JABATAN PELAJARAN MELAKA STPM 2009 SKEMA PEMARKAHAN SEJARAH KERTAS 1 ( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 )

Kod Kertas: 940/1 SULIT JABATAN PELAJARAN MELAKA STPM 2009 SKEMA PEMARKAHAN SEJARAH KERTAS 1 ( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 ) PERINGATAN : Ske...
4 downloads 1 Views 178KB Size
Kod Kertas: 940/1

SULIT

JABATAN PELAJARAN MELAKA STPM 2009

SKEMA PEMARKAHAN

SEJARAH KERTAS 1 ( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 )

PERINGATAN : Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

Skema ini terdiri daripada 38 halaman bercetak. Hakcipta Jabatan Pelajaran Melaka 2009

[ Lihat Sebelah SULIT*

1

BAHAGIAN A

1.

Huraikan kepecayaan dan agama yang terdapat dalam masyarakat Cina.

Pengenalan (3M)

1. Konsep tamadun dan salah satu ciri tamadun adalah kepercayaan dan agama. 2. Konsep kepercayaan dan agama 3. Latar belakang tamadun China. 4. Menyenaraikan kepercayaan dan agama dalam tamadun China.

Isi-isi Penting ( 5 isi x 4M = 20M)

1. Kepercayaan Alam Sekitar Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.

2. Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.

3. Kepercayaan kepada Anak Syurga Kepercayaan

kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is

dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. 2

Contoh Dinasti Chou mengamalkan kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.

4. Kepercayaan kepada dewa. Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Bijibijian’

5. Agama Buddha Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.

6. Ajaran Confuciusnisme Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undangundang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting.

7. Ajaran Toisme Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama. 3

Kesimpulan ( 2M)

Kepercayaan dan agama berperanan penting dalam perkembangan tamadun China, dimulai dengan kepercayaan alam sekitar, roh nenek moyang, fahaman dan bertukar kepada bentuk agama. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan sistem pemerintahan agar taat dan patuh kepada pemerintah.

4

2.

Jelaskan tentang sistem pemerintahan republik yang diamalkan dalam tamadun Rom.

Pengenalan (3M) 1.

Republik bermaksud negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan republik diketuai oleh Presiden.

2.

Sebelum kelahiran

sistem pemerintahan republik,

Rom mengamalkan pemerintahan

beraja.Pemerintahan beraja di Rom bermula sejak 753 S.M dan diperintah secara mutlak oleh raja-raja Etruscan

Isi-isi Penting ( 4 M x 5 isi = 20 M) 1. Konsul Konsul merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan republik.Terdapat dua orang konsul yang dipilih daripada penduduk yang berumur melebihi 40 tahun 2. Lantik Konsul dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun. Ia mempunyai kuasa dalam bidang pentadbiran, keadilan, ketenteraan, keagamaan dan kewangan.Ia berperanan sebagai ketua hakim, ketua angkatan tentera dan ketua eksekutif 3.

Dewan Senat Diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan bangsawan. Ahli-ahli Dewan Senat dipilih oleh Konsul. Dewan Senat bertindak menasihati Konsul dalam urusan pentadbiran negara

4. Bidang Tugas Antara tugas dan peranan ahli-ahli senat ialah membincangkan hal pentadbiran negara, menggubal undang-undang untuk dibincang dalam Dewan Perhimpunan, mengadakan rundingan dengan duta-duta asing, menetapkan provinsi yang akan diurus oleh Konsul, menguruskan hal-ehwal kewangan, menyelesaikan krisis keagamaan 5. Dewan Perhimpunan : oleh semua rakyat Rom.Ia dikenali sebagai forum. Ia merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapat laporan tentang perbincangan Dewan senat Dewan ini membantu Dewan Senat melaksanakan pemerintahan.Juga bertindak meluluskan dan mengesahkan undang-undang yang telah diputuskan oleh Dewan Senat 5

Kesimpulan (2M) 1. Pemerintahan republik merupakan warisan kerajaan Rom kepada tamadun dunia.Dalam pemerintahan republik, terdapat imbangan kuasa antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman.

2. Pemerintahan republik merintis ke arah pemerintahan diktator pada zaman Julius Caesar.Beliau menamatkan pemerintahan republik dan mengisytiharkan diri sebagai diktator setelah mengalahkan Jeneral Pompei.

6

3.

Berikan tiga faktor dan dua kesan pembentukan Negara Bangsa di Eropah

Pengenalan (3M)

Konsep Negara - Bangsa sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan tradisi yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri, sempadan wilayah dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri.

Sejarah- lahir seawal abad ke-15 khusunya selepas berlakunya perubahan politik di Eropah kesan daripada berlakunya Zaman Renaissance dan Zaman Revolusi secara mendadak. Contoh Negara Bangsa ialah England, Perancis dan Sepanyol.

Isi-isi penting ( 5 isi x 4M = 20M)

Faktor Pembentukan Negara Bangsa ( 3 isi x 4M = 12M)

1. Kemerosotan Kuasa Golongan Feudal

Golongan feudal (bangsawan, Penguasa Autonomi Tempatan, golongan adat Landlord, gereja) merupakan golongan yang sangat berpengaruh dari segi politik pada zaman pertengahan.

Pengaruh golongan ini merosot kerana timbul kesedaran politik, idea kedaulatan bangsa dan penyatuan negara bangsa dan keinginan supaya wujud kuasa autoriti tunggal dalam sesebuah negara. Kesannya sistem feudal tidak lagi diterima oleh masyarakat Eropah.

Contohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undangundang baru yang melarang golongan feudal memakai pakaian khas, melarang menubuhkan tentera sendiri, melarang mempunyai lambang kuasa yang khas dan lain-lain.

7

2. Perkembangan Zaman Renaissance

Akibat berlakunya zaman Renaissance telah mengubah sikap dan pemikiran orang Eropah tentang perasaan kebangsaaan dan kesetiaan kepada negara mereka. Sebelum ini masyarakat Eropah memberi kesetiaan kepada golongan bangsawan yang menguasai wilayah dan kawasan tertentu Zaman Renaissance telah berjaya menyatukan semua bangsa di Eropah dalam sebuah negara yang sebelum ini mengamalkan undang-undang, cara hidup, sikap, pemikiran, bahasa dan sebagainya.

3. Kemunculan Kerajaan Monarki Kebangssaan

Kemunculan kerajaan-kerajaan monarki baru pada abad ke-16 melalui sokongan rakyat dan golongan pertengahan melahirkan raja berkuasa mutlak dan membawa kepada pembentukan sesebuah negara bangsa. Kebanyakan raja Monarki ini mengekalkan kuasa melalui pemerintahan berpusat, sistem dinasti, perkahwinan, peperangan, komplot dan penaklukan.Di Eropah wujud zaman monarki mutlak yang berkuasa melalui dinasti-dinasti agong seperti Romanoff, Hohanzollern, Bourbon dan Habsburg. Contoh-Pemerintahan negara bangsa Perancis oleh Louis Xi dari Dinasti Volois yang melakukan pemusatan kuasa di Paris .Begitu juga Raja Henry VII di England melalui Dinasti Tudor yang melakukan pemusatan kuasa di London.

4.Kemajuan Ekonomi

Perkembangan ekonomi yang pesat selepas zaman Renaissance melahirkan golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah, pelombong dan lain-lain.Golongan ini memerlukan perlindungan daripada kerajaan yang besar dan kuat.Untuk itu meraka sanggup membayar wang perlindungan dan cukai kepada raja. Golongan pemerintah pula dapat mengumpul wang yang banyak dan mengukuhkan ekonomi mereka serta dapat membayar gaji tentera.Secara tidak langsung melemahkan golongan feudal. 8

5.Bahasa Kebangsaan

Muncul golongan cerdik pandai selepas zaman Renaissance. Penulisan dan penerbitan karya berkembang dibantu oleh penciptaan mesin cetak. Karya yang dihasilkan menggunakan bahasa kebangsaan bukannya bahasa dialek tempatan. Ini berjaya menarik minat membaca rakyat dan memudahkan lagi usaha menyatukan rakyat dan penubuhan Negara bangsa.

Kesan Pembentukan Negara Bangsa ( 2 isi x 4M = 8M) 1. Golongan Bangsawan Hilang kuasa dan pengaruh

Penubuhan negara bangsa membawa kesan besar ke atas golongan bangsawan kerana mereka mula hilang kuasa dan pengaruh di wilayah masing-masing kepada raja dan rakyat. Golongan bangsawan tidak lagi mendapat sokongan daripada rakyat. Raja mula menggubal undang-undang baru bagi menghadkan kuasa dan pengaruh golongan bangsawan.

2. Kemerosotan Golongan Gereja

Penubuhan negara bangsa menyebabkan golongan agama semakin hilang pengaruh. Raja mula mengawasi perkembangan agama disamping menggunakan gereja untuk mengukuhkan kekuasaan masing-masing . Perlantikan ahli agama dilakukan sendiri oleh golongan raja.

3.Pemusatan kuasa

Pembentukan negara bangsa mewujudkan pemusatan kuasa di bawah seorang pemerintah. Pemerintah mempunyai kuasa penuh terhadap semua bidang. Sekaligus mengenepikan kuasa golonga gereja dan golongan bangsawan.

9

Kesimpulan (2M)

Pembentukan negara bangsa yang berlaku di Eropah telah menghapuskan sistem feudal dan seterusnya telah menyebabkan kuasa pemerintahan terletak di bawah seorang pemerintah. Zaman Renaissance telah mengubah corak pemerintahan sesebuah negara di Eropah.

10

4.

Bincangkan sumbangan Artashastra oleh Kautilya dalam bidang ketenteraan di India.

Pengenalan (3M)

1. Konsep ketahanan 2. Konsep Pertahanan 3. Latar belakang Kautilya.

Isi-isi Penting: (5isi x 4M = 20M)

1. Pendekatan ‘bheda’ iaitu melaga-lagakan musuh dengan menimbulkan isu-isu sensitive

Pendekatan ini dilaksanakan oleh seseorang pemerintah kepada musuh mereka. Pemerintah perlu menimbulkan isu-isu sensitive antara kedua-dua belah pihak. Hal ini membolehkan pemerintah tersebut memilih untuk menyebelahi mana-mana pihak yang kuat kemudian memusnahkannya.

2. Menggunakan cara ‘saman’ iaitu melakukan perdamaian dengan Negara lemah bagi meraih sokongan.

Pemerintah berusaha mencari perdamaian dengan pihak atau Negara yang lemah. Sekiranya pemerintah bermusuh dengan Negara yang lemah

ia akan merugikan masa. Oleh itu, jalan terbaik untuk

mengukuhkan kedudukan dan pengaruh adalah dengan cara ‘saman’ atau perdamaian.

3. Pemberian ‘dana’ iaitu rasuah dalam pelbagai bentuk kepada musuh yang masih belum ketahui kekuatannya.

Pemberian dana atau rasuah akan dapat melalaikan musuh sekaligus pihak musuh yang kuat tidak akan menganggap pemberian dana sebagai tanda permusuhan. Ini memberi peluang perkukuhkan kedudukan pemerintah.

4. Memperkenalkan teori ‘mandala’ iaitu pemerintah hendaklah bijak mencari kawan dan berbaik-baik dengan musuh yang akan diperangi.

11

Pemerintah perlulah bijak mengatur strategic dengan mencari kawan atau berbaik-baik dengan musuh Negara yang diperangi . Apabila berlaku peperangan maka pihak yang diperlakukan sedemikian akan membantu pemerintah tersebut.

5. Konsep ‘danda’ iaitu menggunakan kekerasan kepada musuh atau orang yang jahat.

Konsep ini adalah idea Kautilya sendiri untuk menghadapi ancaman musuh dengan menggunakan tipu muslihat. Danda iaitu kayu atau besi yang kuat untuk memukul. Kautilya menyarankan ancaman kekerasan perlu digunakan kepada musuh atau orang yang jahat.

6. Menubuhkan unit pengintip untuk mendapatkan rahsia dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah.

Kautilya menyarankan pemerintah tidak terlalu mempercayai orang luar walaupun anak atau isteri kerana mereka boleh menjadi ejen musuh sekaligus menjatuhkan kuasa raja. Selain itu, makanan raja perlu diuji terlebih dahulu kerana dibimbangi makanan tersebut akan mengandungi racun. Pemerintah yang baik mempunyai musuh dalam selimut. Kautilya mencadangkan supaya raja atau pemerintah sentiasa memerhatikan gerak-geri askarnya menerusi ejen pengintip untuk mencari rahsia dan menyampaikan maklumat pengkhianatan kepada pemerintah.

7. Matlamat spritiual dituntut dengan cara berjuang bersungguh-sungguh walaupun nyawa sendiri terkorban atau

berjuang sehingga mati.

8. Kautilya menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan. Sehubungan dengan itu, orang yang kuat tidak perlu berasa simpati dan kasihan kepada golongan yang lemah. Raja yang bersikap jujur dan bersimpati kepada musuh adalah bodoh kerana pemerintah tersebut akan mudah dikalahkan oleh musuhnya.

Kesimpulan (2M)

1. Artashastra merupakan sumber rujukan pemikir ketenteraan India yang menkadi rujukan pemerintah untuk mengekalkan kuasa. 2. Menjadi rujukan tentera sehingga ke hari ini kerana terdapat teori taktik dan strategi yang masih relevan. 12

5.

Bandingkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan perdagangan antarabangsa

antara Kerajaan Srivijaya dengan Kerajaan Melaka

Pengenalan (3M)

a. Srivijaya diasaskan oleh Dapunta Hiyam muncul abad ke-7 hingga abad ke-13M. Berjaya mencapai zaman kegemilangan sebagai empayar unggul di Nusantara sebelum Majapahit dan Melaka berperanan sebagai pelabuhan entreport.

b. Kerajaan Melayu Melaka muncul awal abad ke-15M menjadi empayar kukuh di Nusantara dan menjadi pusat perdagangan antarabangsa

c. Srivijaya dan Melaka mengalami kemajuan dalam perdagangan antarabangsa tetapi faktor yang mendorong fenomena tersebut berbeza.

Isi-isi Penting (5 isi x 4 M = 20M)

2.1. Faktor-faktor perkembangan perdagangan antarabangsa Srivijaya dan Melaka

a.

Kedudukan Geografi

Srivijaya Kedudukan strategik kerana menguasai jalan sungai utama dari pelabuhan ke pedalaman Hasil hutan kawasan pedalaman dapat dibawa ke pelabuhan melalui sungai Batang Hari dan Sungai Musi Melaka Kedudukan strategik kerana terlindung dari tiupan angin monsun Perairan Selat Melaka yang terlindung ini membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit sesuai dijadikan kubu pertahanan yang baik

b.

Hubungan dengan Negara China Srivijaya

Mendapat perlindungan daripada China menyebabkan lebih banyak pedagang China datang berdagang di Srivijaya. Pedagang lain dari India dan Arab juga berdagang di Srivijaya 13

Melaka Mendapat perlindungan dari China menyebabkan Melaka diiktiraf sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara Melaka terselamat dari ancaman Siam dan Majapahit Menggalakkan lebih ramai saudagar China berdagang di Melaka

c.

Sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik

Srivijaya Mempunyai sistem pentadbiran pusat dan wilayah yang teratur Orang Laut berperanan mengawal keselamatan pelabuhan dan sepanjang perairan Srivijaya supaya bebas dari lanun Orang Laut berperanan menarik kapal-kapal dagang untuk berdagang di Srivijaya Melaka Sistem pembesar empat lipatan menjamin pengurusan pentadbiran yang berkesan Pelaksanaan undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka membantu pentadbiran Melaka. Undang-undang Laut Melaka yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca memudahkan interaksi pedagang. Orang Laut bertanggungjawab memastikan keselamatan di laut dan mengawal keselamatan pelabuhan Melaka

d.

Dasar perdagangan

Srivijaya Pedagang asing tidak dibenarkan secara langsung berada di kawasan pedalaman Pedagang dibenarkan berdagang di pelabuhan yang tertakluk kepada kuasa kerajaan Srivijaya Tiada paksaan ke atas saudagar yang berdagang di Srivijaya Melaka Hal-hal perdagangan diuruskan Syahbandar,Nakhoda dan Kiwi Syahbandar –orang tengah antara pedagang dan kerajaan dalam pungutan cukai Nakhoda – mengendali hal-hal perdagangan, penyelarasan dan pelayaran di pelabuhan Melaka Kiwi –mengikut kapal yang membawa barang dagangan Sistem cukai berkeutamaan diperkenalkan iaitu 6% ke atas barangan India, Burma, Sri Lanka, 3%ke atas barangan dari kepulauan Melayu. Pedagang mesti dapatkan surat kebenaran sebelum berniaga 14

Sistem ukuran dan timbangan yang standard digunakan. Sistem tukar barang atau mata wang diamalkan

e.

Pelbagai jenis barang dan bahan mentah

Srivijaya Memperoleh barangan dan bahan mentah dari kawasan pedalaman Sumatera dan Riau Lingga Untuk memenuhi permintaan Srivijaya meluaskan pengaruhnya ke Kedah Tua dan Langkasuka Hasil perdagangan rempah terpenting ialah rempah ratus Kepelbagaian barang ini menggalakkan kunjungan pedagang Melaka Barangan import dari barat seperti Coromandel, Persi dan Arab ialah gula, beras, sayuran dan daging Melaka bertukar barangan dengan China seperti bijih, tembaga dan gaharu Melaka beroleh barang dagangan seperti rempah, kayu-kayan dan beras dari Burma, Jawa dan Siam.

f.

Kemudahan-kemudahan

Srivijaya Tempat penginapan, stor dan gudang disediakan Mempunyai kemudahan membaiki kapal Melaka Gudang yang disediakan dipagar dan ada penjaga. Gudang untuk menyimpan barangan pedagang Kemudahan membaiki kapal turut tersedia Terdapat juga tempat penginapan, bekalan makan dan minuman yang disediakan kepada pedagang

g.

Peranan keagamaan

Srivijaya Pusat penyebaran agama Hindu-Buddha di Nusantara. Membantu dalam perkembangan perdagangan dengan China dan India yang seagama Melaka Membentuk sebuah empayar Islam. Pedagang Islam merupakan pedagang utama di Melaka Pengislaman Parameswara mempengaruhi perpindahan saudagar Islam dari Sumatera Utara ke Melaka 15

h.

Penjajahan

Srivijaya Meluaskan pengaruh dengan menakluk negeri-negeri kecil Abad ke-7M hingga ke-13M berjaya kuasai kebanyakan Bandar pelabuhan di Alam Melayu Membentuk sebuah empayar yang kuat Melaka Meluaskan kuasa di kawasan Tanah Melayu hingga pinggir laut Sumatera Melaka memperoleh emas dari Siak, lada hitam dan emas dari Rokan dan Kampar Kawasan jajahan yang luas mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai empayar yang unggul

Kesimpulan (2M)

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan antarabangsa Srivijaya dan Melaka

Faktor-faktor tersebut berbeza namun Srivijaya dan Melaka berjaya menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal suatu ketika dulu.

16

6.

Huraikan perkembangan kurikulum pendidikan dalam Tamadun China.

Pengenalan (3M)

1. Latar belakang Tamadun China – di persekitaran Lembah Sungai Hwang Ho. 2. Kurikulum

merujuk

apa

yang

berlaku

dalam

kelas

yang

melibatkan

pengajaran,penilaian,pembelajaran, dan bahan-bahan. 3. Kurikulum pendidikan di China dipengaruhi ahli falsafah Confusius zaman dinasti Chou dan Dinasti Han dan seterusnya. Tetapi zaman Dinasti Chin, falsafah Legalisme yang diasaskan oleh Han Fei Tsu lebih dominan.

Isi – isi penting (4 isi x 5 M = 20M)

1. Tahap pendidikan. a.

Peringkat rendah – Kanak-kanak berumur 7 tahun mula bersekolah di kuil, kampung atau persendirian.

Guru daripada bekas pegawai kerajaan yang hilang pekerjan atau ahli

akademik yang gagal peperiksaan. Pendidikan tertumpu kepada menghafaz tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami makna. b.

Peringkat menengah – Tumpuan diberi kepada latihan dalam menghasilkan karangan dan sastera serta pengkajian esei.

c.

Kurikulum peringkat tinggi-Tumpuan kepada menterjemahkan buku suci ke dalam bahasa China moden,menjelaskan kandungan buku suci dan penulisan esei.

d. 4. Zaman Dinasti Shang.

a. Semasa zaman pemerintahan Dinasti Shang,kurikulum pendidikannya meliputi kemahiran dalam sistem tulisan bergambar atau ideogram. b. Terdapat lebih 3,000 simbol atau tulisan bergambar yang harus dihafal oleh para pelajar. c. Mereka yang dapat menguasai sistem tulisan ini dapat menjadi jurutulis.

17

3. Zaman Chou

a. Zaman pemerintahan Chou Barat diwujudkan untuk anak bangsawan di ibu kota dan bandarbandar lain. Sekolah untuk orang biasa disediakan di feudal iaitu kampung dan kampung kecil. Terdapat pendidikan asas dan sekolah lanjutan bagi pemerintah dan orang awam. Kurikulum – terdiri daripada 6 bidang seni (muzik,memanah,penulisan,matematik,memandu kereta kuda beroda dua dan pelbagai upacara dan adat istiadat)

b. Sistem pendidikan zaman ini adalah liberal dan menekankan pemahaman dalam menimba ilmu (kaedah menghafal dikutuk).

Confucious berpendapat belajar tanpa pemahaman adalah

pembaziran.

c. Chou Timur – perubahan sosial membawa kelahiran “Hundred School of Thought”

d. 100 school of Philosophy berkembang bila wujudnya penyelewengan dalam kerajaan dan peperangan. Ahli falsafah sering bertemu untuk berbahas dan bertukar pendapat.

e. Negeri feudal memberi keutamaan kepada bidang pendidikan dan bersaing untuk menarik golongan intelektual.

f. Kurikulum pendidikan golongan terpelajar berusaha untuk melahirkan golongan pelajar yang berani mengkritik dan mengamalkan tradisi menghormati diri sendiri.

4. Dinasti Chin

a. Berasaskan falsafah legalisme. b. Pemerintah tidak mahu ada sebarang kesan masa lampau khasnya yang berkaitan dengan ajaran confucious. c. Sisten tulisan dipermudah dan disatukan.

18

5. Dinasti Han.

a. Dakwat diperkenalkan.

sekolah yang wujud ialah peringkat kerajaan pusat dan tempatan.

Sekolah swasta berkembang dengan pesat terutama dalam bidang kesusasteran klasik. Universiti pertama ialah Universiti Nasional yang mempunyai 30,000 pelajar.

b. Maharaja Han Wu Ti memperkenalkan institusi pengajian tinggi dan mengalakkan pembinaan sekolah di seluruh empayar, sistem pendidikan, dan teks klasik ajaran Confucious. Peperiksaan terbuka kepada awam tetapi sebenarnya , diduduki golongan kaya sahaja.

c. Sebuah sekolah khas untuk melatih pegawai kerajaan telah ditubuhkan di wilayah Changan dan sekolah biasa didirikan di seluruh negara.

d. Peperiksaan awam dijalankan di peringkat daerah,wilayah, dan negara. Hasilnya lahirlah ahli sejarah,penyajak, dan pelukis. Contoh Su Ma Chien yang mendapat gelaran Bapa Sejarah Negara China.

Kesimpulan (2M)

Pendidikan rasmi di China berkembang melalui dikri pemerintah. Tumpuan utama pendidikan ialah untuk memajukan sensitiviti moral dan rasa tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

19

BAHAGIAN B

1.

Huraikan masyarakt Islam yang terdapat dalam Tamadun Cina sehingga 1800 M.

Pengenalan (3M) 1. Perkembangan masyarakat islam dalam tamadun China bermula pada zaman Dinasti Tang sejak kurun ke 7 masihi apabila orang Arab mengenali Negara China. Agama islam sendiri telah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Kazakhs, Kyrgyz, Uzbeks dan Tajik.

2. Sejarah kedatangan islam ke China dirujuk kepada ‘Babad Kwantung’ yang merakamkan tentang sejarah kedatangan orang Islam ke China di zaman Dinasti Tang, apabila beberapa bilangan tidak dinyatakan dengan tepat orang asing dari Annam, Kemboja dan Madinah telah dating ke Canton. Mereka menyembah syurga iaitu tuhan dan tidak menyimpan patung atau berhala di dalam rumah mereka.

3. Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan satu rombongan seramai 15 orang yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqas telah sampai ke Canton untuk menyebarkan agama Islam dan mendapat sambutan yang baik daripada Maharaja Yung Wei. Saad telah mendirikan masjid di Bandar Guangzhou dan dikenali Masjid Goangta yang bermaksud menara. Terdapat ungkapan pada masjid tersebut iaitu ‘Inilah masjid pertama di China dibina oleh Saad bin Waqqas RA ketika dating ke sini atas perintah Nabi SAW untuk menyebarkan Islam’ Saad telah meninggal dunia dan dikebumikan di Kwangchou.

Isi-isi ( 4 markah x 5 isi = 20 M)

1. Islam bermula berkembang ke China oleh Hamzah bin Hamzah iaitu anak kepada Hamzah bin Abu Talib sepupu Nabi Muhammad S.A.W. telah sampai ke China bersama-sama 3000 orang Muhajirin dan menetap di San Gan Foo. Hubungan China-Arab semakin baik semasa zaman Bani Umayyah dan dapat dibuktikan dengan terdapatnya penempatan orang Arab di Canton pada tahun 758 M. Pada zaman pemerintahan Khalifah Khalid al-Walid (705-715M) tentera Islam pimpinan Qutaibah bin Muslim telah sampai ke China Selatan dan menguasai Samarkhamd dan Khawarizm di Asia Tengah.

2. Hubungan Arab dengan China bertambah kukuh pada zaman Bani Abbasiyah apabila Khalifah alMansur menjalinkan hubungan dua hala dalam bidang ketenteraan dengan Maharaja Su Tsung telah meminta bantuan tentera untuk menewaskan pemberontak iaitu Panglima Tentera An Lu Syan pada 20

tahun 755M . Khalifah al-Mansur telah mengirimkan bantuan tentera seramai 10,000 orang tentera dan berjaya menewaskan pemberontak. Kejayaan ini membolehkan tentera-tentera Islam menyebarkan agama Islam ke China.

3. Perkembangan Islam di China pada zaman Choong (841-847M) juga disebabkan faktor perkahwinan antara orang Islam dengan wanita-wanita China. Mereka telah menetap di daerah Kansu dan Syensi.

4. Golongan Hui Hui adalah golongan China beragama Islam tinggal di sekitar wilayah Yunan, Shenzi dan Kansu. Mereka dikatakan golongan pengembara Islam dan pedagang yang dating ke China sekitar abad ke 7-8 masihi. Mereka berinteraksi dengan orang China tetapi masih mengekalkan identity sebagai orang Islam dan lama kelamaan mereka bercampur dengan orang tempatan dan mereka dikenali pula sebagai orang Hui.

5. Pada zaman dinasti Moghul, berlaku kemuncak penyebaran Islam selama 88 tahun. Maharaja Yuan telah menjemput intelektual Islam untuk memegang jawatan penting dalam pentadbiran seperti gabenor dan wakil gabenor. Ini kerana kemajuan Islam di Asia Barat telah diketahui dalam bidang pentadbiran dan intelektual.

6. Pada zaman dinasti Kublai Khan terdapat 8 daripada 12 orang Islam telah dilantik menjadi gabenor. Salah seorang daripada mereka ialah Abdul Rahman telah dilantik menjadi pemungut cukai dan mengendalikan urusan kewangan Negara , Syed Umar Shamsudin dilantik menjadi menteri kewangan dan kemudian Gabenor Yunan dan apabila beliau meninggal dunia tempatnya telah digantika oleh anaknya iaitu Nasarudin Syed Umar. Beliau telah berjaya mempertahankan wilayahnya daripada serangan tentera Burma.

7. Masyarakat Islam juga terdapat dalam dinasti Ming. Kebanyakkan mereka terlibat dalam bidang ketenteraan. Menurut sarjana Islam China iaitu Ibrahim T.Y. perkataan ‘Ma’ merujuk kepada orang Islam di China atau Muhammad S.A.W. dan beliau telah menyusur salasilah Maharaja Ming iaitu Chu Yuan Chang dan permaisurinya, Chee Men adalah berketurunan Ma atau Islam. Ia dibuktikan dengan pembinaan masjid di Nanking dan sajak puji-pujian kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang dipahat pada dinding masjid tersebut. Selain itu juga. Dinasti Ming mempunyai penasihat dan pegawai tertinggi dari kalangan orang Islam seperti Laksmana Cheng Ho (Zheng He) atau nama Islamnya Ma Poh Sam yang berjaya mengangkat kegemilangan dinasti Ming ke seluruh dunia ketika itu. 21

8. Masyarakat Islam juga terdapat pada zaman dinasti Sung. Pada zaman ini keselamatan dan kebajikan orang asing dipelihara setelah tergugat pada zaman dinasti Manchu kerana Manchu memusuhi orang Islam khususnya yang bukan China dan menindas mereka serta melaga-lagakan mereka antara puakpuak lain seperti Han, Monggol dan Tibet. Pada zaman dinasti Sung orang Islam mengukuhkan kedudukan kembali dan prestasi orang Islam sememangnya unggul di China sehubungan dengan itu, Pu Shou Keng berketurunan Arab telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Cukai dan Keamanan di Fokien.

Kesimpulan (2M)

Islam berjaya dikembangkan sehingga ke Negara China dan ke seluruh pelusuk dunia. Faktor utama kejayaan ini adalah ketokohan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai pemimpin berkaliber dan bijaksana disamping contoh tauladan yang baik menjadi ikutan sepanjang zaman dan menjadi ikutan dan panduan masyarakat Islam di China.

22

2.

Jelaskan fitnah-fitnah terhadap Khalifah Uthman bin Affan dan huraikan juga kesan-

kesan ekoran fitnah itu.

Pengenalan (2M)

a. Khalifah Uthman bin Affan merupakan khalifah yang ketiga selepas khalifah Umar al Khattab.Baginda memegang teraju pemerinthan bermula tahun 23 H sehingga tahun 35H setelah baginda dibunuh oleh sekumpulan pemberontak yang menyerbu ke rumahnya.

b. Dari segi peribadi,beliau merupakan sahabat yang terawal menerima Islam.Beliau terkenal dengan gelaran ‘Dhu al Nurain’kerana pernah mengahwini puteri dua orang puteri Rasulullah s.a.w.Beliau juga terkenal dengan sikap seorang dermawan terutamanya pada awal perkembangan Islam.

c. Enam tahun pertama perintahannya,Negara Islam telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang manakala enam tahun terakhir pemerintahannya , keadaan Negara agak huru-hara disebabkan timbulnya pelbagai masalah dalaman.

Isi – isi Penting ( 7 isi x 3 M = 20M)

A. Fitnah-fitnah (4 isi x 3 M = 12M)

1. Khalifah Uthman dituduh mengamalkan dasar nepotisme atau memihak kepada kaum keluarganya dalam soal perlantikan jawatan pegawai-pegawai kerajaan.contohnya Uthman telah melantik saudara angkatnya,Abdullah bin Saad

bagi menggantikan Amru Al As sebagai

Gabenor Mesir

2. Khalifah Uthman dituduh sebagai seorang khalifah yang boros kerana membelanjakan wang yang begitu banyak dari Baitulmal 3. Polisi khalifah Uthman yang membenarkan orang-orang Arab berhijrah di daerah-daerah yang baharu dikuasai oleh kerajaan Islam menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khasnya di tanah jajahan yang berkaitan. 23

4. Khalifah Uthman juga dituduh memihak kaum Quraisy akibat tindakan gabenor Kufah Said bin al As mengisytiharkan tanah di Iraq sebagai kepunyaan kaum Quraisy.

5. Sikapnya yang selalu bersimpati dengan kesusahan orang lain dan sering memaafkan orang yang telah melakukan kesalahan telah memakan dirinya .

6. Tindakan beliau memusnahkan beberapa salinan alquran yang ditulis dalam pelbagai loghat dan menerbitkan satu satu naskah baru yang standart yang ditulis mengikut loghat Quraisy.

7. Beliau juga melantik beberapa pegawai yang pernah murtad dan mereka yang pernah melakukan kesalahan besar tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak.

B. Kesan-kesan fitnah (3 isi x 3M =9M)

8. munculnya gerakan pemberontakan

di Mesir,Kufah, mereka mendesak Khalifah Uthman

memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap,yang menpunyai hubungan keluarga dengannya serta mahukan beliau meletak jawatan.

9. Peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman telah menimbulkan perpecahan yang makin serius di kalangan umat Islam.

10. Pembunuhan Uthman menyebabkan timbulkan semula semangat assabiyyah yang telah dihapuskan oleh Rasulullah.

11. Zaman huru-hara ini telah menyebabkan punca berakhirnya perintahan Khulafah ai Rasyidin pada tahun 40 H.Pembunuhan Uthman telah dijadikan alas an oleh Muawiyah,Gebenor Syam untuk menentang Khalifah Ali.

Kesimpulan (1M)

Fitnah yang timbul pada zaman beliau merupakan titik tolak kepada perpecahan di kalangan umat Islam. Sebenarnya fitnah yang timbul ini secara tidak langsung telah mendedahkan

kepincangan yang

dihadapi oleh masyarakat Islam kerana mereka alpa terhadap wasiat Rasulullah supaya kembali kepada ajaran al quran dan Hadis. 24

3.

Bincangkan etika peperangan dan pengajaran peperangan dengan merujuk kepada

perang Uhud.

Pengenalan (3M)

Perang Uhud merupakan salah satu daripada siri peperangan yang berlaku dalam zaman Nabi Muhammad s.a.w bagi melaksanakan jihad dan mendaulatkan agama Allah. Peperangan yang kedua dalam sejarah Islam ini berlaku di kaki Gunung Uhud pada pertengahan bulan Syaban pada tahun 3 Hijrah di antara 3000 tentera Quraisy dengan 700 orang umat Islam. Tentera Quraisy dipimpin oleh Abu Sufian manakala umat Islam dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kaum Quraisy yang menerima kekalahan yang memalukan di Badar telah bertekad untuk membalas dendam dan menebus kembali maruah mereka.

Nabi Muhammad s.a.w telah memilih kawasan Gunung Uhud sebagai medan pertahanan dan menempatkan seramai 50 orang pemanah yang cekap di lerenglereng gunung. Pasukan pemanah ini di ketuai oleh Abdullah bin Zubir. Strategi ini lah telah menghancurkan barisan tentera Quraisy sehingga mereka lari dan meninggalkan kelengkapan senjata dan harta yang banyak. Pasukan pemanah Abdullah bin Zubir menyangka bahawa peperangan telah tamat lalu mereka meninggalkan lokasi masing-masing untuk turun merebut harta-harta rampasan.

Peluang ini digunakan oleh panglima Khalid al-Walid untuk mengumpulkan semula pasukan berkudanya dan mara dengan pantas untuk merampas kubu pertahanan pasukan pemanah tentera Islam. Setelah kubu strategic umat Islam itu jatuh, Khalid al-Walid menyerbu umat Islam dari belakang sehingga mereka bertempiaran lari.

Kekalahan umat Islam sehingga seramai 70 orang mati syahid termasuk bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w sendiri iatiu Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Beliau telah dibunuh oleh hamba berbangsa Habsyah bernama Washy Yang telah dijanjikan oleh tuannya bernama Zubair bin Mut’im untuk Merdekakannya sekiranya ia berjaya membunuh Hamzah. 25

Etika-etika Peperangan Dalam Islam ( 5 isi x 2 M =10M)

1. Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. Contohnya pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, sewaktu menggempur wilayah Hirah, baginda telah memberikan 3 pilihan kepada musuh Islam iaitu menganut Islam, berdamai atau berperang.

2. Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Contohnya, dalam Perang Badar.

3. Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta.

4. Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaa darurat. Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan.

5. Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.

6. Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh.

7. Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati. Contohnya, ketika Perjanjian Hudaibiyah meskipun fasa-fasa dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam namun Rasulullah mempunyai misi tersendiri.

8. Etika terakhir ialah tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah. Dalam Perang Badar, Baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu. 26

9. Cara pengagihan harta rampasan perang. Harta-harta yang diperolehi bukan dibolot oleh Rasulullah sebaliknya diagihkan secara sama rata di kalangan para pejuang. Selepas kewujudan Baitulmal, harta-harta berkenaan diuruskan dengan lebih baik dan digunakan untuk pembangunan negara khususnya pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.

Natijah peperangan (5isi x 2M = 10M)

1. Kabilah-kabilah Arab yang lain mula memandang rendah kepada umat Islam. Mereka mula cenderung untuk kembali memihak kepada kaum Quraisy Mekah. Malah ada yang berani membunuh umat Islam sewenang-wenangnya seperti Bani Bakar yang telah membunuh seramai 70 orang utusan dakwah Islam di suatu tempat bernama Bir-Mauna.

2. Kabilah Hudhail pula memohon Nabi Muhammad s.a.w mengirimkan pendakwah kepada mereka. Malangnya tiga orang daripada mereka dibunuh, manakala dua yang lain di bawa ke Mekah untuk dijual dan dibunuh oleh kaum Quraisy. Dua orang bersaudara bersama Tulaihah dan Salama bin Khuwailid telah berura-ura hendak menyerang Madinah. Nabi Muhammad mendengar berita ini lalu mengirimkan pasukan tentera seramai 150 orang untuk memerangi mereka terlebih dahulu.

3. Kaum Quraisy mula yakin dengan kekuatan mereka dan percaya bahawa kekuatan Islam mulai lumpuh. Ini mendorong mereka untuk semakin bersemangat untuk berusaha mengalahkan umat Islam pada peperangan seterusnya.

4. Umat Islam menerima ejekan dan provokasi dari golongan Yahudi dan Munafikin di Madinah. Namun kekalahan umat Islam telah memberi pengajaran agar lebih patuh dan taat kepada arahan pemimpin pada masamasa akan datang.

5. Peperangan ini juga membuktikan bahawa kaum Quraisy Mekah memang sentiasa berazam untuk menghancurkan umat Islam pada bila-bila masa sahaja dan tanpa di duga. Oleh itu wajarlah bagi umat Islam untuk lebih berhati-hati 27

dalam menghadapi serangan-serangan yang bakal diterima daripada musuhmusuh mereka

6. Bagi pihak umat Islam, mereka menerima pengajaran mengenai konsep ketaatan terhadap pemimpin dengan bayaran yang sangat mahhal. Kekalahan itu mengajar mereka betapa pentingnya mematuhi arahan pemimpin. Sikap mereka telah membawa padah yang amat besar.

7. Namun umat Islam tidak bersedih selama-lamanya. Mereka mengambil iktibar daripada kesilapan tersebut lalu menanam azam yang baru untuk lebih bersatupadu, berdisplin dan taat kepada pemimpin dalam menghadapi musuh yang seterusnya.

8. Perang ini juga memberikan gambaran kepada umat Islam mengenai sifat-sifat dan bahaya-bahaya yang ditimbulkan oleh golongan Munafik. Ini mengajar umat Islam untuk lebih berhati-hati menghadapi golongan tersebut yang hanya bersemangat di bibir tetapi bukan di hati.

Kesimpulan (1M)

Peperangan Uhud membawa banyak pengajaran kepada umat Islam walaupun mereka dianggap telah mengalami kekalahan. Setiap umat Islam sewajarnyalah patuh kepada pemimpin dan dalam perjuangan janganlah terlalu mementingkan aspek kebendaaan.

28

4.

Galurkan perkembangan penggunaan mata wang Islam sehingga abad ke 18 Masihi.

Pengenalan (3M) 1. Konsep ekonomi Islam. 2. Menyenaraikan sahaja tahap/tempoh masa penggunaan mata wang Islam. 3. Kerajaan Jahiliyah- Rom dan Parsi. Mata wang Rom dalam bentuk dinar emas dan Mata wang Parsi dalam bentuk dirham perak telah digunakan sebelum kedatangan Islam. Isi-isi Penting (5 isi x 4M=20M) 1. Zaman Nabi Muhammad s.a.w. Penggunaan mata wang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. telah menerima pengaruh daripada kerajaan Rom dari dinar emas Rom Timur dan dirham perak Parsi. Setelah baginda dilantik sebagai rasul, baginda telah mengisytiharkan dinar dan dirham sebagai mata wang yang sah bagi orang Islam berurus niaga. Baginda telah melaksanakan standard mata wang berdasarkan uqiyyah, dinar, daniq, dirham, mitsqal dan qirath. Baginda juga telah menetapkan kadar 1 dinar bersamaan 10-12 dirham serta ia mengikut keperluan tersebut. 2. Zaman Khulafah Al-Rasyidin – Khalifah Umar bin Al-Khattab. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab (634-644M) telah menetapkan kadar piawaian khusus iaitu Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab sebagai model mata wang berteraskan dinar dan dirham. Piawaian 7 dinar emas bersamaan 10 dirham perak. Setiap 1 dinar seberat 4.25 gram dan 1 dirham beratnya adalah 3 gram. Emas yang digunakan ialah 91.7 %, 22 karat dan bergaris pusat 23 milimeter sementara bagi dirham pula 25 milimeter. Kedua-dua mata wang ini bergambar kaabah dan tertulis kalimah syahadah di kedua-dua permukaan. 3. Zaman Khulafah Al-Rasyidin – Khalifah Ali bin Abi Talib. Khalifah Ali bin Abi Talib telah menetapkan dan memperakui penggunaan dirham Islam yang tertentu sahaja iaitu dirham Rumi yang berdasarkan dirham Rom Timur, dirham Tabari berdasarkan dirham dari Asia Tengah dan dirham Baqhli atau Bajli berdasar dirham Parsi. Kesemua dirham pada zamannya ditulis dengan khat kufi. 4. Zaman Bani Umayyah Berlaku perkembangan pesat apabila terbinanya kilang-kilang percetakan mata wang Islam berdasarkan dirham dan dinar. Kilang-kilang ini dibina di Kota Damsyik, Mesir, Andalusia (Eropah) dan Wasit 29

(Iraq). Pada masa zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, beliau telah mengarahkan percetakan mata wang dinar dan dirham di Kota Damsyik pada tahun 691 dan 692 Masihi kemudian diulang cetak pula di Mesir, Andalusia dan Wasit pada 696 Masihi. Pada bahagian permukaan mata wang terdapat kalimah Allah dan tanda mohor khalifah. Seterusnya gabenor Iraq, Hajjaj Yusof alTaqafi telah mengarahkan percetakan mata wang dirham di Kota Kufah manakala gabenor Mesir iaitu Abdul Aziz bin Marwan mengarahkan percetakan mata wang dinar di Fustat. Khalifah Abdul Malik juga mengarahkan dinar quqi diselaraskan kepada 4,25 gram daripada 4.55 gram yang telah diubah oleh kahlifah Bani Umayyah terdahulu. Dirham Baqhali telah ditetapkan antara 2.91 gram hingga 2.95 gram daripada berat asalanya 3.98 gram. Khalifah juga telah memperkenalkan mata wang tembaga dikenali Fals. 5. Zaman Bani Abbasiyah Pada zaman Bani Abbasiyah antara tahun 750-1285 Masihi kilang percetakan mata wang Islam telah banyak didirikan seperti di Kota Baghdad. Khalifah al-Makmun telah menjadikan percetakan di Kota Baghdad sebagai pusat penyelarasan. Setiap mata wang tertera nama khalifah yang memerintah 6. Kerajaan Islam Nusantara Penggunaan mata wang telah merebak ke Nusantara. Pada tahun 1295 M mata wang emas telah dihasilkan oleh Kerajaan Samudera, Pasai dan Acheh. Manakala Sultan Muzaffar Syah telah memperkenalkan mata wang Melaka, di bahagian permukaannya tertera pelbagai jenis khat dalam Bahasa Arab.Ia kemudiannya diwarisi oleh kerajaan Kesultanan Johor selepas kejatuhan Melaka. Negara Brunei juga turut menggunakan mata wang Islam yang diimport dari Negara Arab Saudi, Mesir, Iraq dan Parsi. Bukti penggunaannya di Brunei iaitu apabila pada zaman Sultan Nasaruddin (1690-1710 M) telah tertera nama beliau di permukaan mata wang tersebut dengan gelaran ‘Malik al-Zahir’ Kesimpulan (2M) Sejarah penggunaan mata wang di dunia pada hari ini adalah warisan keintelektualan Islam semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Mata wang Islam telah melalui perkembangan evolusi sebelum mempunyai nilai dan teknik yang standard dan pengeluaran yang mantap.

30

5.

Bincangkan Kurikulum Dan Pelaksanaan Pendidikan Islam Pada Zaman Nabi

Muhammad S.A.W Di Mekah Dan Madinah

Pengenalan (3M)

1. Matlamat pendidikan Islam : melahirkan insan yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t dan menajuhi larangan melalui bimbingan agama,akhlak,akal,emosi dan kemahiran

2. Nabi Muhammad sebagai Rasul : 610M wahyu pertama surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud membaca jadi asas pendidikan Islam

3. Rasulullah s.a.w merupakan mahaguru yang menyampaikan pendidikan Islam bermula di Mekah dan diteruskan di Madinah

4. Latar belakang Mekah danMadinah : Mekah-terletak di Lembah yang kering kontang dan kedudukanMekah strategik iaitu persinggahan jalan perdagangan Syam dengan Yaman. Diasaskan oleh Nabi Allah Ibrahim bersama anaknya Ismail dan ibunya Siti Hajar. Di situ mereka mendirikan rumah ibadat pertama iaitu Kaabah iaitu 100 tahun sebelum Muhammad dilahirkan. Datuknya, Qusay bin Kulab, kabilah Quraisy telah menguasai pentadbiran Mekah.

5. Madinah – kawasan oasis yang subur untuk pertanian. Kedudukan strategic iaitu jalan perdagangan antara Mekah dengan Syam. Setiap tahun penduduknya mengunjungi Mekah untuk mengerjakan ibadat haji yang disyariatkan dalam agama Hanif Nabi Allah Ibrahim a.s.

Isi –isi Penting ( 20M)

A. Kurikulum ( 2 isi x 2M = 4M)

1. Akidah : rukun iman mengesakan Allah dan melarang mensyirikkannya dengan berhala dan sebagainya. Beriman kepada rasul-rasul teramsuk Nabi Muhammad s.a.w. Beriman kepada kitab-kitab termasuk Al-Quran wahyu daripada Allah s.w.t. Beriman kepada hari akhirat,manusia akan dihidupkan semula untuk mendapat pembalasan baik atau sebaliknya

31

2. Syariah : Bersolat – hanya Allah sahaja yang disembah Konsep waib sunat,halal,haram, harus dalam melaksanakan tanggungawab

3. Akhlak : Konsep amar maaruf spt hormat-menghormati, tolong menolong, jujur,amanah, berkata benar. Konsep nahi mungkar iaitu larangan berzina,berdusta dan membunuh anak perempuan

B. Pelaksanaan pendidikan di Mekah ( 4 isi x 2 M = 8 M)

1. Secara senyap atau rahsia atau sirriyah : kepada kaum keluarga dan sahabat terdekat seperti isterinya Khadijah,Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar as Siddiq yang berpusat di rumah Arqam bin Abi Arqam berlangsung selama 3 tahun.

2. Secara terang-terangan : Diperintah oleh Allah s.w.t selama 10 tahun. Ditujukan kpd kaum kerabat spt keluarga Abdul Mutalib dengan berceramah di rumah Ali bin AbiTalib. Ada keluarga yangmenerima dan ada yang menentang terutamanya Abu Lahab bapa saudara baginda.

3. Dakwah terbuka kepada orang ramai : - Di Bukit Safa - dihadiri olehsemua ketuaketua pentadbir Mekah spt ketua Bani Abdul Mutalib, Bani Zahrah, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad. Abu Lahab mengganggu dakwah Nabi Muhammad s.a.w .

4. Cara nabi mendidik : menunjukkan contoh teladan dan akhlak yang baik. Nabi sendiri tidak pernah berdusta. Menyampaikan dengan hikmah berbincang lemah lembut, sabar dan doa. Menanamkan keimanan

C. Kurikulum dan pelaksanaan pendidikan di Madinah ( 4 isi x 2 M = 8M)

1. Peluasan ajaran Islam : Aqidah – diteruskan menanam keimanan. Akhlak – akhlak manusia diteruskan dengan kemasyarakatan seperti muamalah, kejiranan, Kenegaraan 1 bulan – kewajipan mendirikan solat Jumaat, mengerjakan puasa, haji, zakat, kekeluargaan di tambah dengan ibadat sunat

2. Institusi pengajian : Masjid Nabawi – pusat pendidikan Islam serambi bersambung dengan masjid disebut al Suffan sebagai tempat 32

3. Mempelajari bahasa asing : Rasulullah s.a.w menghantar para sahabat belajar bahasa asing untuk sebarkan /pendidikan Islam cth: Muaz bin Jabal ke Yaman, Abdullah bin Masud ke Kufah, Abu Musa Al-Asyaari ke Basrah

4. Pendidikan untuk semua : Rasulullah memberi peluang dan membuka ruang kepada semua orang untuk belajar sejajar dengan tuntutan dalam hadis yang bermaksud “ menuntut ilmu wajib bagi semua umat Islam.” Terdapat satu hari khas untuk mengajar kaum wanita. Saidatina Aishah menjadi rujukan para muslimat.

5. Pendidikan membaca dan menulis : Individu yang boleh membaca dan menulis diarahkan mencatat wahyu. Rasulullah mengarahkan orang yang boleh membaca dan menulis supaya mengajar orang lain. Contoh: Tawanan perang Badar yang tahu membaca dan menulis dikehendaki mengajar kanak-kanak Islam sehingga pandai untuk membebaskan diri mereka.

6. Pendidikan fizikal : Rasulullah menggalakkan menunggang kuda, memanah, berenang. “otak yang cergas terletak di badan yang sihat”

7. Menulis surat kepada Negara lain : Rasulullah telah mengarahkan sahabat menyeru Islam kpd Raja Habsyah, Raja Mesir dan Iraq. Raja Habsyah menerimanya dengan baik tetapi yang lain memberi layanan yang buruk kepada utusan.

Kesimpulan (2M)

1. Dapatlah dikatakan kurikulum yang didedahkan oleh Rasulullah sama ada di Mekah atau pun Madinah bertujuan melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal dan spiritual agar memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat.

2. Kurikulum yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. ini kemudiannya diwarisi oleh para sahabat termasuk pengumpulan dan pembukuan al-Quran dan Hadis yang membawa kepada pengenalan ilmu tafsir, usuludin, fiqah, dan sebagainya.

33

6.

Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Islam dengan

tamadun Cina.

Pengenalan. (3M)

1. Penjelajahan bermaksud mengembara atau berjalan ke merata tempat. Penerokaan bermaksud usaha penyelidikan, mengkaji dan menjelajah kawasan yang baru ditemui atau diduduki.

2. Latar belakang sejarah penjelajahan dan penerokaan China adalah dapat dikesan bermula sejak abad 1 masihi lagi. Ini dapat dilihat melalui pengembaraan oleh tokoh-tokoh seperti I Ching dan Fa Shien. Menjelang abad ke 14m, aktiviti penerokaan dijalankan secara meluas khususnya untuk aktiviti perdagangan dan perluasan kuasa. Antara tokoh penerokaan terkenal adalah Cheng Ho dan Yi Ching.

3. Latar belakang sejarah orang Islam dapat dilihat sekitar abad ke 10 hingga 14M. Dilakukan secara tidak terancang oleh ahli pengembara Islam yang melakukan secara individu. Antaranya tokoh penerokaan Islam seperti Al-Masudi, Ibn Battutah, Ibn Majid, Ibn Hawqal, dan ramai lagi.

4. Matlamat penerokaan China dapat dilihat berasaskan faktor 3G iaitu mencari kekayaan, perluasan kuasa, dan keagamaan. Manakala Islam adalah berkait rapat dengan 3K iaitu, keilmuan, kebebasan dan keislaman.

Isi-isi Penting : ( 4 isi perbandingan x 5 M = 20M) Perbandingan Matlamat Penerokaan Orang China dan Orang Islam.(20m)

1. Meluaskan pengaruh

Tamadun Cina - penerokaan orang China dan Islam adalah bertujuan perluasan kuasa dan tanah jajahan. Ini bertujuan bagi meningkatkan kekuasaan dan empayar mereka. Contohnya, semasa pemerintahan Dinasti Han, Maharaja Wu Ti telah menghantar misi ke Yueh Chih dengan tujuan untuk mengadakan penentangan puak Hsiung Nu yang mengecam kawasan sempadan Utara China. Misi tersebut akhirnya berjaya. China berjaya menguasai sebahagian 34

Asia Tengah termasuk Lembah Tarim. Pada abad pertama Masihi, Jeneral Pan Chao dilantik sebagai wizurai Kashgar dan meluaskan pengaruh hingga ke sempadan Syria.

Tamadun Islam - Ini mempunyai persamaan di dalam Islam bagi mengukuhkan politik banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemimpin Islam. Semasa pemerintah Abdul Malik Bin Marwan dan Al Walid bin Abd Malik seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India Utara dikuasai oleh tentera Islam.

2. Perdagangan

Tamadun Islam - Penerokaan juga adalah bertujuan untuk meluaskan aktiviti perdagangan seperti mendapat bahan mentah, menguasai hasil komoditi, menguasai pusat perdagangan dan sebagainya. Penerokaan China juga untuk kepentingan perdagangan sehingga berjaya menemui jalan sutera ke barat. Melalui jalan ini mereka telah membawa bendera sutera yang berharga ke Eropah dan membawa balik barang dagangan dari barat seperti bulu binatang dan batu permata. Kapal-kapal dagang China telah sampai ke Cittigara, Jawa Timur dan Pulau Maluku. Di bawah pernaungan Maharaja Yung Lo, Laksamana Cheng Ho (13711434) telah mengetuai ekspedisi pelayaran ke Asia Tenggara untuk memperluaskan perdagangan melalui sistem ufti.

Tamadun Islam - Di tamadun Islam, aktiviti penerokaan adalah untuk perdagangan. Di zaman Khalifah Al Walid, para pedagang Islam telah mengadakan hubungan perdagangan hingga ke Negara China. Pedagang Islam yang terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan laut antara timur dan barat. Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan pedagang di Asia Tenggara, India dan China. Mereka telah berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari Timur.

3. Agama

Tamadun Cina - Pada tahun 399 masihi, orang China melakukan penerokaan ke India untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan mempelajari agama Buddha. Mubaligh Fa Xian telah merentasi gurun Taklamakan dalam perjalanannya ke India. Beliau berusaha mempelajari Buddha yang tulin dan kemudiannya kembali semula ke China melalui jalan darat. Mubaligh 35

Xuang – Zang telah mengembara ke India melalui Samarkhan dan Bactria dan telah berjaya mengumpulkan buku suci Buddha untuk di bawa ke China. Tamadun Islam - Objektif penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman untuk kegiatan dakwah. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ramai pendakwah Islam yang menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Sheikh Abdul Aziz antara pendakwah yang berjaya mengislamkan Melaka, Sheikh Islam menyebarkan Islam ke Acheh dan Maulana Ibrahim ke Gerisik Jawa.

4. Ilmu Pengetahuan.

Tamadun Cina - Tokoh pelayaran China seperti Hsuan- Tsang, I-Ching dan Fa Hsien mengembara dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya berkait rapat dengan bahasa Sanskrit, budaya dan agama. Fa-Hasien berjaya menghasilkan buku yang memberi deskripsi lengkap tentang sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat India. IChing berjaya mengumpulkan 4000naskah yang mengandungi 500,000 seloka Tritaka dari India dan diterjemahkan ke dalam 230 buah jilid buku.

Tamadun Islam - Penerokaan yang dilakukan oleh orang Islam juga bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Melalui aktiviti ini orang Islam dapat mempelajari ilmu pengetahuan tamadun lain seperti India, Itali dan Andalusia. Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak karya intelektual Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan Parsi. Bidang perubatan, astronomi dan matematik Yunani dan India dipelajari dan mempengaruhi perkembangan Intelektual Islam.

5. Diplomatik

Tamadun Cina - Pada abad pertama masihi orang China mengembara dengan tujuan misi politik. Utusan China telah sampai ke Constinopel dan mengadakan hubungan dengan empayar Rom. Pada abad ke 15 Masihi, Maharaja Ming telah menghantar utusan menjalinkan hubungan diplomatic dengan Kesultanan Melayu Melaka. Ini dapat memperluaskan lagi pengaruh dan kekuasaan China.

36

Tamadun Islam - Ini berbanding dalam tamadun Islam, Kerajaan Islam telah menghantar utusan bertujuan untuk menjalinkan hubungan diplomatic dengan Negara luar. Di zaman Nabi Muhammad s.a.w telah menghantar perutusan ke Parsi dan Habsyah. Utusan Nabi Muhammad s.a.w disambut dengan baik oleh kerajaan tersebut. Sultan Kerajaan Acheh, Sultan Alaudin Riayat Shah (1588-1604) menghantar utusan ke Istanbul untuk menemui Sultan Ahmad I, sebagai balasan Sultan Turki telah mengirim bintang(pingat) yang tertinggi kepada Sultan Acheh.

Kesimpulan.(2M) Matlamat penerokaan orang China dan Islam mempunyai persamaan seperti aktiviti ekonomi, politik, dan keagamaan. Penerokaan orang China dan Islam mempunyai sumbangan yang amat besar dalam perkembangan tamadun manusia. Aktiviti penerokaan mereka berjaya memperlopori perkembangan tamadun dan kemajuan di Timur khususnya sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat.

37

38

Suggest Documents