Pengintegrasian Kandungan Bahan-bahan Berasaskan ICT Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Pengintegrasian Kandungan Bahan-bahan Berasaskan ICT Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu 2006 © MDeC SENARAI KANDUNGAN 2 Pengenal...
Author: Nora Rich
28 downloads 0 Views 2MB Size
Pengintegrasian Kandungan Bahan-bahan Berasaskan ICT Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

2006 © MDeC

SENARAI KANDUNGAN

2

Pengenalan

3

Aktiviti 1 Suai Kenal

6

Aktiviti 2 Pemahaman dan perspektif guru-guru Bahasa Melayu mengenai pengintegrasian kursus Bahasa Melayu

7

Aktiviti 3 Pengajaran Praktikal: Pengenalan dan pengkelasan perisian kursus Bahasa Melayu

11

Aktiviti 4 Teori-teori pembelajaran dalam pengintegrasian perisian kursus ke dalam pengajaran Bahasa Melayu

15

Aktiviti 5 Pendekatan untuk mengintegrasikan perisian kursus Bahasa Melayu di dalam bilik darjah

22

Aktiviti 6 Praktis dan perancangan rancangan mengajar untuk pengintegrasian perisian kursus di dalam kelas/makmal

23

Aktiviti 7 Perbincangan dan penyiapan rancangan

24

Lampiran Lampiran 1: Rancangan Mengajar 1: Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi bilik darjah

26

Lampiran 2: Rancangan Mengajar 2: Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi bilik makmal

31

PENGENALAN Perkembangan pendidikan semasa dan akan datang adalah berfokuskan kepada aplikasi Internet dalam carian dan akses maklumat. Teknologi Internet ini telah membuka dimensi baru dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran kerana keupayaannya membekalkan sumber maklumat yang pelbagai menggunakan enjin pencari dan enjin direktori yang efisyen (Sonnenreich, 1998). Selari dengan perkembangan pesat teknologi Internet, konsep e-Pembelajaran telah diperkenalkan yang kemudiannya telah membuka dimensi baru dalam pendekatan pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah Malaysia, terutamanya di sekolah-sekolah menengah dan peringkat universiti. Hakikat ini disokong oleh Kanendra, Savarimuthu dan Durga Kumar dari Sunway College (2004) yang mengatakan, “In today’s world, a new level of commitment is required in order to educate the young generation and e-Learning perhaps emerges as an important tool of imparting knowledge and information.” Secara umumnya, definisi e-Pembelajaran adalah merujuk kepada sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini (Koran, 2002). Dalam e-Pembelajaran ini, pengajaran boleh disampaikan secara ‘synchronously’ (pada waktu yang sama) ataupun ‘asynchronously’ (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animalsi, simulasi, audio dan video. Selain itu, ia juga harus menyediakan kemudahan untuk kumpulan pembelajaran dan bantuan professional isi pelajaran secara dalam talian (Learnframe, 2001). Sehubungan dengan itu, cara pembelajaran elektronik ini atau lebih dikenali sebagai e-Pembelajaran boleh dikatakan merupakan salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan perlaksanaan pembelajaran kolaboratif. Ini adalah kerana e-Pembelajaran boleh diaplikasikan dalam perlaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga boleh digunakan untuk tujuan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka di sekolah-sekolah menengah. Konsep e-Pembelajaran yang berfaktorkan pembelajaran jarak jauh adalah dimanifestasikan melalui saluran teknologi elektronik bermaklumat, yang merentasi sempadan serta rutinnya melewati ruangan dewan-dewan kuliah, bilik tutorial, perpustakaan dan bangunan fakulti yang menghiasi halaman universiti dan kolej. Cara pembelajaran ini

3

telah membolehkan golongan pelajar tidak perlu bersemuka secara langsung dengan pensyarah mereka dan hanya berhubung dengan menggunakan teknologi perkomputeran. Ini kerana semua maklumat seperti nota mahupun tugasan yang diperlukan oleh pelajar akan dihantar oleh pensyarah melalui e-mel manakala CD-ROM dan Internet pula menjadi kunci kepada semua pintu-pintu ilmu yang bermanfaat.

4

Pendekatan e-Pembelajaran ini adalah berbeza dengan cara pembelajaran tradisional. Ini adalah kerana di dalam kelas tradisional, guru dianggap sebagai pendita di atas pentas, iaitu guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan ditugaskan untuk menyalurkan ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang perancangan pada kebiasaannya adalah berpusatkan guru. Berlainan pula di dalam e-Pembelajaran, di mana fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar ini perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana e-Pembelajaran ini akan ‘memaksa’ pelajar memainkan peranan yang lebih aktif di dalam pembelajarannya. Ini adalah kerana pelajar perlu membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha serta inisiatif sendiri. Manakala peranan guru telah berubah daripada seorang pendita kepada seorang fasilitator seperti yang dikatakan dalam kenyataan ini iaitu, “Teachers act as facilitators and guides in this student-centred system. In a sense, technology has propelled this paradigm shift by placing enormous amounts of know-how and know-what easily at our finger tips.” (www.tutuionplaza.com/articles/aintortoelearning.htm)

Objektif Bengkel Setelah menghadiri bengkel ini, guru-guru akan dapat: 1. menerangkan konsep pengintegrasian perisian kursus di dalam situasi pengajaran dan pembelajaran “hands-on”; 2. membuat keputusan bersuara tentang bila dan bagaimana hendak menggunakan perisian kursus secara efektif di dalam pengajaran Bahasa Melayu; 3. menilai kesesuaian kandungan perisian kursus untuk pengajaran kelas secara spesifik; 4. membuat rancangan mengajar yang akan mengeksploitasi perisian kursus Bahasa Melayu sepenuhnya secara efektif; dan 5. menghargai dan memberi sokongan kepada usaha kerajaan untuk membangunkan pengintegrasian ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan 1. Peserta boleh menggunakan model-model pengajaran perisian kursus dalam menghasilkan rancangan pengajaran. 2. Peserta mendapat kemahiran membina akitiviti pengajaran menggunakan perisianperisian kursus yang pelbagai untuk kelas pengajaran masing-masing. 3. Peserta boleh menghasilkan rancangan pelajaran menggunakan perisian kursus untuk pengajaran kelas masing-masing. 4. Peserta membuat demonstrasi rancangan pelajaran berdasarkan perisian kursus. Strategi Pembelajaran 1. Bengkel ini menggunakan kaedah penerangan untuk menerangkan sesuatu konsep berkaitan dengan teori, model, perisian kursus, rancangan pelajaran dan sebagainya. 2. Peserta dikehendaki menyiapkan lembaran kerja yang disediakan untuk tujuan pemahaman yang lebih kukuh. 3. Menggunakan pengajaran praktikal untuk menghasilkan rancangan pelajaran berdasarkan kepada perisian kursus. 4. Menggunakan pelbagai komunikasi khususnya semasa membuat penerangan kepada peserta, umpamanya soal-jawab serta merta, soal-jawab di akhir pembentangan. Selain itu, memberi peluang peserta menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh rakan mereka. 5. Peserta membentangkan hasil kerja pengajaran praktikal iaitu rancangan pengajaran. 6. Di akhir bengkel, peserta dikehendaki membuat refleksi tentang bengkel untuk mengingat kembali isi-isi penting bengkel ini. Rujukan 1. Jaya Kumar C. Koran. (2002). Aplikasi ‘E-Learning’ Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia. (Atas Talian). www.tutor.com.my/tutuor/pix. 5 September 2005. 2. Kanendran T.A., Johnny Sararimuthu & B.V. Durga Kumar. (2004). Technical Report: Issues & Strategies of E-Learning. Sunway College Journal 1, 99-107. 3. Learnframe. (2001). (Atas Talian). http://www.elearningshowcase.com/elearnfaq. 7 September 2005. 4. Sonnenreich, Wes. (1998). Web Developer.com. Guide to Search Engines. New York. John Wiley & Sons. Inc.

5

AKTIVITI 1 Suai Kenal

Pengenalan Aktiviti pertama ini merupakan aktiviti yang sangat penting, terutamanya apabila mengadakan sesuatu bengkel. Ini adalah kerana untuk sesuatu bengkel itu berjalan dengan lancar, kesemua peserta perlulah mengenali antara satu sama lain supaya mereka dapat berinteraksi dengan baik semasa mengadakan kerja berkumpulan mahupun secara individu. Selain itu, aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan antara pembentang dengan para peserta. Ini penting kerana peserta tidak akan berasa malu untuk bertanyakan soalan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan kerana mereka sudahpun biasa dengan pembentang. 6

Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat: 1. berinteraksi antara satu sama lain untuk menjalankan perbincangan dalam kumpulan berdasarkan kepada tugasan pada setiap aktiviti yang disediakan. 2. mengenalpasti tentang kepakaran yang dimiliki oleh setiap ahli dalam kumpulan yang mana ia boleh digunakan semasa aktiviti kumpulan yang disediakan kemudian. Arahan Kepada Peserta 1. Peserta dikehendaki membina 11 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 8 orang peserta. [5 minit] 2. Peserta dikehendaki mendengar pembentang memperkenalkan dirinya. [1 minit] 3. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dalam kumpulan masing-masing. [24 minit]

AKTIVITI 2 Pemahaman dan perspektif guru-guru Bahasa Melayu mengenai pengintegrasian perisian kursus Bahasa Melayu Pengenalan Untuk aktiviti kedua ini, para peserta akan membincangkan tentang pemahaman dan perspektif guru-guru Bahasa Melayu mengenai pengintegrasian perisian kursus Bahasa Melayu. Secara terperinci, mereka akan didedahkan dengan masalah yang dihadapi oleh guru-guru, khususnya guru-guru Bahasa Melayu dalam menggunakan perisian kursus yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi sekolah Bestari. Sebagai seorang guru di sekolah Bestari, mereka tidak seharusnya menghadapi masalah yang sama. Atas sebab ini mereka perlu didedahkan dengan realiti sebenar, iaitu terdapat banyak guru yang masih tidak kompeten dengan penggunaan ICT, khususnya dalam penggunaan perisian kursus. Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat: 1. mengenalpasti apakah yang diperlukan untuk melaksana pengajaran secara interaktif menggunakan perisian kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. 2. menyenaraikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi yang diperlukan untuk menghasilkan pengajaran Bahasa Melayu secara interaktif menggunakan perisisan kursus. Perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas pada hari ini memerlukan institusi sekolah membuat persediaan dari segi pengetahuan dan kepakaran berkaitan dengan pelaksanaan e-Pembelajaran dalam sekolah masing-masing. Tambahan pula, literasi mengenai tele pendidikan yang menggunakan Internet sangat penting untuk diketahui oleh para guru. Untuk mencapai matlamat ini, guru-guru yang terlibat perlu diberi latihan melalui beberapa kursus tentang pengetahuan dan kemahiran penggunaan peralatan berteknologi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Selain itu, guru-guru juga perlu diberi pendedahan meluas tentang kaedah penggunaan aplikasi Internet seperti e-mel, ‘newsproup’, protokol perpindahan fail dan ‘telnet’ dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan ini boleh diperluaskan melalui kursus-kursus Internet sama ada kursus jangka panjang atau jangka pendek dan dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Latihan dan Perkembangan Staf, Jabatan Pendidikan Teknikal. Ini adalah kerana melalui kursus-kursus sebegini lebih ramai guru berpeluang untuk menimba pengetahuan dan kepakaran tentang aplikasi Internet dan seterusnya boleh mengendalikannya.

7

Maka dengan adanya kepakaran ini, guru boleh merekabentuk bahan pengajaran secara elektronik menggunakan perisian tertentu serta jenis komunikasi yang sesuai untuk digunakan sebagai program pengajaran interaktif. Mengikut Phillips (1997), pengajaran interaktif adalah merujuk kepada pendekatan pengajaran yang menggunakan bahan pengajaran berasaskan e-Pembelajaran supaya dapat mewujudkan persekitaran yang menggalakkan penyertaan maksimum pelajar sesama pelajar dan pelajar dengan guru. Pendekatan yang sering digunakan termasuklah berkongsi idea secara dua hala secara serentak antara pengajar dengan pelajar menggunakan bilik sembang maya dan komunikasi sehala dengan pelajar yang menghantar pertanyaan tentang sesuatu perkara yang sukar difahami melalui papan bulletin, ruangan forum dan mel elektronik. Kesan negatif akibat penggunaan e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah peluang pelajar untuk bersosialisasi adalah terbatas disebabkan oleh peluang untuk berkontak secara langsung di antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru adalah sangat minimum (Wildavsky, 2001). Ini adalah kerana pelajar-pelajar ini hanya berkomunikasi di antara satu sama lain hanya menggunakan e-mel ataupun kaedah forum dalam talian sahaja. Akibat itu, penggunaan e-Pembelajaran ini tidak dapat membantu atau mengembangkan rasa bermasyarakat di dalam sanubari pelajar. 8

Selain itu, penggunaan e-Pembelajaran di dalam pengajaran di sekolah pada hari ini mungkin akan melahirkan sekumpulan pelajar yang tidak mempunyai perasaan hormat terhadap guru-gurunya. Menurut Jowati Juhary (2001), keadaan ini berlaku akibat dari segi pedagogi, e-Pembelajaran ini tidak mempunyai interaksi secara berhadapan antara guru dan pelajarnya. Menurut beliau lagi, kehilangan nilai-nilai tersebut akan merosakkan hubungan antara seorang guru dan pelajarnya. Ini merupakan salah satu kesan negatif penggunaan e-Pembelajaran di sekolah. Oleh yang demikian, kepakaran guru untuk mengajar dan menggunakan e-Pembelajaran ini adalah sangat penting untuk menarik perhatian serta kefahaman pelajar tentang sesuatu topik pengajarannya. Keberkesanan aplikasi e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah menengah pada hari ini adalah merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar sendiri untuk mengakses dan belajar daripada bahan yang disediakan. Ini kerana jika infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak efisyen, maka guru dan pelajar tidak dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan pelaksanaan e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran akan gagal. Sehubungan itu, masih banyak ruang kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan e-Pembelajaran, terutamanya dalam era globablisasi di mana ilmu boleh didapati hanya di hujung jari sahaja yang memungkinkan informasi bergerak tanpa had dan sempadan.

Oleh yang demikian, didapati kejayaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan e-Pembelajaran ini terletak di atas sejauh mana dasar, galakan, kemudahan prasarana yang dibekalkan dan pemantauan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir dan terutamanya guru-guru yang penuh dengan semangat, kesungguhan dan iltizam yang tinggi adalah amat penting untuk membawa kejayaan pelaksanaan e-Pembelajaran di sekolah-sekolah. Justeru itu juga, satu lagi perkara yang harus ditekankan ialah e-Pembelajaran ini tidak dapat sepenuhnya menggantikan kegiatan pembelajaran konvensional di dalam kelas (Lewis, 2002). Dengan erti kata lain, e-Pembelajaran ini hanya dapat menjadi rakan atau saling melengkapi dengan pembelajaran konvensional di kelas, bahkan ia akan menjadi komplemen besar terhadap model pembelajaran di kelas atau sebagai satu alat yang amat berguna untuk program pengayaan. Walau bagaimanapun, memang kita tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan ePembelajaran di sekolah akan menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan bermakna. Di samping itu, ia juga dapat menarik minat pelajar untuk mencari maklumat sambil belajar melalui Internet. Cara pembelajaran ini bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif tetapi mempunyai pengetahuan yang luas. Akhir kata, gabungan pengajaran guru yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi melalui e-Pembelajaran, terutamanya semasa penerokaan ledakan sumber maklumat melalui Internet dalam era globalisasi ini akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah Bestari serta dapat melahirkan warga negara yang berketrampilan dan berinovatif. Arahan Kepada Peserta 1. Bersedia untuk berkongsi pengalaman anda dalam mengintegrasikan perisian kursus Bahasa Melayu untuk pengajaran. Sila ambil perhatian bahawa dalam bengkel ini, fokus perbincangan adalah mengenai pengintegrasian perisian kursus. Anda diberikan masa 10 minit untuk menyatakan: (i)

tahap kemahiran anda menggunakan perisian kursus; sekolah rendah, menengah rendah atau menengah atas.

(ii) keupayaan anda mengintegrasikan perisian, berdasarkan kategori rendah, sederhana atau tinggi. (iii) kaedah pengintegrasian anda. Tahap kemahiran anda menggunakan perisian kursus:

Sekolah:

Keupayaan anda mengintegrasikan perisian (nyatakan sama ada anda dalam kategori rendah, sederhana atau tinggi):

Kategori:

Kaedah pengintegrasian yang anda praktikkan:

9

2. Lima minit akan diberikan untuk sesi soal-jawab. Bersedia untuk menjawab sebarang soalan berkaitan dengan perbincangan tadi. [15 minit] 3. Fasilitator akan membuat kesimpulan tentang amalan mengintegrasikan perisian kursus yang telah dibincangkan oleh peserta. [5 minit]

Rujukan 1. Jowati Juhary. (2001). E-Learning Di Malaysia: Kajian Rintis Semasa Persidangan Pendidikan Antarabangsa. (Atas Talian). http://www.elearning.unimas.my/articles/ archives/000011.html. 29 Ogos 2005. 2. Lewis, Diane E. (2002). “A Departure from Training by the Book, more companies seeing benefits of E-Learning.” (Atas Talian). http://bostonworks.boston.com/globe/ articles/052602/elearn.html. 5 September 2005. 3. Philips. R. (1997). The Developer’s Handbook to Interactive Multimedia. London. Kagan.

10

4. Wildavsky. Ben. (2001). “Want More From High School?”. Special Report: E-Learning. (Atas Talian). http://www.usnews/edu/learning/articles. 22 Ogos 2005.

AKTIVITI 3 Pengajaran Praktikal: Pengenalan dan pengkelasan perisian kursus Bahasa Melayu Pengenalan Aktiviti ini akan memberi pengenalan dan pengkelasan perisian kursus Bahasa Melayu. Dengan menggunakan kaedah pengajaran praktikal, peserta adalah digalakkan untuk sentiasa bertanya kepada pembentang sekiranya terdapat kemusykilan. Dalam aktiviti ini, peserta akan didedahkan dengan cara penggunaan perisisan kursus secara bijak, di mana mereka perlu mengetahui bagaimana untuk menggunakan perisian kursus tersebut dengan sebaik-baiknya. Selain itu, mereka juga akan diberitahu tentang keprihatinan guru-guru Bahasa Melayu terhadap pengajaran berdasarkan kepada perisian kursus yang sedia ada, yang mana kebanyakan daripada guru-guru tidak dapat mengenalpasti cara dan kaedah yang bersesuaian dalam menggunakan perisian kursus yang telah disediakan. Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat: 1. mengelaskan perisian kursus Bahasa Melayu melalui aktiviti pengajaran praktikal; dan 2. mengenalpasti beberapa cara dan kaedah yang bersesuaian dengan pelbagai jenis perisian kursus yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahan Yang Dihasilkan Sebagai Perisian Kursus Bahan e-Pembelajaran yang berkualiti tinggi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar selepas pelaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Tujuan bahan-bahan ini disediakan adalah supaya pengajaran guru dalam Matematik dan Sains dapat dijalankan dengan baik dan lancar serta para pelajar dapat memahami pengajaran guru dalam bahasa Inggeris dengan berkesan. CD-ROM yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru (PKG).

11

Tanpa talian Internet, CD-ROM merupakan alternatif terdekat untuk menjayakan e-Pembelajaran. Ini dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah yang tidak mempunyai talian Internet tetapi mempunyai komputer. Cara ini dilaksanakan dengan bahan-bahan e-Pembelajaran perlu dicari dan dimuat turunkan (download) di tempat lain terlebih dahulu, misalnya di PKG. Seterusnya bagi sekolah-sekolah yang tiada kemudahan komputer, maka bahan e-Pembelajaran perlu diperkenalkan dengan cara lain kepada pelajar. Sumber-sumber lain seperti TV boleh digunakan untuk mendedahkan pelajar kepada e-Pembelajaran. Bahan-bahan yang dicetak dari Internet di PKG atau di tempat lain seperti siber café boleh digunakan sebagai bahan rujukan pelajar atau latihan di dalam bilik darjah (Koran, 2002). Pengintegrasian Teknologi Dalam Pendidikan

12

Integrasi bermaksud menyatukan beberapa bahagian yang berlainan untuk membentuk perkara baru. Literasi pengintegrasian ialah kemampuan untuk menggunakan komputer dan pelbagai teknologi lain digabungkan dengan beberapa strategi pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran murid. Selain itu, ia boleh membantu guru-guru untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam kurikulum kelas mereka dan akhirnya objektif pengajran boleh dicapai dengan jayanya. Kurikulum pula boleh didefinisi sebagai bidang subjek yang ditawarkan atau diajar di dalam persekitaran sekolah. Dalam konteks ini, ia bermaksud sebagai pengalaman yang dialami oleh seseorang murid di bawah pengawasan dan didikan guru-guru. Ia termasuk rancangan atau dokumen bertulis yang mempunyai satu siri matlamat dan objektif pengajaran yang dirangka melalu Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah. Ia dihasilkan untuk memantau polisi kerajaan dan menyediakan sekolah dengan bantuan kurikulum. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pengintegrasian Teknologi 1. Merupakan kombinasi kesemua bahagian teknologi, seperti perisian dan perkakasan, bersama-sama dengan setiap subjek yang berkaitan untuk meningkatkan tahap pembelajaran. 2. Menguasai Pengintegrasian Teknologi bukannya mudah. Teknologi tidak semestinya boleh meningkatkan tahap pembelajaran kerana ia hanyalah satu jenis alat. Perkara yang paling penting adalah faktor manusia. 3. Guru-guru akan mampu menggunakan dan mengaplikasikan penggunaan teknologi melalui pengalaman harian dalam kelas. 4. Dalam pengintegrasian teknologi, guru-guru seharusnya menggunakan teknologi yang tertentu pada masa yang sesuai untuk meningkatkan pembelajaran.

Halangan kepada Pengintegrasian Teknologi di Sekolah disebabkan terdapat kalangan guru yang menolak perubahan, masalah kewangan, masa terhad untuk guru merancang pengajaran, kurang sokongan pihak pentadbiran, guru kurang kemahiran dan kekurangan pekakasan dan perisian. Walau bagaimanapun pihak sekolah boleh mengatasi masalah ini dengan memberi latihan yang bersesuaian kepada guru, merancang dan komited untuk meningkatkan proses pengajaran dengan menggunakan komputer. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran menggunakan perisian kursus ialah pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif membenarkan konsep-konsep dihidupkan dengan pelbagai gambar, warna, pergerakan dan bunyi yang mana ia selaras dengan pengintegrasian teknologi. Menerusinya, pelajar dibenarkan untuk membina slaid persembahan untuk persembahan umpamanya menggunakan perisian PowerPoint dan merentasi bilik darjah iaitu e-mail. Akhir sekali, pembelajaran ini membawa pelajar ke dunia di luar pengetahuan mereka dan mendapat informasi secara tanpa batasan umpamanya perisisian kursus dan tapak web. Menilai Keberkesanan Pengintegrasian Perisian Kursus Soalan-soalan berikut perlu dijawab: 1. Adakah pelajar mempelajari apa yang hendak mereka pelajari? 2. Bolehkah pelajar mendemonstrasi pemahaman mereka tentang kandungan pelajaran? 3. Adakah teknologi atau perisian yang dipilih berkesan? 4. Adakah penggunaan teknologi atau perisian menepati objektif pembelajaran? 5. Objektif pembelajaran ini lebih baik diajar dengan menggunakan teknologi atau sebaliknya? 6. Apakah yang saya akan ubah? 7. Apa yang saya tidak akan ubah? Sebagai kesimpulan, mengintegrasikan perisian kursus memerlukan guru memahami bidang-bidang di bawah yang berkaitan dengan teknologi maklumat iaitu: 1. Mengenalpasti apa yang hendak dicapai dalam kurikulum. 2. Merancang pembelajaran yang menggunakan teknologi. 3. Perkakasan dan perisian yang bersesuaian. 4. Mendapat latihan yang bersesuaian dalam kemahiran teknologi maklumat. 5. Tindakan dan Implementasi.

13

Arahan Kepada Peserta 1. Dengar dan beri perhatian kepada pembentangan tentang pengenalan dan pengkelasan perisian kursus Bahasa Melayu. Jangan teragak-agak untuk bertanya soalan dan berbincang tentang isu yang diketengahkan. [20 minit] 2. Buat refleksi terhadap kaedah pengajaran anda dalam mengintegrasikan perisian kursus. Bincang dalam kumpulan anda berdasarkan tahap-tahap di sekolah: (i) rendah, (ii) menengah rendah, dan (iii) menengah atas. Isikan lembaran kerja di bawah. Penentu kejayaan boleh dinyatakan dalam bentuk motivasi murid, pencapaian, peningkatan sikap, keyakinan dan sebagainya. Bersedia untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan anda. [40 minit] Aplikasi yang telah digunakan

Penentu kejayaan sesuatu pengintegrasian

Perisian kursus yang telah digunakan

Penentu kejayaan sesuatu pengintegrasian

14

Rujukan 1. Jaya Kumar C. Koran. (2002). Aplikasi ‘E-Learning’ Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia. (Atas Talian). www.tutor.com.my/tutuor/pix. 5 September 2005.

AKTIVITI 4 Teori-teori pembelajaran dalam pengintegrasian perisian kursus ke dalam pengajaran Bahasa Melayu Pengenalan Aktiviti 4 akan membincangkan tentang teori-teori pembelajaran yang berkaitan dalam pengintegrasian perisian kursus dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu. Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat: 1. menggunakan teori-teori yang berkaitan dengan pengintegrasian perisian kursus dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk memilih model yang sesuai bagi sesuatu topik; 2. membandingkan beberapa jenis model yang berlainan untuk jenis bilik darjah berlainan; dan 3. mengaplikasikan model yang bersesuaian dengan penggunaan perisian kursus tertentu sebagai pilihan sebagai aktiviti pembentangan kumpulan. Prinsip, Teori Dan Metodologi Kebanyakan guru ingin mempelajari bagaimana untuk menggunakan teknologi pendidikan dengan berkesan, tetapi mereka kekurangan kerangka konsep, masa, akses komputer dan sokongan yang diperlukan untuk berbuat begitu (Guhlin, 1996). Apa yang diperlukan oleh mereka ialah program pengembangan profesional berterusan dan terancang, yang diasaskan oleh model teori, berkaitan dengan objektif kurikulum, menggabungkan aktiviti penilaian formatif dan dipelihara dengan kewangan mencukupi serta sokongan staf. Semua aspek ini perlu diambil kira jika mereka ingin menggunakan teknologi dengan berkesan bagi memperbaiki pembelajaran pelajar (Guhlin, 1996). Apabila kita merekabentuk atau mengimplementasi sebarang program pengembangan profesional guru untuk teknologi, adalah amat penting program itu selari dengan konteks kerangka teori bagi pembelajaran orang dewasa. Satu kerangka teori yang direka oleh Reeves dan Reeves (1997), boleh digunakan berdasarkan 10 dimensi pembelajaran interaktif. Setiap dimensi ini diwakili oleh satu garis masa, berlawanan dengan nilai-nilai tertentu di hujungnya. Pengembangan profesional guru dalam penggunaan teknologi mesti di rekabentuk dan diimplementasi untuk membawa guru dan secara tidak langsung pelajar ke arah hujung sebelah kanan garis masa ini (rujuk Jadual 1).

15

Jadual 1: Kerangka Teori untuk Pembelajaran Dewasa OBJEKTIF Dimensi Pembelajaran Interaktif

16

Mula Garis Masa

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Tamat Garis Masa

Falsafah Pedagogi

Instrukivist

Konstruktivist

Teori Pembelajaran

Behavior

Kognitif

Orientasi Matlamat

Berfokus

Umum

Orientasi Kerja

Akademik

Keaslian

Sumber Motivasi

Ekstrinsik

Intrinsik

Peranan Guru

Deduksi

Fasilitatif

Sokongan Meta-Kognitif

Tiada sokongan

Integrasi

Strategi Pembelajaran Kolaboratif

Tiada sokongan

Mencukupi

Sensitiviti Budaya

Tidak sensitif

Dihormati

Fleksibiliti Struktur

Ditetapkan

Terbuka

Kerangka ini memberi penekanan kepada potensi pengajaran berasaskan web untuk menyumbang kepada reformasi pedagogikal, bukan sekadar ciri-ciri teknologi multimedia yang pelbagai ataupun kemampuannya untuk mengakses kepada sumber maklumat seluruh dunia. Secara ringkas, teknologi boleh mempromosi pengajaran berkesan yang lebih berpusatkan pelajar, penggabungan disiplin, lebih berkait rapat dengan peristiwa dan proses sebenar dan boleh diadaptasi kepada stail pembelajaran individual. Pengajaran seperti ini menggalakkan perkembangan pemikiran tinggi dan kemahiran penakulan maklumat (bukan hafalan) di kalangan pelajar, dan pembelajaran berkonstrukkan sosial (kolaboratif), di mana semua perkara ini semakin diperlukan dalam ekonomi global berasaskan pengetahuan ataupun k-ekonomi. Potensi teknologi bagi memperbaiki pengajaran perlu diintegrasikan (dicontohi) ke dalam rekabentuk dan penyampaian program pengembangan guru dalam penggunaan teknologi. Paling penting sekali ialah teknologi memberi implikasi dalam perubahan peranan guru, daripada menjadi sumber utama pengetahuan dan penyampaian kepada menjadi fasilitator pembelajaran pelajar, yang boleh diperolehi daripada pelbagai sumber. Kegagalan untuk menggabungkan 10 dimensi pembelajaran interaktif ini ke dalam program pengembangan profesional guru akan mencacatkan potensi teknologi sebagai alat untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Ini bermaksud pengembangan profesional guru dalam menggunakan teknologi patut mengambil kira atau mencontohi

bentuk pedagogi yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, program latihan ini perlu mencapai aspek-aspek berikut: 1. Membolehkan guru mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka secara aktif melalui pengalaman, dalam kepelbagaian persekitaran pembelajaran, secara individual ataupun kolaboratif. 2. Mencakupi pelbagai strategi pembelajaran, menunjukkan pengajaran secara langsung, deduksi, perbincangan, latih tubi dan latihan, induksi, dan perkongsian. 3. Bermatlamat ke arah kemahiran berfikir peringkat tinggi. 4. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang autentik supaya guru-guru terlibat dalam tugasan yang konkrit dalam senario yang realistik. 5. Menekankan cara bagaiamana teknologi dapat memudahcara dan meningkatkan kehidupan professional guru. 6. Menggalakkan guru-guru untuk menjadi mentor, pengajar, dan panduan kepada proses pembelajaran pelajar (bukan penyampai pengetahuan dan maklumat ringkas). 7. Mengembangkan kemahiran guru dalam mempelajari bagaimana untuk menentukan objektif pembelajaan, merancang dan menilai strategi pembelajaran, memantau kemajuan, dan mengubahsuai apabila diperlukan. 8. Menggalakkan kerjasama dan pembelajaran kolaboratif. 9. Sensitif terhadap budaya dan kepelbagaian guru sebagai pelajar, menggunakan pendekatan yang pelbagai untuk memberi reaksi kepada stail pembelajaran yang berbeza, peluang, persekitaran, dan permulaan. 10. Membolehkan pembelajaran sebarang waktu dan tidak mengira tempat dan lokasi. Secara konkritnya, ini bermaksud pengembangan profesional guru dalam menggunakan teknologi perlu menggabungkan kuliah atau persembahan kumpulan kecil dengan perbincangan, aktiviti individual dengan kolaboratif, dan memberi peluang untuk guru menilai kembali amalan pengajaran sebenar mereka dan bagaimana mereka boleh melakukannya dengan lebih baik dibantu oleh teknologi. Pendekatan seperti ini juga memberi makna bahawa bahan pengajaran perlu dalam bentuk pelbagai format; bercetak, CD-ROM, sisipan email, dalam talian (HTML dan Java), sehinggalah DVD. Ia juga memberi kesan bahawa perlunya untuk mengembangkan modal serentak dan tidak supaya guru boleh mendapat peluang latihan mengikut kesesuaian masa mereka dan tidak semestinya dengan kehadiran pelatih sahaja.

17

Kunci kepada program pengembangan profesionalisme guru yang berjaya ialah struktur modularnya yang sesuai dengan tahap pengalaman guru dan kepakaran menggunakan teknologi yang berbeza. Mengadaptasi bahan dengan tahap keselesaan guru dan titik permulaannya amatlah diperlukan. Dengan cara ini, guru-guru yang masih baru dengan teknologi boleh didedahkan kepada modul pengembangan profesional yang lengkap, manakala mereka yang lebih maju boleh memulakan dari tahap di mana mereka berhenti dan dalam pada masa yang sama membantu rakan-rakan mereka yang kurang mahir. Prinsip asas kepada pembelajaran dewasa mesti diterapkan dalam program latihan. Ini bermakna program tersebut mestilah tinggi nilai sosial dan kerjasama, dengan peluang untuk berkongsi kemahiran dan menggabungkan pengajaran dengan perbincangan, refleksi, aplikasi, dan penilaian. Sebagai tambahan kepada prinsip ini, teknologi membolehkan pendekatan yang lebih kolaboratif digunakan dan memaksimakan perkongsian sesama rakan mengenai cabaran, kekecewaan, kebaikan, dan kejayaan menggunakan teknologi dalam pengajaran atau pembelajaran mereka sendiri. Pendekatan seperti ini membolehkan mereka meneladani kegagalan sebenar dan mencontohi amalan terbaik dalam penggunaan teknologi dalam bilik darjah.

18

Akhir kata, prinsip-prinsip ini memberi implikasi akan keperluan untuk membina komuniti yang berterusan dan sistem sokongan daripada rakan, mentor dan pakar. Program latihan yang berdiri sendiri dan berbentuk ‘one-shot’ yang membiarkan guru tanpa impak patut dielakkan pada masa hadapan. Empat Model Untuk Melaksanakan E-Learning Menurut Koran (2002), terdapat empat model yang boleh dicadangkan untuk digunakan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran perisian bagi sekolah-sekolah Malaysia iaitu: 1. Model Selective 2. Model Sequential 3. Model Static Station 4. Model Makmal Model Selective Model ini adalah sesuai digunakan jika bilangan komputer di sekolah adalah sangat terhad. Di dalam model ini, guru terpaksa memilih salah satu alat yang paling berkesan untuk menyampaikan pelajaran beliau. Jika guru terjumpa bahan e-Pembelajaran yang berkualiti, maka ianya hanya dapat ditunjukkan kepada pelajar sebagai bahan demonstrasi sahaja. Jika ada lebih daripada satu komputer, maka pelajar harus diberi peluang untuk mendapat sedikit pengalaman pengajaran praktikal.

Didapati dalam model ini, pelajar kurang berpeluang belajar menggunakan komputer secara “hands-on” akibat penggunaan komputer yang terhad. Kaedah ini banyak digunakan oleh sekolah-sekolah menengah di luar bandar yang kurang mendapat bantuan kewangan untuk mendapatkan bilangan komputer yang mencukupi untuk para pelajarnya.

Model Sequential Model ini adalah sesuai digunakan jika bilangan komputer di sekolah adalah sedikit. Dalam model ini, pelajar yang berada di dalam kumpulan kecil, bergerak dari satu set sumber maklumat ke sumber yang lain. Pelajar akan menggunakan bahan e-Pembelajaran sebagai bahan rujukan atau untuk mendapat­ kan maklumat yang baru. Jika ada beberapa komputer, maka pelajar harus diberi peluang untuk mendapatkan penga­ laman pengajaran praktikal. Kaedah ini dapat juga membantu dalam pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas kerana pelajar diberi peluang untuk mencari dan mendapatkan maklumat yang baru tentang sesuatu topik dan tidak hanya bergantung kepada ilmu yang diberikan oleh guru sahaja.

‘Model Selective’

‘Model Sequential’

19

‘Model Static Station’

20

Model Static Station Model ini juga lebih kurang sama dengan model sequential kerana model ini adalah sesuai digunakan jika bilangan komputer adalah sedikit. Tetapi di dalam model ini, guru mempunyai beberapa sumber yang berbeza untuk mencapai objektif pengajaran yang sama, iaitu bahan e-Pembelajaran adalah digunakan oleh satu atau dua kumpulan pelajar untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran, manakala kumpulan pelajar yang lain akan menggunakan sumber lain untuk mencapai objektif pelajaran yang sama. Sumber yang lain yang dimaksudkan adalah seperti alat pandang dengar iaitu radio dan televisyen. Maka dengan kaedah ini, pelajar didedahkan dengan pelbagai sumber pengajaran termasuklah penggunaan e-Pembelajaran agar suasana pengajaran dan pembelajaran di kelas adalah hidup, menarik dan berkesan.

‘Model Makmal’ Model Makmal Pelaksanaan model ini dilakukan jika bilangan komputer mencukupi untuk semua pelajar. Ini adalah kerana bahan ePembelajaran dapat digunakan oleh pelajar sebagai bahan pembelajaran kendiri. Model ini adalah digunakan sekarang terutamanya di sekolah-sekolah Bestari di Malaysia yang mempunyai makmal komputer yang dilengkapi dengan talian Internet. Dengan penggunaan sebuah komputer untuk setiap seorang pelajar, maka pelajar ini akan memperoleh pengetahuan dengan lebih cepat kerana pelajar ini telah diberi peluang pengalaman pengajaran praktikal untuk mendapatkan maklumat tanpa mengenal sempadan dan batasan daripada Internet.

Arahan Kepada Peserta 1. Peserta dikehendaki memberi perhatian semasa pembentang sedang membentangkan dan membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan dengan pengintegrasian perisian kursus dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu. [1 jam] 2. Peserta dikehendaki melengkapkan lembaran kerja di bawah untuk merancang strategi memilih model yang akan digunakan dalam membina rancangan pelajaran harian. [1 jam] Topik/Kurikulum

Peralatan yang ada

Rasional

21

Pilihan: Model

Rujukan 1. Guhlin, M. (1996). Stage a well-designed Saturday session and they will come! Technology Connection, 3(3), 13-14. 2. Jaya Kumar C. Koran. (2002). Aplikasi ‘E-Learning’ Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia. (Atas Talian). www.tutor.com.my/tutuor/pix. 5 September 2005. 3. Reeves, T.C., & Reeves, P.M. (1997). The Effective Dimensions of Interactive Learning on the World Wide Web. In Khan, B.H. (ed.). Web-Based Instruction. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology, pp. 59-66.

AKTIVITI 5 Pendekatan untuk mengintegrasikan perisian kursus Bahasa Melayu di dalam bilik darjah Pengenalan Untuk Aktiviti 5, peserta dikehendaki turut serta dalam aktiviti “Hands-On” yang akan membincangkan tentang praktis dan aplikasi Sampel Rancangan Mengajar Bahasa Melayu 1 dan 2, berkaitan dengan pendekatan untuk mengintegrasikan perisian kursus Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Setiap rancangan mengajar adalah dalam 35 hingga 40 minit. Kemudian, mereka dikehendaki mengkritik dan melakukan perbincangan tentang Sampel Rancangan Mengajar Bahasa Melayu 1 dan 2. Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:

22

1. memahami praktis dan aplikasi yang bersesuaian dengan pendekatan untuk mengintegrasikan perisian kursus Bahasa Melayu di dalam bilik darjah melalui aktiviti pengajaran praktikal; 2. praktis dan mengaplikasikan rancangan mengajar yang bersesuaian dengan penggunaan perisian kursus tertentu, berdasarkan sampel rancangan pengajaran yang telah dibincangkan; 3. mengkritik rancangan pengajaran; dan 4. memahami bagaimana sesuatu perisan kursus itu boleh digunakan sebagai sejenis alat bantu mengajar berdasarkan kepada Sampel Rancangan Mengajar Bahasa Melayu 1 dan 2. Arahan Kepada Peserta 1. Peserta dikehendaki berbincang tentang Sampel Rancangan Mengajar Bahasa Melayu 2, dari segi pendekatan yang sesuai untuk mengintegrasikan perisian kursus Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. 2. Kemudian, mereka dikehendaki melakukan tugasan secara berkumpulan, iaitu mengkritik Sampel Rancangan Mengajar Bahasa Melayu 2. Ini dilakukan secara berkumpulan; setiap kumpulan akan mengkaji sama ada perisian kursus sekolah menengah atau sekolah rendah. 3. Selepas itu, perbincangan secara berkumpulan tentang pendekatan untuk pengintegrasian Rancangan Mengajar 1 dan 2 akan dijalankan, yang mana peserta dikehendaki turut serta dalam perbincangan. Beberapa kumpulan akan dipilih untuk membentangkan dan mendemonstrasi bagaimana pengajaran dapat dilakukan menggunakan sampel rancangan mengajar di dalam kelas.

AKTIVITI 6 Praktis dan perancangan rancangan mengajar untuk pengintegrasian perisian kursus di dalam kelas/makmal Pengenalan Dalam aktiviti ini, kaedah pengajaran praktikal akan digunakan untuk membincangkan tentang praktis dan perancangan rancangan mengajar untuk pengintegrasian perisian kursus di dalam kelas/konteks makmal. Peserta akan kemudiannya disuruh untuk bekerja secara berkumpulan untuk merancang dan menyiapkan satu rancangan mengajar Bahasa Melayu untuk bilik darjah atau dalam konteks makmal. Setiap rancangan mengajar yang akan dihasilkan hendaklah lebih kurang 35 hingga 40 minit. Hasil perbincangan secara berkumpulan untuk aktiviti Rancangan Mengajar akan dibentangkan pada 20 Disember 2006. Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat: 1. mengenalpasti cara-cara membina rancangan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pengintegrasian perisian kursus di dalam kelas melalui aktiviti pengajaran praktikal; dan 2. menghasilkan satu rancangan mengajar Bahasa Melayu untuk bilik darjah/konteks makmal secara berkumpulan dengan mengaplikasikan perisian kursus yang disediakan untuk sekolah Bestari. Arahan Kepada Peserta 1. Peserta hendaklah turut serta dalam perbincangan secara pengajaran praktikal, iaitu tentang praktis dan perancangan rancangan mengajar untuk pengintegrasian perisian kursus di dalam kelas/konteks makmal (kerja berkumpulan). 2. Kemudian, mereka akan diberikan latihan berkumpulan, iaitu Perancangan dan Persiapan satu Rancangan Mengajar Bahasa Melayu untuk bilik darjah/konteks makmal. [1 jam] 3. Peserta hendaklah menyiapkan rancangan mengajar tersebut dalam tempoh masa yang diberikan. 4. Hasil perbincangan secara berkumpulan untuk aktiviti Rancangan Mengajar akan dibentangkan pada 20 Disember 2006.

23

AKTIVITI 7 Perbincangan dan penyiapan rancangan

Pengenalan Bagi aktiviti terakhir ini, peserta dikehendaki menyiapkan dan membentangkan rancangan mengajar yang telah mereka lakukan semasa dalam Aktiviti 6. Pembentangan ini akan dijalankan dalam dua sesi, iaitu Sesi 1 dan Sesi 2. Untuk rekod, pembentangan ini akan dinilai, dengan menggunakan kaedah Penilaian Rakan Sebaya – mengikut kumpulan. Akhir sekali, aktiviti refleksi dan perbincangan akan menyusul untuk mendapatkan respon daripada peserta tentang hasil bengkel yang telah dijalankan. Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat: 24

1. demonstrasi rancangan pelajaran menggunakan perisian kursus berdasarkan hasil kerja kumpulan-kumpulan; dan 2. menghasilkan refleksi terhadap bengkel yang telah dijalankan dari kekuatan dan kelemahan jika ada. Arahan Kepada Peserta 1. Persiapan Rancangan Mengajar dan persediaan pembentangan. [1 jam] 2. Peserta dikehendaki melakukan pembentangan Rancangan Mengajar dengan rasional – Sesi 1 dan Sesi 2 (Penilaian Rakan Sebaya – mengikut kumpulan). [2 jam 15 minit] 3. Peserta dikehendaki memberi refleksi dan perbincangan terhadap bengkel. Mereka juga digalakkan memberi respon tehadap bengkel ini secara keseluruhan. [30 minit]

Borang Refleksi Perkara

Refleksi

Prinsip, teori dan model pengajaran

Kaedah membina rancangan pelajaran

Pengetahuan baru yang diperoleh

25

Pembinaan sintesis (pengalaman lama disatukan dengan pengetahuan baru)

Pengajaran fasilitator

Hal-hal lain

Lampiran 1 RANCANGAN MENGAJAR 1 Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi bilik darjah Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: 2

Bilangan Pelajar : 35 Tarikh

: 19 Disember 2006

Masa

: 8.30 pagi – 9.30 pagi

Tajuk Pelajaran

: Pekerjaan

Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan Di akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat: 1. menyebut suku kata terbuka dan suku kata tertutup; 26

2. membina perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; 3. mengeja dan membunyikan suku kata dengan intonasi dan sebutan yang betul; 4. membina ayat tunggal dan majmuk; dan 5. menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Kandungan 1. Suku kata terbuka dan tertutup. 2. Ayat tunggal dan ayat majmuk. Pengetahuan Lepas Pelajar 1. Murid-murid mengetahui cara-cara untuk memainkan cakera padat perisian kursus di dalam komputer. 2. Murid-murid boleh menggunakan mouse dan menaip dengan baik. Nilai Murni 1. Menghargai keluarga. Bahan/Sumber 1. Cakera padat perisian kursus pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Projektor. 3. Komputer.

Peringkat Pembelajaran Set Induksi (± 5 minit)

Aktiviti Guru 1. Beritahu semua murid bahawa mereka akan belajar satu tajuk baru, iaitu ‘Pekerjaan’ dengan menggunakan perisian komputer. 2. Sebelum memulakan pengajaran, guru menanyakan kepada murid-murid tentang maksud ‘pekerjaan’.

Aktiviti Pelajar

Alat Bantuan Mengajar

1. Meningkatkan motivasi pelajar, kerana mereka pasti teruja untuk menggunakan komputer.

1. Memberi perhatian terhadap apa yang dicakapkan oleh guru. 2. Menjawab apa yang ditanya oleh guru.

2. Menaikkan minat muridmurid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang akan dijalankan.

3. Kemudian, guru menanya beberapa murid tentang pekerjaan ahli keluarga mereka. Peringkat 1 (± 15 minit)

1. Arahkan semua pelajar mengalihkan kerusi mereka mendekati skrin projektor dan memberi perhatian kepada pembentangan oleh guru. 2. Terangkan cara menggunakan perisian kursus bertajuk ‘Pekerjaan’ dengan betul, dari segi bahagian mana yang sepatutnya dilihat dahulu, cara-cara mengenalpasti ikon yang boleh hiperlink ke slaid yang sepatutnya, dan apakah yang sepatutnya murid baca terlebih dahulu.

1. Beri perhatian kepada skrin projektor dan dengar penjelasan yang diberikan oleh guru. 2. Membaca teks seperti yang disuruh oleh guru.

Nelayan

Doktor

Rasional

1. Komputer 2. Cakera Padat Perisian daripada Kementerian Pendidikan bertajuk ‘Pekerjaan’ 3. Projektor

1. Menerangkan tentang cara penggunaan perisian tersebut dengan betul.

27

Peringkat Pembelajaran

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

Alat Bantuan Mengajar

Rasional

3. Buka slaid yang mengandungi teks tentang beberapa jenis pekerjaan, seperti penoreh getah, nelayan, dan doktor.

Penoreh Getah

4. Biarkan teks itu dibacakan kepada pelajar. 5. Kemudian, suruh beberapa orang pelajar membaca teks yang tertera di atas skrin projektor secara lisan kepada kelas.

28 Peringkat 2 (± 20 minit)

1. Seterusnya, guru menyuruh pelajar balik ke tempat mereka. 2. Arahkan murid supaya membaca teks tentang pekerjaan doktor yang ditayangkan (guru akan menayangkan teks tentang pekerjaan doktor di atas skrin projektor). 3. Kemudian, arahkan mereka supaya menjawab beberapa soalan yang telah disediakan (Lampiran A), berkenaan dengan tajuk yang telah diajarkan. 4. Pada ketika ini, guru berfungsi sebagai fasilitator. Sebaik-baiknya, jangan memberi jawapan terus kepada murid, sebaliknya, bantu mereka memperolehi jawapan. 5. Beritahu murid bahawa sesiapa yang pantas menyelesaikan semua soalan dengan betul akan diberikan ganjaran.

1. Balik ke tempat sendiri. 2. Baca teks seperti yang diarahkan oleh guru. 3. Jawab soalan seperti yang diarahkan oleh guru. 4. Tanya kepada guru sekiranya menghadapi masalah semasa menjawab soalan.

1. Komputer 2. Cakera Padat Perisian daripada Kementerian Pendidikan bertajuk ‘Pekerjaan’

1. Membiarkan pelajar belajar secara berdikari. 2. Memastikan mereka faham tentang beberapa jenis pekerjaan yang diterangkan di dalam perisian. 3. Membantu murid sekiranya mereka mengalami kesukaran. 4. Memotivasikan pelajar supaya mereka melakukan kerja dengan bersungguhsungguh.

Peringkat Pembelajaran Penutup (± 5 minit)

Aktiviti Guru 1. Guru menyimpulkan pelajaran hari itu dengan memberitahu muridmurid bahawa pekerjaan adalah penting untuk kehidupan, dimana seseorang akan dapat menampung kehidupannya dan keluarganya dengan bekerja. Oleh itu, murid hendaklah sentiasa menghargai ibubapa mereka yang bekerja kerana keduanyalah yang menampung kehidupan dan kebajikan mereka.

Aktiviti Pelajar 1. Mendengar dengan teliti nasihat yang diberikan oleh guru.

Alat Bantuan Mengajar

Rasional 1. Menerapkan nilai murni ke dalam pelajar, iaitu sentiasa menghargai ibubapa mereka yang telah menjaga mereka.

29

LAMPIRAN A Bulatkan jawapan yang betul.

30

1. Siapakah ayah Zulkifli? A. Doktor Kamal B. Doktor Zulkifli C. Doktor Jamal D. Doktor Kamil

6. Bilakah masa Doktor Kamal bertugas? A. Malam B. Siang C. Pagi D. Petang

2. Di manakah Doktor Kamal bertugas? A. Hospital Besar Johor Bahru B. Hospital Besar Pulau Pinang C. Hospital Besar Kuala Lumpur D. Hospital Besar Seremban

7. Bilakah Doktor Kamal akan berpindah ke Pulau Pinang? A. Awal tahun B. Akhir tahun C. Pertengahan tahun D. Bila-bila masa

3. Pada pendapat kamu, mengapakah Doktor Kamal sentiasa tersenyum apabila merawat pesakit? A. Suka hati B. Menyenangkan hati pesakit C. Memang suka tersenyum D. Terpaksa senyum 4. Berapa lamakah Doktor Kamal sudah bertugas di Hospital Besar Kuala Lumpur? A. 8 tahun B. 18 tahun C. 28 tahun D. 38 tahun 5. Ke manakah Doktor Kamal akan ditukarkan? A. Hospital Besar Kuala Lumpur B. Hospital Besar Johor bahru C. Hospital Besar Seremban D. Hospital Besar Pulau Pinang

8. Di bahagian manakah Doktor Kamal bertugas? A. Bahagian Pesakit Luar B. Bahagian Kecemasan C. Bahagian Kanak-Kanak D. Bahagian Sakit Puan 9. Doktor Kamal seorang yang … A. Baik B. Pemarah C. Sombong D. Kedekut 10. ‘Bercadang’ ertinya ialah A. Bersetuju B. Gembira C. Enggan D. Berhajat

Lampiran 2 RANCANGAN MENGAJAR 2 Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi makmal Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: 3

Bilangan Pelajar : 30 Tarikh

: 19 Disember 2006

Masa

: 11.00 pagi – 12 tengahari

Tajuk Pelajaran

: Unit 13: Budaya Berbilang Warisan Bersama

Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan Di akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat: 1. mempelajari cara untuk merangka penulisan; 2. meningkatkan keupayaan murid untuk menulis menggunakan teknologi maklumat; 3. menentukan kualiti penulisan dengan menitikberatkan tujuan menulis dan jenis pembaca; 4. merangka, mengedit dan merangka semula penulisan menggunakan program Microsoft Word; dan 5. meningkatkan penulisan dengan penambahan grafik dan imej. Kandungan 1. Format untuk penulisan berbentuk fakta. 2. Teknik penulisan menggunakan Microsoft Word. Pengetahuan Lepas Pelajar 1. Murid telah mempunyai pengalaman merangka dan merangka semula penulisan mereka menggunakan format kertas dan pensil. Nilai Murni 1. Bersyukur dan menghargai kemudahan yang terdapat di sekolah dan menggunakannya dengan berhati-hati. Bahan/Sumber 1. Perisian kursus pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Buku Teks), Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Program komputer Microsoft Word. 3. Komputer. 4. Projektor.

31

Peringkat Pembelajaran

32

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

Set Induksi (± 5 minit)

1. Guru memulakan pembelajaran dengan melibatkan murid dalam perbincangan kelas. Topik perbincangan adalah tentang budaya-budaya yang dapat dilihat di kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini.

1. Murid hendaklah melibatkan diri mereka di dalam perbincangan yang diketengahkan oleh guru, iaitu tentang budaya masyarakat Malaysia kini.

Peringkat 1 (± 20 minit)

1. Berdasarkan perbincangan yang dijalankan, guru menyuruh murid-murid membincangkan cara untuk menstruktur idea dan pandangan mereka.

1. Murid-murid membincangkan cara untuk menstruktur pandangan dan idea mereka.

2. Guru menulis setiap idea atau pandangan yang bernas daripada murid di atas papan putih, dalam bentuk carta pemetaan grafik. 3. Kemudian, guru membuka cakera padat perisian kursus pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Buku Teks), Dewan Bahasa dan Pustaka dan terus ke Unit 13, iaitu Budaya Berbilang Warisan Bersama. 4. Dengan menggunakan projektor, guru memainkan CD perisian Bahasa Melayu tersebut (E-Praktis 1 dan 2) dan memastikan semua murid memberikan perhatian terhadap pembentangan beberapa budaya masyarakat Malaysia.

2. Murid disarankan supaya memberikan pendapat mereka tentang isu budaya masyarakat Malaysia yang mereka ketahui. 3. Pelajar memberi perhatian kepada guru.

Alat Bantuan Mengajar

Rasional 1. Untuk menarik minat murid ke dalam perbincangan.

1. Papan putih 2. Marker pen 3. Cakera padat Perisian kursus pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 3 (Unit 13: Budaya Berbilang Warisan Bersama), Dewan Bahasa dan Pustaka 4. Komputer 5. Projektor

1. Mengajar murid cara untuk menyusun isi dan idea sebelum memulakan penulisan. 2. Memberi idea kepada murid melalui CD software buku teks supaya mereka dapat memikirkan beberapa lagi budaya yang terdapat di Malaysia.

Peringkat Pembelajaran

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

Alat Bantuan Mengajar

Rasional

E-Praktis 1

E-Praktis 1

33 E-Praktis 2 Peringkat 2 (± 15 minit)

1. Guru memberikan tugasan kepada muridmurid, iaitu menyuruh mereka memulakan rangka kepada penulisan mereka yang seharusnya berkisar kepada budaya masyarakat Malaysia. 2. Sebagai permulaan, guru menayangkan cara-cara menyusun isi dan menulis karangan dengan baik menggunakan E-Praktis 3 dari perisian di atas skrin projektor.

E-Praktis 3

1. Murid memulakan penulisan rangka mereka tentang budaya-budaya yang terdapat di masyarakat Malaysia dengan menggunakan komputer yang telah disediakan secara individu, dan mereka diberi pilihan sama ada hendak menggunakan idea yang telah ditulis oleh guru di atas papan putih atau tidak. Mereka juga boleh menambahkan idea mereka sendiri.

1. Komputer 2. Papan putih 3. Program komputer Microsoft Word

1. Mendidik murid supaya sentiasa merangka dahulu penulisan mereka sebelum menghasilkan produk akhir.

Peringkat Pembelajaran

Aktiviti Guru

Peringkat 2 (± 15 minit)

3. Guru memberi pilihan kepada mereka sama ada hendak menggunakan idea yang telah dicatatkan oleh guru di atas papan putih atau tidak.

34

4. Mereka juga diberi pilihan sama ada hendak terus menaip di dalam Microsoft Word atau merangka di atas kertas terlebih dahulu. 5. Guru hendaklah membantu pelajar dengan bertindak sebagai fasilitator, dan bergerak ke sekeliling kelas untuk mengenalpasti murid yang menghadapi kesukaran dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Aktiviti Pelajar 2. Murid memilih sama ada hendak terus menaip rangka penulisan mereka di dalam komputer (Microsoft Word) atau merangka di atas kertas terlebih dahulu.

Alat Bantuan Mengajar

Rasional

Peringkat Pembelajaran Peringkat 3 (± 10 minit)

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

1. Pada peringkat ini, guru menyuruh murid mengedit rangka atau kerja penulisan mereka yang pertama, dengan membetulkan ejaan, tatabahasa, penanda wacana, penggunaan perkataan yang sesuai, dan sebagainya. Mereka dibenarkan untuk merujuk kepada kamus, sama ada daripada dalam kelas ataupun online.

1. Murid kemudiannya mengedit rangka atau kerja penulisan mereka yang pertama, dengan membetulkan ejaan, tatabahasa, penanda wacana, penggunaan perkataan yang sesuai, dan sebagainya. Murid dibenarkan untuk menggunakan kamus dan tesaurus yang boleh didapati dalam bentuk buku yang disediakan di dalam kelas ataupun secara online dengan merujuk kepada kamus dari Internet.

2. Selepas itu, guru menugaskan murid supaya merangka kerja penulisan mereka dengan memformat semula jenis, stail dan saiz perkataan yang mereka gunakan, memilih bentuk mukasurat yang sesuai (landskap atau potret) dan memasukkan ‘clip art’ dan imej-imej untuk hasil penulisan mereka.

2. Murid merangka kerja penulisan mereka dengan memformat semula jenis, stail dan saiz perkataan yang mereka gunakan, memilih bentuk mukasurat yang sesuai (landskap atau potret) dan memasukkan ‘clip art’ dan imej-imej untuk hasil penulisan mereka.

Alat Bantuan Mengajar 1. Komputer

Rasional 1. Mendidik murid supaya menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti, tanpa kesalahan ejaan.

35

Peringkat Pembelajaran Penutup (± 10 minit)

36

Alat Bantuan Mengajar

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

1. Sebelum mengakhiri kelas, guru menyatakan kepada murid bahawa mereka boleh membuat beberapa perkara terhadap penulisan mereka, seperti menambahkan gambargambar yang diperolehi daripada Internet ke dalam penulisan mereka; menukar susunan ayat dalam penulisan mereka (menggunakan opsyen ‘cut and paste’) dan memberikan cerita atau penulisan yang telah ditukar susunannya kepada rakan mereka untuk disusun semula; dan mencetak hasil penulisan mereka dan menjilidnya (binding) sebagai buku untuk dibaca oleh rakan sekelas.

1. Murid mendengar dan memberi perhatian terhadap cadangan yang diberikan oleh guru.

Rasional 1. Untuk memberi semangat dan mencetuskan minda muridmurid. 2. Untuk memupuk nilai murni di dalam muridmurid, iaitu bersyukur dan menghargai kemudahan yang terdapat di sekolah

2. Guru menyimpulkan bahawa terdapat perkara yang boleh dilakukan dengan komputer. Oleh itu, murid hendaklah bersyukur dan menghargai kemudahan yang terdapat di sekolah dan menggunakannya dengan berhati-hati.

JAWAPAN UNTUK SOALAN (LAMPIRAN A) 1. A

3. A

5. D

7. A

9. A

2. C

4. A

6. B

8. C

10. D

Suggest Documents