JANUARI 2012 ABPK2203: PERCEPTION AND EMOTION TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN

ABPK2203 FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER 3 / JANUARI 2012 ABPK2203: PERCEPTION AND EMOTION TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN NO. MATRIK ...
Author: Milo Bridges
11 downloads 0 Views 367KB Size
ABPK2203

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER 3 / JANUARI 2012

ABPK2203: PERCEPTION AND EMOTION TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN

NO. MATRIK

:

820514065287001

NO. KAD PENGENALAN

:

820514-06-5287

NO. TELEFON

:

0179162265

E-MEL

:

[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SIBU, SARAWAK.

ABPK2203

ISI KANDUNGAN Topik 1 :

Pengenalan

1

1.1

Teori Kecerdasan Emosi Daniel Goleman

2

1.2

Komponen Utama Teori Kecerdasan Emosi Goleman

3

1.2.1

Kesedaran Kendiri (Self-Awareness)

4

1.2.2

Pengurusan Kendiri (Self-Management)

5

1.2.3

Kesedaran Sosial (Sosial Awareness)

6

1.2.4

Pengurusan Hubungan (Relationship

6

Management) Topik 2 :

Aplikasi Empat Komponen Utama Teori Kecerdasan Emosi

8

Goleman

Topik 3 :

2.1

Aplikasi Terhadap Keluarga

8

2.2

Aplikasi Terhadap Rakan

10

2.3

Aplikasi Terhadap Rakan Sekerja

11

Aplikasi Teori Kecerdasan Goleman Dalam Perhubungan

14

3.1

Hubungan Dengan Keluarga

14

3.2

Hubungan Dengan Rakan

15

3.3

Hubungan Dengan Rakan Sekerja

15

Rumusan

16

Apendiks

17

ABPK2203

1.0 PENGENALAN Konsep kecerdasan emosi mempunyai susur galurnya dalam konsep kecerdasan sosial yang dikemukakan oleh Thorndike pada tahun 1920an. Gardner (1993) kemudiannya menerangkan

kecerdasan

emosi

dengan

konstruk

kecerdasan

intrapersonal

dan

interpersonalnya dalam kerangka “Pelbagai Kecerdasan” (Multiple Intelligence). Pada tahun 1990, Peter Salovey dan John Mayer telah menerbitkan sebuah artikel tentang “Emotional Intelligent”. Mereka adalah kumpulan pertama yang menggunakan istilah kepintaran emosi atau “Emotional Intelligence” dan mengkajinya dari perspektif psikologikal menggunakan kaedah yang lebih sistematik. Konsep ini mula menjadi perhatian ramai apabila Daniel Goleman menulis buku beliau yang bertajuk “Emotional Intelligence” pada tahun 1995 dan “Emotional Intelligence at Work Place” pada tahun 1998.

Menurut Noriah dan rakan-rakan (n.d), konsep kecerdasan emosi boleh diklasifikasikan kepada dua, iaitu: (a) kepintaran emosi yang dilihat sebagai tret atau ciri peribadi, dan (b) kepintaran emosi yang dilihat sebagai satu kebolehan. Contoh kepintaran emosi yang dilihat sebagai tret atau ciri peribadi ialah: kebolehsuaian, pengawalan emosi, pengurusan emosi, motivasi kendiri, kemahiran membina hubungan interpersonal dan ciri asertif yang dipunyai oleh seseorang.

Konsep kecerdasan emosi yang dilihat sebagai satu kebolehan dinyatakan oleh Mayer dan Salovey (1993), iaitu kepintaran emosi merupakan satu set kemahiran yang berhubungkait yang melibatkan kebolehan untuk memantau perasaan dan emosi orang lain untuk menjadi panduan kepada pemikiran dan tindak tanduk seseorang.

1

ABPK2203

1.1 TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN Daniel Goleman lahir pada 7 Mac 1946, merupakan seorang penulis, ahli psikologi dan jurnalis sains. Selama 12 tahun beliau telah menulis untuk New York Times dan pakar dalam bidang psikologi dan sains otak. Beliau telah menulis lebih dari sepuluh buku tentang psikologi, pendidikan, sains dan kepimpinan.

Goleman (1996) menyatakan kecerdasan emosi adalah kebolehan manusia memahami perasaan sendiri dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang berkesan di dalam kehidupan. Seseorang akan dapat mengawal rasa kecewa, sedih, tekanan dan lain-lain perasaan yang negatif dengan baik melalui kecerdasan emosi. Seterusnya ia juga membolehkan seseorang mengawal dorongan (impulses).

Mengikut Goleman, penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada pada kecerdasan intelek (IQ) sahaja tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya. Mengikutnya lagi kecerdasan intelek (IQ) tidak dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian diri serta hubungannya dengan masyarakat. Kecerdasan Emosi (EQ) mengikut kajian meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek kehidupan termasuk aspek kesihatan dan sosial.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Yahya dan rakan-rakan (2007), telah dinyatakan definisi yang diberi oleh Goleman (1998, p. 317), iaitu : “…kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia juga merupakan tindakan dan kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan.”

2

ABPK2203

1.2

KOMPONEN UTAMA TEORI KECERDASAN EMOSI GOLEMAN

Goleman telah mengenalpasti empat komponen utama dalam kecerdasan emosi, iaitu :

1. Kesedaran Kendiri (Self-awareness) 2. Pengurusan Kendiri (Self-management) 3. Kesedaran Sosial (Social awareness) 4. Pengurusan Hubungan (Relationship management)

Rajah 1 di bawah menunjukkan empat komponen tersebut :

Rajah 1 Empat komponen Kecerdasan Emosi Goleman (1995)

3

ABPK2203

1.2.1 Kesedaran Kendiri (Self-Awareness)

Menurut Goleman (1998), kesedaran kendiri bermaksud mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai emosi, kekuatan, kelemahan, keperluan dan keinginan seseorang. Individu yang mempunyai kesedaran kediri yang kuat tidak akan menjadi individu yang terlampau mengkritik mahupun tidak realistik. Malah, mereka akan menjadi individu yang jujur dengan diri sendiri ataupun orang lain.

Individu yang mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi mampu mengenali impak perasaan mereka terhadap diri sendiri, orang lain serta pencapaian dalam kerjaya mereka. Contohnya, individu yang mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi mampu bekerja dengan baik bersama kliennya. Ini adalah kerana, individu itu mampu memahami impak klien tersebut terhadap perasaannya sendiri. Seterusnya, individu tersebut akan mengambil langkah untuk menukarkan kemarahannya kepada sesuatu yang lebih konstruktif. Kesedaran kendiri akan membawa setiap individu untuk memahami nilai serta matlamat hidup sendiri.

Individu yang mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi juga dikenali sebagai individu yang berkeyakinan dan memahami kebolehan mereka serta kurang meletakkan diri dalam kegagalan. Mereka tahu masa yang sesuai untuk mencari bantuan. Mereka tidak akan menempuh cabaran yang tidak mampu mereka tempuhi bersendirian secara melulu. Kesedaran kendiri boleh dilihat dalam satu contoh rancangan bersiri di televisyen, “The Prison Break”. Dalam rancangan itu, kebebasan seorang banduan bernama Michael Scofield adalah hasil daripada pemahaman mendalam tentang sistem itu, iaitu kebebasan untuk memilih respon kendiri dan kemahuan untuk tidak menjadi banduan. Dalam kes ini, sistem yang dimaksudkan adalah diri sendiri. Manusia perlu memahami diri sendiri untuk berjaya.

4

ABPK2203

1.2.2 Pengurusan Kendiri (self-management)

Komponen kedua ialah kemahiran mengurus emosi serta keupayaan menangani kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih terkawal. Terdapat lima subkompetensi iaitu kawalan kendiri, amanah, berhemah, kebolehsuaian dan inovasi. Bagi Goleman (1995), individu yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiri dan dapat menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat, berhemah dan dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa peraturan emosi diri sendiri yang baik dapat membantu seseorang mengawal perasaan kebimbangan yang dihadapinya, kemarahan dan dorongan dari melakukan tingkah laku yang tersasar.

Yahya dan rakan-rakan (2007) telah menyatakan bahawa kemahiran pengurusan kendiri membawa kepada kebolehan untuk mencapai matlamat bermakna yang mendatangkan kepuasan diri dan perasaan positif. Individu yang mempunyai kemahiran dalam pengurusan kendiri selalunya berkebolehan dalam mengatur tugas dalam jadual waktu dan menggunakan masa dengan berkesan.Mereka cenderung untuk berubah dari keadaan semasa untuk mencapai keberkesanan diri dan profesional yang lebih tinggi.

Menurut Noriah dan rakan-rakan (2003), kemahiran pengurusan kendiri (self-management) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Individu yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Individu sedemikian juga cepat pulih dari pada tekanan emosi.

5

ABPK2203

1.2.3 Kesedaran sosial (social awareness)

Kesedaran sosial membantu seseorang individu untuk mengetahui pandangan orang lain terhadap dirinya. Menurut Goleman (1995), kompetensi yang berkaitan dengan kesedaran sosial adalah : a. Empati – memahami emosi orang lain, keperluan dan kehendak mereka. b. Kesedaran organisasi – kebolehan untuk memahami politik dalam sesebuah organisasi dan bagaimana ia mampu memberi kesan kepada pekerja yang bekerja dalam organisasi itu. c. Perkhidmatan – kebolehan untuk memahami dan memenuhi keperluan klien dan pelanggan.

Secara khusus, kesedaran sosial adalah tentang memahami dan mengambilkira kehendak orang lain dan merancang untuk berkomunikasi dengan cara yang mampu memenuhi kehendak mereka.

1.2.4 Pengurusan Hubungan (Relationship management)

Menurut Goleman (1998), kopentensi yang berkaitan dengan pengurusan hubungan ialah : a. Pengaruh – Kuasa memujuk dan mepengaruhi orang lain. b. Pemimpin Inspirasi – Menyumbang kepada visi yang memotivasikan orang lain. c. Membangunkan orang lain – memberi maklumbalas, membina kemahiran dan pengetahuan. d. Memahami keperluan untuk perubahan dan sokongan dalam proses. e. Konflik pengurusan – Mengendalikan perbezaan pendapat dan salah faham. f. Membina hubungan – Menghasilkan dan mengekalkan rangkaian. g. Semangat berpasukan dan kolaborasi – Membina kumpulan yang efektif.

6

ABPK2203

Kopentensi pengurusan hubungan selalunya dikaitkan dengan kepimpinan kerana ia merupakan bidang yang agak menonjol untuk dihubungkan dengan kepimpinan. Kopetensi ini adalah sama dengan menguruskan perubahan peribadi. Pemimpin akan mencari cara untuk menjadi inspirasi dan memotivasikan orang lain dengan mengambilkira nilai dan keinginan orang lain serta mencari jalan untuk menjadikan keperluan ini selari dengan keperluan perniagaan. Dengan menggunakan empati dan kemahiran kecerdasan emosi yang lain, pemimpin akan mampu membina dan mengekalkan tahap kepercayaan orang lain terhadap mereka.

7

ABPK2203

2.0 APLIKASI EMPAT KOMPONEN UTAMA TEORI KECERDASAN EMOSI GOLEMAN

2.1 APLIKASI TERHADAP KELUARGA Dalam sesebuah keluarga anak-anak kemungkinan mengalami perasaan tertekan, kesunyian, bimbang, tidak patuh dan masalah permakanan. Penyebabnya berkemungkinan disebabkan oleh kekurangan masa ibu bapa untuk diluangkan bersama anak-anak, ibu-bapa yang bekerja, kurang saudara-mara, lebih banyak permainan komputer dan rancangan televisyen serta kurangnya pembelajaran kecerdasan emosi melalui kehidupan sosial.

Di dalam kertas kajian Grayson (n.d), telah dinyatakan beberapa cara untuk mengaplikasikan kesedaran kendiri (self-awareness) Goleman dalam aspek kekeluargaan, iaitu boleh dilaksanakan melalui meditasi, penulisan jurnal, menunaikan sembahyang, berbicara dengan pakar emosi, menyediakan bahan bacaan berupa buku, filem, permainan atau rancangan TV yang baik serta menyediakan buku log yang digunakan untuk mencatat perasaan sendiri serta perasaan ahli keluarga beserta reaksi mereka terhadap perasaan mereka sendiri.

Pengaplikasian teori kecerdasan emosi terhadap keluarga memberikan kebaikkan kepada kerana :-

a. Individu yang mempunyai kesedaran kendiri akan mudah disayangi oleh ahli keluarganya serta menghargai peranannya dalam keluarga. Ini adalah kerana individu tersebut memahami impak perasaan ahli keluarga terhadapnya serta sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.

b. Individu yang mempunyai kesedaran sosial akan mudah memahami perasaan ahli keluarganya serta menjadikannya seseorang yang mudah didatangi untuk meluahkan perasaan atau mendapatkan nasihat. Dia juga sedar akan keperluan keluarganya dan tidak mudah pentingkan diri sendiri.

8

ABPK2203

c. Individu yang mempunyai sifat pengurusan kendiri akan dapat mengawal kemarahan akibat dari rasa tidak puas hati terhadap tindak tanduk keluarganya. Dia juga pandai mengambil hati serta mesra dengan ahli-ahli keluarganya.

d. Individu yang mampu menguruskan hubungannya dengan rakan dengan baik akan dapat sama-sama membangunkan diridan rakan-rakannya serta membawa kebaikkan kepada persahabatan mereka.

Rajah 2 di bawah menunjukkan implikasi pengaplikasian empat komponen utama kecerdasan emosi Goleman dalam keluarga: Kesedaran Kendiri 

Memahami perasaan dan keperluan

Kesedaran Sosial 

diri 

keluarga yang lain.

Memahami impak perasaan dan



tingkahlaku ahli keluarga terhadap perasaan sendiri 

Memahami perasaan ahli

Kebolehan untuk memahami dan memenuhi keperluan keluarga



Yakin akan kebolehan diri dalam

Memahami fungsi dan peranan dalam keluarga

membantu keluarga

Pengurusan Kendiri 

Mampu mengawal kemarahan yang

Pengurusan Perhubungan 

berkaitan dengan salah faham dalam keluarga  

keluarga 

Mampu mengawal tingkahlaku dan adab dalam keluarga.

Membantu membangunkan ahli keluarga



Mampu menyesuaikan diri dalam keluarga dan saudara-mara

Menjadi contoh pemimpin

Mampu menguruskan konflik dalam keluarga



Membina kerjasama dan perpaduan dalam keluarga

Rajah 2 Kecerdasan Emosi Goleman dalam keluarga

9

ABPK2203

2.2 APLIKASI TERHADAP RAKAN Gardner (1993) menyatakan kecerdasan emosi dalam gabungan kecerdasan intrapersonal dan interpersonal dalam teori kecerdasan pelbagainya. Menurut Armstrong (1994) pula, pemilik kecerdasan interpersonal sentiasanya menunjukkan sifat-sifat seperti sentiasa didatangi orang lain untuk meminta nasihat daripadanya, mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang rakan rapat, cenderung untuk memberi tunjuk ajar kepada orang lain, aktif dalam penyertaan dalam aktiviti sosial dan berasa selesa dalam perhimpunan ramai.

Pengaplikasian teori kecerdasan emosi terhadap rakan memberikan kebaikkan kepada individu dan rakan kerana :-

a. Individu yang mempunyai kesedaran kendiri akan mudah disenangi oleh rakanrakannya serta mudah berasa senang dan yakin terhadap diri sendiri. Ini adalah kerana individu tersebut memahami impak perasaan orang lain terhadapnya serta sentiasa bersedia untuk sebarang serangan emosi, terutamanya ketika wujudnya perasaan kurang puas hati, kecewa atau marah.

b. Individu yang mempunyai kesedaran sosial akan mudah memahami perasaan rakan-rakannya serta menjadikan mereka seseorang yang mudah didatangi untuk meluahkan perasaan serta rujukan untuk mendapatkan nasihat. Dia juga sedar akan keperluan rakan-rakannya dan tidak mudah pentingkan diri sendiri.

c. Individu yang mempunyai sifat pengurusan kendiri akan dapat mengawal kemarahan akibat dari rasa tidak puas hati terhadap tindak tanduk rakan-rakannya. Dia juga pandai mengambil hati serta mudah bergaul dengan rakan-rakan baru atau lama.

d. Individu yang mampu menguruskan hubungannya dengan rakan dengan baik akan dapat sama-sama membangunkan diridan rakan-rakannya serta membawa kebaikkan kepada persahabatan mereka.

10

ABPK2203

Rajah 3 di bawah menunjukkan implikasi pengaplikasian empat komponen utama kecerdasan emosi Goleman pada rakan atau kawan:

Kesedaran Kendiri  

Memahami perasaan dan keperluan



Memahami perasaan rakan-rakan

diri semasa bersama rakan



Berkebolehan untuk memahami

Memahami impak perasaan dan

dan memenuhi keperluan rakan-

tingkahlaku rakan terhadap

rakan

perasaan sendiri 

Kesedaran Sosial



Berkeyakin diri semasa berada

Memahami fungsi dan peranan sebagai rakan kepada orang lain

bersama rakan-rakan

Pengurusan Kendiri 



Mengawal kemarahan yang



Menjadi rakan yang baik

berkaitan dengan salah faham



Membantu membangunkan rakan

dengan rakan



Menguruskan konflik dalam

Mengawal tingkahlaku dan adab semasa berkawan.



Pengurusan Perhubungan

Menyesuaikan diri dengan rakan-

persahabatan dengan adil 

Membina kerjasama dan perpaduan dengan rakan-rakan

rakan baru atau lama dalam pelbagai situasi dengan mudah

Rajah 3 Kecerdasan Emosi Goleman pada rakan

2.3 APLIKASI TERHADAP RAKAN SEKERJA Menurut satu laporan teknikal oleh The Consortium for Research on Emotional Intelligence in Organizations (1997), selepas buku Goleman, “Emotional Intelligence” diterbitkan, ramai ahli pernigaan bersetuju dengan penyataan bahawa kejayaan kuat dipengaruhi oleh kualiti pekerja, seperti "perseverance", kawalan diri yang baik dan kemahiran dalam pergaulan dengan pekerja yang lain. Mereka juga telah menyatakan bahawa seseorang eksekutif yang

11

ABPK2203

cemerlang dalam segalanya tetapi tidak mampu untuk bergaul dengan baik dengan pekerja atau ketuanya akan mempunyai masalah dalam kariernya disebabkan kepincangan ini.

Menurut Mayer dan Caruso (2002), emosi mempunyai peranan yang kritikal dalam karier, memandangkan hubungan yang dijalinkan adalah berkait rapat dengan kelakuan, iaitu kerjasama dan sifat dominan sesama rakan sekerja yang selalunya digerakkan oleh emosi. Dengan memahami perkara ini dan impaknya kepada rakan sekerja dan organisasi itulah yang menjadikan seseorang individu itu dianggap sebagai seseorang yang pintar dalam emosi.

Pengaplikasian teori kecerdasan emosi terhadap rakan memberikan kebaikkan kepada rakan sekerjanya kerana:-

a. Individu yang mempunyai kesedaran kendiri akan mudah disenangi oleh rakan sekerja serta sentiasa yakin dengan kerjanya. Individu tersebut memahami impak perasaan rakan sekerjanya terhadapnya serta sentiasa bersedia untuk sebarang ketidakpuasan hati.

b. Individu

itu akan mudah memahami perasaan rakan-rakan sekerjanya serta

menjadikannya sebagai seseorang yang mudah didatangi untuk mendapatkan pendapat atau nasihat. Dia juga sedar akan keperluan rakan-rakannya dan tidak mudah pentingkan diri sendiri.

c. Individu yang mempunyai sifat pengurusan kendiri akan dapat mengawal kemarahan akibat dari rasa tidak puas hati terhadap tindak tanduk rakan sekerjanya. Dia juga pandai mengambil hati serta mudah bergaul dengan rakan sekerja baru atau lama.

d. Individu yang mampu menguruskan hubungannya dengan rakan sekerja dengan

12

ABPK2203

baik akan dapat sama-sama membangunkan diri dan rakan-rakannya serta mewujudkan persekitaran kerja yang baik seterusnya membawa pembangunan kepada organisasi.

Rajah 4 di bawah menunjukkan aplikasi empat komponen utama kecerdasan emosi Goleman pada rakan sekerja :

Kesedaran Kendiri 

Memahami perasaan dan keperluan

Kesedaran Sosial 

diri semasa bekerja 

Memahami impak perasaan dan

sekerja yang lain. 

tingkahlaku rakan sekerja terhadap perasaan sendiri 



sebagai rakan sekerja yang sama

dalam menyumbang dalam kerjaya

organisasi

Mengawal kemarahan yang

dengan rakan sekerja

Pengurusan Perhubungan 

Menjadi contoh pekerja yang baik kepada rakan sekerja



Mengawal tingkahlaku dan adab semasa bekerja bersama rakan

Membantu membangunkan rakan sekerja



sekerja. 

Memahami fungsi dan peranan

Berkeyakinan akan berkebolehanan

berkaitan dengan salah faham 

Memahami dan memenuhi keperluan rakan sekerja

Pengurusan Kendiri 

Memahami perasaan rakan

Menguruskan konflik sesama rakan sekerja dengan sebaiknya

Menyesuaikan diri dengan rakan sekerja yang lain



Membina kerjasama dan perpaduan dengan rakan sekerja

Rajah 4 Kecerdasan Emosi Goleman pada rakan sekerja

13

ABPK2203

3.0 APLIKASI TEORI KECERDASAN GOLEMAN DALAM PERHUBUNGAN Dalam perbentangan kajian kecedasan esmosi dalam perkhidmatan kesihatan dan perubatan oleh Asuzu (2008), mengatakan bahawa kecerdasan emosi adalah aspek penting dalam hubungan pekerja perubatan terutamanya dengan yang sakit dan orang yang menghadapi kematian serta hubungan di antara pekerja perubatan lain yang sama-sama menjaga orangorang yang sakit. Weisinger (1998) mengatakan untuk membantu orang lain, individu itu perlu berhati-hati dengan penglibatan emosinya dalam perhubungan.

3.1 HUBUNGAN DENGAN KELUARGA Melalui pengaplikasian teori ini dalam perhubungan sesama ahli keluarga, seseorang individu akan :a. Mampu menjadi pemimpin dalam keluarga, contohnya apabila ahli keluarga senang akan kepribadiannya, mereka mudah untuk bertukar-tukar cerita dan masalah untuk diselesaikan bersama. b. Hubungan kekeluargaan yang baik amat penting untuk membina keluarga yang aman dan bahagia. Contohnya, individu yang pandai mengawal emosinya dan emosi ahli keluarganya yang lain, di mana dia akan membantu mewujudkan satu hubungan yang erat bersama keluarganya. Hubungan kekeluargaan yang sihat akan dapat menyumbang kepada pembangunan yang positif dalam diri setiap ahli keluarga. c. Sebarang konflik yang berlaku dalam keluarga akan mampu diselesaikan dengan cara yang terbaik dan adil. Seterusnya, apabila hubungan sesama ahli keluarga terjaga, maka perpaduan dan kerjasama sesama ahli keluarga akan terjalin. Sebagai contoh, apabila berlaku perebutan harta, maka individu yang mempunyai kecerdasan emosi akan dapat membantu dalam mengelakkan sebarang pertikaian yang boleh meleraikan tali kekeluargaan.

14

ABPK2203

3.2 HUBUNGAN DENGAN RAKAN Melalui pengaplikasian Teori Kecerdasan Goleman dalam hubungan dengan rakan, seseorang individu itu akan :a. Mampu menjadi rakan yang baik kepada rakan-rakan yang lain dengan memahami keperluan serta emosi rakan-rakan. Sebagai contoh, sekiranya rakannya tiba-tiba marah disebabkan tekanan yang melanda dalam pelajaran, individu itu berupaya memahami keadaan itu dan tidak mudah mengambil hati terhadap perlakuan rakannya. b. Konflik yang biasa berlaku dalam sesebuah persahabatan atau hubungan sesama rakan akan mampu diselesaikan dengan cara yang baik tanpa sebarang dendam atau mengguris perasaan sesama rakan. Contohnya, apabila disindir oleh rakanrakan kerana mendapat tempat tercorot dalam kelas, individu itu tidak mudah berasa rendah diri, malah sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. c. Membina kerjasama dan semangat perpaduan di kalangan rakan-rakan, di mana sewaktu rakan-rakan susah dari segi kewangan, individu itu tidak mudah melarikan diri dari membantu rakannya. Rakan-rakan akan senang dengan sikap yang ditunjukkan dan seterusnya menyumbang kepada perubahan positif yang berpanjangan dalam hubungan persahabatan.

3.3 HUBUNGAN DENGAN RAKAN SEKERJA Individu yang mengamalkan teori Kecerdasan Emosi pada rakan sekerja di tempat kerja akan mampu :a. Menjadi pekerja contoh yang baik kepada rakan sekerja yang lain. Tekanan di tempat kerja sentiasa melanda dan menyebabkan pekerja mudah rasa bosan atau malas. Individu yang ada kecerdasan emosi akan sentiasa bersemangat dan tahu bagaimana untuk mengalihkan tekanan. Prestasi yang baik akan menjadikannya dikagumi rakan sekerja dan orang atasan. b. Membantu dalam pembangunan rakan sekerja serta perkembangan organisasi. Individu itu tidak mudah lupa diri atau terlalu mengejar pangkat sehingga 15

ABPK2203

menjatuhkan pekerja lain. Dalam cuba mempertingkatkan diri, dia juga masih sudi untuk membantu rakan sekerja yang lain agar sama-sama berjaya. c. Rakan sekerja yang menyenangi individu yang ada kecerdasan emosi akan mudah memberikan kerjasama dan bantuan Sebagai contoh, individu yang dilantik menjadi pengurus projek akan mudah mendapatkan kerjasama dari ahli-ahlinya jika dia disenangi.

4.0 RUMUSAN Kesedaran Kendiri dapat memberikan seseorang individu itu kesedaran akan keperluanya serta bagaimana tingkahlaku atau perasaan orang lain di sekelilingnya mampu memberikan kesan terhadap emosi nya sendiri. Pengurusan kendiri adalah kemampuan individu dalam mengawal tindakan dan tinghlakunya. Kesedaran sosial membawa sifat empati di mana individu menjadi peka akan perasaan orang lain disekelilinya. Pengurusan Hubungan pula berkaitan dengan kemampuan setiap individu dalam mengurusa serta menjaga hubungan mereka dengan orang lain di sekeliling.

Keempat-empat komponen tadi adalah baik untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian, terutamanya yang melibatkan keluarga, rakan dan rakan sekerja. Ia memberikan banyak kebaikkan serta impak yang positif terhadap hubungan seseorang individu dengan keluarga, rakan serta rakan sekerjanya.

Jika ditinjau dari perspektif Islam itu sendiri, kecerdasan emosi sebenarnya lebih menjurus kepada proses pembersihan hati dan jiwa. Kemestian untuk memelihara hati agar tidak busuk dan tidak rosak sangat-sangat dituntut dalam agama kita. Dengan hati yang baik, maka lahirlah nilai kecerdasan emosi yang baik

(2988 patah perkataan)

16

ABPK2203

APENDIKS

RUJUKAN

Armstrong, T. (1994). Multiple Intelligences in the Classroom.

Alexandria, Va.: ASCD

Gardner, H. (1993). Multiple Intelligences: The Theory Into Practice. New York: Basic Books Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence. New York : Bantam. Goleman, D. (1996). Emotional Intelligence. London : Bloomsbury Publishing. Goleman, D. (1998). Working with Emotional Intelligence. London : Bloomsbury Publishing Goleman, D., Cherniss, C., Emmerling, R., Cowan, K. & Adler, M. (1998). Bringing Emotional Intelligence To The Workplace. The Consortium for Research on Emotional Intelligence in Organizations. Diambil dari : http://www.eiconsortium.org/pdf/technical_report.pdf Grayson, R. (n.d). Emotional Intelligence: Understanding, Applying, and Measuring. [PowerPoint slides]. Di ambil dari : http://www.visionrealization.com/Resources/Camper_Devel/Emotional_intelligence. pdf Mayer, J.D., & Salovey, P. (1993). The Intelligence of Emotional Intelligence. 17,433-442. Mayer, J.D., & Caruso, D. (2002). The effective leader: Understanding and applying emotional intelligence. Diambil dari : http://www.unh.edu/personalitylab/Reprints/RP2002-MayerCaruso.pdf Merlevede, P. E., Bridoux, D. & Vandamme, R. (2001). 7 Steps to Emotional Intelligence. UK : Crown House Publishing Limited. Noriah, M. I. & rakan-rakan (n.d). Kepintaran Emosi Sebagai Faktor Peramal Pencapaian Akademik Pelajar Ipta: Implikasi Terhadap Kebolehpasaran. Di ambil dari : http://journalarticle.ukm.my/2062/1/noriah-et-al-tiada-muka-surat.pdf

17

ABPK2203

Noriah, M. I., Ramlee, M., Siti, R. A. & Syed Najmuddin, S. H. (2003). Kecerdasan Emosi Dan Hubungannya Dengan Nilai Kerja. Jurnal Teknologi, 39(E) Dis. 2003 : 77-84. Di ambil dari : http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/39/E/JTKK39E6.pdf Salovey, P. & Mayer, J. D. (1990). Emotional intelligence. Imagination, Cognition, and Personality, 9, 185-211. Weisinger, H. (1998). Emotional Intelligence At Work. San Francisco : John Wiley & Sons, Inc. Yahaya, A., Hashim, S., Boon, Y, Mohd Nor, N. & Yahaya, N. (2007) Hubungan Kecerdasan Emosi Dengan Prestasi Pencapaian Akademik. unspecified . pp. 1-17. (Unpublished)

18

Suggest Documents