Efikasi kendiri dan pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Kedah

MEDC volume 11 December 2012 Efikasi kendiri dan pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Ke...
Author: Lily Riley
81 downloads 0 Views 118KB Size
MEDC volume 11 December 2012

Efikasi kendiri dan pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Kedah Faridah Mahadi Nik Rosila Nik Yaacob [email protected] Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti efikasi kendiri dan pencapaian pelajar dalam bahasa Inggeris. Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini ialah General Self-efficacy Scale oleh Matthias Jerusalem dan Ralf Schwarzer (1995) yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Konstruk dalam alat ukur ini menggambarkan kepercayaan optimis individu terhadap tugasan yang sukar dan penyelesaian masalah. Responden dalam kajian ini ialah 173 orang pelajar tingkatan 3 dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kedah. Data di analisis dengan menggunakan SPSS 14.0. Dapatan menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri dengan jantina pelajar. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian bahasa Inggeris PMR dengan jantina pelajar. Kata kunci: efikasi kendiri, pencapaian bahasa inggeris Abstract: The purpose of this study was to identify students’ self-eficacy and achievement in English. The instrument used in this study is General Self-efficacy Scale by Matthias Jerusalem and Ralf Schwarzer (1995) which has been translated into Malay language. The construct in this instrument reflects an optimistic belief of an individual towards difficult tasks and problem solving. Respondents in this study consist of 173 form three students from Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kedah. Data was analysed using SPSS 14.0. Finding indicated that there was no significant relationship between self-eficacy and students’ gender and also, between self-eficacy and students’ achievement in English. Keywords: self-eficacy, achievement in English

PENDAHULUAN Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) di Malaysia merupakan satu wadah pendidikan alternatif yang di sediakan bagi pelajar-pelajar pada peringkat menengah dan rendah oleh kerajaan negeri atas kesedaran untuk memartabatkan pendidikan Agama Islam. Oleh itu, penekanan kurikulum banyak memberi fokus kepada bidang-bidang Agama (Sulaiman, 1990; Faridah, 1997). Tidak dapat di nafikan, kewujudan SAR dan SAN telah memberi impak yang besar dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walau bagaimana pun, aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah serta prestasi akademik pelajar masih lagi perlu mendapat 76

MEDC volume 11 December 2012

perhatian yang sewajarnya (Faridah, 1997; Azizi, 2001). Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha untuk membantu dan memperkasakan sekolahsekolah agama dengan menggubahnya kepada satu program baru yang dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). SABK kini didaftarkan dan ditadbir oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengekalkan kurikulum agama yang digubal oleh kerajaan negeri dan hak pemilikan tanah dan bangunan. Tujuan utama SAR dan SAN ditukarkan kepada SABK adalah untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, kualiti pengurusan sumber manusia, dan kualiti prasarana dan kemudahan (Dangiran, 2008; Azizi & Supyan, 2009)

Pencapaian Bahasa Inggeris Disamping subjek-subjek agama, pelajar SABK juga mempelajari bahasa Inggeris yang merupakan subjek teras baik di sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang menjadi bahasa pengantar utama bagi pelbagai maklumat masa kini. Oleh itu, penguasaan bahasa Inggeris dilihat amat penting bagi para pelajar (Yew Lie Koo & Hazita, 2010). Walaupun banyak usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran bahasa Inggeris, tetapi keputusan akademik tetap menunjukkan pencapaiannya rendah (Yew Lie Koo & Hazita, 2010; Hee Kiew Loo, 2006). Analisis PMR 2011 mendapati, prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 0.8% dari 17.6% pada 2010 kepada 18.4% pada 2011. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang tidak melepasi tahap penguasaan minimum masih tinggi iaitu 21.3% (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Kelemahan penguasaan bahasa Inggeris ini bukan lagi suatu isu baru tetapi sering diperkatakan (Dalinah, 1998). Hasil keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mendapati, pencapaian pelajar SABK di dalam subjek Bahasa Inggeris kurang memberangsangkan. Dapatan menunjukkan 75 peratus pelajar mendapat 39 peratus pelajar mendapat gred D dan 40.3 peratus mendapat gred E bagi peperiksan bahasa Inggeris PMR 2008 (http:www.smad.bpi.edu.my). Walaupun pelajar-pelajar ini berada dalam aliran agama, kepentingan bahasa Inggeris tidak harus dipandang ringan. Hal ini kerana bahasa Inggeris kini dilihat sebagai kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar. Keupayaan bertutur dalam bahasa Inggeris memudahkan pelajar untuk menceburkan diri dalam alam pekerjaan yang semakin mencabar (Saadiah & Kaladevi, 2009). Keupayaan menggunakan bahasa Inggeris bermaksud setiap pelajar mampu untuk menguasai bahasa Inggeris dari aspek semantic, syntax, sebutan dan juga perumpamaan. Di samping itu para pelajar juga harus berkeupayaan dalam menggunakan pengetahuan dan kemahiran nahu bahasa Inggeris bagi tujuan komunikasi sebenar (Hamidah,2001). 77

MEDC volume 11 December 2012

Pelbagai punca dijadikan alasan di atas pencapaian yang lemah ini. Namun alasan yang sering dikemukakan samada oleh guru-guru atau pelajar terutama di SABK ialah penumpuan yang lebih di berikan pada subjek-subjek agama seperti Feqah, Tauhid dan Tilawah Al-Quran. Hal ini ditambah pula dengan hasrat ibu bapa yang menghantar anak-anak ke SABK ialah untuk mendalami dan menuntut ilmu agama serta mempunyai peribadi yang mulia (Sulaiman, 1990; Azyurmadi,2004; Mohd Ismail et.al, 2004). Oleh itu, ibu bapa mengharapkan agar anak-anak mereka cemerlang dalam pengetahuan Agama berbanding dengan subjek sekular seperti bahasa Inggeris (Mohd Yusof et.al, 2005; Mohd Ismail et. Al, 2004; Azizi, 2001).

Efikasi kendiri Efikasi kendiri merujuk kepada keupayaan seseorang untuk belajar atau menunjukkan tingkahlaku tertentu pada tahap yang sesuai dan juga berupaya untuk mengawal pemikiran, perasaan dan tingkahlaku individu tersebut. Bandura menyatakan bahawa efikasi kendiri boleh mengubah perwatakan seseorang (Bandura, 1995). Bandura seterusnya menyatakan bahawa elemen sosial seperti keluarga, sekolah, masyarakat, dan rakan sebaya membolehkan individu mempelajari pelbagai maklumat baru dan seterusnya dapat mengubah tingkah laku sesuai dengan norma-norma yang diterima pakai oleh masyarakat. Perkembangan pencapaian seseorang bergantung kepada interaksinya dengan faktor-faktor personal dan persekitaran (jadual 1). Tingkah laku individu berkait rapat dengan corak pendidikan awal yang diterimanya di rumah. Persekitaran rumah dapat meningkatkan efikasi kendiri individu serta dapat merangsangnya untuk meneroka aktiviti-aktiviti yang positif. Hal ini dapat merangsang struktur kognitif dan afektif individu seperti meningkatkan perasaan empati, bersedia untuk mempelajari daripada orang lain, merancang strategi pembelajaran, menentukan tingkah laku yang sesuai dan positif serta mampu untuk membuat refleksi-kendiri (Bandura, 1997). Perkembangan pencapaian diri

Faktor kendiri (Afektif, kognitif)

Faktor persekitaran

Jadual 1: Interaksi perkembangan pencapaian diri

78

MEDC volume 11 December 2012

Sistem perkembangan pencapaian diri dalam jadual 1 menyediakan individu dengan keyakinan diri dan keupayaan untuk mengubah persekitarannya yang akan seterusnya mempengaruhi tingkah laku dan pemikirannya. Keyakinan dan keupayaan kendiri ini merupakan elemen penting bagi setiap individu untuk membuat pengawalan kendiri serta mempunyai daya tahan dan ‘coping strategy’ yang lebih terancang. Dengan ini, individu tersebut berupaya untuk memilih tugasan yang sesuai dengan kemahirannya serta membuat penilaian terhadap kemampuan sendiri agar setiap objektif dapat dicapai dengan baik. Pencapaian yang positif akan memberi nilai tambah kepada perkembangan diri individu serta meningkatkan reaksi emosi yang positif. Seseorang yang mempunyai efikasi-kendiri yang rendah mempercayai bahawa tugasan yang diberikan terlalu berat yang menyebabkan beliau merasa tertekan dan tidak berusaha untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sebaliknya, bagi individu yang mempunyai efikasi-kendiri yang tinggi akan berusaha untuk menyelesaikan tugasan tersebut dengan tenang dan tidak terburuburu. Oleh itu, tahap efikasi-kendiri mempengaruhi pencapaian seseorang individu. Para pelajar yang mempunyai persepsi positif tentang efikasi kendirinya berkait rapat dengan dua faktor iaitu: mampu memberi dan menerima maklum balas yang baik dan keupayaan untuk penilaian kendiri yang lebih mantap (Diener and Dweck,1978). Efikasi kendiri juga merupakan satu titik mula bagi seseorang membuat keputusan untuk mengubah tingkahlakunya. Bandura (1986) menambah bahawa efikasi seseorang itu akan meningkat apabila individu memperoleh pengalaman yang lebih baik daripada apa yang dijangkakan. Dengan kata lain, individu yang mempercayai tentang keupayaan dan hasil usaha yang dilakukannya boleh mempengaruhi cara mereka bertingkah laku. Oleh itu, efikasi kendiri telah menarik minat ramai pengkaji untuk menerokai perhubungannya dengan pelbagai atribut seperti pencapaian akademik, penyusunan matlamat, dan peraturan kendiri (Shcunk,1984; C o v i n g t o n , 1 9 9 2 ; Pajares, 1996; Bandura,1995; Zimmerman et. al,1992). Skala Pengukuran Umum Efikasi-kendiri (General Self-eficacy Scale) oleh Matthias Jerusalem dan Ralf Schwarzer (1995), membantu individu menilai kebolehan dirinya sendiri untuk menyusun dan melaksanakan tugasan bagi mendapatkan hasil yang diingini. Soal selidik ini juga berkaitan dengan penetapan matlamat untuk mencapai sesuatu sasaran berdasarkan tugasan, persekitaran dan interaksi sosialnya. Item-item dalam soal selidik memfokus kepada kepada keupayaan bertindak (coping) individu apabila berhadapan dengan permasalahan yang sebenar.

79

MEDC volume 11 December 2012

TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk: 1. Mengenal pasti perbezaan efikasi kendiri dalam kalangan pelajar berlainan jantina di SABK 2. Mengenal pasti perbezaan pencapaian bahasa Inggeris (PMR) dalam kalangan pelajar berlainan jantina di SABK 3. Mengenal pasti hubungan antara efikasi kendiri dengan pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar SABK Persoalan kajian 1. Adakah terdapat perbezaan efikasi kendiri dalam kalangan jantina yang berlainan? 2. Adakah terdapati perbezaan pencapaian bahasa Inggeris (PMR) dalam kalangan pelajar berlainan jantina di SABK? 3. Adakah terdapat perhubungan antara efikasi kendiri dengan pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar SABK?

METODOLOGI KAJIAN Sampel kajian ini ialah 173 orang pelajar Tingkatan 4 daripada 4 buah SABK di negeri Kedah yang di pilih secara rawak. Responden kajian ini terdiri daripada 88 orang pelajar lelaki dan 85 orang pelajar perempuan yang telah memperoleh keputusan peperiksaan PMR pada tahun 2008. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan melalui soal selidik. Kajian ini dijalankan secara deskriptif untuk mengukur perhubungan antara tahap efikasi kendiri dalam kalangan pelajar SABK. Pencapaian bahasa Inggeris diukur melalui pencapaian peperiksaan standard yang perlu diduduki pada akhir tingkatan 3 iaitu Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Data berkaitan efikasi kendiri dikumpul dengan menggunakan instrumen General Self-Efficacy Scale yang di bangunkan oleh Matthias Jerusalem dan Ralf Schwarzer (1995). Alat ukur ini direka untuk mengukur nilai efikasi kendiri dalam mencapai sesuatu matlamat di dalam hidup. Terdapat 10 soalan di dalam alat ukur ini yang menggunakan 4 skala likert bermula dengan skala 1 (sangat setuju) sehingga skala 4 (sangat tidak setuju). Instrumen General Self-eficacy Scale dalam versi bahasa Inggeris diterjemah ke dalam bahasa Melayu; yang kemudiannya diterjemahkan semula ke dalam bahasa Inggeris oleh pakar bahasa Inggeris. Perbandingan kedua-dua versi Inggeris (asal dan terjemahan semula) dilakukan dan jika terdapat perbezaan pada versi terjemahan semula maka versi bahasa Melayu yang diperbaiki. Bagi menentukan

80

MEDC volume 11 December 2012

aras ketekalan instrument terjemahan, ujian rintis ke atas 30 orang pelajar telah dilakukan dan aras kebolehpercayaan cronbach alpha ialah.75. Soal selidik ditadbir dengan bantuan guru-guru di sekolah yang terlibat dalam kajian ini. Responden diberi penerangan mengenai tatacara mengisi borang soal selidik oleh penyelidik. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan program “Statistic Packages for Social Science” (SPSS) Versi 16. Pekali Pearson digunakan bagi menentukan perhubungan antara efikasi kendiri dengan pencapaian bahasa Inggeris. Manakala ujian-t digunakan untuk menentukan perbezaan pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan jantina yang berbeza dengan aras signifikan .05.

DAPATAN KAJIAN Analisis perbezaan efikasi kendiri dalam kalangan pelajar berlainan jantina.

Sampel Bebas

Min Beza

N

.2497

173

S.P

t

df

P Efikasi Kendiri Jantina

1.9987

-.462

171

.645 p>.05 Jadual 2: Perbezaan efikasi kendiri dalam kalangan pelajar berlainan jantina Jadual 2 ialah analisis perbezaan efikasi kendiri dalam kalangan pelajar berlainan jantina. Dapatan menunjukkan nilai min ialah 0.2497 dan sisihan piawai 1.9987. Nilai bagi ujian t ialah -.462 dengan df=171 dan nilai p=.645. Dapatan ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri dengan jantina pelajar. Hal ini menunjukan efikasi-kendiri tidak di pengaruhi oleh jantina pelajar.

Pencapaian bahasa Inggeris pelajar SABK Maklumat berkenaan taburan skor pencapaian UPSR dan PMR responden adalah seperti dalam jadual 3. Pencapaian bahasa Inggeris responden peperiksaan UPSR pada 2005 menunjukkan 49 peratus pelajar lelaki dan 47 peratus pelajar perempuan mendapat gred C. Manakala dalam peperiksaan PMR pada 2008, 38 peratus pelajar lelaki dan 33 peratus pelajar perempuan mendapat gred D. 81

MEDC volume 11 December 2012

Terdapat 14 peratus pelajar lelaki dan 13 peratus pelajar perempuan memperoleh gred E dalam peperiksaan yang sama. Hal ini menggambarkan penguasaan pelajar dalam subjek bahasa Inggeris kurang memuaskan kerana mempunyai asas bahasa Inggeris yang kurang mantap. Ketidakmantapan penguasaan bahasa Inggeris mungkin bermula pada peringkat sekolah rendah lagi (pencapaian UPSR 2005).

Pencapaian Bahasa Inggeris PMR 2008 45 40 35 30 25

lelaki

20

perempuan

15 10 5 0 A

B

C

D

E

Pencapaian Bahasa Inggeris UPSR 2005 60 50 40 lelaki

30

perempuan

20 10 0 A

B

C

D

E

Jadual 3: Pencapaian bahasa Inggeris dalam peperiksaan PMR dan UPSR

Adakah terdapat perbezaan pencapaian bahasa Inggeris PMR pelajar berlainan jantina

Sampel Bebas

Min Beza

N

S.P

t

df

P PMR Jantina

.1403

173

.11078

1.051

171

.295 Jadual 4: Perbezaan pencapaian bahasa Inggeris (PMR) dalam kalangan pelajar berlainan jantina Jadual 4 mendapati nilai bagi ujian t = 1.051, df = 171, dan nilai p=.295. Dapatan ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian 82

MEDC volume 11 December 2012

bahasa Inggeris PMR dengan jantina pelajar. Hal ini menunjukkan pencapaian bahasa Inggeris dalam PMR tidak dipengaruhi oleh jantina pelajar. Analisis korelasi efikasi kendiri dengan pencapaian bahasa Inggeris Perhubungan antara efikasi kendiri dengan pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar SABK Pencapaian

Efikasi

___________________________________________________________ Pencapaian Pearson Correlation 1 -.003 Sig (2-hujung) . 972 N 173 173

Jadual 5: Efikasi kendiri dengan pencapaian bahasa Inggeris Jadual 5 menunjukkan hubungan korelasi antara efikasi kendiri dengan pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar SABK. Dapatan menunjukkan nilai pekali korelasi r= -.003 dan nilai p = .972 . Dapatan ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan ini menggambarkan pencapaian bahasa Inggeris tidak dipengaruhi oleh efikasi kendiri pelajar.

Perbincangan Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri dengan jantina pelajar SABK. Dengan kata lain, efikasi kendiri tidak dipengaruhi oleh jantina pelajar. Hal ini menggambarkan samada pelajar itu lelaki ataupun perempuan, mereka mempunyai tahap efikasi kendiri yang sama. Dapatan kajian yang sama ditunjukkan oleh Mohamad Azrien dan Mohd Alwee (2009) yang mengkaji perkaitan antara efikasi kendiri, nilai intrinsic, strategi kognitif dan pengaturan kendiri dengan pencapaian pelajar akademik pelajar. Menurut Bandura (1995), terdapat empat sumber utama dalam membentuk efikasi kendiri iaitu menerusi pengalaman, peniruan, tanggapan sosial dan maklum balas psikologi. Keempat-empat sumber ini bermula dengan sokongan individu yang rapat dengan pelajar, iaitu ibu bapa dan guru. Ibu bapa dan guru bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap keyakinan dan konsep kendiri para pelajar (Dweck,1999; Tarmizi, 2003; Rahil et.al, 2006; Mohamad Azrien dan Mohd Alwee,2009). Di sekolah, peranan guru amat berpengaruh dalam meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar. Perancangan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian murid serta aktiviti pengayaan yang dinamik dapat membantu menarik minat pelajar dalam pembelajaran terutama dalam 83

MEDC volume 11 December 2012

pembelajaran bahasa. Apabila pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran di dalam kelas, secara tidak langsung aspek keyakinan diri mereka juga turut berkembang dengan baik (Mohamad Azrien dan Mohd Alwee, 2009). Mempunyai nilai-nilai kendiri yang positif, menunjukkan sejauhmana pelajar-pelajar ini merasa diri mereka dihargai, diterima, disayangi oleh orang-orang disekitar mereka. Dapatan kajian Rahil et. Al (2006) mendapati pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan bandar mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi berbanding pelajar berada di luar bandar. Beliau juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri dengan pencapaian dalam bahasa Inggeris. Hal ini menggambarkan dorongan daripada persekitaran amat penting dalam mengembangkan efikasi pelajar. Keluarga merupakan agen yang sangat berpengaruh terhadap pembelajaran pelajar. Woolfolk (1998), Tarmizi (2003) dan Jumali (1992) berpendapat keadaan sosioekonomi, sikap ibu bapa terhadap pendidikan, aspirasi mereka terhadap anak, dan aktiviti-aktiviti yang merangsang perkembangan intelek dalam keluarga adalah antara faktor yang membantu meningkatkan keyakinan dan pencapaian akademik anak-anak. Oleh itu, aspekaspek dalaman pelajar seperti efikasi kendiri, motivasi dalaman, dan konsep kendiri (Lim, 2009; Loh, 1995) perlu disemai semasa pelajar masih di usia muda. Walau bagaimanapun, dalam kajian-kajian lepas yang mengkaji efikasi kendiri dengan pembolehubah-pembolehubah lain mendapati wujud hubungan yang signifikan antara jantina dengan pembolehubah yang dikaji. Umpamanya, kajian Busch (1995) mendapati pelajar lelaki mempunyai efikasi kendiri yang lebih tinggi berbanding perempuan dalam pembelajaran komputer. Begitu juga dengan kajian Jerie dan Zamri (2011) yang mengkaji sikap dan motivasi murid Iban terhadap bahasa Melayu. Hasil kajiannya mendapati, wujud perbezaan motivasi yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan. Hal yang sama di tunjukkan oleh Habibullah (2005) yang mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara jantina dengan pembelajaran bahasa Arab Komunikasi dalam kalangan pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) di Negeri Sembilan. Dalam hal ini, Habibullah berpendapat sikap yang positif terhadap subjek tertentu mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek tersebut. Dapatan kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian bahasa Inggeris PMR dengan jantina pelajar. Dengan kata lain, pencapaian pelajar SABK dalam subjek bahasa Inggeris pada peringkat PMR tidak dipengaruhi oleh jantina pelajar.Hasil kajian ini tidak selari dengan dapatan yang ditunjukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) yang menganalisis keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM dari tahun 1996-2000 yang mendapati pelajar perempuan memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding lelaki dalam matapelajaran bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan bahasa Melayu. Pencapaian pelajar perempuan yang lebih baik berbanding pelajar lelaki juga dapat di lihat melalui kemasukan ke institusi pengajian tinggi di Malaysia. Turut menunjukkan dapatan yang sama ialah kajian Zalizan et.al (2005). Zalizan et.al 84

MEDC volume 11 December 2012

seterusnya berpendapat faktor-faktor seperti persekitaran pembelajaran dan strategi pembelajaran yang berkesan antara penyumbang kepada kejayaan mereka. Pelajar perempuan juga didapati bijak menguruskan masa, merangka persediaan pembelajaran yang sesuai, serta mempunyai efikasi kendiri yang tinggi berbanding lelaki. Hasil kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri dengan pencapaian bahasa Inggeris dengan nilai pekali korelasi .003. Dapatan ini menggambarkan, efikasi kendiri pelajar-pelajar SABK tidak mempengaruhi pencapaian bahasa Inggeris mereka. Implikasi dapatan ini kepada pihak sekolah ialah keperluan untuk mempertingkatkan pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar SABK iaitu dari aspek pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan juga dari segi motivasi kendiri. Walaupun pelajar-pelajar ini hanya menggunakan bahasa Inggeris ketika di sekolah iaitu semasa waktu pembelajaran subjek bahasa Inggeris sahaja, aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menarik perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bersesuaian ialah dengan mengambilkira tahap keupayaan pelajar menguasai bahasa tersebut disamping menggunakan kemudahan teknologi maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana pelajar-pelajar SABK banyak menggunakan bahasa Melayu dalam berkomunikasi berbanding bahasa Inggeris, pembelajaran bahasa Inggeris dengan berbantukan bahasa Melayu boleh diterapkan pada peringkat permulaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk menarik minat mereka. Kajian yang dilakukan oleh Isahak dan Hassan Basri (1994) dan Dewi Maslehah (1995) mendapati penguasaan Jawi dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah meningkat apabila guru menggunakan pendekatan pengajaran Jawi dengan berbantukan bahasa Melayu. Peningkatan keupayaan pelajar dalam penguasaan Jawi secara tidak langsung memudahkan mereka untuk membaca dan memahami subjek Pendidikan Islam dengan mudah kerana teks dalam Pendidikan Islam menggunakan tulisan Jawi. Pendekatan yang sama mungkin boleh diaplikasikan oleh guru-guru bahasa Inggeris terhadap pelajar-pelajar yang lemah penguasaannya dalam bahasa ini. Selain daripada penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran, kempenkempen dan persekitaran ‘mesra bahasa Inggeris’ juga dapat membantu pelajar untuk meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam bahasa Inggeris. Persekitaran ‘mesra bahasa Inggeris’ merujuk kepada kewujudan papan tandapapan tanda dalam bahasa Inggeris yang terdapat dalam persekitaran sekolah serta komunikasi bahasa Inggeris antara warga sekolah. Langkah-langkah ini diharapkan dapat membantu meningkatkan efikasi-kendiri dan penguasaan bahasa Inggeris pelajar SABK. Rahil et. al. (2006) dan Fathman (1986) menegaskan bahawa keyakinan dan kepercayaan pelajar terhadap keupayaan dan kebolehan dirinya akan dapat membantunya ke arah lebih cemerlang terutama dalam pencapaian akademik. 85

MEDC volume 11 December 2012

PENUTUP Efikasi kendiri adalah kepercayaan seseorang terhadap keupayaan dan kebolehan dirinya. Apabila seseorang mempunyai tahap efikasi yang tinggi, kecenderungannya untuk mencapai kejayaan dan meningkatkan prestasi dirinya. Di samping itu, persekitaran yang positif samada di sekolah ataupun di rumah amat penting untuk merangsang efikasi-kendiri dan pembelajaran pelajar. Tidak dinafikan pihak sekolah dan ibubapa merupakan satu pasukan yang penting untuk memastikan kejayaan para pelajar secara berterusan dan konsisten. Ibu bapa yang kurang mahir dalam bahasa Inggeris tidak seharusnya melepaskan tangan begitu sahaja, sebaliknya inisiatif seperti galakan dan interaksi dengan pihak sekolah bagi memantau prestasi kemajuan pelajaran bahasa Inggeris anak-anak mereka perlu dipergiatkan.

RUJUKAN Azizi Umar & Supyan Hussain. 2009. Peranan Negeri Dalam Memperkukuhkan Sistem Madrasah: Kajian ke atas Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) The Seventh World Congress Muslim Education anjuran KolejAntrabangsa Universiti Islam Selangor (KUIS) pada 21 hingga 23 Disember 2009 bertempat di Grand BluewaveHotel Azizi Umar. (2001). Pengambilalihan sSekolah Agama Rakyat oleh Kementerian Pendidikan: Suatu kajian mengenai sejarah dan tujuan. Tesis MA. Universiti Malaya. (tanpa terbit). Azyurmadi Azra.(2004). Jaringan ulama timur tengah dan kepulauan nusantara abad XVII & XVIII: Akar pembaharuan Islam Indonesia. Jakarta: Prenada Media Bandura, A. (1995). Self efficacy in changing societies. New York: Cambridge Bandura, A. (1995). Social foundations of thought and action. New Jersey: Prentice Hall. Bandura, A. (1997). Self efficacy: The exercise of control. New York: Freeman Busch. T (1995). Gender differences in self-efficacy and academic performance among students of business administration. Scandinavian Journal of Educational Research, 39: 311-318 Covington, M.V. (1992). Making the grade: A self-worth perspective on motivation and school reform. New York: Holt, Rinehart and Winston. Dalina @Dulimah Banting.(1998). Hubungan sikap dan motivasi dengan pencapaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di kalangan pelajar luar bandar. Tesis Sarjana Sains (Pengurusan). Universiti Utara Malaysia (tanpa Terbit) 86

MEDC volume 11 December 2012

Dangiran Mustapha. (2008).Program pendaftaran Sekolah Agama Sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK): Suatu sorotan. Kertas Kerja Seminar Pemantapan Kurikulum SABK Peringkat Kebangsaan, Port Dickson, Seremban, 3 – 5 Disember. Dewi Maslehah Mohd Yusop. (1995). Pengajaran bacaan Jawi menggunakan kaedah gabungan bunyi kata dengan bantuan huruf Rumi. Tesis MEd. Universiti Malaya (tanpa terbit) Diener, C.L and Dweck, C.S.1978. An analysis of learned helplessness: Continous changes in performance, strategy and achievement cognitions following failure. Journal of Personality and Social Psychology, 36. 451-482. Dweck, C. S. (1999). Self-Theories: Their role in motivation, personality, and development. Philadelphia, PA: The Psychology Press. Faridah Yahya.(1997). Keberkesanan pengurusan SAR Daerah Kuala Muda Yan Kedah. Tesis Sarjana Sains (Pengurusan), Universiti Utara Malaysia (tanpa terbit) Fathman, A.K.(1986).Variables affecting the successful learning of English as a second language. New York: Tesol Quarterly Habibullah Ali. (2005).Sikap Pelajar Kelas Aliran Agama Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi Dan Hubungannya Dengan. Tesis MA. Universiti Kebangsaan Malaysia (tanpa Terbit). Hamidah Ahmad. (2001). English language proficiency and IT literacy for technology. Technical Education, Technology and Vocational. Technical Education International Conference. Bangi November 12 Hee Kiew Loo. (2006). Kebolehan pelajar-pelajar menguasai bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris di SMK Daerah Pontian, Johor. Projek Akhir Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Matematik). Universiti Teknologi Malaysia. (tanpa terbit) Http://www.smad.bpi.edu.my Isahak dan Hasan Basri. (1994). Laporan penguasaan Jawi pelajar sekolah menengah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (tanpa terbit) Jerie anak Peter Langan dan Zamri Mahmod. (2011).Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 1, Bil. , 13-25 Jumali Ismail.(1992).Sikap, motivasi dan pencapaian dalam pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di kalangan pelajar Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 11. 1071-1080

87

MEDC volume 11 December 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Analisis Keputusan PMR 2011. Buletin KPM, Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Perangkaan Pendidikan Malaysia 2000. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia Lim Khong Chiu. (2009). University students’ attitude, self-efficacy and motivation regarding leisure time physical participation, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jilid 24, 1-5. Loh Siew Wah. (1995). Perhubungan diantara kualiti persahabatan, konsep kendiri dan kerisauan sosial dikalangan pelajar-pelajar perempuan sekolah menengah. Tesis Med. Universiti Sains Malaysia. (tanpa Terbit). Mohamad Azrien dan Mohd Alwee. (2009). Motivasi, pembelajaran pengaturan Kendiri dan Prestasi Akademik: Satu Kajian dikalangan Pelajar Asasi pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, Jurnal Al-Tamadun, Bil. 4, 1-6. Mohd Ismail Mustari, Selamat Hashim, Azmi Shah Suratman, Abd. Basit Abd. Samat, Abdul Rahman Hamzah dan Abdul Hafiz Abdullah. (2004). Kajian sahsiah pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Johor, Kluang, Johor. Research Vote 71872. Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM. (tanpa terbit) Mohd. Yusof, Zulkafli and Zainal, Noor Saliza dan Ismail, Kamis and Awang @ Mohd. Ramli, Abdul Basir. (2005) Persepsi ibu bapa terhadap Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR): kajian kes di Negeri Kedah / Technical Report. Institute of Research, Development and Commercialization, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor (tanpa terbit). Pajares, F. (1996). Assessing self efficacy beliefs and academic success: The Case for specificity and correspondence. Paper presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association, New York.. Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Loh, S.C, Muhd. Fauzi Muhammad, Nooreen Noordin dan Maria Chong Abdullah. (2006). The relationship between student’ self efficacy and their English language achievement. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jil. 21, 61-71. Saadiah Darus dan Kaladevi Subramaniam.(2009).Error analysis of the written English essays of secondary school students in Malaysia: A case. European Journal of Social Sciences. Vol. 8, Num. 3, 483-494. Schunk, D. H. (1984). Self efficacy perspective on achievement behaviour. Educational Psychologist, 19, 48–58. Schwarzer, R., & Jerusalem, M. (1995). Generalized Self-Efficacy scale. In J. Weinman, S. Wright, & M. Johnston, Measures in health psychology: A user’s portfolio. Causal and control beliefs (pp. 35-37). Windsor, UK: NFERNELSON. 88

MEDC volume 11 December 2012

Sulaiman Ngah Razali.(1990). Ke arah mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah agama rakyat di negeri Perak: Satu kajian. Laporan Kajian, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Kuala Lumpur (tanpa terbit). Tarmizi Amran. (2003). Penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar tahun 4 SPA. Fakulti Pendidikan, Universiti Malayai. Tesis Sarjana Muda (tanpa terbit) th

Woolfolk, A.E. (1998). Educational psychology, 7 edition. London: Allyn and Bacon Yew Lie Koo dan Hazita Azman.2010.Tahap literasi dalam bahasa Inggeris di kalangan belia di Institut Belia Kebangsaan. GEMA Online Journal of Language Studies, Vol. 10 (1). Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki, dan Jamil Ahmad. (2005). Prestasi akademik mengikut gender. Jurnal Pendidikan Malaysia, 30, 93-111. Zimmerman, B. J., Bandura, A., and Martinez-Pons, M. (1992). Self motivation for academic attainment: The role of self efficacy beliefs and personal goal setting. American Educational Research Journal, 29, 663-676.

89

Suggest Documents