UNIT 1 MEMAHAMI SAINS

Memahami Sains UNIT 1 MEMAHAMI SAINS HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan maksud sains dan teknologi 2. Membi...
Author: Lesley Hunt
17 downloads 3 Views 161KB Size
Memahami Sains

UNIT 1 MEMAHAMI SAINS

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1.

Menerangkan maksud sains dan teknologi

2.

Membincangkan maksud tabii sains

3.

Menghuraikan kepentingan sains berdasarkan tiga pandangan umum tentangnya.

4.

Membincangkan perkaitan di antara sains dan teknologi

5.

Menghuraikan implikasi kemajuan sains dan teknologi kepada kehidupan manusia sejagat

PENGENALAN

S

ains merupakan bidang ilmu yang mempunyai skop yang sangat luas. Seandainya kita kumpulkan segala ilmu yang dipunyai oleh keseluruhan umat manusia terutama sekali penyelidik dan saintis daripada pelbagai bidang sains sejak zaman dahulu sekalipun,

kita masih belum berjaya sepenuhnya untuk memahami semua fenomena alam ini. Oleh itu, bayangkan betapa luasnya ilmu sains itu dan betapa banyaknya perkara yang belum umat manusia ketahui lagi. Dalam unit ini kita akan membincangkan tentang sains dan tabii sains (the nature of science). Ini penting kepada guru sains kerana guru sains adalah pemangkin menjadikan masyarakat Malaysia masyarakay yang celik sains. Kita juga akan membincangkan apakah yang dimaksudkan sains dan perkaitan sains dengan teknologi. Akhirnya kita akan membincangkan tentang implikasi teknologi kepada kesejahteraan masyarakat Malaysia.

Matlamat kurikulum sains di Malaysia adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan

dan kemahiran

dalam

bidang

sains

dan

teknologi

dan

mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Guru sains adalah individu yang berperanan secara terus untuk mencapai matlamat dan seterus

1

Memahami Sains

mengujudkan masyarakat celik sains di Malaysia. Masyarakat celik sains adalah masyarakat yang sentiasa menyoal, menyelidik atau mencari jawapan kepada sebarang persoalan dan permasalah yang tertib daripada perasaan ingin tahu insan terhadap kejadian seharian (AAAS, 2005). Individu yang celik sains adalah individu yang berkeupayaan untuk menerang, menghurai dan meramal sebarang fenomena semulajadi. Secara lebih spesifik, individu celik sains boleh membaca dan memahami artikel tentang sains atau berbincang dengan penuh yakin tentang sebarang topik. Konsep celik sains ini selaras dengan matlamat kurikulum sains negara dan Falsafah Pendidikan Sains Negara. Falsafah Pendidikan Sains Negara mengatakan : “ Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi”.

Huraikan program yang sesuai dilaksanakan di sekolah untuk mengujudkan masyarakat celik sains.

ISI KANDUNGAN Apa itu Sains? Menurut

Riess (1993) sains terdiri daripada kelompok ilmu pengetahuan tentang

alam

semesta. Fakta-fakta yang membina ilmu pengetahuan itu dihasilkan daripada pemerhatian cermat dan tepat serta eksperimen yang sentiasa diulang untuk menyemaknya. Pengetahuan saintifik ini lama kelamaan semakin berkembang. Carr (1992) pula telah mengatakan bahawa sains adalah usaha untuk mengkaji, atau mendapatkan pengetahuan tentang fenomena alam menggunakan pendekatan yang sistematik melibatkan penilaian terhadap bukti dan alasan. Satu ketika dahulu sains merujuk kepada fakta dan maklumat tentang alam semesta sahaja. Cara bagaimana atau kaedah fakta sains diperolehi atau dibuktikan tidak dianggap sebagai sebahagian daripada sains. Pada masa itu juga, sikap dan nilai manusia terhadap sains juga tidak dianggap sebagai sains. Walaubagaimanapun falsafah sains telah banyak

2

Memahami Sains

berubah. Pada era moden ini, mempelajari sains tidak hanya melibatkan fakta-fakta sedia ada sahaja tetapi melibatkan usaha-usaha untuk mencari fakta baru supaya pengetahuan sains bertambah. Ini dilakukan dengan membuat pelbagai penyelidikan yang dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan beretika. Sebagai kesimpulannya, sains hari ini bukan sahaja melibatkan fakta-fakta sains dan proses sains tetapi juga turut melibatkan sikap dan nilai manusia terhadap sains itu sendiri.

Tabii Sains (THE NATURE OF SCIENCE) Sebagai satu bidang ilmu, sains sangat penting kerana keupayaannya untuk menerang dan membuktikan kejadian fenomena semulajadi alam ini. Secara ringkas sains dapat menerangkan pencarian manusia yang dilakukan secara sistematik. Pencarian sistematik berkenaan akan menjana kelompok ilmu pengetahuan yang dinamik. AAAS (2005) mengatakan sains mempunyai pendekatan yang sistematik bagi memerhati, berfikir, mengeksperimen dan membuat pengesahan. Pendekatan ini menjadikan bidang sains ini unik dan berbeza daripada bidang ilmu yang lain seperti keugamaan, falsafah dan kesusasteran. Keunikan ini dinamakan tabii sains. Secara ringkas tabii sains mengatakan bahawa : •

Dunia ini boleh diselidiki dan difahami



Idea-idea saintifik boleh berubah



Pengetahuan sains adalah tahan lasak (idea sains lebih cenderung diubahsuai terlebih dahulu sebelum terpaksa ditolak sepenuhnya)



Sains tidak dapat menyelesaikan semua persoalan atau permasalahan manusia



Sains berteraskan kepada bukti



Sains adalah gabungan logik dan imaginasi



Sains dapat menghurai dan meramal



Sains sentiasa menghargai dan mengelak berat sebelah



Sains tidak bersikap autoriti

3

Memahami Sains



Sains adalah aktiviti sosial yang komplek



Sains disusun mengikut disiplin isi kandungan oleh pelbagai pakar bidang sains



Sains mempunyai prinsip dan etika umum semasa melakukan pelbagai aktiviti



Saintis hendaklah mengambil bahagian dalam urusan awam sebagai pakar dan rakyat biasa

Pandangan umum terhadap sains Secara am, sains sering dibincangkan daripada tiga pandangan umum komuniti sains iaitu i.

Sains sebagai satu proses inkuiri

ii.

Sains sebagai ilmu pengetahuan

iii.

Sains sebagai satu set nilai

Sains sebagai satu proses inkuiri Sifat ingin tahu adalah naluri semulajadi manusia. Sifat semulajadi ini akan memotivasi manusia untuk sentiasa berusaha menerokai alam semesta ini untuk memahaminya. Bersesuaian dengan apa yang telah bincangkan tentang sains. Pandangan umum pertama ini mengatakan bahawa sains adalah satu proses inkuiri. Sebagai satu proses inkuiri, fakta dan maklumat sains diperolehi melalui satu proses pencarian dan penerokai yang sistematik. Matlamat sains adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan atau permasalah alam. Untuk melakukan inkuiri, saintis selalunya menggunakan satu ataupun semua kemahiran proses sains seperti dalam Jadual 1.1 di bawah.

Jadual 1.1 : Kemahiran Proses Sains Kemahiran Proses Sains

4

Memahami Sains

Kemahiran Asas

Kemahiran Bersepadu



Memerhati



Mengintepretasi data



Mengelas



Mendefinisi secara operasi



Mengukur dan mengunakan nombor



Mengawal pembolehubah



Membuat inferens



Membina hipotesis



Membuat ramalan



Mengeksperimen



Berkomunikasi



Mengguna perhubungan ruang-masa

Kemahiran asas melibatkan analisis dan kerja amali yang digunakan semasa membuat eksperimen makmal atau dalam kehidupan seharian. Kemahiran bersepadu pula melibatkan gabungan dua atau lebih kemahiran asas. Untuk menguasai kemahiran bersepadu, pelajar perlu menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif kerana kemahiran bersepadu melibatkan dua atau lebih kemahiran proses sains. Oleh yang demikian, sebelum pelajar boleh menguasai kemahiran bersepadu dengan baik, mereka hendaklah menguasai kemahiran asas terlebih dahulu. Di

sekolah,

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran

guru

sains

seharusnya

mengambilkira sifat ingin tahu yang ada pada pelajar. Sifat ingin tahu mula berkembang di zaman kanak-kanak lagi. Kanak-kanak biasanya mahu mengetahui apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka. Ini dimanifestasikan apabila kanak-kanak mengemukakan pelbagai soalan. Di rumah soalan-soalan ditujukan kepada ibubapa, abang atau kaka mereka. Soalan-soalan mereka ada kalanya sangat mencabar kaum keluarga mereka. Di bawah adalah beberapa contoh soalan yang mungkin kanak-kanak tanyakan kemukakan kepada orang dewasa iaitu: •

Semasa kereta tu jauh daripada kita nampak kecil tetapi bila dah dekat ia jadi besar.

Kenapa? •

Adik datang daripada mana?



Kenapa ada siang dan malam?

Apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, pertanyaan ini akan ditujukan kepada guru pula. Soalan dalam bilik darjah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru sains hendaklah memberikan jawapan yang terbaik untuk pelajar. Sifat ingin tahu ini juga

5

Memahami Sains

dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk melakukan sains.

Maka pelajar hendaklah dilatih

teknik menyoal yang berkesan. Pelajar perlu dilatih untuk sentiasa mengemuka soalan yang baik mengguanakan : Apa, Mengapa, Bagaimana dan Bila. Apabila sains dilihat sebagai satu proses inkuiri, soalan menjadi sangat penting. Apabila soalan yang tepat dikemukakan maka ia akan dapat membantu pelajar menerokai dan memahami persekitaran.

Kaedah Saintifik Sebagai satu proses inkuiri , semua proses sains perlu dilakukan secara sistematik. Ini penting kerana fakta sains daripada kaedah penyelidikan yang tidak piawai tidak akan diterima oleh komuniti sains dan masyarakat umum. Untuk memastikan penolakan ini tidak berlaku, komuniti sains hendaklah menjalankan penyelidikan sains menggunakan satu panduan yang dinamakan Kaedah Saintifik (Scientific Method). Kaedah Saintifik ini mempunyai lima langkah seperti berikut: a.

Mengenalpasti masalah

b.

Menjana hipotesis

c.

Membuat ramalkan

d.

Membuat eksperimen

e.

Membuat kesimpulan

Perlu diingatkan di sini kaedah saintifik bukanlah satu kaedah mutlak untuk melakukan penyelidikan sains. Kaedah saintifik sekadar panduan umum kerana ia merupakan pendekatan paling mudah. Ia juga dapat membantu mengesahkan penyelidikan berkenaan adalah piawai . Hanya fakta dan dapatan daripada penyelidikan yang piawai sahaja yang akan dilaporkan kepada komuniti sains dan masyarakat umum.

Huraikan erti kaedah saintifik. Sila layari Laman Sesawang berikut : http://www.sciencemadesimple.com/scientific_method.html

6

Memahami Sains

Sains sebagai Ilmu Pengetahuan Proses-proses

sains

seperti

yang

telah

dibincangkan

menghasilkan

kelompok

ilmu

pengetahuan dipanggil isi kandungan (konten). Namun sebelum menjadi konten, mereka pada asalnya hanyalah data saintifik sahaja. Data adalah produk mentah yang diperolehi daripada aktiviti penyelidikan awal sains. Setelah penyelidikan diulang beberapa kali dan disahkanoleh komuniti sains maka data saintifik menjadi fakta. Fakta saintifik adalah penyataan spesifik tentang sesuatu objek atau peristiwa yang diperolehi melalui penyelidikan yang sah. Setelah banyak fakta diperolehi melalui penyelidikan lanjutan yang berkaitan maka

fakta saintifik

tersebut digeneralisasikan menjadi konsep. Konsep saintifik adalah idea abstrak yang digeneralisasi daripada fakta atau pengalaman spesifik. Untuk menjana sesuatu konsep, saintis menganalisis persamaan dan perbezaan fakta-fakta berkaitan. Aspek yang sama menjadi asas kepada konsep saintifik itu. Seterusnya setelah terhasil pelbagai konsep saintifik, saintis akan mengeneralisasi konsep-konsep tadi menjadi prinsip pula. Prinsip saintifik adalah idea yang lebih komplek yang dijana daripada

konsep-konsep saintifik. Perhubungan yang wujud di

antara konsep-konsep adalah prinsip. Peringkat seterusnya perkembangan pengetahuan sains adalah hukum saintifik. Secara perbandingan, hukum saintifik adalah prinsip yang stabil kerana umum ianya umum lebih diterima walaupun belum disahkan sepenuhnya. Hukum juga berbeza dari

prinsip

kerana

hukum

telah

diuji

banyak

kali

dibandingkan

prinsip.

Hukum

walaubagaimanapun boleh berubah jika terdapat penyelidikan yang dapat membuktikan kepincangan hukum berkenaan. Akhir sekali, produk isi kandungan yang paling tinggi hirakinya adalah teori. Teori saintifik adalah satu kerangka yang mengaitkan fakta, konsep dan prinsip. Teori-teori saintifik dapat digunakan untuk memahami, meramal dan menyelesaikan permasalahan yang wujud dalam kehidupan dan alam semesta. Seperti juga dengan prinsip, teori juga boleh berubah jika ditemui bukti baru yang menyangkal kesahihan teori berkenaan. Jadual 3 di bawah ditunjukkan setiap produk pengetahuan sains. Jadual 1.2 : Produk ilmu pengetahuan sains dan contohnya PRODUK

CONTOHNYA

Fakta

Cahaya putih terdiri daripada tujuh warna Pecutan adalah kadar perubahan halaju

7

Memahami Sains

Konsep

Cahaya akan berubah arah apabila merambat dalam medium yang berlainan ketumpatan

Prinsip

Prinsip keabadian momemtum

Hukum

Hukum-hukum Newton

Teori

Teori kegravitian sejagat

Senaraikan contoh-contoh produk ilmu pengetahuan saintifik bagi bidang sains Kimia, Biologi, dam Matematik.

Sains sebagai Satu Set Nilai

Berdasarkan tabii sains, matlamat pembelajaran sains bukan sahaja untuk menguasai prinsip dan teorinya atau mengaplikasinya untuk kesejahteraan kehidupan tetapi juga menjadi manusia ini lebih sempurna sifatnya. Abruscato dan DeRosa (2010) telah mencadangkan enam nilai yang patut diterapkan oleh guru dalam sesi pengajaran mereka supaya pelajar sains benar dapat menghayati sains sepebunhya . selain memantap keperibadian, nilia-nilai juga dapat membantu pelajar meningkatkan tahap penguasaan sains itu sendiri. Enam nilai tersebut adalah 1.

Kejujuran

2.

Kebebasan

3.

Rasa curiga (scepticism)

4.

Keteraturan (order)

5.

Keaslian

6.

Berkomunikasi

8

Memahami Sains

Marilah kita teliti setiap satu daripada enam nilai yang telah dicadangkan ini dan bagaimana mereka dapat menjadi kita manusia yang lebih sempurna melalui sains. Kebenaran merujuk kepada segala yang betul atau dilakukan dengan car yang betul. Unit telah menegaskan beberapa kali tujuan mempelajari sains adalah untuk membantu manusia mencari kebenaran untuk memahami kewujudan pelbagai fenomena di alam semesta ini. Manusia hendaklah sedar bahawa semasa mencari kebenaran tersebut usaha yang dilakukan hendaklah secara berhemah dan beretika. Pendekatan ini sahajalah yang akan menghasilkan jawapan yang masuk akal dan dapat diterima sepenuhnya oleh komuniti sains dan umat manusia keseluruhannya. Di sekolah, pelajar dilatih supaya sentiasa mementingkan kebenaran dan juga kejujuran. Semasa membuat eksperimen misalnya, mereka hendaklah melakukan dengan baik dan merekod data yang mereka perolehi sahaja. Kebebasan

merujuk peluang yang diberikan kepada sainstis untuk bekerja tanpa perlu

mengikut kehendak pihak tertentu. Penerokaan dan penyelidikan sains hendaklah dilakukan kerana saintis mahu melakukannya. Mereka tidak sepatutnya dipaksa melakukan sesuatu yang tidak mereka sukai atau minati. Semasa perang dunia ke dua, ramai saintis negara German telah lari ke negara lain kerana di negara sendiri telah dipaksa membina bom atom. Malangnya bom atom dicipta juga tetapi di Amerika Syarikat. Pada hari ini, masyarakat jarang menghalang penyelidikan sains kecuali penyelidikan yang menyalahi etika seperti pengklonan manusia. Di sekolah, pelajar sentiasa dibenarkan untuk membuat kajian tentang perkara yang diminati. Walaupun tidak diberikan kebebesan mutlak mereka akan dapat menanam minat yang mendalam terhdap sains jika diberikan peluang sebegini. Rasa curiga (sceptical) merujuk kepada keengganan individu atau komuniti sains sendiri menerima perkara- perkara tertentu seadanya. Rasa curiga jika wujud dalam komuniti sains akan menyebabkan timbulnya rasa tidak selesa di antara saintis dan tidak akan mendatang kebaikan kepada perkembangan dalam penyelidikan sains. Namun begitu, rasa curiga sering membuat saintis pesaing mengemukakan persoalan yang sukar kepada rakan saintis. “Perbala Perbalahan sihat daripada rasa curiga ini berkemungkinan bermanafa’at apabila dapatan baru ditemui oleh salah satu phak yang bersaing tadi. Oleh itu, rasa curiga yang terkawal sangat dihargai oleh saintis. Di sekolah, rasa curiga dalam kalangan pelajar hendaklah diarah kepada persaingan sihat supaya pelajar mendapat motivasi untuk menguasai sains. Keteraturan (order) merujuk kepada proses sains yang sistematik dan konten sains yang berstruktur.

Sains mempunyai pelbagai bidang dan sub-bidang yang disusun untuk

9

Memahami Sains

memudahkan saintis membuat penyelidikan dan pengkategorian fakta baru. Semasa saintis membuat penyelidikan, nilai keteraturan ini dapat membantu saintis menemui pola-pola alam semesta. Di sekolah, pelajar sains didedahkan kepada keteraturan dengan melatih mereka mengatur dan menyusun maklumat-maklumat sains. Mereka juga dilatih supaya merekod dan mejadual data eksperimen secara sistematik.. Keaslian merujuk kepada kejayaan penyelidikan sains yang banyak dipengarohi oleh idea asli dan cara berfikir yang kreatif dan kritis. Di awal unit kita telah membincangkan banyak lagi pengetahuan sains yang belum ditemui kerana masih banyak persoalan alam semesta yang tidak ada jawapan. Oleh itu, cara berfikir yang dicadangkan penting dalam penyelidik demi mendapat fakta dan maklumat asli yang belum ditemui oleh mana-mana saintis. Cara berfikir kreatif dan kritis juga penting kerana sains itu dinamik bukan statik. Di sekolah, guru sains perlu menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Komunikasi merujuk kepada usaha saintis menghebahkan pengetahuan sains yang mereka perolehi melalui penyelidikan kepada

komuniti sains dan manusia sejagat. Saintis

menghebahkan dapatan sains dengan menulis laporan dan artikel, menyampai kuliah dan ucapan atau melalui perbincangan dan perbualan biasa. Semua aktiviti dilakukan di universiti, seminar atau persidangan dalam dan luar negara. Di sekolah pula, pelajar diajar berbincang, menulis laporan dan membentangkan keputusan eksperimen mereka kepada guru dan rakanrakan.

Nyatakan nilai yang anda fikirkan sesuai yang boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Pilih satu nilai dan huraikan bagaimana ia boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

Memahami sains dan teknologi Sains dan teknologi adalah dua entiti yang mempunyai perkaitan yang rapat antara satu sama lain. Abruscato dan DeRosa (2010) mengatakan sains adalah aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk mencari fakta atau bukti untuk menjelaskan fenomena semula jadi alam semesta. Teknologi adalah peralatan atau prosedur yang dibina atau diolah menggunakan fakta sains untuk meningkatkan tahap kehidupan manusia. Bass, Contant dan Carin (2009) pula

10

Memahami Sains

mengatakan bahawa teknologi adalah innovasi yang membolehkan manusia mendapatkan tahap kehidupan lebih selesa. Secara ringkas, teknologi dicipta untuk keselesaan dan kesejahteraan hidup manusia. Contoh, kamera adalah alat untuk mengambil gambar objek atau pemandangan. Kamera berfungsi kerana cahaya bergerak lurus menerusi lubang seni apatur, terpesong melalui kanta dan membentuk imej sesuatu objek. Kamera adalah teknologi yang berasaskan fakta sains mengenai cahaya dan kanta.

Fikirkan fakta sains yang digunapakai dalam setiap kemudahan seperti

seterika,

kipas angin, berus gigi, lampu, cangkul dan komputer .

Jelaskan fakta atau penjelasan konsep sains yang digunakan untuk menghasilkan teknologi di atas. Gunakan format seperti Jadual 1.3 di bawah. Teknologi

Fakta dan huraian sains/Produk sains

Seterika Lampu Kapal selam

Perhubungan di antara sains dan teknologi Sejarah perkembangan sains dan teknologi menunjukkan perubahan yang sangat drastik semasa revolusi perindustrian di Eropah di awal abad ke 19. Revolusi tersebut telah membawa perubahan kepada bidang pertanian, pengangkutan, pembuatan, pendidikan dan perhubungan. Semua ini menjadi kenyataan kerana berlaku kemajuan dalam sains dan teknologi. Ini adalah kerana semakin mantap pengetahuan sains maka semakin banyak peralatan dan kemudahan canggih yang dicipta menggunakan pengetahuan sains yang baru. Kita akan membincangkan perkaitan di antara sains dan teknologi : persamaan dan perbezaan mereka. Persamaan di antara sains dan teknologi adalah seperti berikut: •

Kedua-duanya melibatkan penyelidikan sistematik

11

Memahami Sains



Kedua-dua dijana daripada keputusan penyelidikan



Keputusan kedua-dua mereka sentiasa diperbaiki oleh penyelidikan lanjutan

Jadual 1.4 pula menunjukkan perbezaan di antara sains dan teknologi. Jadual 1.4 : Perbezaan antara sains dan teknologi Sains Melibatkan semesta

penyelidikan

Teknologi tentang

Jawapan diperolehi melalui penyelidikan

alam Melibatkan penyelidikan tentang penyelesaian masalah manusia dengan persekitaran mereka Jawapan diperolehi melalui penyelesaian masalah

Produk sains adalah fakta, konsep, prinsip, Produk teknologi adalah peralatan (tools) hukum dan teori untuk keselesaan kehidpan manusia Pakar sains dipanggil saintis

Pakar teknologi dipanggil jurutera

Sains, teknologi dan masyarakat Pada hari ini,

kita hidup dalam keadaan yang sangat selesa kerana terdapat pelbagai

kemudahan seperti penghawa dingin, kereta, komputer dan sebagainya. Tanpa alat-alat ini kehidupan kita tidak akan serupa. Semakin hari semakin banyak dan semakin canggih peralatan yang dicipta. Walaubagaimanapun teknologi juga membawa kemudaratan kepada masyarakat jika masyarakat menggunakan tanpa hemah. Pada hari ini kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan menyebabkan pelbagai pencemran dan kemusnahan persekitaran. Oleh yang demikian, peranan guru sekolah adalah menghuraikan kepada pelajar tentang kemudaratan teknologi dan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan negatif tersebut. Berikut adalah kesan yang akan menimpa persekitaran dan dunia ini jika teknologi digunakan tanpa kawalan dan peraturan. 1.

Segala aktiviti manusia mempunyai kesan langsung kepada alam sekitar. Masa depan

dunia berada di tangan kita kecuali bencana alam. Maka sains dan teknologi yang boleh memperbaiki kehidupan kita,

juga boleh memusnah. Oleh kerana

hendaklah diajar untuk menghargai bumi ini dan persekitaran mereka.

itu, di sekolah pelajar

12

Memahami Sains

2.

Umat manusia memerlukan kuantiti makanan yang banyak kerana penduduk dunia

semakin lama semakin bertambah. Pada zaman dahulu, manusia mencari makanan dengan memburu dan mengumpul makanan. Kemudian manusia belajar bertani dan berternak. Ini berjaya menampung bekalan makanan manusia buat seketika sahaja. Apabila jumlah penduduk semakin ramai, lebih banyak kawasan pertanian terpaksa diterokai atau lebih banyak benih pertanian dihasil melalui teknologi nuklear yang tidak selamat. Kesan pertanian yang berleluasa ini akan memusnah alam sekitar. Oleh kerana itu, di sekolah pelajar

diajar pertanian dan teknologi makanan yang

selamat. Pelajar diberi kesedaran tentang bahaya racun perosak dan baja kimia kepada alam sekitar.

3.

Kebanyakan ciptaan sains dan teknologi menggunakan bahan mentah seperti besi,

timah dan sebagainya. Apabila teknologi semakin canggih, lebih banyak bahan mentah akan dilombong. Perlombongan yang berlebihan juga akan memusnah keindahan rupa bumi. Bahan mentah tersebut sukar diganti. Oleh kerana itu, di sekolah pelajar diajar ciptaan dari bahan-bahan mentah seperti besi dan timah perlu dibuat menggunakan bahan mentah baru yang lebih mesra alam.

4.

Sumber tenaga semulajadi merupakan bekalan terhad dan memerlukan masa yang

sangat lama untuk mengantikannya semula. Teknologi ciptaan manusia tidak akan dapat berfungsi tanpa sumber tenaga. Petroleum dan gas cecair asli merupakan sumber tenaga utama. Aktiviti pertanian, pengangkutan, perhubungan dan perindustrian memerlukan tenaga yang banyak. Harga petroleum akan melambung tinggi jika

semua telaga minyak kering.

Pembakaran petroleum dan gas cecair asli juga menyebabkan pecemaran udara. Oleh kerana itu, pelajar diajar tentang sumber-sumber tenaga dan proses pengeluaran tenaga alternatif. Mereka juga diajar supaya berjimat cermat menggunakan tenaga. Mereka juga diajar tentang sumber tenaga alternatif yang murah dan mesra alam. 5.

Perkembangan sains dan teknologi juga turut melibatkan perkembangan teknologi

maklumat dan komunikasi atau ICT. ICT melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat. Perkembangan teknologi komunikasi akan menyebabkan lebih ramai individu dapat

13

Memahami Sains

menghantar dan menerima maklumat. Walaupun ICT tidak mempunyai impak ke atas alam sekitar tetapi ia perlu digunakan secara berhemah. Oleh kerana itu, pelajar diajar tentang teknologi maklumat komunikasi seperti telefon, radio dan TV. Pelajar juga diajar pelbagai kemahiran yang melibatkan komputer supaya mereka dapat bersaing secara global. Sesiapa sahaja yang mengawal maklumat akan mengawal dunia.

6.

Akhirnya sekali, gaya hidup kita telah dipertingkatkan dengan sains dan teknologi. Diet

dan sanitasi yang baik telah memastikan jangka hayat manusia bertambah. Jika individu leka dengan keselesaan ini tanpa memikiran tentang kesihatan diri maka mereka akan mudah diserang penyakat atau menemui ajal sebelum masanya. Oleh kerana itu, pelajar diajar tentang diet, pencegahan penyakit, kebersihan, ubat dan alat pertolongan cemas.

RUJUKAN AAAS. (1990). Science for All American : Project 2061. American Association for the Advancement of Science. New York : Oxford University Press. Abruscato, J. & DeRosa, D.A. (2004). Teaching Childen Science : A Discovery Approach (6th ed.). Boston International : Pearson. Bass, J.E., Contant, T.L. & Carin, A.A. (2009). Teaching Science as Inquiry (11th ed.). Boston International : Pearson. Poh Swee Hiang (2005). Pedagogy of Science : Volume 1. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman

14