Course Code / Course Name

GLA 5023 AMALAN KEHAKIMAN DAN GUAMAN SYARIE

Status / Level

MAJOR / POST GRADUATE DIPLOMA

Credit Hours

3 CREDIT HOURS LECTURES: 2 HOURS X 14 sessions TUTORIALS : 1 HOUR X 14 sessions

Methodology

LECTURES AND TUTORIALS / DISCUSSIONS

Evaluation

Coursework [a] Assignment [b] Presentation [b] Participation [c] Mid semester examination

10% 10% 10% 10%

40%

60%

Final Examination

Lecturers

Zulkifli bin Hasan (1 Lecture + 2 Tutorial = 4 hours) LL.B (Hons) (UIAM), LL.B (Shariah) (Hons) (UIAM), MCL (UIAM), Advocate and Solicitor (Malaya), Syarie Counsel.

Course Objectives

Objektif program:(a) mendedahkan pelajar dengan amalan kehakiman dan guaman syarie di mahkamah syariah di Malaysia; (b) melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan mengenai aspek praktikal pengamal undang-undang sama ada hakim atau peguam syarie; (c) mempelajari etika-etika atau adab-adab seorang hakim dan peguam syarie dan kepentingannya untuk menegakkan institusi perundangan syarie di Malaysia; dan (d) mengetahui prosedur kemasukan peguam syarie di negeri-negeri di Malaysia dan pengaplikasian undangundang syariah di setiap negeri.

1

Course Synopsis

Kursus ini bertujuan untuk membiasakan para pelajar dengan perkara-perkara praktikal dalam bidang kehakiman dan guaman syarie agar mereka mengamalkan undang-undang Islam dengan lebih teratur. Kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian:Bahagian Pertama meliputi amalan kehakiman yang terdiri dari peranan hakim, perlantikan hakim, tanggungjawab hakim termasuk etika-etika hakim syarie semasa di Mahkamah dan di luar Mahkamah. Subjek ini akan membuat perbandingan dengan prinsip kehakiman dan amalan terkini yag dipraktikkan di Malaysia. Bahagian Dua meliputi perbincangan tentang peranan peguam syarie sebagai pengamal undang-undang, syarat-syarat dan keperluan bagi kemasukan peguam syarie bagi tiap-tiap buah negeri di Malaysia, tanggungjawab peguam syarie dan etikaetikanya. Pelajar juga didedahkan dengan peranan peguam syarie khususnya kepada pelanggan dan umumnya kepada masyarakat. Kecuaian para peguam dan tindakan disiplin yang boleh dikenakan semasa menjalankan amalannya akan diperbincangkan dari sudut aspek undang-undang yang diguna pakai. Secara umumnya peranan kedua-dua aspek kehakiman dan guaman syarie ini di dalam institusi perundangan negara akan dibincangkan dengan mendalam secara teori dan amalan.

General References

Al-Mawardi, Abu Hassan b. Muhammad, Al-Ahkam al-Sultaniah Farid Sufian Shuaib, Tajul Aris Ahmad Bustami & Mohd Hisham Mohd Kamal. 2001. Administration of Islamic Law in Malaysia Text and Materials. MLJ Farid Sufian Shuaib. 2003. Powers and Jurisdiction of Syariah Courts in Malaysia. MLH. Imam Khassaf. 2004. Al-Qadhi (Islamic Legal and Judicial System). Adam Publishers & Distributors Tan Yock Lin. 1991.The Law of Advocates and Solicitors in Singapore and West Malaysia. MLJ Jeffery Pinsler. 1982. Evidence, Advocacy and The Litigation

2

Process. Butterworth. Madkur Muhammad Sallam, Tarikh al-Qada’ fi al-Islam Michael Hyam. 1990. Advocacy Skills. Blackstone Press Limited. Razali Nawawi, Machinery of Justice in Islam : A Comparative Study between The Kingdom of Saudi Arabia and Malaysia, Kuala Lumpur, 1990. Shiekh Mahmud Arnas, Tarikh al-Qada’ Akta/Enakmen Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Selangor 2003. Perlembagaan Persekutuan Judges’ Code of Ethics 1994. Kod Etika Hakim Syarie. Kod Etika Peguam Syarie. Legal Profession (Practice and Etiquette) rules 1978 Legal Profession (Disciplinary Board) Procedure Rules 1994 Legal Profession (Professional Liability) Insurance Rules 1992 Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 Peguam Syarie Rules 1991 Selangor. Learning Outcome

Subjek ini akan mempersiapkan pelajar dengan ilmu teori dan praktikal amalan kehakiman dan guaman syarie. Para pelajar akan didedahkan dengan perlaksanaan prinsip kehakiman dan guaman syarie dalam fiqh Islam dan juga amalan yang dipraktikkan di Malaysia. Subjek ini amat penting untuk para pelajar memahami prinsip kehakiman dan guaman syarie dan dapat membantu agar diterima masuk sebagai peguam syarie, dilantik sebagai hakim syarie, pegawai pendakwa, pegawai penguatkuasa, pegawai sulh dan sebagainya.

3

Minggu

Topik

Rujukan

Minggu 1

PENGENALAN Kedudukan Undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah di Malaysia. Kedudukan Undang-undang Islam Sebelum merdeka dan selepas merdeka. Penubuhan Mahkamah Syariah. Kedudukan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia. Bidangkuasa sivil dan jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia. Bidang kuasa kehakiman mengikut tatacara kehakiman dan prinsip-prinsip bidang kuasa yang diwarisi (inherent jurisdiction).

Minggu 2

Institusi Perundangan Syarie menurut Syariah.

Pegawai Mahkamah (a) (b) (c) (d) (e) (f)

Qadhi/ Hakim Pendaftar Pegawai Pendakwa Pegawai Sulh Pegawai Penguatkuasa Peguam Syarie

4

Al-Quran: Surah Al-Anbiya (21) :78-79 Surah Yusuf (12): 22-29 Surah An-Nisaa (4): 105 Hadith: Sunan Abu Dawud, Kitab Al-Aqdiyyah Muwatta Imam Malik, Kitab Al-Aqdiyyah p. 313 Ibn Qayyim al-Jauziah, Al Turuq al Hukumiyyah

Minggu 3 dan 4

Bahagian A (Kehakiman Syarie) Pengertian kehakiman, objektif kehakiman, kehakiman mengikut perspektif Quran dan Sunnah (Rujukan kepada ayat-ayat alQuran dan hadis-hadis Rasullullah yang berkaitan dengan kehakiman).

(a) Definisi Qadhi/ Hakim Sifat hakim sebagai penyelesai kepada pertelingkahan (perbincangan mengenai tajuk-tajuk ini dirujukkan kepada pesanan al-Quran, hadis-hadis Rasullullah dan para ulama’ fiqh seperti kadi Syuraih. (b) Kriteria perlantikan Kelayakan-kelayakan seorang hakim; Terdapat dua jenis : kelayakan dari segi ilmu dan kelayakan dari segi akhlak. Kelayakan dari segi ilmu termasuk pengetahuan mengenai ilmu-ilmu asas Kitab al- Ahkam alseperti ilmu usul fiqh, ilmu tarikh fiqh ilmu Sultaniyah oleh al-Mawardi). fiqh, ilmu kaedah-kaedah fiqh dan ilmu mengenai siasah syar’iah (perbincangan mengenai tajuk ini akan menyentuh secara umum ilmu-ilmu tersebut. Mahasiswa akan diminta untuk menerangkan kandungan umum ilmu-ilmu tersebut). Kelayakan dari segi akhlak (perbincangan mengenai tajuk ini dirujukkan kepada tatasusila seorang hakim seperti warak, adil, sabar, bertimbangrasa dan lain-lain tatasusila yang disenaraikan oleh fuqaha’. Perlantikan hakim Mahkamah Syariah:Hakim mahkamah rendah, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

5

Seksyen 41, 42, 43 dan 44 Akta Pentadbiran Undangundang Islam Wilayah Persekutuan 1993.

Kriteria perlantikan:-Kuasa Yang Dipertuan Agong atau Sultan. -Berpengetahuan undang-undang syariah. - Pengalaman - Kepakaran dalam perundangan Islam -Syarat-syarat di dalam Enakmen Negerinegeri di Malaysia Isu-isu berkaitan:- Hakim wanita. - Kemampuan untuk berijtihad - Had umur hakim.

6

Akta Pentadbiran Undangundang Islam Wilayah Persekutuan 1993. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Selangor 2003.

Minggu 5-6

(a) Kedudukan Qadhi -Hadith riwayat Buraidah-3 jenis hakim. -Sistem Adversarial dan Inquisitorial. -Sistem digunapakai di Mahkamah Syariah. Kedudukan dan kepentingan hakim dalam rangka pelaksanaan hukum syara’ suatu pemerintahan, sifat-sifat hakim mahkamah syara’ sebagai pewaris Rasullullah. (b) Fungsi qadhi -keadilan -mengikut prosedur mahkamah -Keputusan berlandaskan hukum syarak. (c) Tanggungjawab Qadhi -Menegakkan hukum Allah -Menyatakan kebenaran - Menggalakkan orang lain mengikut hukum syarak. - Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan. - Perbincangan akan menyentuh mengenai isu status atau taraf dan peranan hakim mahkamah syara’. Hakim mahkamah syara’ hendaklah meningkatkan tarafnya dan taraf penghakiman agar ia mencapai taraf yang paling baik untuk menjadi bukti akan kejituan hukum syara’ yang boleh menolak segala anggapan rendah terhadap kemampuan hakim dan mahkamah syara’ dan dengan anggapan rendah ini melarat kepada anggapan negatif terhadap kejituan hukum Allah.

Minggu 7-8

(a) Tatasusila penghakiman dan cara-cara menulis kehakiman (perbincangan mengenai tajuk ini akan menyentuh mengenai beberapa tatasusila seorang hakim sebagaimana yang dipesan Rasulullah antaranya alhukmu bi al-zahir atau penghakiman berdasarkan lahiriah), “ Tersalah lepas orang yang bersalah lebih baik daripada tersalah hukum ke atas orang yang tak bersalah “.

7

Surah An-Nisaa (4): 105

-Penghakiman wajib ditulis dan dalam menulis kehakiman semua hujah perlu diolah termasuk hujah yang dianggap sebagai terkuat dan boleh diterima dan keputusan penghakiman perlu dialas dengan hujah-hujah yang sahih. -Pengetahuan hakim mengenai fakta kes dan percanggahan kepentingan (perbincangan mengenai tajuk ini menyentuh sejauhmana boleh atau sebaliknya mendengar kes dimana ia ada kaitan kepentingan dalam kes yang dibicarakan). (b) Etika dan adab qadhi -Definisi etika dan adab. -Adab Hakim menurut syariah - Adab di dalam Mahkamah -Adab di luar mahkamah. - Salah laku hakim/ qadhi

Judges’ Code of Ethics 1994 Kod Etika Hakim Syarie

(c) Pemecatan dan Persaraan hakim.

8

Akta Pentadbiran Undangundang Islam (WP) 1993.

Minggu 9

Bahagian B. (Peguam Syarie ) Definisi peguam syarie. Perbezaan peguam syarie dan peguambela dan peguamcara.

Minggu 10

Bidangkuasa peguam Syarie.

Seksyen 50 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Selangor 1989.

Perlantikan peguam Syarie

Seksyen 55 (1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (WP) 1993.

Syarat-syarat dan kriteria perlantikan kemasukan peguam syarie bagi negerinegeri di Malaysia.

Peguam Syarie Rules (Selangor) 1991, Peguam Syarie Rules (Wilayah Persekutuan) 1993. dan negeri-negeri seluruh Malaysia.

Prosedur kemasukan peguam syarie negerinegeri Wilayah Persekutuan dan Selangor serta negeri-negeri lain.

Peguam Syarie Rules (Selangor) 1991, Peguam Syarie Rules (Wilayah Persekutuan) 1993. dan negeri-negeri seluruh Malaysia.

Perbezaan prosedur dan ketidakseragaman di antara negeri-negeri. Perbincangan mengenai usaha-usaha untuk menyeragamkan prosedur penerimaan masuk peguam syarie ke Mahkamah Syariah. Isu-isu berkaitan:-Kemasukan Peguam Syarie bukan muslim. - Penubuhan Majlis Peguam Syarie -Keperluan Syarie Legal Profession Act

Minggu 11

Peranan dan fungsi peguam syarie. Tanggungjawab kepada Pelanggan -untuk mewakili. Prinsip Cab rank rule yang

9

Legal Profession Act 1976. Kod Etika Peguam Syarie.

digunapakai oleh peguamcara dan peguambela. Prinsip kerahsiaan atau privilege communication yang perlu dijaga oleh peguam syarie. Tanggungjawab kepada masyarakat dan keadilan. Perbincangan akan merujuk kepada peranan peguam syarie dalam usaha untuk menegakkan keadilan walaupun mereka berhadapan dengan konflik tanggungjawab terhadap pelanggan dan dalam masa yang sama bertanggungjawab kepada keadilan. Peranan Peguam Syarie:- Mewakili pelanggan dengan penuh tanggungjawab. - Mempunyai ilmu pengetahuan yang baik dalam undang-undang substantif dan prosedur dan berusaha untuk meningkatkannya. - Jujur kepada pelanggan - Menjaga kerahsiaan. - Tidak melengahkan perbicaraan dan menepati masa.

10

Surah Al-An’am:152 Surah An-Nisa’:135

Minggu 12

Etika Peguam Syarie (a) Semasa di Mahkamah - Tidak menyoal soalan yang menghina. -Tidak menyoal soalan tidak relevan. -Menghormati mahkamah -mengendalikan kes dengan penuh hemah dan adil. -tidak memakai jubah peguam semasa menjadi saksi. -mempertahankan kredibliti profesion peguam syarie. -tanggungjawab untuk mendedahkan fakta dan bukti kes. -mengenakan bayaran yuran guaman secara adil. (b) Di luar mahkamah. -tidak mewakili sekiranya ada “conflict of interest” atau “embarrassed”. -tidak mewaili sekiranya sukar untuk mempertahankan kebebasan professional. -tidak mewakili sekiranya tidak dapat hadir di mahkamah -tidak mewakili pelanggan peguam syarie lain tanpa kebenaran. -sentiasa memelihara keperibadian -tidak terlibat dengan apa saja aktiviti jenayah. -peraturan pengiklanan

Minggu 13

Kod Etika Peguam Syarie Legal Profession Act 1976. Legal Profession (Practice and Etiquette) rules 1978

Kod Etika Peguam Syarie Legal Profession Act 1976. Legal Profession (Practice and Etiquette) rules 1978

Salah laku Peguam Syarie Jenis salah laku:-Sabitan kes jenayah

Rule 16 (2) (1) PSR (Selangor) 1991 and Rule 94 (3) (1) of LPA 1976.

-Kemungkiran akujanji

Rule 94 (3) (2) of LPA 1976.

-Penipuan dan tidak amanah

Rule 94 (3) (3) of LPA 1976 and Rule 16 (2) (b) PSR (Selangor) 1991.

11

-Melanggar Etika Peguam Syarie

Rule 94 (d) of LPA 1976

- Diisytiharkan muflis

Rule 94 (e) of LPA 1976 Rule 16 (c) PSR (Selangor) 1991.

-melanggar mana akta atau enakmen

Rule 94 (3) (11) of LPA 1976 Rule 16 (i) PSR (Selangor) 1991.

Tindakan sekiranya ada salah laku:-Ditamatkan keanggotaan. -Digantung sementara untuk beramal. -amaran -denda atau tindakan yang difikirkan sesuai.

Rule 94 of LPA 1976 and Rule 19 of PSR ( Selangor) 1991. Legal Profession (Practice and Etiquette) rules 1978

Prosedur tindakan disiplin peguam sivil dan peguam syarie. Rule 93-103 of LPA 1976. Rule 16-18 of PSR ( Selangor) 1991.

Minggu 14

Contempt of court (Menghina Mahkamah) (a) Civil Contempt -tidak menurut arahan atau penghakiman mahkamah. (b) Criminal Contempt - komen sub judis - mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan kredibiliti mahkamah. - Mengeluarkan kata-kata tidak baik semasa perbicaraan. (Contempt in the face of the Court)

MBF Holdings BHD V Houng Hai Kong Re TT Rajah Re Zainur Zakaria

Re Kumaraendran

Prosedur tindakan menghina mahkamah.

Seksyen 229-230 of Selangor Syariah Civil Procedure Enactment (Amendment) 2003.

Hukuman- Maksimum 6 bulan penjara atau RM2,000.00.

Seksyen 229 of Selangor Syariah Civil Procedure Enactment (Amendment) 2003.

12