Institut Perguruan Ipoh Hulu Kinta, Perak ABSTRAK

810 1st International Malaysian Educational Technology Convention KESAN KOSWER INTERAKTIF BERKONSEPKAN HIPERMEDIA TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR BERBEZ...
Author: Robyn Norman
33 downloads 2 Views 61KB Size
810

1st International Malaysian Educational Technology Convention

KESAN KOSWER INTERAKTIF BERKONSEPKAN HIPERMEDIA TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR BERBEZA GAYA PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARAN LITERASI KOMPUTER TINGKATAN SATU Irfan Naufal Umar, Ahmad Moghni Salbani, 1Mohd Zaki Jamaluddin Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang [email protected] 1

Jabatan Teknologi Pendidikan Institut Perguruan Ipoh 31150 Hulu Kinta, Perak [email protected] ABSTRAK

Kajian ini bertujuan menyelidik kesan koswer pelbagai mod terhadap pencapaian pelajar bagi pembelajaran Literasi Komputer Tingkatan Satu. Reka bentuk eksperimen kuasi faktorial 2 x 2 telah digunakan dalam kajian ini. Ia melibatkan mod koswer sebagai pembolehubah bebas iaitu samada menggunakan mod hipermedia atau mod linear. Pembolehubah bersandar merujuk kepada pencapaian pelajar sementara pembolehubah moderator merupakan gaya pembelajaran pelajar sama ada visual atau verbal yang diukur melalui Index of Learning Style (Felder & Soloman, 1988) yang telah diubahsuai. Sampel kajian merupakan 100 orang pelajar Tingkatan Satu dari dua buah sekolah di negeri Perak Darul Ridzuan. Sampel diagihkan secara rawak kepada dua kumpulan rawatan untuk mengikuti pembelajaran selama 60 minit. Dapatan menunjukkan (i) pencapaian kumpulan mod hipermedia adalah lebih baik secara signifikan berbanding kumpulan mod linear; (ii) pencapaian pelajar visual lebih tinggi secara signifikan berbanding pelajar verbal; (iii) pelajar visual mod hipermedia memperolehi pencapaian lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan sama yang mengikuti mod linear; (iv) tidak terdapat perbezaan signifikan antara pelajar verbal dalam mod hipermedia berbanding kumpulan pelajar sama dalam mod linear; dan (v) pelajar visual mod hipermedia memperolehi pencapaian lebih baik secara signifikan berbanding pelajar verbal yang mengikuti mod yang sama. PENGENALAN Selaras dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dewasa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia juga tidak ketinggalan dalam merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia negara maju, masyarakat bermaklumat dan sama-sama memasuki era dunia tanpa sempadan. Pelbagai ruang pendidikan telah mula menggunakan ICT terutama dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Institusi persekolahan negara telah mula dibekalkan dengan pelbagai kemudahan berkaitan ICT ini, termasuklah dari aspek makmal komputer, perkakasan, perisian, serta latihan untuk para guru. Pelbagai program juga telah diperkenalkan, dan ia termasuklah program Literasi Komputer, Sekolah Bestari serta Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang menekankan aplikasi ICT dalam bilik-bilik darjah. Sejajar dengan kemudahan komputer yang disediakan, penggunaan koswer dilihat sebagai kaedah berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kebanyakan koswer yang dihasilkan menggunakan konsep multimedia yang menggabungkan teks, grafik, audio, video dan animasi. Koswer multimedia menjadi lebih menarik dan interaktif dengan gabungan konsep hipermedia yang membolehkan maklumat dapat dicapai mengikut keperluan pelajar dan bukannya mengikut urutan yang ditetapkan. Di samping penekanan terhadap penghasilan koswer instruksi yang bermutu, salah satu aspek yang perlu sentiasa diambilkira dalam reka bentuk instruksi adalah gaya pembelajaran pelajar. Setiap individu adalah berbeza dari segi cara menerima dan memproses maklumat. Terdapat pelbagai gaya pembelajaran individu, iaitu samada bersifat aktif atau reflektif semasa memproses maklumat, lebih menggemari input visual atau input verbal, lebih bersifat global atau sekuential dalam memahami sesuatu perkara, serta lebih menggunakan deria

811

1st International Malaysian Educational Technology Convention

berbanding gerak hati dalam persepsi mereka (Felder, 1993). Kajian ini bertujuan melihat gaya pembelajaran pelajar berdasarkan dimensi visual – verbal. Pelajar visual belajar dengan lebih berkesan apabila diberikan sebarang bentuk ilustrasi atau kiu visual seperti imej, video, gambarajah, visual organizer, dan sebagainya. Sementara itu, pelajar verbal belajar dengan lebih baik melalui pendengaran dan perkataan bertulis berbanding melalui visual. Maka, kepelbagaian dari aspek gaya belajar ini perlu dipertimbangkan dalam mereka bentuk dan melaksanakan sebarang instruksi, termasuklah koswer multimedia. PENYATAAN MASALAH Walaupun mata pelajaran Literasi Komputer telah lama diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah di negara ini, ketiadaan koswer khusus yang sesuai menjadi satu faktor kenapa matapelajaran ini mungkin kurang diminati pelajar. Guru-guru hanya bergantung kepada pembelajaran berbantukan modul yang dibukukan atas inisiatif sendiri serta lebih menekankan kepada pengajaran mengikut panduan dan urutan tertentu. Pelajar perlu mengikuti langkah-langkah dalam modul, menjawab soalan-soalan yang dikemukakan berdasarkan penerangan guru dan bahan-bahan bantuan yang berkaitan. Memandangkan modul secara bercetak tidak mempunyai elemen-elemen pelbagai media seperti koswer multimedia interaktif yang boleh menyokong pembelajaran pelajar, perkembangan pembelajaran pelajar berkenaan topik ini mungkin agak kurang berkesan. Di samping itu, dengan bilangan pelajar yang ramai di dalam sesebuah kelas, guru sering mengalami kesukaran memberikan tumpuan terhadap setiap individu dan pengajaran seringkali terpaksa dilakukan dengan kaedah tutorial yang berpusatkan guru. Analisis keputusan peperiksaan mata pelajaran ini di sebuah sekolah di Manjung, Perak selama tiga tahun (2004-2006) menunjukkan pencapaian pelajar yang lemah (Lihat Jadual 1). Peratusan pelajar yang gagal mata pelajaran ini terus meningkat, manakala peratus mereka yang memperolehi gred A, B dan C semakin berkurangan saban tahun. Situasi ini adalah sesuatu yang merisaukan, dan perlu ditangani sebaik mungkin bagi mempastikan pencapaian pelajar tidak terus merudum. Jadual 1: Analisis Peperiksaan Literasi Komputer Tingkatan Satu sebuah sekolah di daerah Manjung, Perak (Tahun 2004-2006) Peperiksaan Akhir Tahun 2004 Akhir Tahun 2005 Akhir Tahun 2006

Lulus Gagal A Bil % Bil % Bil 143 111 77.62 32 22.38 13 173 131 75.72 42 24.28 15 196 102 52.04 94 47.96 10 Bil

B C D % Bil % Bil % Bil % 9.09 45 31.47 38 26.57 15 10.49 8.67 34 19.65 52 30.06 30 17.34 5.10 23 11.73 41 20.92 28 14.29

Salah satu cadangan bagi mengatasi masalah ini ialah melalui penggunaan koswer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan sahaja ia dapat merealisasikan pengajaran diindividukan, tetapi penggunaan pelbagai elemen media (gabungan teks, imej, animasi, dan sebagainya) dijangka dapat membantu pembelajaran pelajar berkenaan. Ini adalah penting bagi memberi lebih banyak peluang untuk belajar melalui koswer yang dapat memberikan kepelbagaian kepada pembelajaran mereka. KERANGKA TEORI Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Mayer (2001) ini menyatakan bagaimana individu belajar dalam persekitaran multimedia serta input maklumat yang relevan dipilih untuk menghasilkan pembelajaran berkesan. Teori ini terhasil daripada kajian serta gabungan pelbagai teori berkaitan seperti Teori Pengekodan-dual Paivio (Clark & Paivio, 1991), Teori Psikologi Gestalt (Rieber, 1994, Shunk 2000), Teori Beban Kognitif Sweller (Sweller, 1999, Chandler & Sweller, 1991) dan Model Beban Ingatan Kerja Baddeley (Baddeley, 1992). Terdapat tiga andaian dalam teori ini yang berkaitan bagaimana individu belajar atau memproses maklumat: (a) pengalaman atau maklumat visual dan audio diproses melalui saluran tertentu secara berasingan, (b) setiap saluran tersebut bersifat terhad dari segi keupayaannya memproses maklumat atau pengalaman, dan (c) pemprosesan maklumat

812

1st International Malaysian Educational Technology Convention

melalui saluran-saluran ini merupakan proses kognitif yang aktif bagi pembinaan perwakilan logik mental. Di samping itu, teori ini mencadangkan lima langkah kognitif yang melibatkan proses-proses berikut: (i) perkataan yang relevan dipiih melalui ingatan sensori untuk diproses dalam ingatan kerja verbal. Jumlah maklumat verbal yang diproses adalah terhad, (ii) imej yang relevan dipiih melalui ingatan sensori untuk diproses dalam ingatan kerja visual. Jumlah maklumat visual yang diproses adalah terhad, (iii) menyusun pecahan perkataan yang dipilih kepada struktur yang logik di dalam ingatan kerja mod verbal, (iv) menyusun pecahan imej yang dipilih kepada struktur visual yang logik di dalam ingatan kerja mod visual, dan (v) mengintegrasikan perwakilan visual dan perwakilan verbal dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Model Pemprosesan Maklumat Model pemprosesan maklumat Gagne (1985) menerangkan proses kognitif yang berlaku semasa individu belajar. Ia mengkelaskan ingatan manusia kepada tiga bahagian utama, iaitu: (i) ingatan deria atau sensori, (ii) ingatan jangka pendek atau ingatan kerja, dan (iii) ingatan jangka panjang. Ingatan deria atau sensori menerima rangsangan atau stimuli dari luar. Memandangkan terlalu banyak rangsangan yang diterima, maka ianya perlu diproses terlebih dahulu. Untuk maklumat tersebut diproses, ianya mesti menarik perhatian individu tersebut supaya perhatian dapat diberikan kepadanya. Dalam proses penerimaan ini, memori akan terhasil tetapi hanya untuk satu tempoh yang singkat. Bagi membolehkannya dipindahkan ke peringkat seterusnya iaitu ke ingatan jangka pendek, individu perlu memberi perhatian terhadap input tersebut, dan perhatian akan lebih diberikan sekiranya perkara tersebut adalah dalam bentuk atau corak yang difahaminya. Setelah memilih data untuk dihantar ke ingatan jangka pendek, ia akan disimpan di situ untuk beberapa saat. Jika dalam tempoh beberapa saat ini individu berkenaan mula untuk memanipulasi data tersebut, maka sekurang-kurangnya sebahagian data tersebut boleh dikekalkan seketika. Ingatan jangka pendek ini akan menyimpan data berkenaan supaya proses asimilasi dan akomodasi maklumat baru ke ingatan jangka panjang dapat dilaksanakan. Maklumat baru selepas proses ini kemudiannya akan disimpan dalam ingatan jangka panjang dan ia seterusnya boleh dicapai untuk digunakan. TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bagi melihat perbezaan dari segi pencapaian pelajar-pelajar yang menerima koswer menggunakan mod hipermedia berbanding pencapaian pelajar yang menjalani koswer pembelajaran mod linear. Di samping itu, ia turut ingin melihat perbezaan pencapaian antara kumpulan pelajar gaya pembelajaran visual dan pelajar verbal dalam kedua-dua kumpulan hipermedia dan linear. METODOLOGI PENYELIDIKAN Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah Reka bentuk Eksperimen Kuasi dengan menggunakan faktorial 2 x 2 yang melibatkan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan yang menjalani Ujian Pra dan Ujian Pasca. Reka bentuk eksperimen ini akan melihat mod koswer sebagai pembolehubah bebas iaitu yang menggunakan mod hipermedia dan mod linear. Pembolehubah moderator pula merupakan gaya pembelajaran pelajar sama ada visual atau verbal. Pembolehubah bersandar merujuk kepada pembolehubah pencapaian pelajar (gainskor) yang diukur melalui Ujian Pra dan Ujian Pasca. Sampel kajian ini merupakan pelajar-pelajar Tingkatan Satu seramai 100 orang yang dipilih secara rawak dari dua buah sekolah menengah di negeri Perak Darul Ridzuan yang mempunyai kemudahan makmal komputer dan sistem komputer. Seramai 50 orang pelajar dipilih secara rawak sebagai kumpulan rawatan menggunakan koswer hipermedia dan sebahagian lagi iaitu seramai 50 orang menggunakan koswer menggunakan mod linear. Sampel kajian ini sedang mengikuti kelas Literasi Komputer dan agak mahir mengendalikan peralatan sistem komputer. Semasa menggunakan koswer kajian, sampel mengikuti kelas Literasi Komputer seperti biasa dan tidak dimaklumkan bahawa mereka dijadikan sampel kajian

813

1st International Malaysian Educational Technology Convention

Ujian pra dan ujian pasca mengandungi 20 item aneka pilihan dan ia dibina untuk menguji pencapaian pelajar dalam tajuk Pengenalan Kepada Komputer bagi mata pelajaran Literasi Komputer Tingkatan 1. Item-item ini disemak dua orang guru yang mempunyai pengalaman mengajar Literasi Komputer selama lebih daripada tujuh tahun. Masa yang diperuntukkan bagi setiap ujian ini adalah selama 25 minit. Perbezaan skor atau gainskor antara ujian pasca dan ujian pra ini dijadikan sebagai ‘pencapaian pelajar’ yang juga merupakan pembolehubah bersandar kajian ini. Instrumen kajian bagi mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar sama ada secara verbal atau visual adalah menggunakan soal selidik Index of Learning Style yang dibangunkan oleh Felder dan Soloman (1988). Soal selidik ini mengandungi 18 item yang telah diubahsuai oleh penyelidik. Item-item soal selidik ini telah disemak oleh guru pakar Bahasa Melayu untuk menilai dari segi tatabahasa dan juga disemak oleh guru pakar Bahasa Inggeris untuk memastikan item soal selidik yang diterjemah oleh penyelidik selari dengan item asal. Ujian rintis terhadap soal selidik ini dijalankan ke atas 30 orang pelajar. Dua versi koswer instruksi bagi topik Pengenalan kepada Komputer dalam mata pelajaran Literasi Komputer Tingkatan 1 telah dibangunkan oleh penyelidik. Topik ini terdiri daripada dua komponen utama iaitu (i) Apakah dia komputer? dan (ii) bahagian-bahagian utama sistem komputer. Kedua-dua versi mengandungi isi kandungan yang sama, tetapi ia berbeza dari segi mod persembahan isi kandungan koswer yang digunakan. Versi pertama memaparkan isi kandungan secara linear, sementara versi kedua memaparkan isi kandungan dalam bentuk hipermedia. Koswer mod hipermedia memanipulasikan konsep pautan di mana gambar dan teks yang relevan atau sukar difahami akan dipautkan ke bahagian yang berkaitan di samping menggunakan butang bagi setiap sub topik. Peta navigasi disediakan untuk memudahkan pengguna memilih topik-topik yang dikehendaki. Koswer mod linear pula akan menggunakan konsep berturutan di mana maklumat dipaparkan secara urutan bagi topik-topik tertentu. Butang-butang bagi setiap topik disediakan untuk pelajar memilih topik tertentu dan butang menu untuk pergi ke menu utama. PROSEDUR KAJIAN Seramai 100 orang pelajar dipilih secara rawak dari dua buah sekolah dengan pecahan 50 orang bagi setiap sekolah. Mereka kemudiannya diberi soal selidik Index of Learning Style untuk dijawab dalam masa 15 minit. Di setiap sekolah, pelajar ditentukan gaya pembelajaran masing-masing dan jumlah pelajar dari dua kumpulan gaya pembelajaran ini dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu yang mengikuti koswer mod hipermedia atau mod linear. Ujian pra kemudiannya ditadbir di mana mereka dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan selama 25 minit. Seterusnya, penerangan diberikan kepada pelajar tentang prosedur pembelajaran melalui koswer. Setiap kumpulan menjalani pembelajaran berbantukan koswer mod hipermedia atau mod linear selama satu jam. Setiap pelajar menjalankan proses pembelajaran melalui koswer ini secara individu. Akhirnya, selepas mengikuti pembelajaran melalui koswer, ujian pasca dijalankan selama 25 minit. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Ujian-t telah dijalankan terhadap data ujian pra bagi menguji samada terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan kawalan (mod linear) dan kumpulan rawatan (mod hipermedia) sebelum rawatan dijalankan. Keputusan ujian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan (nilai-t: 1.88, p: 0.063) dalam pencapaian ujian pra antara kumpulan kawalan (N: 50; min: 34.00) dengan kumpulan rawatan (N: 50, min: 37.30). Dapatan ini menunjukkan bahawa sampel kajian adalah homogenous atau setara dari segi pencapaian sebelum rawatan dijalankan. Jadual 2 menunjukkan statistik deskriptif dan analisis ujian-t data gainskor bagi kedua-dua kumpulan mod persembahan serta kumpulan gaya pembelajaran. Aras keertian bagi kajian ini telah ditetapkan pada 0.05.

814

1st International Malaysian Educational Technology Convention

Jadual 2: Statistik Deskriptif dan Analisis Ujian-t gainskor kumpulan-kumpulan kajian Persoalan Kajian

RQ1 Mlinear vs. Mhipermedia RQ2 Mvisual vs Mverbal RQ3

Mod Persembahan/ Gaya Pembelajaran Hipermedia Linear

Visual Verbal

Visualhipermedia Mvisual-hipermedia Visual-linear vs Mvisual-linear RQ4 Verbalhipermedia Mverbal-hipermedia Verbal-linear vs Mverbal-linear RQ5 VisualMvisual-hipermedia hipermedia Verbalvs hipermedia Mverbal-hipermedia * aras signifikan pada 0.05

n

Min

SD

t

Nilai-p

Keputusan

50 50

16.10 9.20

9.11 7.09

4.23

0.00

Signif.

60 40

15.17 8.88

8.49 8.05

3.71

0.00

Signif.

30 30

19.67 10.67

7.98 6.39

4.82

0.00

Signif.

20 20

10.75 7.00

8.16 7.68

1.50

0.14

Tidak signif.

30 20

19.67 10.75

7.98 8.16

3.84

0.00

Signif.

Persoalan Kajian 1: Adakah terdapat perbezaan signifikan dari segi pencapaian pelajar yang menerima koswer mod hipermedia berbanding mereka yang menggunakan koswer mod linear? Analisis data dalam Jadual 2 menunjukkan kumpulan mod hipermedia memperolehi pencapaian yang lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan mod linear (t: 4.23, p

Suggest Documents