Rangkaian Pembekal Kami

Prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan semasa menjalankan urusniaga bersama CH2M HILL

Prinsip-prinsip yang dipetik dari buku “The Little Yellow Book”, semasa menjalankan urusniaga bersama CH2M HILL

October 2011

Mesej dari CEO Rangkaian pembekal yang beretika dan boleh dipercayai adalah kritikal bagi keupayaan CH2M HILL untuk menyokong matlamat pelangganpelanggan kami di serata dunia. Integriti, keselamatan dan kualiti merupakan mercu tanda prestasi CH2M HILL. Pelanggan-pelanggan kami bergantung kepada kami untuk bekerjasama dengan pembekalpembekal, sub-kontraktor dan rakankongsi yang mempunyai nilai-nilai asas ini. Kami menganggap hubungan kami dengan rangkaian pembekal kami sebagai perkongsian yang sejati. Kami melayan ahli-ahli rangkaian pembekal kami secara adil dengan sentiasa mengamalkan proses perolehan yang telus dan mewujudkan persekitaran yang bermuafakat, di mana matlamat utama kami iaitu peningkatan nilai bagi pelanggan-pelanggan dan pemegang-pemegang saham kami. Kami menggalakkan dan menyokong perniagaan-perniagaan kecil, yang tidak beruntung, yang dimiliki oleh wanita dan golongan minoriti, di mana kewujudan syarikat-syarikat ini adalah penting kepada CH2M HILL dan pelanggan-pelanggan kami. Bagi memastikan integriti perniagaan kepada keseluruhan projekprojek kami, kami bertegas agar ahli-ahli Rangkaian Pembekal kami mengendorskan nilai-nilai etika perniagaan, kemampanan alam sekitar, amalan buruh dan tenaga pekerja yang adil dan saksama.

“A good test to determine if a contemplated action is ethical is to ask, ‘Would I want to see it in the headlines tomorrow morning?’ “ — The Little Yellow Book

Prinsip-prinsip Etika dan Tatalaku Perniagaan Rangkaian Pembekal menggariskan cara pembekalpembekal, sub-kontraktor dan rakankongsi kami mengendalikan perniagaan mereka apabila berkerjasama dengan CH2M HILL. Pastinya, anda akan menghadapi persoalan etika semasa bekerjasama dengan kami. Ianya amat penting bahawa anda mengambil keputusan yang tepat apabila menghadapi isu-isu yang rumit tetapi penting ini. Apabila mempertimbangkan dilema etika yang tidak diduga, anda haruslah sentiasa cenderung kepada tindakan yang selepas diteliti, tidak akan menjejaskan integriti projek pelanggan kami serta reputasi anda dan kami. Prinsip-prinsip ini melambangkan komitmen bersama terhadap cara perniagaan kami dan merupakan sebahagian penting setiap hubungan komersial di antara anda dan CH2M HILL. Terimakasih kerana menjalankan peranan anda dalam membantu mengekalkan tahap integriti perniagaan yang tertinggi. Dengan hormatnya,

Jacqueline Hinman Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif

Pada tahun 1978, pengasas bersama dan bekas presiden CH2M HILL James Howland telah mencatatkan satu koleksi petikan pengurusan untuk mengabadikan nilai-nilai yang telah diterapkan semasa penubuhan syarikat kami Petikan-petikan ini menjadi asas “The Little Yellow Book”, yang merupakan tunjang cara perniagaan CH2M HILL. Untuk mengetahui tentang “The Little Yellow Book” dengan lebih lanjut, sila layari: www.ch2mhill.com/ethics

Rangkaian Pembekal Kami Rangkaian pembekal kami terdiri daripada pembekal peralatan, bahan-bahan dan barangan yang lain; agensi-agensi; kontraktor-kontraktor; sub-kontraktor yang menyediakan perkhidmatan pembangunan, perundingan, teknikal dan perkhidmatan professional dan syarikat-syarikat rakankongsi secara usahasama mahupun konsortium (secara kolektif dirujuk sebagai “Rangkaian Pembekal”).

Amalan Perniagaan Anda CH2M HILL mempertaruhkan reputasinya kepada penyerahan projek-projek yang mewujudkan nilai kepada pelangganpelanggan kami sekaligus menjadikan dunia ini lebih baik untuk kehidupan. Untuk mengekalkan reputasi ini, CH2M HILL perlu menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan-pelanggan kami dan pada masa yang sama mempertahankan standard etika. Standard yang sama juga dikenakan kepada semua yang berkerja bersama kami dan bagi pihak kami. Kami telah menghasilkan Prinsip-prinsip Etika dan Tatalaku Perniagaan sebagai panduan kepada anda dan kakitangan anda sekiranya timbul isu-isu etika yang rumit. Prinsip-prinsip ini akan membantu kami untuk berusaha ke arah matlamat yang sama. Walaupun sebahagian amalan perniagaan yang terkandung di dalam Prinsip-prinsip bukan kelaziman di Negara anda, kami memerlukan anda untuk mematuhi Prinsip-prinsip ini kerana ianya penting dalam cara perniagaan kami. CH2M HILL juga mengharap dan bergantung kepada Rangkaian Pembekal untuk memilih sub-kontraktor dan pembekal yang mempunyai nilai-nilai seperti yang dinyatakan di dalam Prinsip-prinsip ini. Kami memerlukan anda untuk memastikan pihak-pihak yang bekerjasama dengan anda untuk melaksanakan projek-projek kami, mengendalikan perniagaan mereka di sisi undang-undang dan secara etika dan menurut setiap syarat yang dinyatakan di sini.

Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) Perlindungan rakyat dan persekitaran merupakan nilai teras CH2M HILL. Komitmen kami adalah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan warga kami dan komuniti di mana kami berada, dan kami mengharapkan nilai dan komitmen yang sama dari Rangkaian Pembekal kami. Anda harus mempunyai komitmen kepada kesihatan dan keselamatan kakitangan anda apabila bekerja dengan kami dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat untuk kakitangan-kakitangan dan kontraktor-kontraktor anda. Anda juga perlu mengambil setiap langkah berjagajaga untuk melindungi alam sekitar dan kesejahteraan komuniti di mana anda berada.

Kemampanan Kami mempunyai komitmen yang tinggi kepada alam sekitar dan pembangunan yang mampan. Projek-projek kami menyediakan penyelesaian jangka panjang yang mampan bagi pelanggan-pelanggan kami serta memelihara sumber asli planet kita untuk generasi yang akan datang. CH2M HILL adalah komited untuk menghadkan kesan terhadap alam sekitar dan kami bergantung kepada Rangkaian Pembekal kami untuk melakukan perkara yang sama. Kami akan menilai reputasi pemuliharaan alam sekitar dan rekod prestasi anda sebelum bersetuju untuk berurusniaga dengan anda.

Konflik kepentingan CH2M HILL memerlukan ahli-ahli Rangkaian Pembekal kami untuk membuat keputusan mereka demi kepentingan CH2M HILL, pelanggan-pelanggan dan projek-projek kami. Apabila bekerja dengan kami, anda perlu sentiasa peka akan sebarang konflik kepentingan organisasi mahupun peribadi yang mungkin mempunyai kesan terhadap kerja atau pelanggan-pelanggan kami.

Sebarang situasi yang mewujudkan atau kelihatan seperti mewujudkan konflik harus dielakkan. Jika tidak dapat dielakkan, ia mesti dimaklumkan kepada kami dengan segera dan dikendalikan secara sebaiknya. Konflik kepentingan sekiranya tidak dikendalikan dengan betul, boleh mengakibatkan anda dan juga kami tidak layak dan tersingkir daripada peluang perniagaan dan mungkin memalukan pelanggan-pelanggan kami.

Hadiah dan Hiburan Setiap ahli Rangkaian Pembekal kami harus mempunyai polisi berkenaan amalanamalan hadiah dan hiburan. Polisi ini harus disebarkan dan dikuatkuasakan di dalam organisasi anda. Ketahuilah bahawa secara amnya, kakitangan CH2M HILL tidak dibenarkan untuk menerima atau menyediakan hadiah atau mempengaruhi sebarang keputusan perniagaan atau untuk mengekalkan perniagaan. Wang Tunai dan tunai setara (seperti kad hadiah) adalah dilarang sama sekali. Pengecualian kepada larangan ini adalah terhad kepada hadiah di dalam bentuk bukan wang tunai yang mempunyai nilai yang nominal yang diberi secara ikhlas dan tidak kerap dan hiburan yang sederhana yang bertujuan untuk mewujudkan perhubungan yang harmoni di antara kita. Namun, ia dikecualikan sekiranya dilarang oleh kontrak atau undang-undang.

Rasuah Mereka yang bekerja dengan kami harus mengetahui dan mematuhi dasar antirasuah kami dan undang-undang integriti perolehan yang berkuatkuasa di mana sahaja kami menjalankan perniagaan, termasuk Akta Amalan Rasuah Luar Negara A.S. (FCPA), Akta Anti-Rasuah U.K. dan Konvensyen Pertubuhan-pertubuhan untuk Kerjasama & Pembangunan Ekonomi (OECD) berkenaan Menangani Kegiatan Rasuah Pegawai-Pegawai Kerajaan Negara Asing di dalam Transaksi Perniagaan Antarabangsa [the U.S. Foreign Corrupt Practices Act (FCPA), the U.K. Anti-Bribery Act and the Organisation for Economic Cooperation & Development (OECD) Convention on Combating Bribery of Foreign Public Officials in International Business Transactions]. Semasa bekerja bersama-sama CH2M HILL, anda dilarang sama sekali dari menawarkan, memberi atau menerima rasuah, sogokan, hadiah atau manfaat dalam apa jua bentuk sekalipun yang bertujuan untuk mempengaruhi keputusan perniagaan. Larangan ini meliputi bayaran dan hadiah di dalam bentuk wang tunai mahupun barangan, yang dibuat secara langsung atau melalui pihak-pihak lain. Anda harus berwaspada bahawa permintaan rasuah bukan sahaja merupakan permintaan wang tunai tetapi juga datang di dalam bentuk kompleks dan sofistikated seperti projek-projek yang kita laksanakan.

Menyediakan hiburan, percutian dan tempat penginapan yang mewah, menawarkan perniagaan kepada syarikat yang dimiliki ahli keluarga wakil-wakil pelanggan; menyokong badan-badan amal yang ditaja oleh pegawai-pegawai kerajaan atau ahli keluarga mereka adalah contoh-contoh aktiviti-aktiviti rasuah yang dilarang ini. Kesimpulannya, pemberian mahupun penerimaan hadiah atau bayaran bagi pihak CH2M HILL atau berkaitan dengan projek-projek kami untuk mempengaruhi keputusan perniagaan adalah dilarang.

Urusniaga Yang Adil CH2M HILL bersikap jujur dan adil terhadap ahli-ahli Rangkaian Pembekal kami. Kami sentiasa mematuhi peraturan-peraturan perolehan pelanggan kami dan memerlukan Rangkaian Pembekal kami untuk melakukan perkara yang sama. Kami tidak akan bekerjasama dengan pembekal-pembekal, sub-kontraktor atau rakankongsi usahasama yang menyekat hak pekerja-pekerjanya untuk berhubung secara bebas dengan organisasi-organisasi buruh.

Kawalan Perdagangan dan Ekspot CH2M HILL mematuhi kesemua undangundang dan peraturan perdagangan antarabangsa, termasuk sekatan perdagangan, dan kami memerlukan Rangkaian Pembekal kami untuk mematuhi kesemua perundangan kawalan perdagangan dan ekspot yang berkenaan dengan kerja mereka. Anda harus berwaspada bahawa undangundang ekspot dan impot bukan sahaja dikenakan kepada barangan tetapi juga kepada teknologi, perisian dan maklumat teknikal. Undang-undang ekspot boleh

dilanggar hanya dengan berkongsi maklumat dengan warganegara asing tanpa sebarang pindahan maklumat ke negara lain. Semasa bekerja dengan kami, anda perlu berhati-hati supaya mengelakkan sebarang “ekspot” seperti yang digambarkan di atas dan anda harus mempunyai prosedur-prosedur untuk menyedari dan mengelakkan perkara ini.

Kemasukan, Kepelbagaian, Gangguan CH2M HILL memupuk persekitaran yang pelbagai dan adalah komited untuk menghapuskan diskriminasi dan gangguan di tempat kerja. Kami hanya memilih rakankongsi yang sebagai amalan perniagaan yang baik, mematuhi kesemua undang-undang yang terpakai berkenaan diskriminasi dan anti-gangguan dalam pengambilan dan pengurusan tenaga kerja. Walaupun amalan diskriminasi ini adalah perkara biasa di tempat kerja anda, sebagai syarat untuk bekerjasama dengan kami dan pelanggan-pelanggan kami, kami meminta anda untuk mengendorskan amalan yang konsisten dengan komitmen kami untuk mewujudkan persekitaran kerja yang bebas dari diskrimasi dan gangguan.

Hak Asasi Manusia Kami menghormati dan melindungi hak asasi mereka yang mengerjakan projek-projek kami. Kami menyediakan persekitaran kerja yang munasabah dan gaji yang adil dan menghendaki Rangkaian Pembekal kami untuk berbuat sedemikian. CH2M HILL mempunyai dasar toleransi sifar terhadap penggunaan buruh kanakkanak atau buruh paksa dan amalan-amalan penyeludupan manusia. Kami enggan berurusniaga dengan pihak yang tidak berkongsi dasar toleransi sifar kami.

“ Biarlah kita flamboyan dalam pemikiran dan mimpi-mimpi kami; konservatif dalam tabiat peribadi kami sementara melakukan perkara-perkara yang inovatif dan menarik di dalam dan di luar firma” — “The Little Yellow Book” Layarilah www.ch2mhill.com/ethics untuk mengetahui tentang “The Little Yellow Book” dengan lebih lanjut:

Maklumat Sulit Kami melindungi maklumat sulit kepunyaan anda dan menghendaki anda agar tidak mendedahkan maklumat sulit dan proprietari kami. Anda tidak dibenarkan untuk berkongsi maklumat sulit atau maklumat peribadi yang sensitif dengan mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis dari kami. Anda dikehendaki untuk menggunakan kawalan dalaman dan langkah-langkah keselamatan maklumat yang mencukupi untuk sistem komputer, peralatan eletronik mudah alih, komputer riba dan kelengkapan peralataran storan data yang lain, bagi memastikan keselamatan maklumat yang telah diamanahkan oleh pelangganpelanggan kami kepada anda. Ini termasuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga supaya tidak meninggalkan maklumat atau peralatan tersebut di tempat-tempat yang membolehkan akses kepada maklumat atau kerosakan kepada peralatan tersebut. Semasa bekerja dengan kami, anda tidak harus menyimpan maklumat sulit kami atau pelanggan kami di kelengkapan peralatan storan data yang dikongsi dan kurang mempunyai perlindungan maklumat. Sekiranya anda mempunyai pengetahuan berkenaan kemungkiran keselamatan data yang melibatkan maklumat pelanggan kami, anda harus melaporkan perkara ini kepada kami dengan segera.

Harta Intelek Kami memerlukan ahli Rangkaian Pembekal kami untuk menghormati hak harta

intelek kami dan pelanggan-pelanggan kami. Semasa bekerja dengan kami, anda harus mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi cap dagangan, hak cipta dan paten kami atau pelangganpelanggan kami yang digunakan di dalam hasil kerja anda. Anda diminta untuk mendapatkan panduan daripada kami sekiranya anda tidak pasti akan kegunaan harta intelek tersebut.

Aktiviti-aktiviti melobi Jangan melibatkan diri di dalam aktiviti melobi bagi pihak kami atau bagi pihak projek-projek kami, secara lansung ataupun melalui pihak-pihak lain, melainkan anda mempunyai kebenaran bertulis dari kami untuk berbuat demikian. Di CH2M HILL, kami mentakrifkan “melobi” sebagai komunikasi, di dalam apa jua bentuk sekalipun, dengan kakitangan kerajaan dan ahli keluarga mereka, yang khasnya bertujuan untuk mempengaruhi polisi-polisi kerajaan atau pemberian dan pengurusan kontrak-kontrak kerajaan.

Rencana Pemasaran dan Interaksi dengan Media Sebarang rencana permasaran, siaran akhbar atau temubual media yang mengandungi rujukan kepada CH2M HILL, pelanggan-pelanggan kami atau kerja-kerja kami hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh CH2M HILL.

Latihan Komunikasi dan Kesedaran Untuk memastikan pematuhan Prinsipprinsip Etika & Tatalaku Perniagaan kami,

anda harus menyampaikan kandungan Prinsip-prinsip ini (atau kod tatalaku anda yang setara) kepada semua pihak yang mungkin bekerjasama dengan anda bagi melaksanakan projek-projek kami. Kami menghendaki anda untuk menghasilkan satu latihan kesedaran etika dan program pemantauan. Kami juga memerlukan anda untuk menilai dari masa ke semasa pematuhan anda terhadap Prinsip-prinsip ini dan mengekalkan dialog berterusan dengan kami untuk menggalakkan penambahbaikkan yang berterusan.

Simpanan Rekod dan Hak Audit Amalan Terbaik memerlukan anda menyimpan rekod yang secukupnya untuk membuktikan pematuhan anda dengan Prinsip-prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan Pembekal Rangkaian kami. Pemalsuan rekod kewangan dan perniagaan atau membuat kenyataan palsu merupakan kesalahan undang-undang dan akan merosakkan hubungan perniagaan anda dengan CH2M HILL. Kami berhak mengkaji semula amalan perniagaan anda untuk memastikan anda mematuhi Prinsip-prinsip ini. Ahli Rangkaian Pembekal kami dikehendaki untuk memenuhi permintaan-permintaan kami yang munasabah berkenaan kerja-kerja yang anda laksanakan untuk kami. Kami memerlukan anda bekerjasama dengan penyiasat-penyiasat dan ahli audit kami dan berkongsi maklumat yang berkenaan dengan kami secara jujur.

Melaporkan Kesangsian tanpa Tindakbalas Sebagai ahli rangkaian pembekal kami, anda mempunyai tanggungjawab afirmatif untuk melaporkan sebarang rasa syak

wasangka mengenai sebarang kemungkinan kemungkiran Prinsip-prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan, untuk mematuhi sebarang penyiasatan atau audit dan berkongsi maklumat yang berkaitan dengan penyiasatan tersebut secara terbuka dan jujur. Kami akan dengan sedaya upaya memastikan segala laporan adalah sulit dan sekiranya dibenarkan oleh undang-undang tempatan, merahsiakan identity anda. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di talian kami, “The GuideLine” +1-866-924-4843 (bagi A.S. dan Kanada), +1-720-286-4843 (di luar Amerika Utara) atau melalui laman web kami di www.ch2mhill. com/guideline. CH2M HILL akan menyiasat kesemua laporan dengan segera, teliti dan adil dan akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Anda boleh melaporkan sebarang syak wasangka mengenai kemungkiran sebarang undang-undang, polisi, Prinsip-prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan atau Dokumen Tambahan ini tanpa sebarang kebimbangan bahawa hubungan anda dengan CH2M HILL akan terjejas. Kami memerlukan ahli-ahli rangkaian pembekal kami untuk melarang tindakbalas terhadap sebarang individu yang melaporkan dengan niat yang baik kemungkinan pelanggaran undangundang dan polisi-polisi etika dan tatalaku perniagaan. Sebagai penjelasan, “niat yang baik” tidak bermakna anda mempunyai bukti kesalahan yang tidak boleh dinafikan atau laporan yang dibuat adalah benar. Ia hanya bermakna anda benar-benar mempercayai laporan yang dibuat adalah tepat dan benar pada masa laporan itu dibuat.

“Kualiti perkhidmatan adalah amat penting. Kita harus mengatasi pesaing-pesaing kita dalam mencari penyelesaian masalah-masalah pelanggan-pelanggan kami sekiranya kita ingin berjaya.” — “The Little Yellow Book” Layarilah www.ch2mhill.com/ethics untuk mengetahui tentang “The Little Yellow Book” dengan lebih lanjut:

CH2M HILL Global Headquarters 9191 South Jamaica Street Englewood, CO 80112 USA Talian Bebas Tol: 888.CH2M.HILL Tel: +303.771.0900 Fax: +720.286.9250 The GuideLine: +1.TO.MY.CH.GUIDE (+1.866.924.4843) (di dalam A.S atau Kanada) +1.720.286.4843 (di luar Amerika Utara)

www.ch2mhill.com/guideline

© 2011 CH2M HILL COR072911013221MKT