INVENTORI PEMBELAJARAN PROFESIONAL: PEMBINAAN INVENTORI, ANALISIS FAKTOR, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

Seminar Majlis Dekan-Dekan Fakulti Pendidikan IPTA 2011, Serdang: Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 718-731 2011 INVENTORI PEMBELAJARAN...
Author: Darcy Greene
148 downloads 2 Views 504KB Size
Seminar Majlis Dekan-Dekan Fakulti Pendidikan IPTA 2011, Serdang: Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 718-731

2011

INVENTORI PEMBELAJARAN PROFESIONAL: PEMBINAAN INVENTORI, ANALISIS FAKTOR, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN Oleh Mahaliza Mansor Norlia Mat Norwani Ph.D Jamal @ Nordin bin Yunus Ph.D Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris [email protected] ABSTRAK Artikel ini bertujuan untuk melaporkan pembinaan, kesahan dan kebolehpercayaan inventori `Pembelajaran Profesional Berasaskan Sekolah (PPBS)` yang digunakan untuk mengukur pandangan guru sekolah menengah terhadap pembelajaran profesional mereka. Fasa pertama kajian telah dijalankan menerusi analisis faktor eksploratori (Exploratory Factor Analysis) terhadap data 166 orang guru terlatih di 19 buah sekolah menengah harian di daerah Batang Padang, Perak. Dapatan kajian menerusi analisis faktor eksploratori melalui putaran `orthogonal` kaedah `varimax`telah membentuk lima faktor PPBS. Nilai pekali kebolehpercayaan Alfa Cronbach keseluruhan item adalah .918.Pada fasa kedua kajian pula, analisis faktor pengesahan (Confirmatory Factor Analysis) telah dijalankan terhadap data 348 orang guru terlatih di 50 buah sekolah harian di Malaysia. Tujuan analisis faktor pengesahan dijalankan adalah untuk menyokong dapatan struktur faktor (factor structure) yang terhasil dari kajian fasa pertama. Nilai pekali kebolehpercayaan Alfa Cronbach bagi kesemua item ialah .910, manakala untuk setiap faktor yang terbentuk adalah di antara .663 hingga .915. Kesimpulannya, dapatan bagi analisis faktor pengesahan telah menyokong kewujudan lima faktor yang telah dibuktikan menerusi analisis faktor eksploratori. Katakunci: analisis faktor eksploratori, analisis faktor pengesahan, pembelajaran profesional guru

Seminar Majlis Dekan-Dekan Fakulti Pendidikan IPTA 2011, Serdang: Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 718-731

2011

PENGENALAN Guru mestilah sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing. Ini kerana kemahiran dan keterampilan guru-guru perlu terus diperbaharui seiring dengan perubahan yang berlaku sama ada kepada kandungan (content)atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran (Omar Abdull Kareem & Khuan Wai Bing, 2005). Guru yang berhenti belajar selepas dari latihan pra perkhidmatan akan gagal untuk memenuhi peranannya secara efektif dan seterusnya menjadi `prisoners of their own experiances`(Omar Abdull Kareem, 2010). Menurut beliau lagi, guru ini cenderung untuk mengulangi pengalaman, pendekatan, pengetahuan dan kemahiran sama yang dipraktikkan di awal kerjayanya tahun demi tahun tanpa membuat refleksi dan inovasi terhadap pengajaran berasaskan perubahan serta perkembangan semasa. Oleh itu, pembelajaran profesional berterusan dalam kalangan guru adalah suatu kemestian serta keperluan bagi setiap guru. Pengetahuan dan kemahiran guru boleh ditingkatkan menerusi pembelajaran profesional berasaskan sekolah yang berkesan. Bredeson (2003) menyatakan pembangunan profesional yang berkesan mempunyai elemen berikut iaitu berterusan, berasaskan sekolah dan dilaksanakan secara ‘job-embedded’, serta melibatkan guru dan pentadbir dalam identifikasi dan mereka bentuk pembelajaran profesional untuk memenuhi keperluan secara individu dan juga secara kolektif.Sehubungan itu guru akan lebih berkesan sekiranya pembelajaran profesional yang efektif serta bermakna dirancang dan diamalkan. Namun,menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2008), rumusan dari Laporan Tahunan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti2008 terhadap subjek-subjek yang dicerap di sekolah menengah mendapati:i.

ii.

Pengurusan panitia kurang memainkan peranan dengan berkesan sebagai badan profesional untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru seperti mengadakan sesi perkembangan staf, penyeliaan dan perbincangan profesional tentang pengetahuan pedagogi. Sekolah kurang mengadakan siri latihan secara tekal dan berkesan untuk semua guru bagi memantapkan kaedah dan teknik penyampaian di samping meningkatkan ilmu dan kemahiran berkaitan pedagogi terkini.

Kajian Muhammad Kamarul dan Abdul Rashid (2009) juga menunjukkan dapatan yang sama iaitu peluang pembelajaran profesional adalah terhad sama ada dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), JPN, PPD ataupun di peringkat sekolah. Menurut mereka lagi, sekiranya program pembelajaran profesional dipelbagaikan ia juga akan memberi impak yang lebih baik terhadap amalan kerja guru. Oleh itu, pembelajaran profesional di sekolah sepatutnya dirancang dan diamalkan dengan efektif supaya memberi kesan yang mendalam kepada amalan guru. Menurut Sparks dan Louck-Horsley (1989) pembelajaran profesional merupakan satu rancangan serta reka bentuk pembelajaran yang mengandungi andaian mengenai sumber pengetahuan dari segi amalan pengajaran dan bagaimana guru mendapat atau

Seminar Majlis Dekan-Dekan Fakulti Pendidikan IPTA 2011, Serdang: Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 718-731

2011

memperkembangkan pengetahuan mereka. Tujuannya untuk menambahbaik pengetahuan, kemahiran dan sikap guru berkaitan dengan pekerjaannya. Sehubungan itu kajian ini mengetengahkan tujuh model pembelajaran profesional yang mempunyai ciri serta fungsi yang berbeza untuk melihat pandangan guru tentang pembelajaran profesional berasaskan sekolah di Malaysia. Lima dari model tersebut dari Model Pembangunan Staf oleh Sparks dan LoucksHorsley (Sparks & Loucks-Horsley, 1990) dan dua model adalah dari Model Pembelajaran Profesional Roberts dan Pruitt (Roberts & Pruitt, 2009). Model-model yang diketengahkan adalah:1.1 Model Pembelajaran Arahan Kendiri Pembelajaran kendiri merupakan pembelajaran yang direka bentuk oleh guru itu sendiri dan tidak semestinya berlaku dalam program secara formal. Guru menentukan matlamat pembelajaran masing-masing serta memilih aktiviti-aktiviti yang boleh mencapai matlamat tersebut seperti penulisan jurnal dan pembacaan bahan ilmiah. 1.2 Model Penyelesaian Masalah Secara Kolaboratif Penyelesaian masalah secara kolaboratif berfokuskan kombinasi cara pembelajaran, hasil dari penglibatan guru dalam proses penambah baikkan sekolah seperti perancangan kurikulum, penyelidikan terhadap pengajaran berkesan dan strategi penyelesaian masalah secara berkumpulan. Aktiviti ini juga boleh dicapai menerusi perbincangan, pemerhatian, latihan dan kaedah cuba jaya. 1.3 Model Pencerapan dan Pentaksiran Pengajaran Pengajaran boleh dipantau dan dianalisis secara objektif serta penambahbaikan boleh dilakukan dari maklum balas terhadap prestasi yang ditunjukkan. Pencerapan dan pentaksiran pengajaran merupakan aktiviti kolaboratif secara berpasangan serta berfokuskan kepada pencerapan secara spesifik dalam kelas pasangan kemudian membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran secara bergilir-gilir seperti `peer coaching`, penyeliaan klinikal dan penilaian guru. 1.4 Model Latihan Latihan merupakan sesi perbengkelan di mana penyampai adalah mereka yang mahir dalam menyampaikan kandungan kursus berdasarkan satu set objektif pembelajaran yang jelas menerusi pelbagai aktiviti kumpulan. Aktiviti ini melibatkan syarahan, demonstrasi, main peranan, simulasi dan pengajaran mikro. Latihan yang berkesan melibatkan penerokaan teori, demonstrasi pelbagai kemahiran, merangsang amalan, maklum balas terhadap prestasi dan kejurulatihan di tempat kerja. 1.5 Model Kajian Tindakan Kajian tindakan merupakan aktiviti guru menjalankan kajian tentang bagaimana untuk meningkatkan kebolehan pelajar dan dapatan kajian tersebut dikongsi dengan rakan yang lain. Guru mempelajari teknik asas penyelidikan dalam kelas, menggubal soalan kajian, memungut dan menganalisis data serta menggunakan dapatan untuk menambahbaik amalan pengajaran. 1.6 Model Pembelajaran Kumpulan

Seminar Majlis Dekan-Dekan Fakulti Pendidikan IPTA 2011, Serdang: Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 718-731

2011

Kumpulan pembelajaran merupakan aktiviti perkumpulan guru secara berjadual untuk membincangkan isu-isu instruksional yang telah dipersetujui oleh semua ahli dalam kumpulan untuk diselesaikan secara bersama. Hasil pembelajaran kumpulan ini dilaksanakan sebagai strategi pengajaran dalam kelas. Aktiviti ini menghasilkan kolaborasi dalam kalangan guru, perbincangan reflektif, perkongsian amalan kerja personal serta pasukan kerja yang boleh memantapkan komitmen terhadap visi dan nilai sekolah yang dikongsi bersama. 1.7 Model Portfolio Profesional Portfolio profesional merupakan dokumen yang bermatlamat serta tersusun untuk menunjukkan perkembangan profesional dan pencapaian kompetensi guru dalam perkhidmatannya. Isi kandungan portfolio merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh guru disamping mengandungi dokumen bertulis seperti pencapaian pelajar, rancangan pengajaran dan penilaian. Portfolio merupakan alat yang berkesan untuk membuat refleksi terhadap amalan di samping boleh membantu guru menilai keputusan dan tindakan yang telah diambil. Pada masa ini, masih kurang instrumen yang sesuai untuk mengukur pandangan guru sekolah menengah terhadap pembelajaran profesional berasaskan sekolah. Kajian-kajian terdahulu kebanyakannya dilakukan di Barat seperti kajian Persico (2000) dan pengukurannya tidak begitu sesuai dengan konteks Malaysia. Selain amat kurang instrumen yang dikaji semula (reviewed) oleh para sarjana seperti kajian Amin (2005). Isu yang kedua pula ialah mengenai penggunaan kaedah statistik yang sesuai dalam membina dan mengesah item-item instrumen. Dickey (1996) menegaskan analisis faktor eksploratori (EFA) sahaja tidak memadai untuk digunakan sebagai asas penentuan konstruk yang mendasarinya kerana EFA direka bentuk untuk memaksimumkan jumlah varian dalam kalangan set pemboleh ubah (faktor) semasa,manakaladalam analisis seterusnya dengan menggunakan set data yang berbeza ia tidak akan menghasilkan kembali struktur faktor yang sama. Tambahan lagi, EFA hanya berfokuskan statistik dan tidak berlandaskan teori dalam menentukan struktur skala pengukuran serta tidak mencukupi untuk mentaksir ralat (Henson, Capraro & Capraro, 2004). Oleh itu, penggunaan EFA, analisis faktor pengesahan (CFA), kesahan kandungan serta kaedah ketekalan dalaman dalam pembinaan dan pengesahan item-item instrumen adalah amat sesuai. Tambahan,instrumen yang dikaji semula adalah sangat terhad maka adalah wajar untuk membinainventori pembelajaran profesional yang disahkan secara empirikal untuk mengukur pandangan guru sekolah menengah di Malaysia.

FASA PERTAMA: KESAHAN KANDUNGAN, ANALISIS FAKTOR EKSPLORATORI (EFA) DAN KETEKALAN DALAMAN Kaedah Tujuan Tujuan fasa pertama kajian ialah untuk (a) menghasilkan satu himpunan item untuk mengukur pembelajaran profesional guru berdasarkan model-model pembelajaran profesional berasaskan sekolah yang telah dikemukakan oleh para sarjana terdahulu; (b) menjalankan EFA bagi

Seminar Majlis Dekan-Dekan Fakulti Pendidikan IPTA 2011, Serdang: Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 718-731

2011

menaksir struktur faktor item-item yang mengukur; (c) menganggarkan ketekalan dalaman bagi setiap item dalam sub skala yang terbentuk.

Pembinaan item-item Instrumen kajian merupakan alat untuk mengukur, memerhati atau mendokumentasikan data kuantitatif (Creswell, 2008). Bagi tujuan tersebut instrumen kajian yang digunakan juga mestilah bertepatan dengan keperluan kajian.Pembinaan item-item PPBS adalah berdasarkan konstruk yang wujud dalam Model Pembangunan Staf oleh Sparks dan Loucks-Horsley (Sparks & Loucks-Horsley, 1990) dan Roberts dan Pruitt (2009). Pada asalnya, pengkaji telah membina tujuh konstruk, lima dari model Sparks dan Loucks-Horsley manakala dua dari model Roberts dan Pruitt. Kesemua item-item PPBS adalah dari inventori sedia ada. Item-item ini telah diadaptasi dari kajian Persico (2000) dan Amin (2005a) setelah mendapat keizinan beliau menerusi mel elektronik, Roberts dan Pruits (2009) serta Murphy dan Lick (2005). Pengadaptasian dibuat terhadap jenis skala iaitu dengan menukar skala Likert lima pilihan kepada skala Likert empat pilihan.Pilihannya diberi nilai (Field, 2009) seperti berikut 1 untuk sangat tidak setuju, 2 untuk tidak setuju, 3 untuk setuju dan 4 untuk sangat setuju. Skala Likert empat pilihan yang tidak mempunyai penengah (mid-point) ini lebih sesuai digunakan dalam masyarakat Asia Timur yang mempunyai budaya `doctrine of the mean’ serta dapat mengelakkan mereka untuk tidak memberi apa-apa pandangan (Cohen, Manion & Morrision, 2007). Selain skala ini sesuai digunakan ke atas item instrumen yang mengukur sikap (attitudes) dan pendapat (Breakwell, Hammond & Fife-Schaw, 2006; Babbie 2007). Responden Seramai 166 orang guru terlatih di19 buah sekolah menengah harian di daerah Batang Padang, Perak telah menjadi sampel dalam fasa ini. Dari jumlah ini, sebanyak 53 (32.0%) responden adalah lelaki dan 113 (68.0%) adalah responden perempuan (Mahaliza Mansor& Norlia Mat Norwani, 2010). Ukuran Bagi 40 item dalam konstruk model pembelajaran profesional adalah daripada alat pengukuran Model of Staf Development Survey yang telah digunakan oleh Persico(2000) dan Amin (2005) untuk tujuan pengutipan data kajian ijazah kedoktoran mereka. Item-item dibina oleh Presico berasaskan lima model Pembangunan Staf guru yang dikemukakan oleh Sparks dan LoucksHorsley (1989). Lima konstruk tersebut terdiri dari pembelajaran arahan kendiri, pencerapanpentaksiran, pembangunan dan penambahbaikan, latihan dan kajian tindakan.Model of Staff Development Survey berasaskan lima model pembangunan profesional guru yang dikemukakan oleh Sparks dan Louck-Horsley mengandungi 8 item setiap satu. Persico (2000) dalam kajian ijazah kedoktorannya menetapkan kesahan kandungan item-item bagi komponen ini melalui semakan tiga orang pakar dalam bidang pembangunan profesional. Dua dari pakar tersebut ialah Dennis Sparks dan Susan Loucks-Horsley iaitu tokoh yang memperkenalkan lima model pembelajaran profesional berkenaan. Dua konstruk model pembelajaran profesional iaitu

Seminar Majlis Dekan-Dekan Fakulti Pendidikan IPTA 2011, Serdang: Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 718-731

2011

kumpulan pembelajaran dan portfolio profesional pula diadaptasi dari Roberts dan Pruitt (2009) dan Murphy dan Lick (2005) oleh penyelidik. Setiap konstruk mempunyai 6 item. Pada asalnya jumlah keseluruhan item yang dianalisis ialah 52 item.

Kebenaran dan Prosedur Kebenaran untuk menjalankan kajian daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) KPM serta JPN Perak telah di pohon dan diperoleh pada 19 Ogos 2010 dan26 Ogos 2010. Selain itu kebenaran dari kesemua pengetua di 19sekolah yang terlibat juga dipohon dan diperoleh. Surat iringan yang mengandungi tujuan soal selidik, cara menjawab serta jumlah masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik telah disertakan sebagai makluman kepada responden. Taklimat turut diberikan oleh penyelidik kepada responden sebelum menjawab soal selidik. Penyertaan responden adalah secara sukarela, semua respons adalah sulit dan digunakan untuk kajian semata-mata. Hasil Kajian Kesahan Kandungan Kesahan kandungan merujuk kepada sejauhmana instrumen kajian mengukur apa yang patut diukur (Ary,Mills & Airasian, 2010). Kaedah ini dijalankan bagi membuktikan kandungan item sememangnya berkaitan dan mewakili pemboleh ubah yang dikaji (Flowers, 2006). Kaedah yang digunakan dalam menentukan kesahan kandungan item-item instrumen pembelajaran profesional adalah dengan meminta ulasan dan pandangan pakar. Panel pakar ini diminta untuk menilai serta memeriksa item-item dari segi kandungan serta objektif yang hendak diukur (Ary et al., 2010). Soal selidik yang asal telah diterjemahkan sebanyak dua kali oleh pakar dengan menggunakan proses `back technique`. Penterjemahan kali pertama dilakukan dari versi Bahasa Inggeris kepada versi Bahasa Melayu oleh dua orang pegawai dari KPM. Kemudian soal selidik tersebut diterjemah kembali ke dalam Bahasa Inggeris oleh dua orang lagi pegawai dari KPM. Soal selidik disemak oleh panel pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk memastikan terjemahan tersebut benar-benar menepati maksud dan mengesahkannya seperti yang disarankan kaedahnya oleh Sireci, Yang, Harter dan Ehrlich (2006) dan Balbinoti, Benetti dan Terra (2006). Mereka terdiri dari terdiri dari seorang pensyarah penilaian dan pengukuran dan dua orang pensyarah pembangunan sumber manusia (Mahaliza Mansor, Norlia Mat Norwani& Jamal Yunus, 2010).Dapatan awal dari perbincangan dengan panel mendapati item-item yang membawa kekeliruan telah diperbetulkan terutamanya dari segi bahasa dan terminologinya supaya lebih mudah difahami oleh sampel seperti perkataan `dapatan` kepada `hasil`. Item-item yang panjang dan berulang-ulang untuk mengukur konstruk yang sama telah digugurkan. Seterusnya, soal selidik ditadbir kepada enam orang guru yang berpengalaman untuk mengenal pasti sekiranya terdapat kekeliruan serta mencatatnya di ruang yang disediakan untuk penambahbaikan atau terus digugurkan (Johnson & Christensen, 2008; Flowers, 2006; Mertens, 2005; Gall, Gall dan Borg, 2007). Mereka terdiri dari dua orang pengetua, seorang pegawai JPN Perak yang menguruskan Latihan Dalam Perkhidmatan dan tiga orang guru terlatih.Kaedah ini

Seminar Majlis Dekan-Dekan Fakulti Pendidikan IPTA 2011, Serdang: Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 718-731

2011

bertujuan untuk menambah baik soal selidik dan memastikan ianya sesuai digunakan dalam persekitaran pendidikan Malaysia. Sehubungan itu, adalah penting untuk mendapat maklum balas berkaitan kualiti soal selidik sama ada mudah difahami dan sesuai dari segi laras bahasa pendidikan. Penyelidik juga turut meminta sampel tersebut untuk memberi wajaran terhadap kejelasan dan kesahan setiap item (Flowers, 2006) Skala 1 hingga 10 telah digunakan dalam menentukan nilai pekali kesahan bagi setiap item. Item yang mempunyai nilai pekali kurang dari 70% disingkirkan dari soal selidik. Tuckman dan Waheed (1981) dalam Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad (2005) menyatakan penilaian pakar yang melebihi nilai pekali 70% mempunyai kesahan kandungan.Item yang mempunyai nilai pekali kurang dari 70% disingkirkan dari soal selidik. Dapatan analisis dari enam pakar terlibat menunjukkan nilai pekali kesemua item berada di antara 71.7% hingga 95.0%, manakala nilai pekali kesahan secara kumulatif ialah 85.5%.Oleh itu kesemua item telah diguna pakai dalam analisis seterusnya. Selain itu pengubahsuaian terhadap item-item juga turut dibuat atas saranan responden seperti susun atur item, saiz huruf serta arahan menjawab soal selidik kepada sampel dimantapkan. Analisis Faktor Eksploratori Analisis faktor eksploratori ini telah dilaksanakan dengan menggunakan perisian SPSS versi 18.00. Kesahan konstruk bagi konstruk-konstruk dalam instrumen kajian ini telah dijalankan menerusi analisis faktor eksploratori melalui kaedah ‘principal component analysis’(PCA). Analisis ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menyusun sebilangan besar item ke dalam konstruk-konstruk di bawah satu-satu pemboleh ubah tertentu dari sampel kajian (Tabachnick & Fidell, 2007). Selain itu, kaedah ini dapat mengurangkan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang banyak kepada dimensi yang terhad bilangannya tetapi masih merujuk ciri-ciri yang sama (Henson & Roberts, 2006; Sheskin, 2007) untuk digunakan dalam analisis seterusnya. Kaedah EFA yang telah diambil oleh pengkaji seperti yang dicadangkan oleh Hair, Black, Babin, Anderson & Tatham (2010), Tabachnick dan Fidell (2007), Coakes, Steed dan Ang (2010) dan Henson dan Roberts (2006) ialah: i. Item-item yang mempunyai nilai `anti-image correlation` ≥ dari .5 sahaja yang diterima. ii. Ujian Bartlett’s Test of Sphericity hendaklah signifikan (p

Suggest Documents