Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KOMUNIKASI BERKESAN DALAM ORGANISASI. HILDA ELAINE ANAK LADI S...
Author: Annis Howard
5 downloads 3 Views 469KB Size
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KOMUNIKASI BERKESAN DALAM ORGANISASI.

HILDA ELAINE ANAK LADI

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian Pembangunan Sumber Manusia 2006

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KOMUNIKASI BERKESAN DALAM ORGANISASI

HILDA ELAINE ANAK LADI

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Pembangunan Sumber Manusia

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2006

Projek bertajuk ‘Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tahap Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi’ telah disediakan oleh Hilda Elaine Anak Ladi dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Pembangunan Sumber Manusia.

Diterima untuk diperiksa oleh:

............................................... (Pn. Salbia Bt Hassan) Tarikh:

...............................................

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun Akhir saya, Puan Salbia Binti Hassan atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya sepanjang saya menyiapkan Projek Tahun Akhir ini. Selain itu, saya amat berterima kasih atas segala perhatian yang diberikan dan kesabaran melayan karenah saya dalam menyiapkan projek ini. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) khususnya kerana sudi dan telah memberikan kerjasama kepada saya serta menerima permohonan saya bagi membenarkan saya untuk menjalankan kajian di MDDM bagi tujuan Projek Tahun Akhir (PTA). Saya juga amat terhutang budi kepada Encik Abdul Halim Busari atas segala nasihat, pandangan dan bantuan beliau yang diberikan kepada saya dalam saya menyiapkan kajian ini terutamanya sewaktu perbentangan Projek Tahun Akhir. Penghargaan yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada kawan-kawan seperjuangan dan ahli keluarga serta semua pihak yang turut terlibat baik secara langsung atau tidak langsung kerana banyak membantu dan memberikan sokongan padu kepada saya baik dari segi fizikal atau mental sepanjang tempoh saya menyiapkan projek ini. Tanpa sokongan dan bantuan daripada semua pihak, saya mungkin tidak mampu untuk menyiapkan projek ini tepat pada masanya dan projek ini tidak akan berjaya.

iii

JADUAL KANDUNGAN iii iv vii viii ix x

Penghargaan Jadual Kandungan Senarai Jadual Senarai Gambarajah Abstrak Abstract

BAB 1: PENDAHULUAN

1.0 1.1 1.2 1.3

1.4 1.5 1.6 1.7

1.8 1.9

Pengenalan Latar Belakang Kajian Penyataan Masalah Objektif Kajian 1.3.1 Objektif Umum 1.3.2 Objektif Khusus Kerangka Konsep Kajian Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian Definisi Istilah 1.7.1 Komunikasi 1.7.2 Berkesan 1.7.3 Komunikasi Berkesan 1.7.4 Organisasi 1.7.5 Komunikasi Dalam Organisasi 1.7.6 Pengetahuan, Kemahiran dan Kebolehan (Knowlegde, Skills and Ability) 1.7.7 Struktur Organisasi 1.7.8 Teknologi 1.7.9 Saluran Komunikasi Limitasi Kajian Kesimpulan

1 2 3 4 4 4 5 7 8 9 9 10 10 11 12 12 13 14 15 16 16

BAB 2 : KAJIAN SEMULA PENULISAN

2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9

Pengenalan Komunikasi Komunikasi dan Organisasi Komunikasi Berkesan Demografi dan Komunikasi Pengetahuan Komunikasi Kemahiran Komunikasi Kebolehan Komunikasi Struktur Organisasi Teknologi

17 17 19 21 21 22 23 23 24 24

iv

2.19 2.11

2.12 2.13

Saluran Komunikasi Teori dan Model 2.11.1 Teori X dan Y McGregor (1960) 2.11.2 Model Pemusatan Kincaids (1979) 2.11.3 A Descriptive Model of Organizational Communication Climate Kajian Sri Sumanty (1997) Kesimpulan

25 26 26 28 32 34 36

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7

Pengenalan Kaedah Persampelan Lokasi Kajian Pengumpulan Data Instrumen dan Reka Bentuk Kajian Ujian Rintis (Pilot Test) 3.5.1 Rumusan Keputusan Ujian Rintis (Pilot Test) Analisis Data Kesimpulan

37 37 39 40 40 42 42 43 45

BAB 4 : DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.0 4.1

4.2

4.3

4.4

Pengenalan Ciri-ciri Demografi Responden 4.1.1 Jantina 4.1.2 Umur Faktor Demografi terpilih (Jantina, Umur) dan Tahap Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi 4.2.1 Jantina dan Tahap Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi 4.2.2 Umur dan Tahap Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi Perkaitan Antara Faktor Demografi Terpilih (Pengetahuan, Kemahiran, Kebolehan) dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi 4.3.1 Pengetahuan Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi 4.3.2 Kemahiran Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi 4.3.3 Kebolehan Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi Perkaitan Antara Faktor Bukan Demografi Terhadap Tahap Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi 4.4.1 Struktur Organisasi dan Tahap Komunikasi berkesan Dalam Organisasi

v

46 46 46 47 48 48 50 51

51 53 54 55 55

4.4.2

4.5 4.6

Teknologi Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi 4.4.3 Saluran Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi Rumusan Ujian Hipotesis Kesimpulan

57 59 61 62

BAB 5 : KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 5.1 5.2

5.3

Pengenalan Rumusan Kajian Cadangan 5.2.1 Cadangan Kepada Organisasi 5.2.2 Cadangan Kepada Pengkaji Lain Pada Masa Akan Datang Kesimpulan

Rujukan Lampiran 1

63 63 67 67 68 69

70 73

vi

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1

Kategori Tindak Balas Responden

40

Jadual 3.2

Rumusan Keputusan Ujian Rintis

43

Jadual 3.3

Pearson Correlation Coefficient r Interpretation

44

Jadual 4.1

Taburan Responden Berdasarkan Jantina

47

Jadual 4.2

Taburan Responden Mengikut Umur

48

Jadual 4.3

Ujian Anova Sehala Antara Jantina dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi

48

Jadual 4.4

Ujian Anova Sehala Antara Umur dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi

50

Jadual 4.5

Ujian Korelasi Pearson Antara Pengetahuan Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi

51

Jadual 4.6

Ujian Korelasi Pearson Antara Kemahiran Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi

53

Jadual 4.7

Ujian Korelasi Pearson Antara Kebolehan Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi

54

Jadual 4.8

Ujian Korelasi Pearson Antara Struktur Organisasi dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi

55

Jadual 4.9

Ujian Korelasi Pearson Antara Teknologi Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi

57

Jadual 4.10

Ujian Korelasi Pearson Antara Saluran Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi

59

Jadual 4.11

Rumusan Ujian Hipotesis

61

vii

SENARAI RAJAH Rajah 1.1

Kerangka Konsep Kajian

6

Rajah 2.1

Model Pemusatan Kincaids (1979)

28

Rajah 2.2

A Descriptive Model Communication Climate

Rajah 2.3

Kerangka Konsep Kajian Lepas (Sri Sumanty, 1997)

viii

of

Organizational

32

35

ABSTRAK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KOMUNIKASI BERKESAN DALAM ORGANISASI. KAJIAN DIJALANKAN DI MAJLIS DAERAH DALAT DAN MUKAH (MDDM). Hilda Elaine Anak Ladi

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap komunikasi berkesan dalam organisasi. Antara faktor-faktor yang dikaji oleh pengkaji adalah faktor jantina, umur, pengetahuan komunikasi, kemahiran komunikasi, kebolehan komunikasi, struktur organisasi, teknologi komunikasi, dan faktor saluran komunikasi. Kaedah analisis Korelasi Pearson yang digunakan adalah untuk menentukan hubungan antara pembolehubah. Pembolehubah bersandar adalah merupakan tahap komunikasi berkesan dalam organisasi. Pembolehubah tidak bersandar adalah jantina, umur, pengetahuan, kemahiran, kebolehan, struktur organisasi, teknologi komunikasi, dan saluran komunikasi. Keputusan daripada dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina dan umur terhadap tahap komunikasi berkesan dalam organisasi, dan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pengetahuan, kemahiran, kebolehan, struktur organisasi, teknologi komunikasi, dan saluran komunikasi terhadap tahap komunikasi berkesan dalam organisasi. Oleh yang demikian, organisasi haruslah mengambil kira kesemua faktor dalam mewujudkan tahap komunikasi dalam organisasi yang lebih berkesan.

ix

ABSTRACT

FACTORS INFLUENCING THE EFFECTIVENESS LEVEL OF COMMUNICATION IN ORGANIZATION. A STUDY AT THE MAJLIS DAERAH DALAT DAN NUKAH (MDDM). Hilda Elaine Anak Ladi

Generally, this study is to investigate factors that influencing the effectiveness level of communication in organization. The factors that is being studied including of gender factor, age, knowledge, skills, ability, organization structure, technology, and communication channel factor. Method analysis Pearson Correlation is used to determine the relationship between the variables. The dependent variable in this study is the effectiveness level of communication in organization. The independent variables are gender, age, knowledge, skill, ability, organization structure, communication technology, and channels of communication. The results of finding shows that there is a significant different between gender and age factors toward the effectiveness levels of communication in organization, and there is significant relationship between knowledge, skill, ability, organization structure, communication technology, and channels of communication factors toward the effectiveness levels of communication in organization. Thus, organization should take all factors into consideration while tailoring the effectiveness levels of communication in organization.

x

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0

Pengenalan

Pada masa sekarang, kepentingan hubungan dan kelancaran aktiviti dalam organisasi adalah bergantung kepada komunikasi dalam organisasi itu sendiri. Hal ini kerana komunikasi meliputi aspek kerja, budaya dan perhubungan sesama individu dalam organisasi untuk melakukan tugas. Walaupun ada kalanya organisasi dapat melihat kekurangan yang ada dalam proses komunikasi dalam kalangan pengurusan dan pekerja, mereka tetap menganggap komunikasi adalah berkesan asalkan pengurusan dan pekerja dapat berinteraksi, mendengar dan menerima maklumat dalam organisasi ataupun semasa menjalankan tugas. Rasberry dan Linsay (1994: 17) mendefinisikan komunikasi sebagai, “sorting, selecting, forming, and transmitting symbols between people to create meaning; it can best be understood by examining its elements. Two common elements are necessary in every communication situation: a source and a receiver.”

Komunikasi berkesan dalam sesebuah organisasi adalah amat perlu untuk dititikberatkan sama ada oleh pihak pengurusan mahu pun pekerja organisasi. Hal ini kerana, komunikasi yang berkesan membolehkan kerja yang dilakukan berjalan dengan lebih lancar dan efisien. Selain melakukan tugas yang lebih

1

efektif dan efisien, pekerja dan pengurusan secara tidak langsung akan dapat berkongsi budaya dan nilai dalam organisasi serta dapat mengelakkan salah faham yang berlaku dalam menerima dan menyampaikan maklumat.

1.1

Latar Belakang Kajian

Pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian di Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) yang terletak di pusat bandar Bahagian Mukah. MDDM adalah merupakan sebuah agensi Kerajaan Tempatan yang

memikul

tanggungjawab dalam memastikan kawasan bandar dan pekan-pekan kecil bahagian Mukah serta kawasan liputan cawangan MDDM ini seperti Oya/Dalat, Balingian dan Selangau/Stapang mendapat pembangunan yang seimbang sejajar dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru MDDM meliputi bahagian pengurusan dan pentadbiran yang terdiri daripada Bahagian Perbendaharaan, Pentadbiran, Penguatkuasa, Kerja Awam, Penilaian, Kesihatan Awam, dan Perpustakaan.

Menurut Tubbs dan Hain (1979) dan

Clampitt dan Downs (1983),

komunikasi berkesan adalah berkait rapat dengan

pembangunan organisasi

berkesan (Kreps, 1990).

Rasberry dan Lindsay (1994) pula menyatakan bahawa pengkomunikasi mempunyai kemahiran yang pelbagai seperti penulis, pengucap, pembaca, pendengar, pemikir, dan penyelesai masalah. Kemahiran ini secara tidak langsung mempengaruhi kebolehan mereka dalam menganalisis sesuatu motif, menjadi

2

pengantara dalam keadaan konflik, bertindak sebagai ejen perubahan, menjadi ketua atau pembuat keputusan. Hal ini adalah disebabkan oleh kebolehan mereka dalam membentuk dan menyampaikan maklumat semasa proses komunikasi. Keadaan ini membawa kepada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi ketepatan maklumat yang disampaikan atau pembentukan komunikasi berkesan iaitu pengetahuan, sikap, sosiobudaya, dan kemahiran teknikal.

1.2

Penyataan masalah

Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) terdiri daripada tujuh bahagian pentadbiran yang berlainan fungsinya. Walau bagaimanapun, setiap tugas yang dilaksanakan oleh setiap bahagian adalah saling berkaitan dan bergantungan di antara satu sama lain. Pekerja di organisasi juga adalah terdiri daripada peringkat umur dan latar belakang yang berlainan dan keadaan ini secara tidak langsung mempengaruhi

persekitaran

perhubungan

organisasi

dan

komunikasi.

Penyampaian maklumat dan proses komunikasi dalam organisasi juga melibatkan saluran komunikasi seperti memo, papan notis, telefon, dan sistem komputer. Namun

begitu, komunikasi yang berkesan dalam organisasi tidak dapat

dipastikan keberkesanannya berikutan dengan permasalahan yang wujud dalam penyampaian dan penerimaan maklumat. Keadaan ini secara tidak langsung menimbulkan masalah dalam menyampaikan maklumat dengan berkesan.

3

Oleh yang demikian, persoalan kajian yang hendak dijawab oleh pengkaji adalah seperti berikut: i. Bagaimanakah faktor demografi terpilih yang merangkumi jantina, umur, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan dapat mempengaruhi tahap komunikasi berkesan dalam organisasi? ii. Bagaimanakah faktor organisasi yang merangkumi struktur organisasi, teknologi dan saluran komunikasi dapat mempengaruhi tahap komunikasi berkesan dalam organisasi.

1.3

Objektif Kajian

1.3.1

Objektif Umum

Objektif umum kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap komunikasi berkesan dalam organisasi.

1.3.2

Objektif Khusus

Terdapat 8 objektif yang perlu dicapai dalam kajian ini, iaitu: 1. Mengenal pasti perbezaan di antara jantina dengan tahap komunikasi berkesan dalam organisasi. 2. Mengenal pasti perbezaan di antara umur dengan tahap komunikasi berkesan dalam organisasi.

4

3. Mengenal pasti perkaitan pengetahuan komunikasi dengan tahap komunikasi berkesan dalam organisasi. 4. Mengenal pasti perkaitan kemahiran dengan tahap komunikasi berkesan dalam organisasi. 5. Mengenal pasti perkaitan kebolehan dengan tahap komunikasi berkesan dalam organisasi. 6. Mengenal pasti perkaitan di antara struktur organisasi dengan tahap komunikasi berkesan dalam organisasi. 7. Mengenal pasti perkaitan di antara teknologi dengan komunikasi berkesan dalam organisasi. 8. Mengenal pasti perkaitan di antara saluran komunikasi dengan komunikasi berkesan dalam organisasi.

1.4

Kerangka Konsep Kajian

Pengkaji mengkaji dua faktor utama dalam mengenal pasti tahap komunikasi berkesan dalam organisasi. Dua faktor ini telah dibahagikan kepada lapan pecahan faktor yang akan dikaji oleh pengkaji. Antara faktor-faktor yang dikenal pasti dapat mempengaruhi komunikasi berkesan adalah faktor demografi terpilih yang terdiri daripada jantina, umur, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan. Manakala faktor kedua adalah merupakan faktor organisasi yang meliputi struktur organisasi, teknologi dan saluran komunikasi.

5

Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep kajian pengkaji. Kerangka konsep adalah memfokuskan kepada tahap komunikasi berkesan di organisasi yang melihat kepada faktor demografi terpilih yang terdiri daripada jantina, umur, pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dan

faktor organisasi yang meliputi

struktur organisasi, teknologi dan saluran komunikasi.

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian

PEMBOLEHUBAH TIDAK

PEMBOLEHUBAH

BERSANDAR

BERSANDAR

DEMOGRAFI TERPILIH -

Jantina

-

Umur

-

Pengetahuan

-

Kemahiran

Komunikasi

-

Kebolehan

Berkesan

Tahap

Dalam Organisasi

ORGANISASI -

Struktur

-

Teknologi

-

Saluran Komunikasi

6

1.5

Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian adalah seperti berikut: Ho 1: Tidak ada perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina terhadap komunikasi berkesan dalam organisasi.

Ho 2: Tidak ada perbezaan yang signifikan di antara faktor umur terhadap komunikasi berkesan dalam organisasi.

Ho 3: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor pengetahuan terhadap komunikasi berkesan dalam organisasi.

Ho 4: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor kemahiran terhadap tahap komunikasi berkesan dalam organisasi.

Ho 5: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor kebolehan terhadap tahap komunikasi berkesan dalam organiasasi.

Ho 6: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor struktur organisasi terhadap tahap komunikasi berkesan dalam organisasi.

Ho 7: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor teknologi terhadap tahap komunikasi berkesan dalam organisasi.

7

Ho 8: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor saluran komunikasi terhadap tahap komunikasi berkesan dalam organisasi

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai kepentingan kepada organisasi yang terlibat dalam kajian iaitu Majlis Daerah Dalat dan Mukah (organisasi), pihak pengurusan dan pekerja mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi tahap komunikasi berkesan dalam organisasi. Sebarang masalah yang wujud yang berkaitan dalam proses komunikasi akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan lagi keberkesanannya.

Kajian ini juga membolehkan setiap ahli dalam organisasi mengetahui tahap keberkesanan komunikasi dalam proses perhubungan dan pengurusan di organisasi. Berikutan dengan itu, setiap anggota organisasi akan dapat mengetahui kelemahan dalam penyaluran maklumat komunikasi kepada pihak yang lain dalam organisasi. Secara tidak langsung, kesalahfahaman terhadap mesej yang hendak disampaikan juga akan dapat dielakkan pada masa yang akan datang.

Melalui hasil kajian ini juga, pengkaji dapat mengetahui permasalahan lain yang mungkin timbul dalam mencapai matlamat kajian komunikasi berkesan dalam organisasi. Walau bagimanapun, soalan kajian yang dinyatakan oleh pengkaji dalam kajian ini menghadkan perasaan ingin tahu pengkaji terhadap keputusan kajian yang lebih meluas kerana sebahagian faktor sahaja yang

8

diberikan penekanan. Pengkaji juga turut melihat kepada kajian pengkaji lepas sebagai panduan dan sokongan kepada kajian yang dilakukan.

Kajian ini juga penting kepada Pengamal Sumber Manusia pada masa datang dalam mengenal pasti permasalahan yang berkaitan dengan komunikasi dalam organisasi, pengurusan dan pekerja. Di samping itu, kajian ini juga boleh membantu sebagai salah satu rujukan dalam menguruskan dan merancang strategi komunikasi yang berkesan dalam organisasi. Kajian yang dijalankan juga turut membantu Pengamal Sumber Manusia dalam membangunkan dan memperbaiki kelemahan yang wujud dalam proses komunikasi pada masa yang akan datang.

1.7

Definisi Istilah

1.7.1

Konsepsual:

Komunikasi

Menurut Kounalakis et al (1999: 224), komunikasi adalah proses pertukaran maklumat yang berlaku sesama individu melalui sistem simbol yang asas, isyarat ataupun tingkahlaku.

Operasional: Komunikasi membolehkan setiap ahli dalam sesebuah organisasi menyalurkan maklumat dan menerima maklumat dengan bantuan saluran komunikasi. Keadaan ini membolehkan setiap ahli dalam organisasi berkongsi matlamat, perhubungan dan nilai dalam

9

organisasi. Komunikasi juga menggalakkan perkongsian nilai dan budaya dalam organisasi.

1.7.2

Konsepsual:

Berkesan

Menurut Kamus Dewan Bahasa yang diambil dari laman web internet, berkesan; (1) meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda),berbekas, (2) menimbulkan hasil (kesudahan) yang diharapkan, membawa kepada sesuatu perubahan (perkembangan) efektif, (3) mendatangkan suatu pengaruh kepada pemikiran (sikap,watak) seseorang atau sesuatu golongan (seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan).

Operasional: Komunikasi yang berkesan mampu memberikan maklumat dan rangsangan kepada setiap individu secara tepat serta dapat memberikan tindak balas yang dikehendaki dalam proses berkomunikasi.

1.7.3

Konsepsual:

Komunikasi Berkesan

Timm and Stead (1996: 145) menyatakan apabila sesuatu maklumat telah diterima, difahami dan audiens bercadang untuk

10

menggunakan maklumat tersebut, bermakna komunikasi berkesan telah berlaku

Operasional: Sesuatu komunikasi berkesan adalah disebabkan penyampaian maklumat yang betul dan jelas. Dengan penyampaian maklumat secara berkesan, setiap tugas dalam organisasi dapat dilakukan dengan lebih mudah serta mendorong kepada peningkatan dalam prestasi dan produktiviti kerja.

1.7.4

Konsepsual:

Organisasi

McShane dan Von Glinow (2005: 6) mendefinisikan organisasi sebagai, “Groups of people who work interdependently toward some purpose.”

Operasional: Organisasi adalah merupakan satu gabungan di antara pengurusan kerja dan perhubungan manusia yang saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai satu matlamat yang telah ditetapkan. Organisasi adalah terdiri daripada sekumpulan individu yang mentadbir dan sekumpulan individu yang ditadbir dalam mewujudkan perhubungan kerja serta menggalakkan interaksi dan komunikasi dalam kumpulan.

11

1.7.5

Konsepsual:

Komunikasi Dalam Organisasi

Goldhaber (1990: 19) menyatakan bahawa komunikasi dalam organisasi sebagai satu proses

menghasilkan dan berkongsi

maklumat dalam saluran perhubungan yang saling bergantungan sesama individu bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku di persekitaran yang tidak menentu. Tanggapan ini termasuklah tujuh konsep dalam komunikasi yang utama iaitu proses, maklumat, saluran,pergantungan,

perhubungan,

persekitaran

dan

ketidaktentuan.

Operasional: Komunikasi dalam organisasi juga menggalakkan interaksi wujud dalam organisasi yang melibatkan pengurusan dan pekerja. Proses komunikasi ini melibatkan perkongsian maklumat, pendapat dan penyelesaian masalah yang timbul dalam proses kerja dan perhubungan dalam organisasi.

1.7.6

Pengetahuan, Kemahiran dan Keupayaan (Knowledge, Skills and Ablity)

Konsepsual:

Menurut DeSimone dan Harris

(1998), pengetahuan adalah

merupakan pemahaman seseorang individu terhadap fakta-fakta dan prinsip yang berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran pula adalah merupakan kombinasi aktiviti psikomotor di antara

12

keupayaan dan kemampuan yang terhasil melaui pengalaman persekitaran ataupun latihan. Manakala keupayaan atau kebolehan adalah merupakan kemampuan individu yang berkaitan dengan prestasi terhadap perlaksanaan suatu set tugas. Keupayaan adalah membangun

sepanjang masa melalui interaksi bakat dan

pengalaman secara berterusan.

Operasional: Pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang dimiliki oleh seseorang individu dalam organisasi adalah mempengaruhi cara penyampaian, penerimaan dan pentafsiran sesuatu maklumat. Ketiga- tiga konsep ini menekankan kepada intipati sesuatu komunikasi

yang

penyampai

dan

akan

membolehkan

penerima

maklumat

seseorang

individu

mengkomunikasikan

maklumat yang selaras agar dapat membentuk suatu komunikasi yang berkesan. Semakin banyak pengetahuan yang mereka miliki, semakin tinggi keupayaan dan kemahiran yang dapat mereka aplikasikan semasa proses komunikasi dalam melakukan tugas dan mencapai matlamat diri dan organisasi.

1.7.7

Konsepsual:

Struktur Organisasi

Rassberry dan Lindsay (1994: 44), struktur organisasi adalah merupakan corak perhubungan kuasa formal yang wujud di antara

13

Suggest Documents