F-Secure Mobile Security. Android

F-Secure Mobile Security Android F-Secure Mobile Security | TOC | 2 Kandungan Bab 1: Pemasangan......................................................
Author: Lesley Gibbs
25 downloads 2 Views 366KB Size
F-Secure Mobile Security Android

F-Secure Mobile Security | TOC | 2

Kandungan

Bab 1: Pemasangan....................................................................................4 1.1 1.2 1.3 1.4

Memasang......................................................................................................................................5 Mengaktifkan..................................................................................................................................6 Mengkonfigurasikan produk...........................................................................................................7 Menyahpaang produk dari peranti Android....................................................................................8

Bab 2: Melindungi maklumat sulit.............................................................9 2.1 Menghidupkan Anti-Theft jauh.....................................................................................................10 2.1.1 Mengunci peranti anda dari jauh....................................................................................10 2.1.2 Memadam peranti anda dari jauh...................................................................................10 2.1.3 Mencari peranti anda......................................................................................................10 2.2 Menggunakan awasan SMS........................................................................................................12 2.3 Menggunakan penggera Anti-Theft..............................................................................................13 2.4 Menggunakan perkongsian lokasi................................................................................................14

Bab 3: Melindungi penyemakan imbas web...........................................15 3.1 Menggunakan Perlindungan Semak Imbas ................................................................................16 3.2 Menggunakan internet dengan selamat.......................................................................................17 3.2.1 Kembali daripada atau memasuki laman web yang disekat...........................................17

Bab 4: Mengimbas virus...........................................................................18 4.1 Pengimbasan manual...................................................................................................................19 4.2 Pengimbasan yang Dijadualkan...................................................................................................20 4.3 Memproses fail yang dijangkiti.....................................................................................................21 4.4 Menukar tetapan perlindungan virus............................................................................................22

Bab 5: Menjadikan semak imbas selamat untuk kanak-kanak.............23 5.1 Apakah itu kumpulan umur...........................................................................................................24 5.1.1 Memilih kumpulan umur pengguna................................................................................24 5.2 Jenis kandungan..........................................................................................................................25 5.3 Menggunakan kawalan Aplikasi...................................................................................................27

Bab 6: Menghalang panggilan dan mesej yang tidak kehendaki.........28 6.1 Mengenai Kenalan selamat..........................................................................................................29 6.2 Melihat panggilan dan mesej yang disekat..................................................................................30

F-Secure Mobile Security | TOC | 3

Bab 7: Mengemas kini aplikasi................................................................31 7.1 Memilih mod kemas kini...............................................................................................................32 7.2 Kemas kini manual.......................................................................................................................33

Bab 8: Membeli masa perkhidmatan langganan....................................34 8.1 Membeli masa perkhidmatan langganan dengan PC anda.........................................................35

F-Secure Mobile Security | Pemasangan | 4

Bab

1 Pemasangan Topik:

Arahan bagaimana untuk memasang produk pada peranti mudah alih.

• • • •

Pilih salah satu cara berikut untuk memasangkan produk pada peranti anda:

Memasang Mengaktifkan Mengkonfigurasikan produk Menyahpaang produk dari peranti Android

• •

Muat turun fail pemasangan ke komputer anda dan pindahkannya ke peranti atau kad SD, atau Muat turun fail pemasangan terus ke peranti anda.

Selepas anda selesai memasang produk, anda perlu untuk mengaktifkannya. Mengaktifkan produk menghidupkan perlindungan.

F-Secure Mobile Security | Pemasangan | 5

1.1 Memasang Arahan bagaimana untuk memasang produk pada peranti mudah alih. Jika anda menaik taraf dari versi sebelum produk, anda tidak perlu untuk menyahpasang versi sebelum, tetapi periksa tetapan produk selepas anda telah memasang versi baru. Ikut arahan ini untuk memasang produk: 1. Buka TetapanAplikasi dan periksa Sumber Tidak Diketahui dihidupkan. Apabila tetapan ini dihidupkan, anda boleh memasang aplikasi di luar Pasaran Android. 2. Muat turun fail pemasangan ke komputer anda dan pindahkannya ke peranti atau kad SD, atau muat turun fail pemasangan terus ke peranti anda. Untuk maklumat selanjutnya, rujuk dokumentasi yang datang bersama peranti anda. 3. Lancarkan pakej pemasangan pada peranti anda untuk memasang produk. Sila ambil perhatian bahawa anda memerlukan pengurus fail pihak ketiga untuk melancarkan pakej pemasangan dari kad memori. Pakej pemasangan memasang produk ke peranti anda. 4. Selepas pemasangan lengkap, pilih Buka untuk memulakan aplikasi dan untuk mengaktifkan produk. Produk tidak melindungi peranti anda sebelum anda mengaktifkannya.

F-Secure Mobile Security | Pemasangan | 6

1.2 Mengaktifkan Mengaktifkan produk menghidupkan perlindungan. Ikuti arahan ini untuk mengaktifkan produk: 1. Mulakan aplikasi. Produk memaparkan terma lesen pada kali pertama anda memulakannya. 2. Baca syarat lesen. Jika anda menerimanya, pilih kotak semak dan tekan Seterusnya. Pengkatifan bermula selepas anda menerima terma lesen. 3. Pilih jenis pengaktifan. Anda boleh mengaktifkan produk sama ada di dalam mod percubaan percuma atau dengan kod langganan anda. Bergantung kepada jenis lesen yang anda telah beli, anda boleh menggunakan sama ada Anti-theft atau Mobile Security dengan perlindungan Menyemak Imbas. • •

Untuk menilai produk, pilih Percubaan Percuma sebagai jenis pengaktifan. Jika anda telah memiliki kekunci langganan, pilih kekunci Langganan sebagai jenis langganan dan masukkan kekunci langganan anda.

4. Tekan Aktifkan. Nota: Produk perlu untuk menyambung ke perkhidmatan kemas kini semasa pengaktifan. Selepas anda telah menyelesaikan pengaktifan, wizard konfigurasi di mana anda boleh menyediakan produk. Pada platform Android 2.2 dan platform yang terkini, anda perlu mengaktifkan pentadbir peranti untuk produk bagi menggunakan Anti-Theft.

F-Secure Mobile Security | Pemasangan | 7

1.3 Mengkonfigurasikan produk Anda perlu mengkonfigurasikan ciri-ciri produk sebelum anda boleh menggunakannya. Ikuti arahan ini untuk menggunakan ciri-ciri Anti-Theft, Kawalan Ibu Bapa dan Kenalan selamat: 1. Masukkan kod keselamatan baru dan sahknya untuk memastikan anda telah memasukkannya dengan betul. Nota: Untuk menukar kod keselamatan kemudian, buka TetapanTetapan umum dan pilih Tetapkan kod keselamatan. Anda memerlukan kod keselamatan untuk menggunakan ciri-ciri Anti-Theft dan untuk menggunakan Kawalan ibu bapa. 2. Produk ini memerlukan hak untuk mentadbir peranti anda. Untuk mengaktifkan pentadbir peranti, tekan Aktifkan. 3. Jika anda belum menetapkan kunci skrin untuk peranti anda, anda perlu melakukannya sebelum anda boleh meneruskan. Untuk maklumat selanjutnya, rujuk dokumentasi yang datang bersama peranti anda. 4. Masukkan nombor telefon yang dipercayai. Nombor telefon yang dipercayai menerima makluman apabila kad SIM ditukar di dalam peranti anda. 5. Pilih kumpulan umur pengguna peranti untuk mengkonfigurasikan Kawalan Ibu Bapa. Selepas anda mengkonfigurasikan Kawalan Anti-Theft dan Ibu Bapa, produk dihidupkan.

F-Secure Mobile Security | Pemasangan | 8

1.4 Menyahpaang produk dari peranti Android Arahan mengenai cara untuk mengalih keluar produk dari peranti anda. Untuk membuang pemasangan produk dari peranti anda, ikuti arahan ini: 1. Dalam paparan utama, buka Tetapan. 2. Dalam menu Tetapan, pilih Umum. 3. Ketik Nyahpasang. Jika anda belum membuat kod keselamatan untuk Anti-Theft, anda perlu memasukkannya untuk menyahpasan produk tersebut. Produk dialih keluar dari peranti anda. Nota: Produk dinyahaktifkan dalam senarai Pentadbir peranti semasa penyahpasangan. Jika anda membatalkan penyahpasangan, anda perlu mengaktifkan produk itu sekali lagi untuk terus menggunakannya.

Bab

2 Melindungi maklumat sulit Topik: • • • •

Menghidupkan Anti-Theft jauh Menggunakan awasan SMS Menggunakan penggera Anti-Theft Menggunakan perkongsian lokasi

Dengan Anti-Theft, anda boleh memastikan peranti atau data anda yang disimpan padanya tidak disalahgunakan sekiranya peranti anda dicuri. Jika anda kehilangan peranti anda, anda boleh menghantar mesej teks SMS kepada peranti anda untuk menguncinya secara automatik. •

Selepas peranti dikunci, ia boleh dibuka kunci semula hanya dengan corak buka kunci skrin. Nota: Untuk menggunakan kunci jauh, pastikan corak buka kunci skrin peranti anda dihidupkan.

Anda boleh memadam data dalam peranti dari jauh dengan pemadaman dari jauh. •



Apabila anda menghantar mesej SMS untuk memadam peranti anda, produk mengeluarkan maklumat di dalam kad SD yang dimasukkan, mesej SMS dan MMS, maklumat kenalan dan kalendar. Selain daripada itu, kami mencadangkan agar anda menukar kata laluan akaun Google Pada platform Android 2.2 dan yang terterkini, produk menetapkan semula peranti kepada ciri lalai kilang apabila anda menghantar mesej SMS untuk memadam peranti anda.

F-Secure Mobile Security | Melindungi maklumat sulit | 10

2.1 Menghidupkan Anti-Theft jauh Apabila ciri Anti-Theft dihidupkan, anda boleh menghantar mesej teks SMS ke peranti anda untuk menguncinya atau untuk memadam maklumat di dalamnya. Untuk menyediakan Anti-Theft jauh: 1. Dalam paparan utama, buka Anti-theft. 2. Dalam menu Anti-theft, pilih Tetapan. 3. Jika anda mahu boleh mencari peranti anda dari jauh, pilih Dayakan pencari. Untuk menggunakan pencari, pastikan cara kedudukan dalam peranti anda dihidupkan. Biasanya ia dihidupkan secara lalai. Untuk maklumat lanjut, rujuk dokumentasi yang disertakan dengan peranti anda. 4. Pilih Anti-Theft Jauh untuk menghidupkannya. Anti-Theft jauh dihidupkan.

2.1.1 Mengunci peranti anda dari jauh Apabila anda mengunci peranti anda dari jauh, ia tidak boleh digunakan tanpa kebenaran anda. Ikut arahan ini untuk mengunci peranti anda yang telah hilang atau dicuri: 1. Untuk mengunci peranti, hantarkan mesej SMS berikut kepada peranti anda:#LOCK# (Contohnya: #LOCK#12345678) 2. Apabila peranti dikunci, produk menghantar mesej balasan kepada telefon yang anda gunakan untuk mengunci mesej. Jika anda telah menghidupkan cari jauh, balasan mengandungi maklumat lokasi peranti tersebut. Peranti yang dikunci boleh dibuka kunci hanya dengan kaedah buka kunci skrin yang telah anda pilih.

2.1.2 Memadam peranti anda dari jauh Apabila anda memadam peranti anda, Anti-kecurian memadam maklumat peribadi anda yang disimpan di dalam peranti. Ikut arahan ini untuk memadam peranti anda yang telah hilang atau dicuri: 1. Untuk mengesat peranti, hantarkan mesej SMS berikut kepada peranti anda:#WIPE# (Contohnya: #WIPE#12345678) 2. Apabila peranti dipadam, produk menghantar mesej balasan ke telefon yang anda gunakan untuk menghantar mesej padam. Apabila anda memadam peranti tersebut, produk mengeluarkan maklumat dalam kad SD yang dimasukkan, mesej SMS dan MMS dan maklumat kenalan dan kalendar. Pada platform Android 2.2 dan platform yang terkini, memadam peranti menetapkannya semula kepad lalai kilang.

2.1.3 Mencari peranti anda Anda boleh menghantar mesej SMS ke peranti anda yang hilang untuk mencarinya. Nota: Pastikan anda telah menghidupkan GPS anda dalam peranti anda untuk menerima maklumat lokasi. Ikut arahan ini untuk mencari peranti anda: Untuk mencari peranti, hantar mesej SMS berikut kepada peranti anda:#LOCATE# (Contohnya: #LOCATE#12345678) Anti-Theft membalas dengan mesej SMS yang mengandungi lokasi semasa peranti itu.

F-Secure Mobile Security | Melindungi maklumat sulit | 11

Petua: Hantar mesej carian ke peranti anda selepas anda menyediakannya untuk memastikan ia berfungsi dengan betul. Nota: Anti-Theft tidak menyimpan sebarang data lokasi, satu-satunya maklumat lokasi terdapat di dalam mesej teks SMS yang dihantar kepada anda.

F-Secure Mobile Security | Melindungi maklumat sulit | 12

2.2 Menggunakan awasan SMS Anda boleh menetapkan Anti-Theft untuk memberi amaran kepada anda dengan menghantarkan anda mesej SMS apabila seseorang menukar kad SIM di dalam peranti anda. Untuk menggunakan awasan SMS: 1. Dalam paparan utama, buka Anti-theft. 2. Dalam menu Anti-theft, pilih Tetapan. 3. Pilih Nombor yang dipercayai. Dialog Nombor yang dipercayai terbuka. 4. Nyatakan nombor telefon di mana mesej teks SMS harus dihantar apabila kad SIM di dalam peranti ditukar. Apabila awasan SMS dihidupkan, anda menerima mesej teks SMS apabila kad SIM di dalam peranti anda ditukar.

F-Secure Mobile Security | Melindungi maklumat sulit | 13

2.3 Menggunakan penggera Anti-Theft Anda boleh memainkan bunyi penggera pada peranti anda jika ia hilang atau dicuri. Ikuti arahan ini untuk memainkan bunyi penggera pada peranti anda: 1. Untuk memainkan penggera, hantarkan mesej SMS yang berikut ke peranti anda: #ALARM## Nota: Anda boleh menyatakan bilanga kali untuk memainkan penggera dengan kiraan yang berulang, tetapi tidak perlu untuk memainkan penggera. (Sebacai contoh: #ALARM#abcd1234) 2. Apabila peranti menerima mesejnya, produk mengunci peranti dan memainkan bunyi penggera. Produk menghantar mesej balasan ke telefon yang anda gunakan untuk menghantar mesej penggera,. Untuk mematikan penggera, gunakan kaedah buka kunci skrin yang telah anda pilih. Petua: Anda boleh mematikan penggera secara jauh dengan menghantar mesej SMS yang berikut ke peranti anda: #ALARM##0

F-Secure Mobile Security | Melindungi maklumat sulit | 14

2.4 Menggunakan perkongsian lokasi Anda boleh menghantar mesej kepada rakan dan keluarga anda yang memaparkan lokasi semasa anda pada peta. Anda perlu menghidupkan GPS dalam peranti anda untuk berkongsi lokasi anda. Untuk menghantar perkongsian lokasi: 1. Dalam paparan utama, buka Anti-Theft. 2. Dalam menu Anti-Theft, pilih Perkongsian lokasi. Produk menggunakan GPS untuk mengambil lokasi anda dan membuka aplikasi pemesejan. 3. Dalam aplikasi pemesejan, tambah penerima untuk mesej maklumat lokasi dan tekan Hantar. Mesej mengandungi maklumat mengenai lokasi anda dan pautan kepada Peta Google yang menunjukkan tempat anda berada.

Bab

3 Melindungi penyemakan imbas web Topik: • •

Menggunakan Perlindungan Semak Imbas Menggunakan internet dengan selamat

Produk melindungi anda daripada halaman web yang mungkin mengandungi kandungan yang berbahaya atau mencuri maklumat peribadi anda, termasuk nombor kad kredit, maklumat akaun pengguna dan kata laluan.

F-Secure Mobile Security | Melindungi penyemakan imbas web | 16

3.1 Menggunakan Perlindungan Semak Imbas Anda perlu menggunakan F-Secure Browser. Jika anda menggunakan sebarang penyemak imbas yang lain, Perlindungan Semak Imbas tidak melindungi penyemakan imbas web anda. Untuk menggunakan Perlindungan Semak Imbas semasa menyemak imbas web, ikuti arahan ini: Untuk memulakan penyemak imbas: • •

Buka penyemak imbas selamat dalam produk. Dalam paparan utama, pilih Perlindungan Semak Imbas dan pilih Penyemak Imbas Selamat. Buka F-Secure Browser dalam Pelancar Android.

F-Secure Mobile Security | Melindungi penyemakan imbas web | 17

3.2 Menggunakan internet dengan selamat Perlindungan Penyemakan Imbas membantu anda menilai keselamatan laman web yang anda lawati dan mengelakkan anda dari mengakses laman web yang merbahaya secara tidak sengaja. Produk memeriksa keselamatan laman web secara automatik apabila anda mengakses laman tersebut. Jika laman dikadarkan sebagai dicurigai atau berbahaya, produk menyekat akses kepada laman. Perkadaran keselamatan laman web berdasarkan maklumat dari beberapa sumber, seperti penganalisis malware F-Secure dan rakan kongsi F-Secure.

3.2.1 Kembali daripada atau memasuki laman web yang disekat Arahan untuk tindakan yang mungkin apabila Perlindungan Penyemakan Imbas telah menyekat akses kepada laman web yang berbahaya. Semasa Perlindungan Penyemakan Imbas dihidupkan, produ menyekat akses kepada laman web yang berbahaya. Perlindungan Penyemakan Imbas memaparkan halaman yang disekat yang membolehkan dua tindakan. 1. Jika anda mahu kembali ke halaman yang anda tinggalkan, pilih Pergi ke Halaman utama dalam halaman yang disekat. 2. Jika anda hendak memasuki tapak walaupun Perlindungan Penyemakan Imbas menghalangnya, ikut pautan Saya hendak memasukki tapak web ini juga di dalam halaman yang dihalang.

F-Secure Mobile Security | Mengimbas virus | 18

Bab

4 Mengimbas virus Topik:

Produk mengimbas peranti anda daripada virus dan kod berbahaya.

• • • •

Produk mengimbas atur cara yang dipasang dan kad memori yang dimasukkan daripada virus, perisian pengintip dan perisian berisiko secara automatik.

Pengimbasan manual Pengimbasan yang Dijadualkan Memproses fail yang dijangkiti Menukar tetapan perlindungan virus

Nota: Kami mengesyorkan anda mengimbas peranti anda daripada virus apabila produk meminta anda melakukannya.

F-Secure Mobile Security | Mengimbas virus | 19

4.1 Pengimbasan manual Anda boleh mengimbas peranti anda daripada virus pada bila-bila masa yang anda mahu. Untuk mengimbas semua fail pada peranti anda dan kad memori yang dimasukkan, ikut arahan-arahan ini: 1. Di dalam paparan utama, pilih Perlindungan Virus. 2. Pilih Imbas sekarang. Imbasan virus dimulakan. 3. Selepas imbasan virus selesai, aplikasi memaparkan maklumat berikut. • • •

Dijangkiti - Bilangan jangkitan yang dijumpai. Tidak Diimbas - Bilangan fail yang tidak diimbas semasa imbasan. Fail tidak boleh diimbas jika program lain menguncinya atau jika frail rosak. Diimbas - Bilangan fail yang diimbas.

4. Tekan Undur untuk keluar dari imbasan.

F-Secure Mobile Security | Mengimbas virus | 20

4.2 Pengimbasan yang Dijadualkan Anda boleh menjadualkan masa untuk mengimbas peranti anda secara automatik bagi mengesan virus dan kod berniat jahat yang lain pada selang masa yang tetap. Anda boleh mengimbas peranti anda pada selang yang tetap, contohnya secara harian, mingguan atau bulanan. Untuk menyediakan pengimbasan yang dijadualkan, ikuti arahan ini: 1. 2. 3. 4.

Di dalam paparan utama, pilih Perlindungan Virus. Pilih Pengimbasan yang dijadualkan. Pilih Pengimbasan yang Dijadualkan untuk menghidupkannya. Dalam Selang masa pengimbasan, pilih berapa kerap anda mahu mengimbas peranti anda: • • •

Harian - Imbas peranti setiap hari. Mingguan - Mengimbas peranti pada hari kerja yang dipilih setiap minggu. Bulanan - Mengimbas peranti pada hari pertama bagi setiap bulan.

5. Dalam Masa pengimbasan, tetapkan masa apabila pengimbasan bermula. Pengimbasan yang dijadualkan bermula secara automatik dan berjalan di latar belakang. Mesej pemberitahuan memaklumkan anda setiap kali pengimbasan yang dijadualkan bermula dan berakhir.

F-Secure Mobile Security | Mengimbas virus | 21

4.3 Memproses fail yang dijangkiti Apabila produk menjumpai virus atau kod berniat jahat lain dalam fail, anda boleh mengeluarkan fail yang dijangkiti dari peranti anda. Untuk memproses fail yang dijangkiti, ikut arahan-arahan ini: 1. Di dalam paparan utama, pilih Perlindungan Virus. 2. Pilih Fail yang dijangkiti. paparan fail dijangkiti dibuka. 3. DalamPaparan fail jangkitan, tatal ke fail dijangkiti yang anda ingin proses. 4. Pilih fail yang dijangkiti untuk melihat butiran lanjut mengenainya. Paparan butiran fail yang dijangkiti memaparkan laluan dan nama fail yang dijangkiti, dan nama jangkitan itu. 5. Pilih Padam atau Nyahpasang untuk mengeluarkan fail yang dijangkiti atau aplikasi dari peranti anda. Anda boleh mendapatkan penerangan dan maklumat mengenai virus, trojan, cecacing dan bentuk lain bagi perisian yang tidak diingini dalam laman web F-Secure. http://www.f-secure.com/virus-info/.

F-Secure Mobile Security | Mengimbas virus | 22

4.4 Menukar tetapan perlindungan virus Tukar tetapan perlindungan virus untuk memilih bila anda hendak menjalankan imbasan virus. Untuk menukar tetapan perlindungan virus, ikuti arahan ini: 1. Dalam paparan utama, pilih Tetapan. Senarai pemilihan tetapan terbuka. 2. Pilih Perlindungan virus dari senarai pilihan seting. 3. Pilih Imbasan pemasangan untuk mengimbas sebarang atur cara secara automatik selepas anda memasangnya ke peranti anda. 4. Pilih Imbasan kad memori untuk mengimbas kad memori secara automatik setiap kali anda memasukkannya ke dalam peranti anda. 5. Pilih satu daripada yang berikut Gunakan mod perlindungan awan: • • •

Operator saya sendiri sahaja - aplikasi memeriksa ancaman terkini sahaja apbila anda menggunakan rangkaian operator anda sendiri. Semua operator - aplikasi memeriksa ancaman terkini tanpa mengira rangkaian yang anda gunakan. Jangan - aplikasi tidak menggunakan perlindungan awan.

Perlindungan awan menyediakan perlindungan yang lebih tepat daripada ancaman yang terkini. Anda boleh mematikan perlindungan awan apabila anda tidak menggunakan rangkaian operator anda sendiri, atau sepenuhnya, untuk mengelakkan bayaran perantauan data yang tidak dikehendaki.

Bab

5 Menjadikan semak imbas selamat untuk kanak-kanak Topik: • • •

Apakah itu kumpulan umur Jenis kandungan Menggunakan kawalan Aplikasi

Produk membantu anda memastikan anak-anak anda selamat daripada kandungan yang tidak wajar dalam Internet. Internet penuh dengan laman web yang menarik, tetapi ada juga banyak risiko untuk kanak-kanak yang menggunakan Internet. Kanak-kanak kecil dan remaja belasan tahun berisiko ketika mereka menyemak imbas web dengan peranti mudah alih mereka, biasanya tanpa pengawasan. Banyak laman web mengandungi bahan yang mungkin anda anggap sebagai itu tidak sesuai untuk anak-anak anda. Mereka boleh terdedah kepada bahan yang tidakj wajar, mereka mungkin secara tidak sengaja memuat turun malware yang boleh merosakkan peranti mudah alih, atau mereka mungkin menerima mesej yang mengganggu selepas menyemak imbas laman web yang tidak selamat.

F-Secure Mobile Security | Menjadikan semak imbas selamat untuk kanak-kanak | 24

5.1 Apakah itu kumpulan umur Dengan kumpulan umur, anda boleh menetapkan kandungan web yang sesuai untuk golongan remaja dan kanak-kanak kecil. Kawalan Ibu Bapa menganalisis halaman web dan menyekat akses kepada laman web yang tidak dikehendaki berdasarkan kandungannya. Kawalan Ibu Bapa mempunyai tiga profil yang dipratetapkan yang mengehadkan kandungan web dengan pelbagai cara. Remaja belasan tahun boleh mempunyai lebih banyak kebebasan untuk menyemak imbas Internet sambil kanak-kanak kecil mempunyai sekatan yang lebih ketat terhadap aktiviti dalam talian mereka. Kumpulan umur dewasa boleh menyemak imbas Internet tanpa batasan. Anda boleh memilih kumpulan umur pengguna semasa pemasangan, atau kemudian di halaman tetapan kawalan Ibu Bapa.

5.1.1 Memilih kumpulan umur pengguna Dengan kumpulan umur, anda boleh memilih siapa yang boleh menggunakan peranti ini. Kawalan ibu bapa mengehadkan kandungan web berdasarkan pemilihan ini. Unruk menukar kumpulan umur pengguna: 1. 2. 3. 4.

Dalam paparan utama, pilih Tetapan. PilihKawalan ibu bapa. Hidupkan Kawalan ibu bapa untuk menghalang akses ke laman web yang tidak dikehendaki. Dalam Kumpulan umur, pilih siapa yang menggunakan peranti ini, Kawalan ibu bapa yang mengehadkan kandungan web berdasarkan pemilihan ini. Apabila kumpulan umur ditukar, kandungan yang pengguna itu dibenarkan untuk menyemak imbas akan turut ditukar. 5. Untuk melihat dan mengedit kategori yang dibenarkan, pilih Kandungan web yang terhad. 6. Pilih kandungan mana yang anda mahu benarkan. Selepas anda menukar kumpulan umur, Kawalan ibu bapa membenarkan akses kepada laman web yang telah anda konfigurasikan.

F-Secure Mobile Security | Menjadikan semak imbas selamat untuk kanak-kanak | 25

5.2 Jenis kandungan Anda boleh menyekat akses kepada pelbagai jenis kandungan. •

Kandungan dewasa Kandungan yang jelas bersifat seksual, atau mengandungi unsur-unsur seks. Sebagai contoh, laman kedai seks atau kebogelan berorientasikan seks.



Sembang Sebagai contoh, atur cara sembang dan atur cara pemesegan segera berasaskan web, dan laman sembang,



Temu janji Sebagai contoh, laman mencari jodoh atau pengantin pesan melalui mel.



Dadah Laman yang menggalakkan penggunaan dadah. Sebagai contoh, laman yang mengandungi maklumat mengenai meluaskan, membeli, atau menjual dadah.



Perjudian Sebagai contoh, laman web perjudian atau loteri dalam talian.



Senjata api Sebagai contoh, laman yang mengandungi gambaran atau imej senjata api, atau arahan untuk membuat senjata api atau letupan.



Mel web Sebagai contoh, laman yang anda boleh buat akaun e-mel untuk menghantar dan menerima mesej melalui penyemak imbas web.



Jaringan sosial Sebagai contoh, laman yang anda boleh buat profil ahli untuk berkongsi minat peribadi dan profesional anda.



Forum Sebagai contoh, kumpulan perbincangan, di mana anda boleh melihat dan menyiarkan komen, atau atur cara yang andabole buat gunakan untuk membuat forum.



Blog Sebagai contoh, diari dalam talian, halaman web peribadi, blog dan podcast.



Benci dan keganasan Sebagai contoh, laman yang menunjukkan prejudis terhadap agama yang tertentu, bangsa, warganegara, jantina, umur, ketakupayaan, atau orientasi seks, atau laman yang mengandungi gambaran atau imej serangan fizikal terhadap manusia, haiwan, atau institusi.



Pentanpanamaan dan proksi Sebagai contoh, laman yang mencuba untuk membuatkan aktiviti di Internet tidak boleh dikesan atau memberikan maklumat bagaimana untuk melepasi penapisan.



Muat turun tidak sah

F-Secure Mobile Security | Menjadikan semak imbas selamat untuk kanak-kanak | 26

Sebagai contoh, laman yang memberikan akses yang tidak sah atau yang boleh dipersoalkan terhadap perisian, dan laman yang membangunkan dan mengedarkan atur cara yang menjejaskan rangkaian dan sistem. •

Beli-belah Sebagai contoh, laman yang memboleh pelawat untuk membolehkan pelawat untuk memesan item secara terus melalui web, laman web perbandingan harga, atau laman lelong dalam talian.



Kultus Sebagai contoh, laman yang menarik kumpulan fanatik penganut atau menggalakkan serangan terhadap agama dan ideologi lain.



Alkohol dan tembakau Sebagai contoh, laman yang memberikan maklumat, menggalakkan, atau menyokong penjualan minuman beralkohol atau produk tembakau.



Tidak diketahui Jika jenis kandungan tapak tersebut tidak tersedia, kandungan ini dikategorikan sebagai tidak diketahui.

F-Secure Mobile Security | Menjadikan semak imbas selamat untuk kanak-kanak | 27

5.3 Menggunakan kawalan Aplikasi Dengan kawalan Aplikasi, anda boleh mengehadkan aplikasi yang boleh digunakan dan membuat pemasangan sebarang aplikasi yang tidak diingini. Kawalan ibu bapa perlu dihidupkan untuk menggunakan kawalan Aplikasi. Untuk menggunakan kawalan Aplikasi, ikuti arahan ini: 1. 2. 3. 4. 5.

Dalam paparan utama, pilih Tetapan. PilihKawalan ibu bapa. Hidupkan kawalan Ibu bapa. Hidupkan Kawalan aplikasi. Pilih Aplikasi terhad. Kawalan ibu bapa memaparkan senarai aplikasi yang dipasang 6. Untuk membolehkan pengguna peranti untuk menggunakan aplikasi, pastikan kotak semak di sebelah aplikasi ditandakan. Untuk menyekat akses kepada aplikasi, kosongkan kotak semak. Secara lalai, kawalan Ibu bapa membenarkan akses kepada semua aplikasi. 7. Jika anda mahu mengeluarkan aplikasi dari peranti sepenuhnya, tekan dan tahan aplikasi dalam senarai sehingga anda melihat gesaan buang pemasangan. Pilih Buang pemasangan untuk mengeluarkan aplikasi. Apabila sesiapa mencuba untuk membuka aplikasi yang anda sekt dengan kawalan Aplikasi, halaman sekat terbuka dan kawalan Ibu Bapa menolak akses kepada aplikasi tersebut.

F-Secure Mobile Security | Menghalang panggilan dan mesej yang tidak kehendaki | 28

Bab

6 Menghalang panggilan dan mesej yang tidak kehendaki Topik: • •

Mengenai Kenalan selamat Melihat panggilan dan mesej yang disekat

Kenalan selamat menghalang panggilan dan mesej yang tidak dikehendaki daripada sampai kepada anda. Dengan Kenalan selamat, anda boleh menumpukan terhadap panggilan dan mesej yang penting kepada anda dan menyekat panggilan yang tidak dikehendaki dan mesej spam. Anda boleh memilih nombor yang anda mahu sekat dan Kenalan selamat menyekat semua panggilan dan mesej SMS/MMS yang masuk daripada nombor yang anda pilih. Kenalan selamat turut mengehadkan panggilan keluar ke nombor yang berada pada senarai sekat.

F-Secure Mobile Security | Menghalang panggilan dan mesej yang tidak kehendaki | 29

6.1 Mengenai Kenalan selamat Kenalan selamat menyekat panggilan dan mesej dari nombor dalam senarai sekat. Untuk menyekat panggilan dan mesej dari nombor baru, ikuti arahan ini: 1. Dalam paparan utama, pilih Tetapan. Senarai pemilihan tetapan terbuka. 2. Pilih Kenalan selamat dari senarai pemilihan tetapan. Nota: Anda perlu meyediakan kod keselamatan anda jika anda belum melakukannya lagi. 3. Pastikan bahawa Kenalan selamat dihidupkan. 4. Pilih Sekat nombor. Anda perlu memasukkan kod keselamatan anda untuk menyekat nombor baru. Senarai nombor yang disekat dibuka. 5. Pilih Masukkan nombor untuk disekat. 6. Masukkan nama dan nombor yang anda mahu sekat. 7. Pilih Simpan untuk menambah nombor pada senarai nombor yang disekat. Apabila Kenalan selamat dihidupkan, anda tidak menerima sebarang panggilan atau mesj dari nombor yang dalam senarai nombor yang disekat dan semua panggilan ke nombor yang disekat turut dihalang.

F-Secure Mobile Security | Menghalang panggilan dan mesej yang tidak kehendaki | 30

6.2 Melihat panggilan dan mesej yang disekat Anda boleh melihat dalam panggilan dan mesej mana yang sejarah sekatnya telah disekat oleh Kenalan selamat. Untuk melihat panggilan dan mesej mana yang telah disekat Kenalan selamat, ikuti arahan ini: 1. Dalam paparan utama, pilih Tetapan. Senarai pemilihan tetapan terbuka. 2. Pilih Kenalan selamat dari senarai pemilihan tetapan. 3. Pilih Paparkan sejarah sekat.

Bab

7 Mengemas kini aplikasi Topik: • •

Memilih mod kemas kini Kemas kini manual

Perkhidmatan kemas kini automatik dalam produk menyemak kemas kini baru dengan kerap dan memastikan produk dikemas kini . Selepas anda mengaktifkan produk, kemas kini automatik dihidupkan. Kemas kini automatik memerlukan sambungan Internet. Apabila sambungan kepada internet tersedia, produk memeriksa kemas kini dengan kerap dan memuat turun kemas kini baru jika perlu. Nota: Anda boleh mengemas kini produk dengan bebas asalkan anda mempunyai langganan aktif. Untuk sentiasa melindungi peranti anda, beli masa perkhidmatan tambahan sebelum tarikh tamat tempoh.

F-Secure Mobile Security | Mengemas kini aplikasi | 32

7.1 Memilih mod kemas kini Kemas kini automatik sedang digunakan selepas anda mengaktifkan produk. Jika anda menyahdayakan kemas kini automatik atau tidak menggunakan mod pengimbasan masa nyata, anda perlu mengemas kini aplikasi secara manual. Untuk menukar mod kemas kini, ikut arahan-arahan ini: Pilih satu daripada mod Kemas kini automatik berikut. • • •

Sentiasa - aplikasi memuat turun kemas kini biasa daripada pelayan kemas kini secara automatik untuk mengemas kini pangkalan data definisi virus. (disarankan) Rangkaian dalam rumah – aplikasi memuat turun kemas kini daripada pelayan kemas kini secara automatik apabila anda menggunakan rangkaian operator anda sendiri. Jangan sekali-kali – definisi virus tidak dikemas kini secara automatik. Kami tidak menyarankan anda menyahdayakan kemas kini automatik.

F-Secure Mobile Security | Mengemas kini aplikasi | 33

7.2 Kemas kini manual Anda boleh mengemaskini produk secara manual bila-bila masa yang anda mahu. Untuk mengemaskini produk secara manual, ikut arahan ini:

F-Secure Mobile Security | Membeli masa perkhidmatan langganan | 34

Bab

8 Membeli masa perkhidmatan langganan Topik: •

Membeli masa perkhidmatan langganan dengan PC anda

Untuk memastikan peranti anda terus dilindungi, anda harus membeli masa perkhidmatan tambahan sebelum tarikh tamat tempoh. Masa perkhidmatan tambahan yang dibeli ialah sama ada ditambah kepada baki masa di dalam tempahan sebelum anda atau kepada tempoh pe Produk menyokong beberapa kaedah pembelian bergantung pada saluran pengedaran. Kaedah pembelian yang paling biasa adalah: • • •

F-Secure eStore Penjual tempatan anda Langganan perkhidmatan berterusan operator khusus

Jika anda mahu membeli F-Secure Mobile Security selepas menggunakan versi percubaan, atau anda mahu menaik taraf F-Secure Anti-Theft ke F-Secure Mobile Security, gunakan menu Beli di dalam aplikasi.

F-Secure Mobile Security | Membeli masa perkhidmatan langganan | 35

8.1 Membeli masa perkhidmatan langganan dengan PC anda Anda boleh menggunakan komputer anda untuk membeli lebih masa langganan perkhidmatan untuk produk. Untuk membeli lebih masa langganan perkhidmatan dengan penyemak imbas web komputer anda, ikut arahan ini: 1. Buka http://www.f-secure.com/estore/avmobile.shtml di dalam penyemak imbas web. 2. Masukkan nombor langganan anda di dalam medan Kod Langganan untuk mengenalpasti langganan anda. F-Secure eStore menerima kad kredit yang paling digunakan dan pindahan wayar/bank. 3. Ikut arahan pada skrin.