub tajuk kajian ini hanya memfokuskan kepada satu konstrak sahaja iaitu penilaian proses pendekatan/ strategi/ kaedah dan teknik yang mengandungi enam item. Jadual di bawah menunjukkan dapatan kajian tersebut. Jadual 5: Analisis deskriptif Penilaian Proses Pendekatan/Strategi/Kaedah/Teknik Kod BC01 BC02

BC03 BC04 BC05 BC06

Item Saya memilih pendekatan/ strategi/ kaedah dan teknik bersesuaian dengan hasil pembelajaran. Saya mampu mempelbagaikan penggunaan kaedah dan teknik mengikut tahap penguasaan murid dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Saya menghadapi masalah pengurusan bilik darjah ketika sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Saya selalu menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar. Saya jarang mencari bahan rujukan dan maklumat daripada internet. Sekolah praktikum saya membantu menyediakan prasarana yang mencukupi.

Min 3.97

Sp. 0.72

Interpretasi Sederhana Tinggi

3.56

0.63

Sederhana Tinggi

2.53

0.86

Sederhana Rendah

3.23

1.01

Sederhana Tinggi

3.57

1.16

Sederhana Tinggi

3.23

0.97

Sederhana Tinggi

Jumlah Keseluruhan

3.39

0.70

Sederhana Tinggi

Skala julat min dihuraikan oleh pengkaji mengikut turutan min yang paling tinggi iaitu (3.97) kepada min yang paling rendah iaitu (2.53). Secara umumnya, jadual menunjukkan nilai min keseluruhan bagi elemen Pendekatan/Strategi/Kaedah/Teknik berada pada tahap yang sederhana tinggi iaitu (min=3.39, sp=0.70). Secara keseluruhannya enam item berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian menunjukkan responden memilih pendekatan/strategi/ kaedah dan teknik bersesuaian dengan hasil pembelajaran adalah sederhana tinggi (min=3.97, sp=0.72). Didapati responden jarang mencari bahan rujukan dan maklumat daripada internet mendapat skor min yang sederhana tinggi (min=3.57, sp=1.16). Responden mampu mempelbagaikan penggunaan kaedah dan teknik mengikut tahap penguasaan murid dalam sesi pembelajaran dan pengajaran juga mendapat skor min yang sederhana tinggi (min=3.56, sp=0.63). Keadaan responden selalu menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar dan sekolah tempat berpraktikum membantu guru pelatih menyediakan prasarana yang mencukupi mendapat skor min yang sama (3.23). Data seterusnya menunjukkan skor min terendah (min=2.53,sp=0.86) merujuk kepada responden menghadapi masalah pengurusan bilik darjah ketika sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. 94

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

PERBINCANGAN Keputusan kajian mendapati bahawa pada umumnya dapatan kajian menunjukkan nilai min keseluruhan bagi elemen pendekatan/strategi/kaedah/teknik berada pada tahap yang sederhana tinggi iaitu (min=3.39, sp=0.70). Secara keseluruhannya enam item berada pada tahap sederhana tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan responden dari aspek penilaian proses pendekatan/strategi/kaedah/teknik adalah baik. Melihat kepada item dari sudut nilai min yang tertinggi (3.97) menurut persepsi responden/guru pelatih mereka mampu memilih pendekatan/ strategi/ kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran. Dalam hal ini, Turner berpendapat bahawa pelajar perlu membentuk pola atau gaya pembelajaran bagi membolehkan mereka mencapai objektif pembelajaran. Pendidik yang berusaha memahami gaya pembelajaran pelajar lebih awal, boleh menggunakannya bagi membaiki kelemahan pelajar dan menjadikannya sebagai asas untuk membina kekuatan pengajaran. Kesesuaian strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan adalah bergantung kepada objektif pengajaran dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Namun ada kalanya kaedah pengajaran yang dirasakan sesuai masih tidak mampu meningkatkan pencapaian kesemua pelajar. Ini adalah berikutan kepelbagaian tahap penerimaan pelajar terhadap maklumat yang cuba disampaikan akibat daripada gaya pembelajaran yang berbeza-beza antara pelajar. Ini diperkukuhkan dengan kenyataan Gainen dan Locatelli (1995) iaitu pencapaian seseorang pelajar dipengaruhi oleh interaksi antara tiga faktor iaitu ciri pelajar, hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan persekitaran pembelajaran. Menurut pendapat Foster (1995) dan Gabbin (2002) yang menyatakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terlalu berpusatkan guru gagal dalam melatih pelajar kemahiran utama seperti kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan kemahiran komunikasi. Sistem pendidikan di Malaysia yang menekankan kepada pencapaian akademik secara tidak langsung menyebabkan pendidik memilih kaedah pengajaran berpusatkan guru atau kuliah dalam menyampaikan kandungan pelajaran dan meliputi sukatan pelajaran untuk memenuhi keperluan peperiksaan (Mladenovic 2001). Kekerapan guru pelatih mencari bahan rujukan dan maklumat daripada internet di tahap yang sederhana tinggi. Kajian oleh Ab. Halim (2006), mendapati kekerapan penggunaan web, perisian komputer, aplikasi komputer (power point) dan video kepada para pelajar di tahap yang sederhana. Rosmaria (2003) telah memfokuskan kajiannya kepada penggunaan komputer dan multimedia dalam pendidikan, khususnya pendidikan Islam mendapati bahan multimedia dan perisian komputer yang ada hanya berbentuk umum dan tidak dihasilkan melalui perisian canggih, tetapi hanya dihasilkan dalam bentuk cakera padat dan kurang mesra pengguna. Alatalat yang dihasilkan tidak mesra pengguna, kurang interaktif, kurang menggalakkan perkembangan kognitif dan juga kurang memberi motivasi kepada pelajar. Beliau juga mendapati proses pembinaan sebuah perisian pendidikan yang baik adalah sukar dan memerlukan pengetahuan dan penguasaan bahasa pengaturcaraan komputer. Seterusnya menurut persepsi responden kemampuan guru pelatih untuk mempelbagaikan penggunaan kaedah dan teknik mengikut tahap penguasaan murid dalam sesi pembelajaran dan pengajaran masih lagi di tahap sederhana tinggi. Guru-guru pelatih ini perlu dibimbing dan diselia dengan baik. Peranan yang dimainkan oleh guru pembimbing dalam program latihan mengajar amat besar dan penting kerana pengaruh mereka yang kuat terhadap guru pelatih. Mereka dianggap pakar oleh guru pelatih dan menjadi role model dalam pembentukan personaliti guru pelatih sebagai guru (Jamaluddin et. al:2006). Menurut Halstead (1995) menjelaskan bahawa para guru sangat disanjung dan diharapkan kerana mereka bukan sahaja 95

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014 berilmu semata-mata, tetapi juga mestilah mempunyai personaliti dan komitmen kepada Islam dan menunjukkan contoh yang baik kepada para pelajar, iaitu para pelajar boleh mengikuti guru mereka tanpa rasa ragu-ragu. Kajian oleh Ab Halim (2004) mendapati bahawa guru kerap menggunakan kaedah syarahan/kuliah kerana kos yang murah dan tanpa persediaan yang lama. Namun persoalan yang timbul adakah kaedah tersebut berkesan dan adakah guru benar-benar faham melaksanakan kaedah syarahan tersebut? Adakah para pelajar tertarik dengan cara, gaya dan pendekatan yang digunakan? Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu lebih kreatif untuk mempelbagaikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran serta menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai dengan pelajar. Abdul Fattah (2001) telah membincangkan peranan Rasulullah s.a.w sebagai pendidik yang unggul dan ulung. Kajian menunjukkan bahawa guru pelatih kebanyakannya menggunakan buku teks ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kekerapan guru menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar adalah sederhana tinggi. Penyediaan bahan bantu mengajar yang lain memerlukan masa dan kos. Oleh itu penggunaan buku teks yang kerap adalah tinggi di kalangan guru. Berdasarkan kajian Ab Halim (2006) mendapati kekerapan penggunaan buku teks dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sangat tinggi iaitu sebanyak 82 peratus. Menurut Zakaria Kasa dan Abdul Rahman (1995) pula, guru pelatih menghadapi kesukaran untuk melakukan beberapa aktiviti seperti mengajar dalam tempoh masa yang membolehkan murid memberi tumpuan sepenuhnya, memilih alat bantu mengajar yang sesuai, memilih kaedah mengajar yang sesuai, mengetahui latar belakang setiap murid yang diajar dan mengingati semua nama murid yang diajar. Perkembangan terkini dalam pendidikan telah merubah keperluan prasarana dan kemudahan dalam pendidikan termasuklah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana yang dinyatakan, guru-guru pelatih kurang menggunakan bahan bantu mengajar dan kaedah-kaedah lain yang lebih berinovasi. Manakala jika dilihat dari sudut nilai min yang terendah (min=2.53, sp=0.86) mendapati responden menghadapi masalah pengurusan bilik darjah ketika sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Menurut Mok Soon Sang (2006) keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid, dan murid dengan bahan pembelajaran. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan dan faktor teknikal. Bagi mewujudkan suasana dan iklim bilik darjah yang kondusif, meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ke peringkat optimum, semua faktor harus dipertimbangkan iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan dan faktor teknikal.

KESIMPULAN Penilaian terhadap pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam latihan mengajar menurut persepsi guru-guru pelatih Diploma Peguruan Fakulti Pendidikan KUIS berada ditahap yang baik. Berdasarkan persepsi mereka, mereka dapat memilih pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dengan hasil pembelajaran dan mampu mempelbagaikan penggunaan kaedah dan teknik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi meningkatkan lagi kecapaian guru-guru pelatih di tahap yang cemerlang, dicadangkan supaya pihak Fakulti Pendidikan dapat mewujudkan kelas-kelas intensif berkaitan pemilihan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik secara berkala dengan dibimbing oleh para pensyarah yang berkemahiran. Kelas-kelas yang akan diwujudkan haruslah meliputi aspek teori dan amali. Menurut persepsi guru-guru pelatih, mereka juga boleh memilih bahan bantu 96

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014 mengajar yang bersesuaian dengan bidang dan tajuk pengajaran. Penggunaan bahan bantu pengajaran yang bersifat inovasi seperti penggunaan web, internet, perisian-perisian komputer yang interaktif hendaklah ditingkatkan penggunaannya tanpa hanya merujuk kepada buku teks yang dibekalkan kepada para pelajar. Guru-guru pelatih disarankan supaya lebih kreatif dan proaktif dalam menerokai perkembangan-perkembangan terkini dalam dunia pendidikan. Guruguru pelatih juga hendaklah dapat mengawal keadaan kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Minat dan motivasi pelajar terhadap pengajaran guru hendaklah dikekalkan dengan pelbagai rangsangan dalaman dan luaran. Ilmu berkaitan motivasi dan psikologi pelajar hendaklah dipelajari dan dipraktikkan dari semasa ke semasa. RUJUKAN Ab. Halim Tamuri et al. 2010. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi : UKM. Abdul Fattah Abu Ghuddah. Shuhadak Mahmud (terj).2009.Rasulullah Pendidik Ulung 40 Teknik Rasulullah Mengajar.Selangor:Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Abdul Rahman.1995. Bahasa Melayu Bahasa Dalam Komunikasi dan Proses Komunikasi. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd. Abdul Raof Dalip & T. Subahan Mohd. Meerah. 1991. Isu-Isu Latihan Mengajar. Petaling Jaya : Penerbit Fakar Bakti Sdn. Bhd. Baharin Abu.2006. Tahap Kesediaan Pedagogi Guru Pelatih Fakulti Pendidikan, UTM dalam Latihan Mengajar. Kertas Kerja Dibentang Dalam Kolokium Fakulti Pendidikan. Skudai:UTM. Daniel L. Stufflebeam.2002. CIPP Evaluation Model.NYLC Resource Centre. Gabbin, A. L. 2002. The Crisis in Accounting Education. Journal of Accountancy April (193) 4 Gainen, J.&P. Locatelli.1995.Assesment for the New Curriculum:a Guide for Professional Accounting Programs. Accounting Education Series. Vol. 11. Sarasota, FL: Accounting Education Change Commission and American Accounting Association. Jamaluddin Ramli et.al.2006.Bimbingan Guru Pembimbing Terhadap Guru Pelatih Dalam Latihan Mengajar. Skudai :UTM Kamarul Azmi Jasmi et. Al. 2007. Pendidikan Islam : Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Kementerian Pengajian Malaysia & Kementerian Pelajaran Malaysia.2005.Penilaian Latihan Mengajar Dalam Program Pendidikan Guru di Malaysia. Pulau Pinang:Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG) Malaysia, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Mladenovic, R. 2001. An Investigation Into Ways Of Challenging Introductory Accounting Students’ Negative Perceptions Of Accounting. Accounting Education 9(2): 135-155 Mok Soon Sang. 2005. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah): Kompenan 1 & 2. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mohd Najib Abdul Ghafar.2003.Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Edisi Pertama. Johor Darul Takzim. Skudai :UTM. Ramlah et.al.2001.Penyediaan Guru Dalam Bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Kertas kerja dibentang dalam International Conference On Challenges and Prospects In Teacher Education, Concorde Hotel Shah Alam. Wan Zah Wan Ali. 2000. Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distribution Sdn. Bhd. Zakaria Kasa et. al.2001.Persepsi Pelatih Terhadap Latihan Mengajar. Suara Pendidikan.

97

Suggest Documents