INTERNATIONAL BACCALAUREATE

INTERNATIONAL BACCALAUREATE EXTENDED ESSAY LANGUAGE MALAY A1 STANDARD LEVEL TITLE Masyarakat Orang Asli di Malaysia RESEARCH QUESTION Masyarakat Ora...
38 downloads 2 Views 904KB Size
INTERNATIONAL BACCALAUREATE

EXTENDED ESSAY LANGUAGE MALAY A1 STANDARD LEVEL

TITLE Masyarakat Orang Asli di Malaysia RESEARCH QUESTION Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam ‘Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli’ Hasil Pena Akiya

NAME

: MOHD NAZRUL A RAHIM

CANDIDATE NUMBER

: 002348-022

CENTER

: MARA COLLEGE SEREMBAN, JALAN AMINUDDIN BAKI, 70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA.

NUMBER OF WORDS

: 3997

NUMBER OF PAGES

: 38

MASYARAKAT ORANG ASLI; MASIHKAH HIDUP DALAM DUNIA TERASING? SATU ANALISA DALAM ‘TUNTUT: KUMPULAN CERPEN ORANG ASLI’ HASIL PENA AKIYA.

DAFTAR KANDUNGAN ABSTRAK PENGHARGAAN

i ii

BAB 1: PENGENALAN

1

BAB 2: SIAPAKAH ORANG ASLI ?

3

2.1 Sejarah asal-usul 2.2 Orang Asli Malaysia 2.3 Pecahan Etnik dan Populasi Orang Asli.

3 3 4

BAB 3: WUJUDKAH TRANSFORMASI ?

6

3.1 Transformasi dalam Aspek Ekonomi 3.2 Transformasi dalam Aspek Pendidikan 3.3 Transformasi dalam Aspek Kegiatan Sosial 3.4 Transformasi dalam Aspek Kebudayaan.

6 10 14 18

BAB 4: KESIMPULAN

20

BIBLIOGRAFI

23

LAMPIRAN Biografi Pengarang Sinopsis Setiap Cerpen Antalogi „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Sinopsis cerpen „Tuntut‟ Sinopsis cerpen „Hari-hari Terakhir Sinopsis cerpen „Tanah‟ Sinopsis cerpen „Penghulu‟ Sinopsis cerpen „Hutang‟ Sinopsis cerpen „Gingong‟ Temuramah Bersama Pengarang

24 25 26 26 27 28 29 30

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

ABSTRAK Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? ini dihasilkan berdasarkan sebuah antalogi cerpen, Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli hasil nukilan Akiya bagi memperlihatkan wajah dan kehidupan sebenar masyarakat Orang Asli di Malaysia. Masihkah hidup dalam dunia terasing? Satu persoalan pokok yang bakal merungkai apakah yang sedang berlaku dalam ruang lingkup masyarakat peribumi ini. Wujudkah transformasi dalam masyarakat mereka atau masih terbuai di takuk lama yang sudah pasti mengundang persepsi kurang senang masyarakat umum. Rentetan itu, kajian serta pemerhatian keatas cerpen-cerpen hasil coretan Orang Asli sendiri, ‘Tuntut’, ‘Hari-hari Terakhir’, ‘Tanah’, ‘Penghulu’, ‘Hutang’ dan ‘Gingong’ serta watak-watak yang mewarnai setiap cerpen telah dijalankan bagi menyelami dan melihat sendiri hakikat sebenar kehidupan mereka melalui segenap aspek. Dalam aspek ekonomi, pendidikan, kegiatan sosial dan kebudayaan, masyarakat Orang Asli dilihat begitu berusaha dan sudah menyedari keperluan bagi mengharungi era globalisasi yang semakin mencabar. Tambahan lagi, masyarakat mereka sudah mampu bersaing dalam bidang-bidang pertanian dan pendidikan dengan masyarakat lain di Malaysia. Seiring dengan informasi dan perkembangan semasa, masyarakat ini benar-benar sudah mengalami transformasi dalam kehidupan mereka. Namun begitu, menerusi watak-watak dalam cerpen-cerpen yang di kaji, pengarang begitu jujur mempersembahkan wajah sebenar masyarakatnya dimana masih ada segelintir yang masih enggan bersikap terbuka dan keluar dari kepompong yang lama. Sikap dan perangai buruk masih lagi menyelebungi dan merantai kehidupan sebahagian daripada mereka. Malah, ada juga masyarakat Orang Asli sendiri sudah hilang jati diri apabila begitu mudah melupakan tradisi masyarakat serta adat yang cukup bernilai. i

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

PENGHARGAAN

Pertamanya, bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan taufik serta hidayah-Nya dapatlah Extended Essay bagi subjek Malay A1 Standard Level ini saya sempurnakan dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan khas untuk para guru penasihat yang begitu banyak membantu saya sepanjang pembikinan esei ini khususnya Pn. Azizah Bte Ismail. Jutaan terima kasih juga buat Tuan Pengarah dan Timbalan Hal Ehwal Akademik yang telah memberi sokongan kepada para pelajar dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga buat ayahanda dan ibunda serta keluarga yang selama ini terus menerus memberi semangat dan dorongan kepada saya disamping doa dan wang ringgit bagi memastikan tugasan yang penuh mencabar ini dapat disiapkan pada waktunya. Kepada rakanrakan seperjuangan, terima kasih saya ucapkan kerana begitu banyak menyumbang idea dan komen yang berguna dan cukup membantu. Jutaan penghargaan juga saya tujukan khas buat Tuan Akiya atau nama sebenar beliau Mahat a/l China selaku pengarang antalogi Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah. Lantas, mencurahkan pelbagai info, komen dan idea yang begitu berharga buat saya dalam mencoretkan yang terbaik untuk tugasan ini. Tidak ketinggalan juga , terima kasih saya ucapkan kepada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOAM) khususnya Bahagian Penyelidikan dan Penerangan, Pembangunan Minda dan Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Sosioekonomi yang banyak memberikan kerjasama dan informasi terkini sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Akhir kalam, sesungguhnya segala sumbangan yang telah diberikan tidak dapat saya balas dengan wang ringgit atau harta. Tanpa penglibatan anda semua sudah pasti esei ini tidak dapat saya sempurnakan dengan jayanya. Terima kasih saya ucapkan.

ii

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

BAB 1: PENGENALAN Kajian demi kajian telah dilakukan bagi menerokai kehidupan sebenar masyarakat Orang Asli di Malaysia. Seiring dengan suasana kepesatan pembangunan dalam era globalisasi ini, masyarakat Orang Asli seringkali dilabel sebagai masyarakat minoriti yang masih ketinggalan dan keciciran dalam segenap aspek kehidupan. Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa hakikatnya masyarakat peribumi ini sudahpun mengalami transformasi dalam kehidupan mereka. Menerusi karya hasil nukilan karyawan Orang Asli, ‘Tuntut : Kumpulan Cerpen Orang Asli’, penulis cuba menyelami kehidupan sebenar masyarakat Orang Asli di Malaysia berdasarkan aspek-aspek ekonomi, pendidikan, kegiatan sosial dan kebudayaan mereka. Suara „dari dalam‟ yang berjaya dizahirkan dalam bentuk sastera ini memberi wajah sebenar kehidupan masyarakatnya sendiri. Enam buah cerpen yang terkandung dalam himpunan karya ini telah dipilih untuk dijadikan bahan kajian utama iaitu ‘Tuntut’, ‘Hari-hari Terakhir’, ‘Tanah’, ‘Penghulu’, ‘Hutang’ dan ‘Gingong’. Cerpen-cerpen yang padat dengan karenah dan asam garam dalam kehidupan masyarakat Orang Asli berjaya dipersembahkan dengan menarik untuk tatapan umum masyarakat. Coretan yang berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sendiri oleh pengarang menjadikan perjalanan cerpen yang dihasilkan segar dan kelihatan asli tanpa terasa ada kejanggalan. Perjalanan plot yang santai dan bersahaja menjadikan perubahan dalam masyarakat mereka yang cuba diketengahkan diadun sekali dengan kritikan daripada pengarang terhadap masyarakatnya sendiri sekaligus mencerminkan identiti masyarakat Orang Asli itu sendiri.

1

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Transformasi

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

yang berlaku dalam ruang lingkup masyarakat Orang Asli

sememangnya wujud dalam segenap aspek kehidupan mereka. Mungkin kerana bilangan mereka yang sedikit menjadikan perubahan yang berlaku tidak dipandang oleh masyarakat umum. Masyarakat Orang Asli kini sudah melibatkan diri dalam bidang ekonomi dan pendidikan yang lebih baik. Sudah ramai masyarakat Orang Asli yang mempelopori bidangbidang profesional dan taraf pendidikan dalam kalangan Orang Asli kian meningkat hasil sistem persekolahan yang wujud di petempatan mereka. Kehidupan sosial dan kebudayaan juga dilihat semakin baik dan lebih bertamadun. Masyarakat Orang Asli sudah tidak malu lagi untuk berhadapan dan berinteraksi dengan masyarakat umum seperti dahulu. Hakikatnya, masyarakat Orang Asli juga memiliki keunikan adat dan budaya mereka yang tidak boleh dipisahkan dari ruang lingkup kehidupan mereka. Kehidupan bermasyarakat yang sudah pasti tidak akan lari daripada kepincangan dan masalah dalaman. Senario kehidupan masyarakat Orang Asli dalam mengharungi dunia globalisasi ini memperlihatkan segelintir daripada masyarakat peribumi ini sudah mula hilang jati diri. Mereka sudah mula lupa asal usul mereka, mereka sudah lupa akan adat dan budaya mereka. ‘Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli’ bakal merungkai segalanya. Masihkah masyarakat Orang Asli hidup dalam dunia terasing?

2

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

BAB 2: SIAPAKAH ORANG ASLI ? 2.1 Sejarah asal-usul. Menyingkap sedikit lembaran sejarah, Kepulauan Melayu telah dihuni oleh segolongan manusia yang dikenali sebagai „Austronesian‟ atau „Malayo-Polynesia‟ kira-kira 5000 tahun lampau. Golongan ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan yang berhijrah secara

‟sporadic‟, ‟irregular‟ dan ‟incremental‟ ke arah selatan

bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar1. 2.2 Orang Asli Malaysia Istilah „Orang Asli‟ dalam bahasa Melayu bermaksud penduduk asal sesebuah negeri atau „yang mula-mula‟2. Istilah ini hanya digunapakai di Malaysia barat sahaja dan istilah ini juga digunakan bagi menyeragamkan 18 etnik dalam masyarakat ini. Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974 menyatakan: Mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu;Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dah ialah ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli atau;Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada masyarakat Orang Asli;Mana-mana Orang Asli yang 1

Sejarah Orang Asli Malaysia - Bahagian Penyelidikan dan Penerangan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOAM). 2 Kamus Dewan Edisi 4, halaman 85

3

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli semata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu3. 2.3 Pecahan Etnik dan Populasi Orang Asli. Masyarakat Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada tiga kumpulan kaum utama iaitu Melayu-proto, Negrito dan Senoi yang mewakili 18 etnik. Ketiga-tiga kumpulan kaum utama ini dapat dibezakan berdasarkan ciri-ciri budaya, bahasa, bentuk fizikal dan organisasi sosial yang ada kelainan dan keunikan masing-masing. Dibawah kumpulan Melayu-proto terdapat etnik Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Jakun, Semelai dan Temuan. Manakala kumpulan Negrito pula diwakili oleh etnik Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq. Bagi kumpulan Senoi pula ialah etnik Temiar, Semai, Semoq Beri, Jah Hut, Mahmeri dan Che Wong4.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOAM), sehingga kini dianggarkan terdapat kira-kira 180, 000 orang, Orang Asli yang hanya mewakili 0.01% populasi penduduk di Malaysia5. Masyarakat ini mendiami kawasan mengikut demografi kumpulan kaum mereka. Kaum Negrito mendiami kawasan utara semenanjung. Orang-orang Senoi pula lebih bertumpu di bahagian tengah semenanjung terutama di kawasan kaki-kaki bukit dan banjaran. Manakala Melayu-proto pula terdapat di bahagian selatan Semenanjung.

3

Undang-undang Malaysia-Akta 134/Akta Orang Asli 1954 Etnik Orang asli Malaysia- Bahagian Penyelidikan dan Penerangan/ JAKOAM 5 Populasi Orang Asli/banci penduduk - Bahagian Penyelidikan dan Penerangan/ JAKOAM 4

4

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

Didalam cerpen-cerpen yang dikaji, pengarang menggunakan latar masyarakat etniknya sendiri iaitu etnik Semai bagi mewakili masyarakat Orang Asli secara keseluruhannya. “Jadi saya tulis tentang orang Semai. Ruang lingkupnya dalam orang Semai. Namun begitu itulah wajah-wajah Orang Asli. Itulah wajahnya. Kalau awak pergi kelompok mana sekalipun itu jugalah ceritanya”6.(Akiya)

6

Temuramah Pengarang – Mahat a/l China, Akiya-16 Jun 2011

5

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

BAB 3: WUJUDKAH TRANSFORMASI ? Istilah „Transformasi‟ bermaksud perubahan bentuk sifat, rupa atau keadaan. Dalam erti kata lain ia merupakan satu proses peralihan dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain, berbeza daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna7.

Transformasi dalam masyarakat Orang Asli memperlihatkan berlakunya perubahan dalam segenap aspek kehidupan masyarakat mereka yang meliputi aspek ekonomi, pendidikan, kegiatan sosial dan kebudayaan. Pada dasarnya, perubahan yang berlaku adalah disebabkan keprihatinan pihak-pihak tertentu khususnya pihak kerajaan dalam berusaha membantu masyarakat ini keluar dari kepompong yang lama dengan pelbagai cara. Malah, kesedaran masyarakat itu sendiri juga sebenarnya mendorong kepada modenisasi mentaliti kearah kemajuan dan taraf hidup yang lebih baik seiring dengan era globalisasi.

3.1 Transformasi dalam Aspek Ekonomi

Ekonomi sesuatu bangsa menjadi pedoman untuk melihat sejauhmana taraf hidup sesebuah bangsa. Tidak hairan jika hari ini, kemajuan ekonomi sangat dititik beratkan oleh semua negara di seluruh dunia bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam mengharungi dunia globalisasi. Dalam skop yang lebih kecil, ekonomi seringkali dikaitkan dengan kerjaya yang diceburi oleh individu dalam masyarakat tersebut.

Masyarakat Orang Asli sememangnya terkenal dengan amalan ekonomi sara diri sejak dahulu lagi. Hidup ditemani pokok-pokok dan makhluk rimba menjadikan suasana sebegitu sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hutan merupakan tempat bergantung mencari rezeki saban hari dengan mengutip hasil rimba, memburu binatang serta bercucuk

7

Kamus Dewan Edisi 4-halaman 1712

6

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

tanam secara tradisional. Dengan hanya menggunakan senjata ciptaan sendiri dan kemahiran kendiri yang diwarisi daripada nenek moyang, masyarakat Orang Asli begitu kental meneruskan survival mengharungi jerih perih kehidupan yang dianggap sudah

menjadi

kebiasaan. Namun, kini sudah ramai masyarakat peribumi ini menceburi bidang-bidang profesional yang lebih menjamin kestabilan ekonomi mereka. Ramai diantara mereka sudah berjinak-jinak dalam perniagaan, malah ada yang sudah bergelar usahawan berjaya. Profesion guru juga antara bidang yang diceburi oleh masyarakat mereka khususnya oleh generasi muda.

Hal ini telah diperlihatkan menerusi watak Wah Tipah yang merupakan seorang guru yang mencurahkan bakti kepada anak bangsanya di pedalaman. Wah tipah dalam cerpen ‘Tuntut’ dilabelkan sebagai seorang wanita yang matang dan berpelajaran dalam keluarga mertuanya. Selain itu juga, watak Cikgu Uda dalam cerpen ‘Hutang’ mempelopori bidang perguruan dan sanggup mengadakan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar dikampungnya. „Petang itu dia mengajar kelas bimbingan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah di balairaya kampung tersebut. Tugas itu dilakukan selepas dia mengajar sebelah pagi di sekolah menengah di Pekan Air Tawar.‟ (Hutang halaman 103) Tambahan lagi, masyarakat ini sudahpun pandai memanfaatkan tanah yang dimilikinya dengan bercucuk tanam secara tetap. Ini bermakna masyarakat Orang Asli juga telah mengalami transformasi dalam sektor pertanian apabila mereka menanam getah serta memiliki dusun buah-buahan dan hasilnya akan dijual kepada peraih. Hal ini banyak sekali diperkatakan dalam cerpen-cerpen yang dikaji iaitu ‘Hutang’, ‘Penghulu’ dan ‘Harihari Terakhir’. Menurut sumber juga, sehingga kini kebanyakan tanah milik Orang Asli telah dimajukan dengan kerjasama Agensi Pembangunan Tanah seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan 7

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi membantu mereka dalam sektor pertanian sebagai sumber pendapatan8 . Generasi muda masyarakat Orang Asli menerusi cerpen ‘Hari-hari Terakhir’, juga telah ramai yang berhijrah keluar dari kampung untuk mencari rezeki. “Anak-anak muda ramai yang

telah meninggalkan kampung. Mereka

mencari kerja di bandar. Bekerja di bandar pendapatannya tetap. Begitulah jawapan yang diberi oleh mereka setiap kali di tanya. Biarpun gajinya kecil tetapi gahnya ada.” (Hari-hari Terakhir, halaman 18) Walaupun begitu, masih ramai lagi masyarakat mereka yang bergantung kepada hutan sebagai sumber rezeki mereka dimana mereka memanfaatkan sepenuhnya hutan yang kaya dengan sumber semulajadi. Lewat cerpen ‘Hari-hari terakhir’, masyarakat di Kampung Changkat masih memburu babi sebagai sumber rezeki apabila Isa, Aris , Bah Ee dan rakan- rakannya sering memburu babi di belukar. Malah, dalam cerpen yang sama, ada juga penduduk kampung yang keluar mencari rotan sebagai sumber pendapatan kedua selain menoreh getah. Meneliti cerpen ‘Hutang’ apabila penduduk Kampung Changkat Bom masih tetap mengutip hasil hutan di Bukit Lingsir walaupun pada hakikatnya sudah ramai diantara mereka mempunyai kebun getah dan dusun sendiri.

Setelah meniliti cerpen-cerpan yang dikaji, sebenarnya disebalik berlakunya transformasi dalam ekonomi mereka, masyarakat ini mempunyai masalah hutang yang kritikal dan masih ada segelintir masyarakat Orang Asli yang bersikap malas bekerja. Masalah hutang sangat jelas dibicarakan oleh pengarang dalam cerpen ‘Hutang’ menerusi watak Menik Alang yang akhirnya membawa kepada kesusahan keluarganya sendiri dan dia sendiri ditimpa musibah apabila jatuh dari pokok petai.

8

Pelan Strategik Pembangunan Orang Asli tahun 2006-2010-Halaman 12-13

8

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

““Mak, Pak Cik Akoh kata semalam, kita dah banyak hutang,” kata Timah. Anak itu tidak malu-malu menjelaskan hal hutang piutang mereka.” („Hutang‟, halaman 98) Malah, hutang yang terlalu banyak sehinggakan hutang tersebut terpaksa diwarisi oleh keluarga mereka. Sikap malas juga merupakan masalah yang membelenggu masyarakat ini. Hal ini dibicarakan oleh pengarang menerusi kritikan Penghulu Udang yang dengan tegas mengatakan anak buahnya ramai yang malas dan bodoh dalam cerpen yang sama. Masalah seperti ini akhirnya memerangkap masyarakat ini ke lembah kemiskinan. Akibatnya, sehingga kini masalah kemiskinan yang melanda dalam masyarakat Orang Asli masih tinggi walaupun hakikatnya taraf ekonomi mereka banyak menunjukkan perubahan positif. Menurut sumber, sejumlah 13,642 keluarga Orang Asli dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dimana peratusannya masih tinggi iaitu 48.99 % sehingga akhir Disember 20099.

Situasi seperti inilah yang membawa kepada status peminggiran dalam masyarakat umum sejak sekian lama. Lantas, masyarakat ini seolah-olah terasing dalam dunia mereka sendiri walaupun perubahan berlaku dalam masa yang sama.

9

Data Kemiskinan KIR Orang Asli Mengikut Negeri Pada 31 Desember 2009, Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOAM)-Taklimat Jabatan Kemajuan Orang Asli kepada Unit Perancanagan Jabatan Perdana Menteri-Halaman 8.

9

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

3.2 Transformasi dalam Aspek Pendidikan

Mendapat pendidikan sama ada berbentuk formal atau tidak formal menjadi satu keperluan asas dalam kehidupan manusia. Melalui pendidikan, sesebuah masyarakat itu mampu mengecapi tamadun hidup yang lebih tinggi dan dapat menikmati proses kehidupan seharian dengan lebih sistematik. Pendidikan yang baik mampu memberi sinar dalam pembangunan modal insan yang sangat diperlukan dalam mengharungi arus pemodenan. Sememangnya menjadi harapan kerajaan memastikan sistem pendidikan di Malaysia mampu menjana pemikiran yang global dan menyeluruh sekaligus menyediakan generasi pewaris negara yang mapan.

Dalam konteks arus pembangunan negara, masyarakat Orang Asli seringkali dikatakan jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan. Lantas melabelkan masyarakat peribumi ini tidak bertamadun dan bodoh. Namun begitu, jika diteliti dengan lebih dekat lagi, masyarakat minoriti ini sebenarnya sedang berusaha dalam dunia transformasi pendidikan mereka bagi memastikan tidak ketinggalan jauh dengan masyarakat lain di Malaysia. Memetik kata-kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOAM) benarlah perubahan positif itu berlaku walaupun dalam kadar yang perlahan. “Saya percaya jika kita amati sedikit mendalam, kita pasti nampak jelas bahawa sudah ramai masyarakat Orang Asli yang sudah berubah daripada tidak tahu baca tulis kepada golongan terpelajar. Memiliki kemahiran dan keintelektual yang tinggi dan diiktiraf. Benar!, mereka sudah berubah. Berikan mereka masa, mereka akan melakukan dengan lebih banyak lagi”10. (Dato‟ Hj Mohd Sani Bin Mistam) Setelah diamati, sebenarnya mentaliti masyarakat Orang Asli juga sudah berubah dimana mereka sudah menyedari hakikat kepentingan pendidikan dalam membawa

10

Bicara Ketua Pengarah, Buletin Asli- Bil. 2. 2010

10

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

masyarakat mereka kepada kehidupan yang lebih baik. Dalam cerpen ‘Penghulu’, masyarakat Kampung Sungai Jelintoh sudah menyedari akan keperluan pendidikan kepada generasi muda untuk memajukan kampung dan kaum mereka. “Mereka perlu maju dalam semua aspek pembangunan. Mereka harus maju dalam hal ehwal pendidikan. Cucu-cicit mereka harus diberi didikan pelajaran yang sempurna. Anak-anak mereka harus diajar ejaan cara moden. Itu yang perlu dilakukan pada masa kini.”(„Penghulu‟, halaman 79) Malah dalam cerpen ‘Hutang’, pengarang sekali lagi mengetengahkan perkembangan pendidikan dalam masyarakat peribumi itu melalui watak anak Penghulu Udang, Ani yang ketika itu sedang menuntut di Institut Teknologi MARA dalam bidang Seni Reka Fesyen. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sudah ada masyarakat Orang Asli memiliki taraf pendidikan yang tinggi, berketerampilan dan mampu menyaingi kaum-kaum lain.

Menurut sumber terkini, sudah ramai Orang Asli berjaya dalam bidang pendidikan dimana sehingga akhir 2008, sudah 700 graduan Orang Asli berjaya menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Ketika ini pula seramai 358 mahasiswa Orang Asli sedang menuntut dalam pelbagai jurusan di peringkat Ijazah, Diploma dan sijil di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam di seluruh negara sehingga akhir 200911. Malah, ada juga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara12. Manakala diperingkat sekolah pula, sehingga akhir 2009, terdapat 94 buah sekolah kebangsaan diseluruh perkampungan Orang Asli di Malaysia. Masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli semakin berkurangan saban tahun menyaksikan perubahan bukan sahaja daripada segi bilangannya sahaja, tetapi kualiti pelajar yang dihasilkan juga sangat memberangsangkan apabila pelajar

11 12

Maklumat Pelajar Unit Pengajian Tinggi- Bahagian Pembangunan Minda & Pendidikan/ JAKOAM Enam Pelajar Orang Asli ke Luar Negara-Buletin Asli Bil 02.2010(Halaman 5)

11

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

yang lulus dan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan besar UPSR, PMR, SPM, dan STPM semakin ramai13.

Namun begitu, kita seharusnya sedar bahawa kadar keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli diperingkat sekolah masih tinggi walaupun perubahan berlaku setiap tahun. Malah, menjadi satu isu yang sering diperkatakan diperingakat Jabatan Kemajuan Orang Asli apabila ramai diantara mereka yang memiliki kelulusan dan pendidikan yang tinggi semakin hilang jati diri apabila ada diantara mereka yang bersikap tidak optimis dan tidak mahu membantu bangsanya sendiri. Mereka sendiri memandang rendah terhadap masyarakat sendiri, mereka sudah lupa diri. Hal seperti ini juga banyak diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen-cerpen yang digarap seperti watak Ani yang bersikap acuh tak acuh apabila diberitahu tentang cadangan mengutip derma bagi membantu keluarga Menik Alang yang ditimpa musibah. Sebagai seorang yang berlatar belakangkan pendidikan yang tinggi, dia tidak seharusnya bersikap sedemikian kerana harapan untuk membawa bangsanya kearah lebih maju adalah terletak pada bahunya. “Jadi you ajak Ani di sini mahu bincang soal itu?” tanya Ani.”Ani tidak ada masa mahu fikir soal itu,” tambahnya, lantang dan tegas.............. Uda benar-benar hampa dengan sikap buah hatinya yang langsung tidak sensitif terhadap soal susah senang masyarakatnya sendiri walaupun dia dibesarkan dikampung itu. (Hutang, halaman 101) Sikap Ani ini bertentangan pula dengan Cikgu Uda yang sangat prihatin terhadap pembangunan dan masalah yang melanda masyarakat di Kampung Changkat Bom. Cikgu Uda begitu peka terhadap pendidikan generasi muda dikampungnya dan dalam cerpen yang sama, Cikgu Uda memasang harapan yang tinggi buat anak didiknya.

13

Maklumat pelajar Unit Sekolah- Bahagian Pembangunan Minda & Pendidikan/ JAKOAM

12

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

“Hanya satu harapanya agar anak-anak murid yang diajar setiap petang di kelas bimbingannya akan mencorakkan warna kehidupan yang lebih bermakna di Kampung Changkat Bom. Itu sahaja harapannya” („Hutang‟, halaman 109) Penulis melihat bahawa golongan seperti ini merupakan aset yang berharga bagi membela dan memperjuangkan kemajuan bangsa sekaligus membawa kepada penafian bahawa masyarakat Orang Asli hidup dalam dunia terasing.

13

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

3.3 Transformasi dalam Aspek Kegiatan Sosial

Manusia adalah makhluk individu yang tidak terlepas daripada berhubung dengan manusia lain. Sebagai akibat daripada hubungan yang terjalin antara individu-individu, maka lahirlah kelompok sosial yang berlandaskan kepentingan bersama. Perkataan sosial bererti kemasyarakatan14. Sosial adalah keadaan dimana adanya hubungan antara manusia walau apa jua keadaaan sekalipun samada kita dapat rasakan ataupun tidak. Kehidupan bermasyarakat sudah pasti tidak lari daripada kehidupan berorganisasi yang mampu menjana keharmonian dalam masyarakat tersebut. Dalam hidup bermasyarakat juga pasti mempunyai gaya hidup yang tersendiri yang rata-ratanya banyak dikaitkan dengan pengaruh agama dan budaya sesebuah masyarakat.

Menerokai kehidupan bermasyarakat Orang Asli, seringkali kita dipersonakan dengan keunikan sistem dan gaya hidup masyarakat peribumi ini. Sebelum kedatangan penjajah, kebanyakan komuniti Orang Asli adalah bersifat egalitarian (kesamarataan), dimana secara umumnya tidak ada ahli komuniti yang melebihi atau mampu mengarah orang lain. Namun, setelah kehadiran British struktur kepimpinan Orang Asli juga turut mendapat tempias menjadikanya lebih formal dan jelas. Setiap komuniti Orang Asli dipimpin oleh pemimpinpemimpin tradisi mereka seperti Batin, Penghulu, khalaak (Shaman) dan Orang Tua15. Dengan wujudnya barisan pemimpin, masyarakat Orang Asli begitu bergantung sekali kepada golongan ini.

Dalam cerpen-cerpen yang dikaji, pengarang banyak sekali berbicara tentang kepimpinan dalam melatari plot cerpen-cerpennya. Dalam masyarakat Semai, pemimpin utama mereka dikenali sebagai Penghulu begitu juga dengan etnik dibawah Senoi dan Negrito. Hal ini berbeza penggunaan istilah dimana Tok Batin digunakan dalam Melayu14 15

Kamus Dewan Edisi 4-Halaman 1518 Orang Asli Isu, Transformasi dan Cabaran, Ma’rof Redzuan/Sarjit S. Gill (Halaman 144-147)

14

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

proto. Namun melalui peredaran masa dan sistem kerajaan, masyarakat Orang Asli juga mengalami transformasi dalam kehidupan bermasyarakat mereka. Menerusi cerpen ‘Penghulu’, golongan muda bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dalam usaha mereka memajukan Kampung Sungai Jelintoh seiring dengan arus pemodenan negara. Walaupun dalam usaha penubuhan tersebut mendapat tentangan hebat golongan tua khususnya penghulu mereka sendiri, namun akhirnya, jawatankuasa tersebut dapat ditubuhkan dan diiktiraf oleh Pegawai Daerah.

Penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung itu telah disahkan oleh pihak Pejabat Daerah. Surat pengesahan telah diterima oleh mereka. Bah Ngah tersenyum puas. Usahanya bersama raka-rakannya akan bermula. („Penghulu‟, halaman 82) Kesedaran dalam membina masyarakat yang lebih tersusun dan mapan sesungguhnya telah berlaku dalam masyarakat peribumi ini. Secara tidak langsung dapatlah dilihat bahawa mentaliti generasi muda Orang Asli telah mengalami perubahan dalam usaha mereka melihat kaumnya maju kehadapan. Manakala, dalam cerpen ‘Hari-hari Terakhir’ pula, kehidupan bermasyarakat Orang Asli sekali lagi mengalami satu perubahan apabila tertubuhnya pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Kampung Changkat. Hal ini memberi gambaran bahawa masyarakat mereka juga sudah memikirkan hidup secara bermasyarakat yang menuntut kerjasama dan saling membantu antara mereka. Malah kerajaan juga telah menyerahkan tiga pucuk senapang kepada pasukan RELA berkenaan bagi menjaga keamanan kampung mereka. “Senapang patah RELA, kata orang kampung. Kerajaan memberikannya kepada orang Kampung Changkat untuk menjaga keamanan kampung kalau-kalau ada ancaman dari orang jahat.”(Hari-hari terakhir, halaman 22)

15

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

Namun, tiada yang sempurna dalam dunia ini. Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Begitulah realiti kehidupan bermasyarakat. Dalam cerpen-cerpen hasil nukilan Akiya ini, terdapat pelbagai masalah yang diketengahkan dalam mengkritik kedudukan barisan pemimpin dalam masyarakat Orang Asli. Penghulu adalah antara insan yang menjadi sasaran dalam mengambarkan wujudnya golongan yang tidak bertanggungjawab, menerima rasuah, tidak amanah dan sebagainya. Meskipun banyak perubahan yang telah berlaku dalam masyarakat yang diketuainya, tanpa disedari ada pihak yang mengambil kesempatan keatas masyarakatnya sendiri. Penghulu Itam dalam cerpen ‘Tanah’ diperlihatkan sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab apabila bersekongkol dengan anaknya Bah Jua dan sanggup menerima rasuah daripada peniaga Cina, Ah Tong dalam isu menjual tanah milik arwah ayah Jantan yang sepatutnya tanah tersebut diserahkan kepada Jantan, bukan menjualnya. “Jua sudah jual sama gua RM 1000,”katanya. . . . . . . .”Ada lagi RM 300 gua kasi duit kopi sama lu punya pakcik” (Penghulu Itam)” („Tanah‟ , halaman 46) Dalam cerpen ‘Penghulu’ pula, Penghulu Pandak digambarkan sebagai seorang pemimpin yang mementingkan pangkat dan nama selain pemikirannya yang tidak terbuka seringkali menidakkan pendapat golongan muda dalam usaha mereka memajukan Kampung Sungai Jelintoh bersama. Lebih teruk lagi apabila Penghulu Pandak dikatakan hanya pandai menghukum tanpa mencari jalan penyelesaian yang memberi kebaikan kepada semua penduduk kampung. Dalam usaha Penghulu Pandak mempertahankan kedudukannya, hadir pula watak yang mengapi-apikan lagi suasana dingin antara golongan tua dengan golongan muda. Tuk Pawang Saman begitu taksub menyokong Penghulu Pandak dan sebenarnya dia sendiri takut jika golongan muda menguasai barisan kepimpinan dalam kampung mereka, kedudukannya sebagai pawang yang terhormat juga bakal terjejas.

16

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

Lain pula ceritanya dalam cerpen ‘Hutang’ apabila Penghulu Udang tidak bersetuju dengan cadangan Cikgu Uda untuk mengutip derma untuk mengurangkan beban keluarga yang susah. Wal hal Penghulu Udang sendiri tidak amanah dalam menyampaikan bantuan kerajaan kepada penduduk kampungnya sendiri. Sikap pilih kasih menghantui diri Penghulu Udang yang gilakan kuasa sebagai pemimipin di kampungnya. “Kalau

ada

apa-apa

bantuan

kerajaan,

penghulu

tidak

akan

mengagihkannya kepada mereka. Penghulu akan memilih mereka yang menyokongnya sahaja . Penghulu akan hanya memberi bantuan pada waris-warisnya yang terdekat.” („Hutang‟ , halaman 108) Sesungguhnya, sikap pemimpin dalam masyarakat seperti inilah yang menjadikan masyarakat ini terus ketinggalan dan merapuhkan lagi aktiviti sosial dalam masyarakat peribumi ini. Lantaran itu, penulis berpendapat, mentaliti generasi muda yang bersifat lebih profesional mampu membawa masyarakat mereka keluar daripada kehidupan yang dianggap terasing dalam masyarakat umum di Malaysia.

17

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

3.4 Transformasi dalam Aspek Kebudayaan.

Masyarakat di Malaysia yang berbilang bangsa menyaksikan variasi dalam budaya dan adat. Keunikan dan keindahan adat dan budaya masing-masing memberi makna tersurat dan tersirat yang tersendiri. Adat dan budaya sesuatu bangsa juga merupakan identiti yang seharusnya dipelihara agar segar dan kekal sepanjang zaman. Begitulah rona hidup yang sekali-sekala perlu kita hayati sejenak, mengimbau warisan nenek moyang yang berharga.

Begitu juga jika kita berbicara tentang adat dan budaya masyarakat Orang Asli di Malaysia yang penuh dengan keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Berbeza-beza mengikut etnik, sudah pasti memberi kepelbagaian dalam adat dan budaya serta signifikannya dalam masyarakat mereka. Dalam menyelami cerpen-cerpen yang dikaji, pengarang menggambarkan bahawa adat dan budaya masyarakat mereka adalah perkara yang paling banyak menerima cabaran dalam menghadapi transformasi. Hampir kesemua cerpen-cerpen membicarakan tentang perihal adat dan budaya yang menerima tempias daripada arus pemodenan. Kebanyakan masyarakat Orang Asli sendiri menganggap muzik warisan nenek moyang mereka kuno dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Hal ini jelas diperkatakan menerusi watak Johan, cucu kepada Atuk Bait apabila dia memilih anak-anak muda kampung untuk membuat pertunjukan daripada memilih Atuk Bait meniup gingongnya. “ „Datuk tahu, orang sekarang tak suka muzik kuno,‟ suaranya mengejek. „Gingong yang datuk tiup di atas pentas, tidak ada sesiapa yang hendak tonton,‟ tambahnya lagi.” („Gingong‟, halaman 112)

Begitulah sikap generasi muda Orang Asli yang sudah lupa akan warisan kesenian nenek moyang sendiri. Generasi muda sudah mula terikut-ikut dengan lagu pop dan rock 18

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

serta bermain alat muzik moden. Apakah ini anugerah kemajuan?. Sebenarnya tidak salah untuk generasi muda ingin mencuba sesuatu yang baru yang seiring dengan zaman mereka. Tetapi, pada masa yang sama mereka tidak seharusnya melupakan seni budaya bangsa mereka sendiri. Lain pula kisahnya, apabila adat perkahwinan mula tercalar akibat perubahan pemikiran generasi muda. Wah Tipah dalam cerpen ‘Tuntut’ telah melanggar adat perkahwinan masyarakat suku Semai apabila dia menolak lamaran adik iparnya yang sepatutnya perlu jika mengikut adat mereka. Lewat cerpen ‘Tanah’ pula tindakan Bah Jua dan bapanya telah menjual tanah warisan pusaka milik arwah ayah Jantan tanpa berbincang dahulu. Hal sedemikian adalah salah dalam adat mereka. “Si Jua pun begitu kalau dia mahu jual tanah itu. Tetapi ajaklah dia berunding dahulu. Dari segi adat resam Orang Asli, itu sudah salah. Hal seumpama itu tak betul. Bapa saudaranya tidak amanah. Jua pun tidak amanah.” („Tanah‟, halaman 41) Bukan itu sahaja, malah kini ada tanah Orang Asli yang telah diceroboh oleh pihakpihak yang tidak bertanggungjawab atas alasan pembangunan. Hal ini memperlihatkan kepada kita bahawa masih ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain dan tidak menghormati adat masyarakat Orang Asli itu sendiri.

Isu mengenai tanah Orang Asli acapkali timbul dan yang terkini adalah melibatkan hak tanah Orang Asli dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Sehingga kini masyarakat tersebut sedang bangkit membawa hal tersebut ke mahkamah bagi memperjuangkan hak mereka16. Ini membuktikan mereka bukan lagi seperti dahulu yang hanya mampu mengikut telunjuk orang lain tetapi bangkit memperjuangkan bangsanya.

16

‘Orang Asli take state govt to court’- THE STAR, Thursday 22 April 2011.

19

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

4.0 KESIMPULAN

Penulis berpendapat bahawa Akiya berjaya memaparkan imej masyarakatnya sendiri dengan begitu berkesan menerusi karyanya, ‘Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli’. Penceritaan yang dibawa oleh pengarang melalui cerpen-cerpen yang digarapnya memperlihatkan kehidupan yang berkisar disekeliling watak-watak yang beliau hadirkan di mana berperanan memberi ekspresi kepada tema dan pengalaman harian dalam kehidupan dan transformasi masyarakat Orang Asli. Pengarang sememangnya mengenali watak-watak yang diciptanya. Mereka begitu sebati dengan peranan yang diberikan seolah-olah membayangkan pelaku sosial yang tulen daripada masyarakat Orang Asli sendiri. Inilah yang dikatakan karya yang lahir ‘dari dalam’. Malah, pengarang begitu kreatif mengolah peranan watak dan mengadunkan pelbagai unsur dengan menyesuaikan jalan cerita dan suasana sosial. Ternyata Akiya begitu jujur dalam menterjemahkan pengalaman dan pemerhatiannya terhadap masyarakatnya lewat hasil penulisannya. Dalam meneliti cerpen-cerpen yang dipilih, ‘Tuntut’, ‘Hari-hari Terakhir’, ‘Tanah’, ‘Penghulu’, ‘Hutang’ dan ‘Gingong’, penulis berkesempatan menyelami dan menerokai kehidupan sebenar masyarakat Orang Asli daripada segenap aspek yang banyak dibicarakan oleh pengarang dalam coretannya. Ekonomi masyarakat peribumi ini diperlihatkan sudah bertambah kukuh dengan menceburi pelbagai bidang sama ada profesional mahupun tidak. Transformasi dalam pendidikan masyarakat Orang Asli kini mampu ke menara gading setanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Generasi muda diperlihatkan lebih berketerampilan dan mempunyai mentaliti yang matang ingin membawa masyarakatnya terus maju kehadapan. Perubahan sosial yang berlaku dalam komuniti minoriti ini juga dapat dikesan apabila golongan muda sudah menyedari hakikat kepentingan hidup bermasyarakat dan tuntutan kearah masyarakat yang maju dan harmoni. Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung 20

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

dan pasukan RELA merupakan satu usaha yang baik kearah masyarakat yang lebih bertamadun.

Namun begitu, realitinya, transformasi dan perubahan yang berlaku sebenarnya menjadi cabaran buat masyarakat ini dalam menentukan masa hadapan kaumnya apabila adat dan budaya mereka mendapat tamparan hebat dek arus pemodenan yang menyapa masyarakat ini. Adakah mereka rela menggadaikan identiti warisan nenek moyang yang begitu berharga atau terus mengekalkannya. Lantas diperlihatkan kepada kita akan luluhnya jati diri masyarakat peribumi ini khususnya generasi muda apabila adat dan budaya mereka sendiri semakin dilupakan. Tetapi usaha yang datang dari segelintir golongan sedikit sebanyak mampu mengekalkan tradisi nenek moyang mereka dengan pelbagai cara. Begitulah rona kehidupan peribumi yang penulis kira sedang dalam dilema mengejar arus kemajuan dalam ruang lingkup masyarakat Orang Asli itu sendiri.

Malah, penulis juga bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh pengarang dimana, masyarakat Orang Asli kini masih lagi diperlekeh dan dipandang rendah oleh masyarakat umum di Malaysia walaupun transformasi kearah yang lebih baik rancak berlaku. Bahkan, perkataan ‘Orang Asli’ itu sendiri membawa konotasi yang kurang baik kepada masyarakat itu sendiri. “Jadi, saya rasa...Orang Asli kurang bernasib baik. Perkataan „Orang Asli‟ itu sendiri memberi konotasi yang kurang sihat pada Orang Asli. Jadi sekarang ini, kalau Orang Asli tak suka, ubahlah balik. Ubah kepada perkataan Orang Semai. Macam saya Orang Semai, kalau bodoh pun, biarlah kelompok Orang semai, jangan orang lain sama juga. Kita lahir dari kelompok orang lain, tak akan kita nak jadi orang bodoh juga?. Kalau Orang Temuan yang cerdik-cerdik, tak akan nak jadi bodoh? Oleh kerana dia duduk dalam kelompok Orang Asli (OA) tadi”.(Akiya)17

17

Temuramah Pengarang – Mahat a/l China, Akiya-16 Jun 2011

21

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

Lantaran itu juga, penulis melihat masyarakat Orang Asli sering dilihat dan dinilai berdasarkan etnik tertentu sahaja yang akhirnya mengundang kepada tanggapan bahawa masyarakat Orang Asli masih hidup dalam dunia terasing.

Namun, belakangan ini telah banyak usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam memastikan kaum ini tidak terus terpinggir atau terasing. Buktinya, semakin ramai anak-anak Orang Asli berpeluang melanjutkan pelajaran ke ‘menara gading’ dan penulis bersyukur kerana penulis sendiri adalah salah seorang daripadanya.

22

Masyarakat Orang Asli; Masihkah Hidup Dalam Dunia Terasing? Satu Analisa dalam „Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli‟ Hasil Pena Akiya.

Mohd Nazrul A Rahim 002348-022

BIBLIOGRAFI 

Bicara Ketua Pengarah, Buletin Asli- Bil. 2. 2010



Data Kemiskinan KIR Orang Asli Mengikut Negeri Pada 31 Desember 2009, Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOAM)-Taklimat Jabatan Kemajuan Orang Asli kepada Unit Perancanagan Jabatan Perdana Menteri-Halaman 8.



Enam Pelajar Orang Asli ke Luar Negara-Buletin Asli Bil 02.2010(Halaman 5)



Etnik Orang asli Malaysia- Bahagian Penyelidikan dan Penerangan/ JAKOAM



http://www.arkib.gov.my/hood_salleh-Profesor Hood salleh-Antropologi Orang Asli Malaysia/UKM.



Kamus Dewan Edisi 4, halaman 85, 1712, 1518



Maklumat Pelajar Unit Pengajian Tinggi- Bahagian Pembangunan Minda & Pendidikan/ JAKOAM



Maklumat pelajar Unit Sekolah- Bahagian Pembangunan Minda & Pendidikan/ JAKOAM



Orang Asli Isu, Transformasi dan Cabaran, Ma‟rof Redzuan/Sarjit S. Gill (Halaman 144-147)



„Orang Asli take state govt to court‟- THE STAR, Thursday 22 April 2011.



Pelan Strategik Pembangunan Orang Asli tahun 2006-2010-Halaman 12-13



Populasi Orang Asli/banci penduduk - Bahagian Penyelidikan dan Penerangan/ JAKOAM



Sejarah Orang Asli Malaysia - Bahagian Penyelidikan dan Penerangan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOAM).



Temuramah Pengarang – Mahat a/l China, Akiya-16 Jun 2011



Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli, Akiya- Dewan Bahasa dan Pustaka 2001



Undang-undang Malaysia-Akta 134/Akta Orang Asli 1954

23

LAMPIRAN:

BIOGRAFI PENGARANG

Akiya atau nama sebenarnya Mahat a/l China dilahirkan pada 2 Januari 1953. Berasal dari Kampung Orang Asli Erong, Ladang Ulu Bernam, Teluk Intan, Perak dan berketurunan Orang Asli dari suku Semai. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (L) Tapah, Perak ketika berusia 10 tahun. Setelah tamat darjah enam, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Hamid Khan, Tapah , Perak sehingga tamat tingkatan lima pada tahun 1975 dengan kelulusan Sijil Am Pelajaran. Pada tahun yang sama, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio di Radio Televisyeb Malaysia (RTM) sehingga bersara pada tahun 2010.Sepanjang menjadi ahli keluarga RTM, beliau pernah bertugas sebagai penulis drama, pemberita di lokasi, pelapor sukan,penerbit program hiburan dan juga sebagai juruhebah di saluran Asyik FM. Minat beliau untuk menulis bermula sejak dibangku sekolah lagi, namun hanya sebagai mengisi masa lapang da tidak serius. Lantaran itu, banyak manuskrip yang ditulis hilang begitu sahaja. Semasa beliau bertugas di RTM, bakat menulis beliau dihidu oleh beberapa insan yang mahukan hasil karya daripada tangan masyarakat Orang Asli sendiri. Lantas peluang ini dimanfaatkan oleh beliau sehinggalah terhasilnya karya sulung beliau, sebuah antalogi cerpen- ‘Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli’ yang diterbitkan pada 2001 bersama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau kemudiannya mengorak langkah dalam bidang penulisan dengan terhasilnya beberapa lagi karya - Novel ‘Perang Sangkil’, 2007 bersama PTS dan sebuah lagi antalogi puisi – ‘Suara Perjuangan Dari Dalam’, diterbitkan bersama Lestari UKM. Kini, beliau menetap di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan dan masih lagi aktif menulis.Beliau kini sedang dalam usaha menerbitkan sebuah lagi novel berjudul ‘HAMBA’ yang bertemakan hubungan pemerintah dengan orang bawahan. Beliau juga kini sedang bergiat aktif dalam bidang fotografi dan sudah banyak melibatkan diri dalam pameranpameran fotografi peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dan sudah pasti tema Orang Asli menjadi pilihan untuk dipersembahkan kepada masyarakat umum.

24

SINOPSIS SETIAP CERPEN ANTALOGI ‘TUNTUT: KUMPULAN CERPEN ORANG ASLI’

Sinopsis cerpen ‘Tuntut’ : Wanita yang baru sahaja kehilangan suaminya yang gugur dimedan perjuangan memepertahankan negara dalam gerakan “Bamboo”.Wah Tipah merupakan seorang guru dari kalangan masyarakat Orang Asli yang bertugas di pedalaman untuk menabur bakti kepada anak bangsanya sendiri.Mempunyai rupa paras yang jelita dan dicemburui wanita setempat.Ramai juga pemuda yang cuba melamarnya tetapi dia tetap dengan pendiriannya terhadap Hamid.Hasil perkahwinan dengan Hamid, dikurniakan dua orang cahaya mata, Ana dan Jamil.Pemergian suami tersayang, Sarjan Hamid menimbulkan masalah baru dalam hidupnya apabila Wah Tipah dituntut oleh waris sebelah suaminya dan adat untuk dijodohkan sama ada dengan adik atau abang iparnya sendiri iaitu Hashim atau Uda .Begitulah kata adat masyarakat Orang Asli suku Semai yang diwarisi oleh nenek moyang mereka apabila balu yang ditinggalkan boleh dikahwini oleh iparnya dan ternyata adat seperti itu membawa kebahagian dan keharmonian dalam masyarakat mereka.Hashim begitu ikhlas ingin mengambil balu arwah abangnya sebagai isteri atas dasar ingin memberi kasih sayang dan didikan kepada anak-anak abangnya yang masih kecil disamping menjaga Wah Tipah yang kesepian tanpa kasih sayang seorang suami.Namun niat sucinya ditolak dengan penuh hormat oleh Wah Tipah sendiri atas alasan yang munasabah dan boleh diterima oleh semua pihak.Sebelum ini juga, anak-anaknya juga berkali-kali dituntut oleh waris suaminya dan warisnya sendiri untk menjaga Ana dan Jamil, tetapi ditolak oleh Wah Tipah Atas alasan biarlah anak-anaknya membesar di depan matanya sendiri dan itu juga merupakan janji kepada suaminya.Bagi Hashim, meskipun dia sedih dengan keputusan itu, dia juga memahami perasaan Wah Tipah sebagai seorang wanita yang berpelajaran.Bagi Uda pula, dia sudah mengagak yang Wah Tipah akan mengambil jalan tengah dan Uda percaya suatu hari nanti, Wah Tipah akan bertemu Jodoh dengan orang yang setaraf dengannya. 25

Sinopsis cerpen ‘Hari-hari Terakhir : Kisah tentang masyarakat Orang Asli suku Semai di Kampung Changkat tidak jauh dari Sungai Bernam, Selangor.Kehidupan masyarakat kampung ini yang menjadikan getah sebagai sumber pendapatan utama selain daripada rotan.Anak-anak muda pula sudah ramai meninggalkan kampung halaman dan bekerja di bandar mencari pendapatan yang tetap.Isa, seorang pemuda yang baru sahaja menimang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan isterinya tercinta setelah empat tahun berikhtiar tanpa hasil.Sejak kebelakangan ini, Isa kelihatan resah dan gelisah sahaja sehingga disedari oleh isterinya.Namun, Isa selamba kerana baginya tiada apa-apa perubahan yang dirasakan.Kegemaran Isa memburu dihutan menjadi kegilaannya lebih-lebih lagi sejak mengunakan senjata api (senapang patah). Seperti pemburu profesional.Tidak lagi menggunakan cara tradisional kerana senjata ini lebih memberi kesan dan hasil yag lumayan baginya.Tambahan pula kegiatan ini di lakukan bersama-sama rakan kongsi iaitu Aris (bapa saudaranya),Kadi, Bah Ee,Hasan Botak dan lainlain.Senapang patah yang digunakan merupakan hak milik kerajaan yang diserahkan kepada Tok Batin untuk digunakan Persatuan RELA kampung berkenaan untuk menjaga keamanan kampung mereka.Semasa hari penyerahan oleh Ketua RELA negeri Selangor, beliau berpesan agar tidak menyalahgunakan senjata tersebut berkali-kali dan para ahli RELA yang hadir hanya mengaggukkan kepala tanda faham.Namun, Keghairahan mereka memburu babi hutan menjadikan mereka lupa dan akhirnya membawa padah apabila Aris tertembak anak saudranya sendiri, Isa.Isa mati serta merta tanpa sempat meninggalkan sebarang pesanan buat isteri dan anaknya yang masih kecil.Hanya tangisan yang kedengaran mengiringi pemergian suami tersayang.Aris dan rakan-rakan yang lain kini dibicarakan oleh pihak polis.

Sinopsis cerpen ‘Tanah’ : Kehidupan masyarakat Kampung Kapor yang semakin pesat membangun dengan ekonominya yang semakin stabil.Tanah yang dimiliki dimanfaatkan sepenuhnya dengan tanaman yang mampu memberikan pendapatan lumayan kepada mereka.Masyarakat orang asli dikampung itu sudah pandai menjalankan aktiviti jual beli dengan peniaga luar bagi memperoleh pendapatan yang lebih. Tidak seperti dahulu dimana sumber rezeki mereka hanyalah bergantung apa yang mereka cari dan dapat daripada hasil hutan.Tauke Ah Tong merupakan peniaga yang paling beruntung kerana hampir semua masyarakat di kampung Kapor berurusniaga dengannya.Sifatnya yang peramah dan bertolak ansur menyebabkan perniagaannya semakin maju. Malah bagi masyarakat orang asli disitu, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan Tauke Ah Tong adalah antara sumber pinjaman wang penduduk setempat apabila menghadapi masalah kewangan.Ah Tong pula sangat bijak mengikat pelanggannya dengan hutang piutang yang akhirnya terpaksa diwarisi sendiri oleh masyarakat orang asli disitu.Kepulangan Jantan yang merupakan anak kelahiran Kampung Kapor dari Kuala Lumpur yang bertugas di sebuah Jabatan kerajaan, membawa kepada terbongkarnya isu tanah yang selama ini tidak disedari oleh Jantan sendiri.Menurut Jantan tanah tersebut telah diserahkan oleh bapa saudaranya (Pak Lang) kepadanya beberapa tahun yang lalu tanpa hitam putih.Namun sedang dia meninjau-ninjau tanah miliknya, tanpa disangka perbualan antaranya dengan Datuk Bulat membawa kepada 26

pengetahuannya tentang tanahnya yang telah dijual oleh abang saudaranya sendiri Si Jua kepada Tauke Ah Tong segalanya kerana ingin melunaskan hutangnya yang banyak akibat sikapnya yang suka mabuk.Jantan nekad ingin memperoleh semula tanah dusun miliknya itu walaupun tiada hitam putihnya, namun memang dari segi adat mereka tanah diwarisi secara persetujuan.jantan mengambil keputusan berbincang dengan Si Jua namun Si Jua tiada dirumah hanya kak Midah sahaja yang dapat memberi sedikit informasi tentang tanah yang telah dijual itu.Jantan pantas bertindak dengan bejumpa dan berbincang denga Tauke Ah Tong bagi mendapatkan semula tanahnya.Akhirnya Ah Tong bersetuju untk mejual kembali tanah tersebut atas dasar dia juga dengan mudah memperoleh keutungan atas angin.Meskipun tanah tersebut sudah kembali ketangannya, Jua sebenarnya menyimpan dendam terhadapnya kerana terpaksa membayar hutang kepada Jantan.Penghulu Hitam, bapa kepada Jua juag berbuku hatinya apabila Jantan Akhirnya mengetahhui belangnya tentang penjualan tanah warisan keluarga dan menerima wang suapan dari Tauke Ah Tong sebanyak RM 300.

Sinopsis cerpen ‘Penghulu’ : Kehidupan berorganisasi dalam masyarakat orang asli suku Semai di perkampungan Sungai Jelintoh mejadi isu yang hangat dalam masyrakat disitu.Pertembungan pendapat antara golongan muda dan golongan tua mewujudkan suasana dingin dalam kalangan masyarakat disitu.Generasi muda kampung itu yang diwakili oleh Bah Ngah,Alang Dangus dan Bah Tumin sudah sedar akan kepentingan hidup scara berorganisasi dan bekerjasama dengan menubuhkan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.Bagi golongan muda , mereka sudah sedar akan arus pembangunan yang perlu dikejar bagi memajukan kampung mereka.Namun cadangan mereka ditolak mentah-mentah oleh Penghulu Pandak kerana penubuhan tersebut adalah satu kesalahan melanggar adat mereka.baginya, dengan wujudnya jawatan kuasa tersebut akan mencampuri urusan nya sebagi penghulu dan pemimpin tertinggi dalam masyarakat kampung tersebut.Malah, lebih teruk apabila dia meraskan pengaruhnya sebagai pemimpin dikampung itu cuba dirampas oleh golongan muda.Lebih teruk lagi , dia mendakwa golongan muda disitu cuba mempengaruhi masyarakat setempat untuk menentang kerajaan.Penghulu Pandak mendakwa kampung itu juga boleh maju tanpa jawatankuasa tersebut.Keputusan yang diambil oleh Penghulu Pandak diapi-apikan lagi dengan sokongan Tuk Pawang Saman yang juga takut pengaruhnya akan hilang sebagai orang tua dan bomoh dikampung tersebut.Golongan muda kampung Jelintoh tetap dengan pendirian mereka ingin menubuhkan jawatankuasa tersebut.Kampung Jelintoh perlu maju dalam pembangunan.Mereka perlu maju dalam hal ehwal pendidikan.Anak-anak perlu diberiakan didikan yang sempurna.Mereka perlu diajar ejaan cara moden.Tidak perlu lagi hidup berpindah- randah seperti nenek moyang mereka. Itulah hasrat murni mereka yang disalah anggap dan tidak difahami Penghulu Pandak.Hubungan dingin antara dua belah pihak semakin hebat apabila golongan muda megkritik kedudukan dan tugas penghulu Pandak yang hanya tahu menjalankan hukuman tanpa usl periksa.Penduduk kampung sering tertipu akan hukuman yang pada kebiasaannya

27

dianggap adat yang perlu dipatuhi.Namun akhirnya, jawatankuasa tersebut berjaya ditubuhkan dan sudah disahkan oleh Pegawai Daerah yang bertandang ke rumah penghulu.Penghulu Pandak mendapat pujian dan berharap agar kampung-kampung orang asli yang lain dapat mencontohi Kampung Jelintoh ynag sedang bergerak kearah kemajuan dan pembangunan.

Sinopsis cerpen ‘Hutang’ : Generasi muda masyarakat orang asli sudah mula menampilkan personaliti yang baik dan bewawasan seperti Cikgu Uda yang berkhidmat sebagai seorang guru di Sekolah Menengah di Pekan Air Tawar.Anak kelahiran Kampung Changkat Bom yang mempunyai nilai murni dalam kehidupan yang ingin melihat bagsanya maju kehadapan serta membawa perubahan terhadap budaya generasi muda dalam kalangan masyarakat orang asli.Tragedi yang menimpa Menik Alang yang jatuh daripada pokok petai melahirkan rasa simpati lantas ingin membantu dengan caranya yang tersendiri iaitu mengadakan kutipan derma untuk keluarga Menik Alang.Memang menjadi kebiasaan masyarakat dikampung itu mengutip hasil hutan di kawasan Bukit Lingsir meskipun mereka sudah beralih mengusahakan kebun getah dan dusun.Cuma pada ketika itu, harga getah yang rendah dan cuaca yang tidak menentu menyebabkan mereka mencari alternatif lain.Segalanya adalah kerana hutang yang masih tertunggak pada Tauke Panjang. Usaha membantu Menik Alang bukanlah mudah kerana perkara seperti itu merupakan suatu yang baru dalam masyarakat disitu, takut mereka tidak memahaminya dan tersalah tafsir.Selain hal tersebut mendapat tentangan daripada Penghulu Udang yang tidak bersetuju dengan niat murni golongan muda kampungnya diketuai Cikgu Uda.Bagi Penghulu Udang ,cikgu Uda sengaja ingin mendapatkan pengaruh dikampung tersebut.Dalam pada masa yang sama, Uda turut berbincang dengan kekasihnya Ani (anak Penghulu Udang) yang kini menuntut di Institut Teknologi MARA dalam jurusan Seni Reka Fesyen tentang niat murninya.Namun tidak mendapat sambutan yang baik.Cikgu Uda tetap ingin meneruskan usha murninya dengan menerangkan satu persatu kepada Penghulu udang, namun dia tetap tidak bersetuju malah menyalahkan anak buahnya yang dikatakan bodoh dan malas sehingga dibelengu hutang piutang yang tanpa penghujung dan diwarisi.Akhirnya Cikgu Uda mengetahui bahawa Penghulu Udang telah dibeli oleh Tauke Panjang atas kepentingan mereka berdua.Penduduk dipaksa berurusan dengan Tauke Panjang dan tidak dibenarkan berurusan dengan tauke lain , jika tidak mereka akan dihukum. Selain itu, segala bantuan yang sampai ditangan nya tidak dibahagikan kepada seluruh penduduk, tetapi hanya orang yang menyokongnya sahaja.Inilah pemimpan yang tidak bertanggungjawab.Cikgu Uda sedih dengan keputusan itu tetap berharap agar anakanak murid yang diajar setiap petang dikelas bimbingannya akan mencorakkan warna kehidupan yang lebih bermakna di Kampung Changkat Bom.Itu sahaja harapannya.

28

Sinopsis cerpen ‘Gingong’ : Nama penuhnya Bah Bait anak lelaki Penghulu Itam, lebih mesra dengan panggilan Atuk Bait kerana umurnya yang sudah menjangkau 80 tahun.Atuk Bait teringatkan zaman mudanya.Cita rasa dan telatah anak-anak muda pada zaman ramajanya amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan anak muda zaman sekarang.Kehidupan mudanya yang dipenuhi dengan alam tentera tidak menghalangnya menyuburkan alunan alat muzik tradisional masyarakat orang asli, ‘Gingong’.Hidupnya sebagi tentera tidak terikut-ikut dengan rakan kerjanya apabila cuti sahaja mereka akan kebandaraya dan menikmati hiburan.Bah Bait lebih suka pulang ke kampung halamannya meski jauh di pedalaman.Mempunyai serang rakan, Anjang yang sama-sama meminati meniup gingong .Namun Anjang tewas dimedan pertempuran ketika menjalankan tugas.Hatinya sangat tersinggung dengan kata-kata cucunya, Johan yang mengatakan bahawa muzik tradisional sudah kuno dan tiada siapa lagi yang ingin menonton dan mendengar alunan gingongnya.Johan mendakwa tren sekarang adalah kepada muzik moden seperti pop dan rock.Segalanya berlaku semasa Johan memilih anak-anak muda untuk membuat pertunjukan pada majlis perkahwinan nanti.Atuk Bait pernah juga menjalankan usahanya untuk memartabatkan seni tradisional itu kepada anakanak muda di kampungnya , Kampung Changkat Selarung.Dia pernah mengajar cara membuat gingong dan cara memainkannya.Namun anak-anak muda mengatakan tidak ada faedahnya mereka belajar tentang perkara yang kuno.Hatinya sedih meliahat bangsanya sendiri menyisihkan seni kebudayaan bangsa.Bah Bait juga kecewa apabila cucunya melarangnya untuk mengambil bahagian dalam pesta budaya Orang asli yag akan menyertai Malaysia Fest yang diadakan setiap tahun di ibu kota Kuala Lumpur. Hatinya terusik kerana Orang Asli sendiri tidak mencinta budayanya sendiri.Sebenarnya bukannya dia tidak suka cucunya bermain muzik moden,tetapi mereka harus ingat seni budaya bangsa mereka sendiri.Mulai hari itu, Atuk Bait nekad untuk tidak meniup Gingong lagi.Namun selang beberapa hari, dia dikunjungi oleh Marina Roseman seorang penuntut bidang Antropologi dari Universiti Cornell, Amerika Syarikat.Dia sedang membuat kajian tesis Ph.D nya tentang muzik masyarakat tradisioanal yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit.atuk Bait diminta meniup Gingongnya.hari itu dia dapat mengalunkan Gingong dengan iramanya yang mendayu-dayu membawa irama rimba tanah kelahirannya.alunan Gingongnya mendapat tepukan dan pujian daripada marina roseman dan Encik Mustafa dari jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang mengiringinya.Marina Roseman berjanji akan datang semula dan merakam alunan Gingong untuk disimpan di arkib pusat pengajian tingginya, manakala nama Atuk bait akan dicatat dan gambarnya akan dipamerkan bersama.Tuk bait sangat terharu dan gembira mendengarnya.Irama rimbanya akan menyapa setiap warga kota di benua Amerika.

29

TEMURAMAH PENGARANG Penulis telah berpeluang menemuramah pengarang antalogi cerpen, Tuntut: Kumpulan Cerpen Orang Asli iaitu Tuan Akiya atau nama sebenar beliau Mahat a/l China. Berikut merupakan teks temuramah antara penulis dan Tuan Akiya. Tarikh: 16 Jun 2011 Hari: Khamis. Masa: 3.40 petang. Tempat: Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre,50088 Kuala Lumpur. Penulis: Salam sejahtera Tuan Akiya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa hanya semata-mata untuk ditemuramah. Jadi saya rasa, eloklah jika kita mulakan terus tujuan sebenar. Pertamanya, boleh saya tahu bagaimana bermulanya Tuan berkecimpung dalam dunia penulisan? Tuan Akiya: Bila mula saya menulis? Mengapa saya minat menulis? Saya rasa memang dari sekolah pun dah minat untuk menulis tetapi tidak serius. Mengapa saya kata tidak serius sebab saya tulis-tulis hilang, saya tulis hilang, hilang, hilang dan hilang. Yang jadi itu... Tuntut. Saya simpan lama, itupun atas bantuan Dr Wan Zawani,dia sekarang di Alam Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dia yang membantu saya semasa saya mula jumpa dia di Universiti Malaya (UM) di Fakulti Ekonomi. Dia kata kenapa tidak, dia nak dari Orang Asli sendiri yang menulis. Jadi, saya fikir ada baiknya saya serahkan manuskrip itu. Maka jadilah Tuntut. Penulis: Jadi, minat tuan untuk menulis memang sudah ada sejak dibangku sekolah lagi. Boleh saya tahu apakah yang menyebabkan tuan begitu berminat untuk menulis dan seterusnya menghasilkan karya yang saya kira Tuan begitu tertumpu dan cenderung menulis tentang masyarkat Orang Asli sendiri? Tuan Akiya: Yang saya minat menulis, kenapa orang minat menulis subjek Orang Asli? Kenapa orang asli sendiri tidak mahu menulis tentang mayarakatnya sendiri. Dari kaca mata Orang Asli. Ada minat nak menulis. Kalau tidak ada tidak menjadi. Menulis dalam apa saja genre, sejarah atau koleksi pantun dan puisi. Kalau pandai dah boleh diterbitkan pantun. Setelah saya bersara sudah banyak saya buat kesilapan baru saya rasa saya rugi. Saya pergi jumpa orang tua, tanya orang tua buat temuramah. Kenapa saya tidak simpan itu semua. Pengalaman-pengalaman, mereka cerita tentang pengalaman zaman perang, kenapa saya tidak simpan. Bila sekarang ini saya fikir, rugi saya padam bahan-bahan itu. Penulis: Setelah tuan berjaya hasilkan beberapa karya, sekarang ini adakah tuan berniat untuk terbitkan lagi karya-karya lain atau dengan kata lain ada tak follow up daripada karya-karya tuan yang lepas? 30

Tuan Akiya: Memang sekarang ini saya menanti peluang untuk terbitkan lagi satu novel berjudul „Hamba‟ (H.A.M.B.A.) novel hamba. Yang saya sudah tulis dan siapkan manuskripnya. Sekarang ini saya serahkan manuskripnya kepada seorang artis Orang Asli, saya minta dia buatkan ilustrasi. Saya serah pada Leny, dia orang Negeri Sembilan dan sekarang berada di Kuala Lumpur. Sebelum ini memang saya telah pinang seorang artis, Sahar Doyok, memang artis yang bagus, tetapi dia tidak mampu nak buat untuk saya. Sebab buku itu terlalu tebal, lebih tebal dari „Perang Sangkil‟ yang juga saya tulis, iaitu novel sejarah. Lanjutan itu saya dapat idea, saya tulis manuskrip untuk Hamba. Saya harap sangat Hamba akan berada di pasaran tetapi tidak tahu bila. Apakah angan-angan kosong atau jadi kenyataan. Penulis: Boleh Tuan ceritakan sedikit mengenai karya-karya tuan sebelum ini selain Tuntut? Tuan Akiya: Saya ada tiga buku sebenarnya. Tuntut adalah yang pertama iaitu antologi cerpen, kedua ialah Perang Sangkil iaitu novel dan yang ketiga ialah satu buku koleksi puisi Suara Perjuangan. Walaubagaimanapun, masih ada 4,5,6 lagi yang masih belum diterbitkan. Memang sudah ada manuskripnya. Memang baru-baru ini saya dapat panggilan dari PTS suruh saya menulis, mahu membentuk saya, tetapi saya tolak kerana pihaknya bagi saya satu ruang lingkup yang besar. PTS suruh saya tulis tentang sejarah dunia. Saya kata saya nak tulis sejarah dunia memang saya tidak pandai. Ruang lingkup yang mampu tulis dalam kelompok Orang Asli. Ingin keluar dari satu ruang saya tidak berani. Penulis: Jadi, tuan juga berpeluang sebenarnya untuk menulis bersama PTS. Sekarang kita beralih pula kepada karya tuan yang menjadi pokok utama perbincangan kita. Benarkah kalau saya sebagai pembaca melihat tuan menggunakan suku Semai dalam karya tuan bagi mewakili masyarakat Orang Asli seluruhnya? Boleh tuan komen? Tuan Akiya: Itu semua hati budi orang Semai. Berbeza dengan suku lain. Saya rasa bagi orang Temuan tidak begitu. Mungkin orang Temuan terasa jika menulis tentang nyawa mereka, tentang perasaan mereka, tentang rambut mereka. Jadi saya tulis tentang orang Semai. Ruang lingkupnya dalam orang Semai. Namun begitu, itulah wajah-wajah Orang Asli. Itulah wajahnya. Kalau awak pergi kelompok mana sekalipun itu jugalah ceritanya. Kalau awak pergi kelompok orang Jakun pun begitu juga. Malasnya begitu, angan-angannya begitu. Betul tak? Penulis: Betul tuan. Adat dan bahasa pun berbeza bukan? Tuan Akiya: Betul budayanya berbeza, bahasa pun berbeza. Penulis: Selain itu pula, saya dapat tahu bahawa tuan menulis berdasarkan kisah benar dan pengalaman tuan sendiri. Benarkah?

31

Tuan Akiya: Ada kisah benar. Tiga kisah benar. Ada satu kisah Bah Adi. Itu kisah benar. Orang Semai punya perangai. Tentang dia minum racun itu, kisah benar. Benar memang benar. Dia punya adik beradik pun masih hidup. Lagi satu kisah yang memburu babi, itu kisah benar. Lagi satu kisah bunuh diri dia yang ditikam di dalam hutan, dia dapat surat cinta daripada kekasih dia. Itu saya tulis di pedalaman , di Pos Gop, naik helikopter dari bandar ke pos Gop selama 45 minit ke Hulu Kelantan, hulu sekali. Lebih kurang 6 batu sampai ke sempadan Siam. Saya dapat cerita itu di dalam hutan sana, orang cerita pada saya. Saya ikut satu rombongan ke pedalaman, mereka cerita, malam itu juga saya tulis. Beberapa jam saya jadikan satu cerita. Saya bungkus cantikcantik saya simpan dalam beg baik-baik sebab takut hilang. Saya masih ingat typewriter yang saya guna, hilang huruf (V) , ketak! ketak! bunyinya. Kisah itu memang benar. Memang benar. Nama orang itu juga ada nama yang sebenar. Cuma Orang Asli tidak tahu membaca. Dia tidak berpeluang untuk membaca. Anda berpeluang membaca. Penulis: Kebelakangan ini saya sering melihat banyak karya-karya menggunakan latar masyarakat Orang Asli. Secara peribadi, apa komen tuan dan sebagai penulis orang asli sendiri bagaimana pula? Tuan Akiya: Tetapi saya memang ada perasaan cemburu. Cemburu melihat kalau ada satu perkataan “Orang Asli” ditulis di dalam mana-mana buku. Saya akan cuba dapatkan. Saya tidak tahu kenapa orang suka. Penulis: Sebagai contoh, pengarang muda Faisal Tehrani. Dia juga menggunakan tema Orang Asli dalam novelnya, Bahlut. Tuan Akiya: Emm...yang novel „Bahlut‟ itu... saya belum beli lagi, belum dapat baca lagi. Tapi memang saya sudah lihat reviewnya, memang betul. Banyak novel-novel lama yang latar belakang hidupnya adalah Orang Asli. Pak Sako juga memilih Orang Asli dalam novelnya, „Putera Gunung Tahan‟. Dua, tiga orang penulis lagi. Tetapi bila tanya budak asli sendiri kenapa tidak mahu menulis, saya pelik. Penulis: Setakat ini, ada tak usaha kearah berkarya dalam masyarakat Orang Asli sendiri. Maksudnya seperti ada persatuan menulis atau persatuan- persatuan lain? Tuan Akiya: Memang ada, memang ada... „Wajah kita, Sastera kita‟. Tidak ada yang datang, tidak ada yang ikut saya, tidak ada pengikut. Takut mahu mengikut. Tidak tahu kenapa takut nak ikut. Saya ... memang Dr. Hood bagi saya peluang. Suruh saya cari rakan-rakan yang menulis, yang boleh berkarya. Tidak ramai dari orang kita. Bila saya bagitahu, mahu tidak kita buat? ...”susahlah En. Mahat. Tidak ada tempat mahu kumpul” . Hey, orang ada pensel, ada kertas dah boleh menulis. Walau bawah pokok sekalipun. Penulis: Boleh saya tahu, selain tuan, siapa lagi yang berkecimpung dalam karier seperti tuan daripada golongan masyarakat Orang kita? 32

Tuan Akiya: Ada, tetapi tidak serius. Macam saya juga...ada yang lebih kepada komik. Penulis: Yang berkarya seperti tuan? Tuan Akiya: Ada, tidak tahulah setakat mana. Dia pun tidak serius saya tengok. Emmm, baru-baru ini saya baru tahu dia Orang Asli, Hishamudin Rais. Dia orang Negeri Sembilan. Dia mengaku dia Orang Asli. Dia sekarang di Kuala Lumpur, bekerja, dia penulis. Dia mengaku dia Orang Asli. Dia dari kelompok Orang Biduanda. Kalau Orang Biduanda memang Orang Asli. Penulis: Maaf ya tuan. Saya melihat tuan tidak begitu jelas menceritakan tentang halhal keagamaan dan kepercayaan dalam karya tuan. Adakah ini disengajakan atau ada sebab disebaliknya. Boleh tuan beri pandangan? Tuan Akiya: Memang saya tidak mahu menulis tentang agama dan kepercayaaan. Memang tidak dapat saya tuliskan. Masa saya menulis itu, saya tidak fikir. Sudah jadi barulah saya fikir. Orang Asli sebenarnya tidak suka kalau fakta agama dicampur aduk. Dia takut itu dakwah. Dia amat berhati-hati kalau dakwah. Terus terang cakap, dia amat takut bila cakap tentang agama. Dia tidak suka. Bila kita cakap tentang agama, bila awak cakap tentang agama, dia akan menjauh. Bila awak cakap dengan budak asli dia akan jauh. Tidak tahulah kalau awak dapat tangkap hati mereka. Sebab itu, saya tidak menulis mengenai agama. Sekarang ini bila pihak PTS beri peluang saya menulis, saya kata saya tidak berani menulis di luar ruang lingkup kehidupan Orang Asli. Walaupun nanti saya puji, nanti orang kata saya mengata. Hari ini kita tulis, esok terbit, lusa sudah dalam lokap. Hanya orang yang mampulah... mungkin akan datang. Tidak tahulah. Ada syarikat yang mahu terbitkan Hamba. Tapi dia berharap ada ilustrasi. Ada 25 bab semuanya, asalnya ada 78 bab, saya jadikan 25. Saya terpaksa padatkan. Dalam 4 bab saya jadikan 1 bab, jadikan 1 tajuk. Memang tidak sesuai saya tengok. Memang mengarut tetapi itulah undang-undangnya. Selepas itu, dia kata mahukan ilustrasi untuk gambaran novel itu. Jadi, saya harap, artis pun saya dah cari, saya harap dia dapat tolong. Kalau saya upah orang Melayu, jadi...tetapi kalau boleh saya mahu hasil karya itu biarlah dari tangan Orang Asli sendiri. Biar hasil dari Orang Asli. Senget ke, sengau ke, itu tidak kisah, biar kita... Itupun saya rasa, cerita itu datang dalam hidup saya. Setelah saya fikir-fikir, kenapa saya tidak menulis tentang hubungan pembesar dengan hambanya, apa konsep hamba, apa kuasa pembesar. Sebab saya baca-baca, saya berangan-angan saya serah kepada seorang penerbit filem, dia kata nak buat filem. Tapi sekarang tidak jadi. Dia pernah baca, dia kata amat menarik. Dia gabungkan cerita Perang Sangkil, jadikan filem. Tapi tidak jadi. Rezeki saya ada orang potong. Tidak tahulah macam mana dia potong. Perang Sangkil saya tulis cerita berdasarkan kisah benar. Sejarah hitam dalam masyarakat Orang Asli. Tapi saya bangunkan dalam bentuk sastera. 33

Ruang banyak, peluang banyak, tapi kita tidak mahu. Kertas sudah banyak, pensel banyak, tinggal tulis tapi tidak mampu. Bila saya ajak rakan-rakan saya, saya kata “ Jom lah kita buat kumpulan, kumpulan teater ke, kita bentuk, kita buat teater”. Tidak ada idea. Saya kata kita boleh belajar dari orang pandai. Saya mahu sangat pelawa satu hari... pelawa kawan-kawan, kita baca karya-karya tentang orang kita. Cari maknanya disebalik hidup kita. Apakah itu akan menjadi, itu pun saya tidak tahu. Penulis:Apakah sebenarnya tujuan ataupun niat tuan dalam berkarya selama ini? Maksud saya apakah yang tuan cuba sampaikan melalui karya tuan. Tuan Akiya: Niat saya, saya menulis...saya nak orang luar tahu tentang apa perasaan Orang Asli, itu niat pertama saya. Dalam tuli Orang Asli, ada cerdiknya tau. Dalam kalut, ada pandainya dia. Itu samua saya nak orang tahu. Maka, itu sebab saya menulis. Kalau saya tak menulis cerita Perang Sangkil...,dah mati, orang tak tahu ada perang. Orang tidak tahu Oarang Asli ada sejarah hitam dalam hidup mereka. Bila budak-budak yang graduate, budak-budak asli yang graduate baru-baru ini, mereka beli, eh, betul ke? Hah, balik nanti, tanya bapak kamu jumpa datuk-datuk kamu. Kamu jangan tanya bapa kamu yang moden, datuk-datuk kamu. Ada atau tidak ceritanya? Memang kebanyakan kata memang ada ceritanya. Tidak tahu, tidak ada ...tidak ada dalam sejarah. Sejarahnya ada, sejarah hamba, itulah dia. Mengapa JWW Birch mati? Kerana nak bebaskan Orang Asli daripada hamba. Saya pernah ajak...jom kita pergi kubur Birch...bukan ajak sembahyang...bukan...kita tengok...tengok kuburnya dulu. Hari ini lawatan tengok kubur Birch...Balik nanti...cuba kita fikir, bagaimana perasaan Birch semasa dia nak bebaskan kita daripada hamba, hamba abdi. Pernah saya cerita hal ini...tapi Dr Hood Salleh kata, “Saya rasa kalau kamu buat macam itu...kamu kedalam...”. Tapi itulah ceritanya. Dr Hood cakap lagi, “Kamu angkat perlahan...nota kaki sahaja dulu...lepas itu, angkat lagi, angkat lagi, tinggi,tinggi,tinggi...sampai orang terima”. Takut nanti orang terkejut. Ok...menulis juga bukan kerana duit ya. Bagi saya bukan kerana duit. Ada duitnya saya terima. Menulis juga bukan kerana nama...bukan kerana nama. Tak ada...nama? nama apa? Orang Asli tidak membaca. Orang tidak kenal saya langsung. Pernah saya tanya, “Do you really know me?”. Dia cakap, “Tak kenal”. So, saya kata tidak mengapa... Jadi, di Kuala Lumpur saya seorang yang buat bidang ini. Yang nak jadi karyawan. Pernah semasa pelancaran buku saya di UKM. Mereka bagi saya peluang, mengapa saya jadi penulis, suruh saya berucap dihadapan. Hadirinnya tidak ramai, semua peminat saya. Saya kata,“Kalau arwah Pak Sako masih hidup, mahu dia datang kepada saya, berjabat tangan dengan saya sambil dia berbisik, you are good boy. Dia kata saya budak baik. Tetapi mengapa kamu memilih menjadi karyawan? Selepas itu dia tanya, Mengapa kamu tidak 34

mahu menjadi usahawan? Jadilah usahawan...kalau kamu jadi karyawan, kamu papa kedana”. Memang betul, saya masih papa kedana, masih susah. Sepatutnya saya sudah ada buku, saya dah boleh senang. Orang tidak hargai. Orang tidak nampak...Memang saya berniat nak menubuhkan kumpulan, penulis kita. Nak manubuhkan kelab Fotografi orang kita. Nak ada satu galeri orang kita...wajah kita... Tapi tidak mampu. Satu sebabnya..., saya tidak berjalan, tidak luas lagi berjalan, masuk ke pedalaman. Kalau nak buru...ini bukannya buru di bandar...nak buru dipedalaman...haa...nak masuk dari kampung ke kampung. Nak duduk...pikat orang kampung balik. Penulis: Jadi apa tindakan yang Tuan ambil? Tuan Akiya: Saya banyakkan ulasan buku, book review. Itupun cadangan Dr. Marina Roseman dari Amerika, “Why don‟t you do your book review...you have a lots of book...you must tell your people about that books”. Dia suruh saya buat, maka saya buat semula. Bila buat, semua orang nak buku itu...tapi dimana nak cari, dia tak tahu. Dah tak di cetak lagi. Kalau nak pinjam dari saya, saya boleh bagi, saya buatkan foto copy... Rugi...kita rugi...adakah saya terlambat... Sebab kita harap mengharap...Semai Perak harap Temiar Kelantan..., Temiar Kelantan harap Semai Pahang..., Semai Pahang harap Temuan...harap,harap, mengharap...kita harap dari kelompok-kelompok itu yang buat... Sebab itu semasa saya diberi peluang membentang satu paper, oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, tahun 2007 di Kuantan. Mereka sanggup bayar tiket kapal terbang saya, makan minum saya..., suruh bentang satu paper, saya pilih tajuknya, „Wajah Sastera Orang Asli Membina Negara Bangsa‟. Oleh sebab saya bongok, saya memang tidak mampu menulis. Akhirnya saya tidak nampak wajah... Semua orang...orang yang buat, bukan kita yang buat. „Si Tenggang‟ memang asal pengarangnya orang kita. Tetapi dipermudah cara oleh A Samad Ahmad dalam bahasa sastera, dalam bentuk penulisan. Lisannya memang orang kita yang buat cerita itu, kalau tidak macam mana dia tahu hati budi Orang Semai. Baca balik..., cari buku itu. A Samad Ahmad yang permudah cara menukar ke sastera tulisan. benda itu memang sastera lisan, dari satu generasi ke satu generasi. Tapi wajah pada A Samad Ahmad adalah wajah orang Melayu, lukisan-lukisannya orang Melayu. Tetapi ilustrasinya masih wajah Orang Asli. Tetapi dalam filem memang wajah orang Melayu. Sekarang ini kita nak tukar wajah orang kita balik, ambil balik cerita ini. Si Tenggang Anak Derhaka... Orang Semai...cerita orang kita tu...orangnya masih ada lagi di Batu Caves. Ada sekelompok...mereka duduk tepi Batu Caves....Kalau ada masa, boleh kita pergi nanti sekali. Kita melawat kampung itu. Tengok tempat itu, memang kawasan itu dulu tasik...saya lihat ada kebenarannya...kalu tidak kenapa dulu orang kata perahu boleh naik sampai ke Sungai Gombak...Sungai Klang ini...mereka mudik sampai kesana... 35

Itu antara yang saya nampak lah...Itu antara seharusnya yang kita harus lihat...Kalau diberi peluang, kita buat satu perkumpulan sastera kita. Niat itu ada, memang niat ada, saya nampak niat ada dari Pengerusi Yayasan Orang Asli Negeri Perak...memang ada niat nak buat buku...Persatuan Siswazah ada niat... Ya, kita memang ada persatuan siswazah...tengok gambar-gambar yang saya ambil itu, semasa mereka di satu majlis...semua tak tahu, semua tak kenal saya. Saya ambil wajah mereka. Semasa itu saya berniaga, saya jual buku...laris...dan pada masa itu saya antara photographer yang paling tak disukai, sikit-sikit ambil gambar...kemudian bila sampai satu sesi, Naib Pengerusi Persatuan Siswazah kata, “Kita harus berbangga, kita harus berterima kasih kepada En. Mahat kerana beliau telah menulis...bila lagi kita nak menulis?, beliau sudah ada tiga buku”. Semua cari saya..., masa itu baru mereka tahu saya, rupanya kita dah ada. Tapi memang ramai yang tidak kenal saya. Masa itu juga mereka datang, tanya saya macam mana proses menulis. Proses penulis sangat renyah. Bisingnya, bising. Gahnya, gah, paling gah. Gahnya bukan apa saya kata, masa nak terbitkan buku bukan main gah lagi. Tapi, kamu nak kena berulang-alik ke KL ke syarikat penerbitan satu hal, kamu dengan editor satu hal. Editor pun sampai ada orang kata dia itu „tuhan‟, kalau dia kata tidak terbit, tak terbitlah. Dia yang menentukan, dia yang harus melihat buku itu, kita tak tahu kepakaran dia bagaimana. Apakah dia faham...

Saya kira bernasib baik, saya punya Perang Sangkil itu. Masa itu saya kenal sangat dengan Puan Ainon, tauke Syarikat PTS yang mahu sangat buku itu diterbitkan. Kalau tidak, memang tidak ada. Dia betul-betul mencari sejarah untuk diterbitkan. Satu malam saya dijemput membaca puisi di Rumah Pena, mereka jemput saya. Suami dia Abdullah Hassan. Suami dia pernah mengajar saya tentan konsep menterjemah di RTM. Dia tegur saya, “En. Mahat menterjemah, En. Mahat pakai apa? En.Mahat rujuk buku apa?”. Saya kata, saya tak pakai buku mana-mana menterjemah bahasa Semai. Dia ketawa, wah, ini petani yang pergi bertani tanpa alat. Hebat. Saya punya malu masa itu. Sepatutnya En Mahat ada buku, berpandukan buku. Saya beli buku dia dan sejak itu saya biasakan kalau pergi kerja di RTM, sentiasa bawa kamus bahasa Semai. Saya belajar dari dia satu bahasa. Dan...saya kenal suami dia, saya kenal isteri dia . Dia kata, “En. Mahat masih menulis?”. “Masih”, saya kata saya masih menulis...novel...novel apa?. Dia ingat novel cinta. Tidak saya kata...ini novel perang. Ini novel Orang Asli saya kata, sejarah hitam dalam masyarakat Orang Asli. OK, dia kata...bagi pada saya. Dia kata dia nak tengok. Jadi, saya bagi dia manuskripnya, dua minggu dia telefon saya, dia kata dia nak terbit. Itu saya bernasib baik. Penulis: Bole saya tahu siapa Abdullah Hassan yang tuan bicarakan tadi? Tuan Akiya: Profesor Emiritus di UPSI, orang hebat. Puan Ainon itu, dia orang kuat DBP suatu ketika dahulu. Tapi kemudian dia berhenti, dia buat satu syarikat baru, PTS. Lepas itu saya mula hantar saya punya manuskrip, mereka simpan balik dalam peti. Editor punya kuasa. Saya tak pernah jumpa Puan Ainon, saya tak pernah mengadu pada Abdullah Hassan. 36

Tapi akhirnya dia suruh, dia panggil editor dia. Kemudian Editor dia panggil saya satu hari dan berbincang dengan saya, masa itulah mereka suruh saya menulis sejarah dunia. Saya kata minta maaf, saya tak pandai. Saya tak pandai, saya cerdik tapi tak bestari. Saya minta maaf, saya memang tak boleh buat. Tapi kalau dalam ruang lingkup orang kita saya mungkin boleh. Sebab saya tidak berani, nanti orang ketawa, nanti saya tulis, orang lain pula yang dapat celanya. Memang saya tak takut kritikan! Kritikan saya tak takut. Memang banyak kritikan. Tengok dalam komen...ada yang tak suka Perang Sangkil. Ada budak asli sendiri pun komen tak suka. Ada yang dia rasa cemburu...saya kata, “tulis!”...dia kata, “ awak dah tulis”...saya kata, “ No...awak harus tahu, awak tulis...lain caranya..., mungkin bahasa awak lagi bagus, bahasa saya memang tak bagus, saya sekolah bukannya tinggi sangat”

Penulis: Tuan, pada pendapat Tuan, apakah persepsi masyarakat luar terhadap masarakat Orang Asli pada hari ini. Maksud saya, terhadap hasil karya Tuan sendiri dan juga masyarakat Orang Asli secara keseluruhannya. Tuan Akiya: Pandangan orang luar?...persepsi mereka?...satu, bagus...ada yang memuji-muji, ada yang kata, Asli pun boleh menulis... Ada yang mengkeji-keji...kejinya, mereka kata, memang membosankan, tidak menarik. Memang tidak menarik, ada satu kritikan itu dia kata, memang tidak menarik. UKM ada satu program dia buat, saya punya Tuntut itu...mereka buat satu kajian, mereka mencari identiti yang cuba saya tonjolkan. Mereka kata tak cukup kuat. Mereka harap saya tulis lebih kuat. Hisham Rais pula mengkritik, saya melakarkan wajah Orang Melayu, bukan Orang Asli...dalam puisi saya. Dia ikuti setiap kali saya baca puisi. Dia memang nak tentang Orang Asli. Penulis: Bagaimana pula pandangan dan persepsi mereka terhadap masyarakat Orang Asli pada hari ini walaupun Tuan rasa ada perubahan yang baik berlaku? Ok ya, ini pengalaman saya. Baru-baru ini saya pergi muzium...Muzium Negara, Karnival Orang Asli...di situ ada sebuah rumah pondok....melekat pada dinding....(buat lakaran diatas kertas) lantai buluh, atasnya bertam...orang Melayu tak nak duduk, dia takut dia jadi Orang Asli. Apabila saya perhatikan... Ohh...masih hina rupanya Orang Asli...itu yang saya dapat lihat lah...orang masih lagi...entah lah saya tak tahu, mungkin baru diperingkat permulaan saya buat, saya tak tahu. Saya masih lagi mencari... Orang melihat Orang Asli ini macam...tak pandai sangat lah...dari dulu sampai sekarang... Yes...,walaupun ada perubahan...ada something lah... Semalam saya hampir bergaduh dengan seorang budak dalam Facebook, semalam hampir nak bergaduh. Ada budak dari Bidor, nama dia Ariff fauzi, terang-terang dia letup dalam FB, diakata, “Bangang macam sakai”. Jadi saya terus bagitahu rakan saya, add budak ini cepat...ajar budak ini, kalau tidak kita pergi balai polis Bidor atau Teluk Intan, kita jumpa budak ini...kita lapor polis.

37

Dia budak Melayu. Bila saya bagitahu, cepat-cepat kawan-kawan saya add...saya ingat mereka meletuplah(gaduh). Lepas itu saya tanya kawan saya, macam mana respons budak itu?. “Dia dah padam dah kenyataan dia”. Jadi, saya rasa...Orang Asli kurang bernasib baik. Perkataan „Orang Asli‟ itu sendiri memberi konotasi yang kurang sihat pada Orang Asli. Jadi sekarang ini, kalau Orang Asli tak suka, ubahlah balik. Ubah kepada perkataan Orang Semai. Macam saya Orang Semai, kalau bodoh pun, biarlah kelompok Orang semai jangan orang lain sama juga. Kita lahir dari kelompok orang lain, tak akan kita nak jadi orang bodoh juga?. Kalau Orang Temuan yang cerdik-cerdik, tak akan nak jadi bodoh? Oleh kerana dia duduk dalam kelompok Orang Asli (OA) tadi.

38