Hubungan antara Sikap dan Proses Pembelajaran Murid dengan Pencapaian dalam Mata Pelajaran Sejarah dalam Kalangan Murid Tingkatan Empat

MEDC volume 11 December 2012 Hubungan antara Sikap dan Proses Pembelajaran Murid dengan Pencapaian dalam Mata Pelajaran Sejarah dalam Kalangan Murid ...
Author: Nickolas Bond
2 downloads 1 Views 162KB Size
MEDC volume 11 December 2012

Hubungan antara Sikap dan Proses Pembelajaran Murid dengan Pencapaian dalam Mata Pelajaran Sejarah dalam Kalangan Murid Tingkatan Empat Subadrah Nair Abdul Ghani Kanesan Abdullah Thevi A/P Sinaga School of Educational Studies Universiti Sains Malaysia 11800 Minden Abstract: This article is based on a study was conducted with the purpose of finding the relation between the attitude and the learning process of form four students with their achievement in History. Data for this study was obtained from the questionnaire which contains 49 attitude items and 24 learning process items. The sample consists of 225 students from science, technical and arts streams of one of the school in Larut, Matang and Selama district in Perak. The data collected was processed using the SPSS program for Windows, version 12.00 and significance level was set at D = 0.05. The researchers used the descriptive statistics (frequency, percentage and mean) and inferential statistics (t- test, One way ANOVA and Pearson Correlation) to analyze the data. The finding shows that girls have a more positive and significant attitude towards History as compared to boys. The findings also show that technical students have significantly positive attitude towards History compared to science and arts streams students. The findings also show that there was no significant difference in students learning process in History based on gender. The findings show the learning process of science streams students has a higher and significant mean compared to the technical and arts streams students. The findings also indicated there was a significantly positive correlation between the attitude of students with their achievement in History. The findings also showed that there was a significantly positive correlation between the students’ learning process with their achievement in History. In conclusion, this study showed a significantly positive relationship between the students’ attitudes and their learning process in History. Keywords: Attitude, Learning process, Achievement in History Subject Abstrak: Artikel ini berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap dan proses pembelajaran dengan pencapaian murid Tingkatan Empat dalam mata pelajaran Sejarah. Data bagi kajian ini diperoleh daripada soal selidik yang terdiri daripada 49 item tentang sikap dan 24 item tentang proses pembelajaran. Sampel kajian terdiri daripada 225 orang murid aliran sains, teknik dan sastera di sebuah sekolah di Larut, daerah Matang dan Selama, Perak. Data yang dikumpul diproses dengan menggunakan program SPSSS Windows, versi 12.00, pada aras signifikan D = 0.05. Pengkaji menggunakan analisis statistik deskriptif (kekerapan, peratus dan min) dan statistik inferens (ujian –t, ANOVA satu hala, dan korelasi Pearson) untuk analisis data. Dapatan kajian 127

MEDC volume 11 December 2012

menunjukkan murid perempuan menunjukkan sikap yang lebih positif dan signifikan terhadap Sejarah berbanding dengan murid lelaki. Hasil dapatan juga menunjukkan murid aliran teknik mempunyai sikap positif yang lebih signifikan terhadap sejarah berbanding dengan murid aliran sains dan sastera. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan dalam proses pembelajaran murid bagi Sejarah mengikut jantina. Kajian ini memaparkan min proses pembelajaran murid aliran sains lebih tinggi dan signifikan daripada murid aliran teknik dan sastera. Dapatan juga menunjukkan terdapat korelasi positif yang signifikan antara proses pembelajaran murid dengan pencapaian mereka dalam Sejarah. Kesimpulannya kajian ini menjelaskan terdapat hubungan yang positif yang signifikan antara sikap murid dengan proses pembelajaran Sejarah. Kata Kunci: Sikap dan proses pembelajaran, Pecapaian Mata Pelajaran Sejarah PENGENALAN Mata pelajaran Sejarah sudah lama diajar untuk tingkatan IV dan V dalam sistem pendidikan di Malaysia; sebelum Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan, mata pelajaran Sejarah hanya diambil oleh murid aliran sastera dan pelajar aliran Sains pula mengambil mata pelajaran Geografi (Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM, 1998). Menurut Khoo Kay Kim (1992), sebelum pembaharuan pelaksanaan KBSM yang melibatkan kurikulum Sejarah, mata pelajaran Sejarah hanya disogokkan kepada pelajar aliran sastera yang serba kekurangan dari segi minat dan motivasi.. Selepas KBSM diperkenalkan pada tahun 1988, mata pelajaran Sejarah menjadi satu daripada mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah menengah. Pembaharuan dalam kurikulum Sejarah KBSM bukan sahaja menuju ke arah pemerolehan ilmu pengetahuan tetapi juga ke arah perkembangan kemahiran belajar dan pemupukan serta penghayatan nilainilai murni (Hasan Haris, 1993). Dalam senarai mata pelajaran teras, Sejarah telah diberikan kepentingan terutamanya dalam mencapai objektif menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan kepada murid. Sejarah telah dipilih menjadi pendukung utama penerapan unsur perpaduan dan kewarganegaraan (Omar Hashim, 1992).

PERNYATAAN MASALAH Walaupun mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran teras dan mempunyai matlamat yang penting dalam agenda pembangunan negara serta berperanan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar, namun pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini amat mengecewakan. Menurut laporan analisis yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pada 13 Mac 2008, didapati keputusan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras di peringkat SPM mencatatkan kelulusan yang rendah berbanding dengan mata 128

MEDC volume 11 December 2012

pelajaran teras yang lain. Peratus kelulusan calon dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2007 mencatatkan 66% iaitu merosot sebanyak 8.4% berbanding dengan tahun sebelumnya. Keputusan mata pelajaran Sejarah dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) juga turut memperlihatkan kemerosotannya pada tahun 2007 berbanding dengan tahun 2006. Peratus kelulusan mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan PMR pada tahun 2007 ialah 94.9% berbanding dengan 96.1% pada tahun sebelumnya (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, Mac, 2008). Dalam satu kenyataan akhbar pada 29 Disember 2007, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan analisis bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran. Dalam analisis tersebut, didapati bahawa bagi mata pelajaran Sejarah sebanyak 5.1% daripada 413,971 calon mendapat gred E. Ini bererti sebanyak 21,125 orang pelajar mendapat gred E dalam mata pelajaran Sejarah (Berita Harian, 29 Disember, 2007). Jadual 1.1: Analisis keputusan peperiksaan PMR dan SPM Peringkat Kebangsaan Peperiksaan PMR SPM

2006 96.1% 74.4%

2007 94.9% 66%

Beza (%) -1.2% -8.4%

*Sumber: Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Mac 2008 Masalahnya, pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah menghadapi pelbagai kritikan kerana kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut di sekolah. Antara masalahnya ialah mata pelajaran Sejarah terlampau memberatkan kepada peperiksaan. Oleh sebab peperiksaan menjadi kayu pengukur bagi menilai kebolehan dan kemampuan murid serta untuk menilai keberkesanan pengajaran guru, maka tumpuan guru adalah untuk menyediakan para murid menghadapi peperiksaan. Disebabkan kesuntukan masa dan kandungan kurikulum yang agak luas, banyak perkara yang perlu dipelajari oleh murid. Justeru, pengajaran mata pelajaran sejarah di sekolah tertumpu untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang telah disusun sepanjang tahun (Abdul Rahim Abdul Rashid, 1989). Selain itu kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggalakkan murid menghafal hujah-hujah tanpa memahami signifikan, kaitan dan implikasi dengan apa-apa yang dipelajari. Keadaan sedemikian tidak menimbulkan minat murid terhadap pembelajaran (Abdul Rahim Abdul Rashid, 1989). Memandangkan mata pelajaran Sejarah memerlukan murid membuat penghafalan dan pembacaan yang luas, maka sikap yang positif amat diperlukan dalam diri 129

MEDC volume 11 December 2012

murid. Evans (1971) menyatakan sikap yang positif amat diperlukan dalam pembelajaran. Sikap merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan murid dalam mempelajari sesuatu (Gardner, 1982). Sikap negatif seperti membenci atau memandang rendah terhadap sesuatu mata pelajaran menyukarkan pembelajaran. Manakala kajian Hadiah Senin (1988) menunjukkan bahawa murid yang mempunyai pencapaian baik dalam mata pelajaran Sejarah adalah murid yang mempunyai sikap dan minat yang positif dalam mata pelajaran ini. Sikap negatif murid terhadap guru dan sekolah boleh melemahkan minat dan motivasi belajar dalam mata pelajaran yang di ajar oleh guru tersebut (Suradi Salim, 1987). Selain sikap, proses pembelajaran yang betul juga perlu ada dalam diri murid untuk membantu mereka mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan. Kajian O’ Malley dan Chamot (1990), menunjukkan bahawa proses pembelajaran mempunyai pengaruh besar dalam pencapaian akademik seseorang murid. Menurut pengkaji tersebut, proses belajar yang baik akan membantu para murid meningkatkan prestasi pencapaian akademik Peratus kelulusan bagi mata pelajaran Sejarah peringkat SPM di sekolah yang terlibat dalam kajian pada tahun 2007 ialah sebanyak 49.11%. Daripada 224 orang calon yang menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran Sejarah di sekolah ini pada tahun 2007, hanya didapati 5 orang calon sahaja yang memperoleh gred yang cemerlang iaitu sebanyak 2.23%. Manakala 34 orang calon memperoleh gred kepujian (15.18 %) dan 71 orang calon lulus mata pelajaran ini. Manakala didapati 114 orang calon (50.89%) gagal dalam mata pelajaran ini pada tahun 2007. Justeru, pengkaji memilih murid tingkatan IV dari sekolah tersebut sebagai sampel kajian. Dalam kajian ini pengkaji memfokuskan hubungan antara sikap dan proses pembelajaran murid dengan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah. Tegasnya, jika murid mempunyai sikap dan proses pembelajaran yang betul, maka mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sejarah. Justeru,

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan yang signifikan dalam sikap murid terhadap mata pelajaran Sejarah mengikut jantina dan aliran pengkhususan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam proses pembelajaran murid terhadap mata pelajaran Sejarah mengikut jantina dan aliran pengkhususan. Seterusnya hubungan antara sikap murid dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sejarah turut dikaji. Hubungan antara proses pembelajaran murid dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sejarah juga diberi fokus dalam kajian ini.

130

MEDC volume 11 December 2012

HIPOTESIS KAJIAN Berikut ialah enam hipotesis nol yang diuji dalam kajian ini. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap murid H0 1: terhadap mata pelajaran Sejarah mengikut jantina. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap murid H0 2: terhadap mata pelajaran Sejarah mengikut aliran pengkhususan. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam proses H0 3: pembelajaran murid terhadap mata pelajaran Sejarah mengikut jantina. H0 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam proses pembelajaran murid terhadap mata pelajaran Sejarah mengikut aliran pengkhususan. H0 5: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara keseluruhan sikap murid dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah. H06: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara keseluruhan proses pembelajaran murid dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah. H0 6a: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara proses pembelajaran pendekatan mendalam murid dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah. H0 6b: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara proses pembelajaran pendekatan permukaan murid dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah. H0 6c: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara proses pembelajaran pendekatan mencapai murid dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah.

DEFINISI ISTILAH Berikut ialah definisi istilah penting yang digunakan dalam kajian ini: Sikap Sikap ini dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara atau fenomena. Persepsi murid terhadap sesuatu mata pelajaran akan membentuk sikap murid terhadap mata pelajaran tersebut. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sikap murid dipengaruhi oleh sikap guru, keberkesanan pengajaran dan latar belakang sosial murid tersebut. Memandangkan faktor sikap seringkali dikaitkan dengan kemajuan dan kegagalan persekolahan murid, maka kajian ini dilakukan untuk mengkaji sikap murid terhadap

131

MEDC volume 11 December 2012

mata pelajaran Sejarah dan hubung kaitnya dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran tersebut. Proses pembelajaran Setiap murid mempunyai proses pembelajaran yang berbeza mengikut kemampuan kognitif, sikap dan minat mereka. Murid yang berusaha untuk meningkatkan pemahaman dalam sesuatu topik atau subjek akan mengikuti proses pembelajaran yang betul supaya dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik. Proses pembelajaran melibatkan tiga pendekatan itu pendekatan permukaan (menghafal secara mekanikal dan kurang memahami makna, pendekatan mendalam (mendapatkan makna yang mendalam) dan pendekatan pencapaian (gaya pembelajaran dirancang dengan baik dan menggunakan pelbagai strategi untuk mencapai kejayaan). TEORI PENDEKATAN PEMBELAJARAN Gagne (1970) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan daripada persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang, dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Watkins dan Hattie (1990) telah mengenal pasti dua pendekatan pembelajaran murid iaitu pendekatan pembelajaran permukaan dan, pendekatan pembelajaran dalaman. Murid yang menggunakan pendekatan permukaan lebih cenderung memberi fokus kepada elemen-elemen isi kandungan, menghafal secara mekanikal dan tidak cuba menyelami makna perkara yang dipelajarinya (Maznah Ismail & Yoong Suan, 1995). Murid yang menggunakan pendekatan mendalam cuba memahami perkara yang dipelajari dengan memberi perhatian kepada isi kandungan secara keseluruhan dan cuba menghubungkaitkan antara bahagianbahagian yang dipelajari ( Entwistle & Ramsden, 1983). Kajian Floyd, Harrington dan Santiago (2009) menjelaskan terdapat hubungan antara persepsi pelajar terhadap sesuatu subjek dengan pendekatan pembelajaran yang mereka gunakan. Pelajar yang mempunyai persepsi dan penglibatan yang tinggi yang tinggi terhadap sesuatu mata pelajaran menggunakan pendekatan pembelajaran dalaman dan sebaliknya pelajar yang mempunyai persepsi dan penglibatan yang rendah terhadap sesuatu mata pelajaran menggunakan pendekatan permukaan sahaja. Kajian Cano (2007) menunjukkan murid yang menggunakan pendekatan pembelajaran permukaan tidak akan menggunakan pendekatan pembelajaran dalaman dan sebaliknya. Dapatan kajian Lave & Wagner, (1991); dan Tagg (2003) pula memaparkan pedagogi yang digunakan oleh guru dan pembelajaran yang berpusatkan murid menggalakkan murid menggunakan pendekatan pembelajaran 132

MEDC volume 11 December 2012

dalaman kerana murid akan mendapat pemahaman yang mendalam dan dapat menghubungkaitkan makna. Menurut Biggs (1988) kedua-kedua pendekatan mendalam dan permukaan bersifat ekslusif. Sebaliknya pendekatan pencapaian boleh berkait dengan mana-mana pendekatan. Murid-murid yang mempercayai bahawa menghafal fakta boleh menghasilkan gred yang baik akan menggunakan pendekatan permukaan dan pendekatan pencapaian. Sementara itu, murid yang berpendapat bahawa kejayaan adalah bergantung kepada kefahaman konsep-konsep akan menggunakan pendekatan mendalam dan pendekatan pencapaian. Kajian Kember dan Gow (1991) yang dipetik oleh Norashikin (2005) mengenai pendekatan pembelajaran pelajar menggunakan Study Process Questionaire (SPQ) menunjukkan pelajar Asia lebih cenderung menggunakan strategi pembelajaran permukaan dan mencadangkan pendekatan terhadap sesuatu tugasan pembelajaran adalah lebih kepada fungsi kurikulum dan persekitaran pengajaran. Skor untuk pendekatan pembelajaran mencapai dan dalaman adalah lebih tinggi bagi pelajar Hong Kong berbanding pelajar Australia. Mereka mendapati pelajar Hong Kong lebih bergantung kepada teknik hafalan. Lim Mei Suan (2000), telah menggunakan soal selidik Proses Pembelajaran Biggs (LPQ) yang diterjemahkan oleh Maznah Ismail & Yoong Suan (1995) bagi mengkaji pendekatan pembelajaran murid. Beliau mendapati murid yang mendapat pencapaian tinggi dalam mata pelajaran Sejarah adalah murid dari aliran sains yang menggunakan pendekatan dalaman dan pendekatan mencapai. Manakala murid yang pencapaiannya rendah dalam mata pelajaran Sejarah adalah murid Sains Fizikal dan beliau dapati murid Sains Fizikal menggunakan pendekatan pembelajaran permukaan.

HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN PEMBELAJARAN Hubungan yang positif dan signifikan antara sikap dan pencapaian dalam sesuatu mata pelajaran juga telah dijelaskan oleh Taha Ibrahim (1974) dalam kajiannya. Beliau telah mengkaji sikap dan pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian murid. Dapatan kajian beliau menunjukkan murid yang mempunyai sikap yang positif terhadap pelajaran menunjukkan tabiat belajar yang baik, bersikap baik terhadap guru dan mendapat galakan yang baik daripada ibu bapa. Hamid Osman (1994) pula telah mengkaji sikap murid sekolah menengah terhadap mata pelajaran Sains di daerah Larut, Perak. Dapatan kajian Hamid Osman menyokong dapatan kajian Taha Ibrahim, dan Hamid Osman (1994) menegaskan bahawa sikap murid dan tabiat murid mempunyai kaitan yang rapat dengan pencapaian mereka dalam pelajaran. Menurut kajian beliau, murid yang bersikap 133

MEDC volume 11 December 2012

positif mempunyai tabiat belajar yang baik dan mempunyai hubungan yang baik dengan guru. Sebaliknya, beliau menyatakan murid yang bersikap negatif terhadap pelajaran biasanya tidak mempunyai tabiat belajar yang baik dan tidak ada hubungan yang baik dengan guru.

METODOLOGI Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kajian kuantitatif ialah kajian yang berasaskan koleksi dan analisis data yang diperoleh daripada soal selidik, ujian, senarai semak dan instrumen formal. Satu set instrumen yang mengandungi 73 item akan digunakan untuk mengkaji hubungan sikap dan proses pembelajaran murid terhadap prestasi pencapaian mata pelajaran Sejarah. Instrumen ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama mengandungi soalan tentang latar belakang murid dan pencapaian murid. Manakala bahagian kedua pula mengandungi soalan-soalan tentang sikap murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Bahagian ketiga pula merangkumi proses pembelajaran murid. Sampel Sampel kajian ini terdiri daripada 225 orang murid Tingkatan Empat daripada sebuah sekolah menengah kebangsaan di Larut, Daerah Matang dan Selama, Perak. Pemilihan sampel dibuat secara intact-group iaitu dalam kumpulan yang sedia ada supaya sampel yang dipilih itu dapat mewakili kesemua murid Tingkatan Empat di sekolah tersebut. Sekolah tersebut mempunyai tujuh kelas Tingkatan Empat. Kelas aliran Sains dan aliran Teknik masing-masing terdiri daripada dua kelas dan kelas aliran Kemanusiaan terdiri daripada tiga kelas. Pemilihan daripada setiap aliran dibuat supaya hasil dapatan yang diperoleh dapat mewakili semua murid Tingkatan Empat di sekolah tersebut. Murid Tingkatan Empat di sekolah tersebut dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan keputusan mata pelajaran Sejarah yang diduduki oleh murid tersebut dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2007 yang kurang memberangsangkan.

Jadual 3.1: Penyebaran Sampel Mengikut Jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

Bilangan 100 125 225 134

Peratus 44.4 55.6 100

MEDC volume 11 December 2012

Alat Ukur Instrumen sikap yang digunakan dalam kajian ini adalah terjemahan daripada Inventori Study Habits and Attitudes yang dibentuk oleh Holtzman, Guidance Laboratory, University of Philipines pada tahun 1953 dan dicetak semula pada tahun 1965. Inventori tersebut mengandungi 100 item. Daripada 100 item ini, penyelidik hanya memilih 49 item yang bersesuaian dengan tajuk kajian. Item-item yang dipilih dijelaskan dalam jadual 3.1. Dalam soal selidik ini, pengkaji menggunakan Rating Scales yang mempunyai julat 1 hingga 5 (1= jarang, 2=kadang-kadang, 3=kerap, 4= sangat kerap, 5= selalu). Jadual 3.1 : Dimensi i) sikap murid terhadap guru mata pelajaran Sejarah ii) sikap murid terhadap mata pelajaran Sejarah

Instrumen Sikap

Nombor Item 1,2,3,4,5,6,7,8,9

Jumlah Item 9

10,11,12,13,14,15,16,17,18,19

10

iii) sikap murid dalam menyiapkan tugasan/kerja Sejarah

20,21,22,23,24,25,26,27,28,29 , 30,31,32,33,34,35

16

iv) emosi (perasaan positif dan negatif) murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Jumlah

36,37,38,39,40,41,42,43,44,45 ,46, 47,48,49

14

49

Instrumen proses pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini adalah terjemahan daripada Inventori Learning Process yang dibentuk oleh John Biggs pada tahun 1987. Inventori ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh beberapa orang pensyarah dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM. Inventori Learning Process ini mengandungi 36 item. Daripada 36 item ini, hanya 24 item sahaja yang digunakan untuk mengukur proses pembelajaran murid. Item-item ini merangkumi pendekatan mendalam, pendekatan permukaan dan pendekatan pencapaian.

135

MEDC volume 11 December 2012

Jadual 3.4:

Instrumen Proses Pembelajaran

Jenis Pendekatan

Nombor Item

Jumlah Item

i) Pendekatan mendalam

1,2,3,4,5,6,7,8

8

ii) Pendekatan permukaan

9,10,11,12,13,14,15,16

8

iii) Pendekatan pencapaian

17,18,19,20,21,22,23,24

8

Jumlah

24

Kajian Rintis Demi mendapatkan maklumat awal mengenai kesesuaian dan kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik, pengkaji melakukan satu kajian rintis. Kajian rintis ini dijalankan di sebuah sekolah menengah kebangsaan yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sekolah yang terlibat dalam kajian. Murid yang terlibat dalam kajian rintis ini tidak akan terlibat dalam kajian sebenar. Murid mengambil masa 45 minit untuk menjawab soal selidik ini. Melalui kajian rintis ini, pengkaji dapat membaiki sebarang kelemahan yang terdapat dalam instrumen dan seterusnya dapat memantapkan alat ukur kajian ini. Kajian rintis diperlukan untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan alat ukur yang akan digunakan dalam kajian ini. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman murid terhadap arahan, ayat-ayat yang disusun bagi setiap item serta isi kandungan keseluruhan alat kajian yang digunakan. Hal ini demikian kerana inventori-inventori ini diterjemah daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Kebolehpercayaan soal selidik tentang sikap dan proses pembelajaran telah diuji dengan menggunakan program ‘Statistical Packages for the Social Science’ (SPSS). Koefisen kebolehpercayaan yang digunakan ialah ‘Alpha Cronbach’ yang menunjukkan kesesuaian hubungan item-item sebagai satu set soalan. Nilai kebolehpercayaan bagi keseluruhan item sikap murid terhadap mata pelajaran Sejarah ialah 0.86 manakala bagi item proses pembelajaran murid terhadap mata pelajaran Sejarah ialah 0.76. Berdasarkan nilai kebolehpercayaan yang dikemukakan oleh Sekaran (1992) instrumen kajian yang digunakan adalah baik dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

136

MEDC volume 11 December 2012

Prosedur Kajian Pengkaji telah mengedarkan soal selidik kepada responden dengan bantuan guru sejarah. Pengkaji memastikan responden membaca setiap item dan mempertimbangkan kekerapan subjek mengalami tingkah laku tertentu (jarang - 1, kadang-kadang - 2, kerap - 3, sangat kerap - 4, selalu - 5). Selepas responden membaca item, responden diminta menandakan jawapan ataupun pilihan terbaik. Pengkaji juga mengarahkan responden untuk menandakan satu pilihan jawapan sahaja dan menjawab semua item. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab borang soal selidik ialah 45 minit. Maklumat tentang pencapaian murid mata pelajaran sejarah telah diperoleh oleh pengkaji daripada markah ujian bulan Mac 2008.

Analisis Data Kajian ini juga menggunakan gabungan kedua-dua kaedah penyelidikan deskriptif dan kaedah penyelidikan inferensi Kaedah penyelidikan korelasi dipilih untuk menerangkan perhubungan antara pemboleh ubah- pemboleh ubah dalam kajian ini. Manakala ujian - t dan ujian Anova satu hala digunakan untuk melihat perbezaan sikap dan proses pembelajaran murid mengikut jantina dan aliran pengkhususan. DAPATAN DAN PERBINCANGAN H01:

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap murid terhadap mata pelajaran Sejarah mengikut jantina. Jadual 4.1 Ujian t menunjukkan perbezaan sikap murid terhadap mata pelajaran Sejarah mengikut jantina

Jantina

N

Min

Sisihan Piawai Lelaki 100 2.5149 0.40460 Perempuan 125 2.7087 0.39555 Tahap signifikan adalah pada aras p

Suggest Documents