Beberapa Premis Tentang Perasaan Hasad-Dengki (Phd) Sebagai nilai Masyarakat Melayu: Suatu Polemik?

Beberapa Premis Tentang Perasaan Hasad-Dengki (Phd) Sebagai nilai Masyarakat Melayu: Suatu Polemik? Mohd. Azhar Abd. Hamid Mohd. Koharuddin Balwi Muh...
Author: Abigayle White
23 downloads 7 Views 1MB Size
Beberapa Premis Tentang Perasaan Hasad-Dengki (Phd) Sebagai nilai Masyarakat Melayu: Suatu Polemik?

Mohd. Azhar Abd. Hamid Mohd. Koharuddin Balwi Muhamed Fauzi Othman Azmi Md. Shah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Ahstrak Perasaan hasad-dengki (P.hd) telah menjadi suatu klise di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia seiak sekian lama. Walau pun konsep P.hd terdapat dalam semua masyarakat di dunia, namun mengapa dalam konteks di Malaysia, ia seolah-olah bersinonim dengan masyarakat Melayu. Apakah benar Phd merupakan nilai yang telah membatin dalam iiwa raga masyarakat Melayu? Inilah persaoalan yang akan cuba dikupas oleh kami. Walau pun persoalan ini amat remeh bagi sesetengah daripada kita, namun kami percaya amat jarang masyarakat Melayu, melihatnya dari sudut ilmiah dan empirikal. Phd tidak bersendirian, malah ia telah mewujudkan slanga sosial yang amat negatif terhadap konsep diri masyarakat Melayu seperti ‘J angan kerja rajin ‘Janji Melayu ‘Dendam Melayu ’ dan sebagainya. Jika benar, P.hd merupakan nilai dan tanggapan diri masyarakat Melayu, ia sesuatu yang amat merugikan masyarakat Melayu keseluruhannya. Oleh yang demildan, dalam kertas kerja konseptual ini kami akan menyelusuri konsep P.hd dalam perspektif lokal dan global. Beberapa teks agung Melayu iaitu Sejarah Melayu dan beberapa teks prosa klasik Melayu lama, puisi dan peribahasa Melayu akan digunakan sebagai asas perbincangan tajuk ini. Selain itu, kami turut menggunakan beberapa teks naratif moden untuk mengungkapkan konsep Phd dalam persekitaran moden dan sekular. Teras kepada polemik konsep Phd ini akan berkisar kepada tiga premis iaitu pertama, orang Melayu dengki jika orang Melayu berjaya?; kedua, Orang Melayu akan melakukan tindakan agresif terhadap pesaing Melayu yang lain?; dan ketiga, Phd menimbulkan perasaan dendam, fitnah-menfitnah?. Setiap satu daripada premis ini akan dibahaskan secara berpada. Akhimya kertas kerja akan menggagaskan ‘Jati diri Melayu’ sebenar yang dapat mampu melakarkan kehidupan harmoni, aman dan rukun dalam persekitaran yang yang amat kondusif.

PENGENALAN Perasaan hasad dan dengki (P.hd) merupakan suatu nilai negatif yang telah wujud sejak zaman nabi Allah Adam a.s. Dalam sejarah Islam, kisah konflik yang berlaku antara Habil dan Kabil merupakan pemula kepada kewujudan P.hd di kalangan seluruh umat manusia di dunia ini. Justeru itu, generalisasi boleh dibuat bahawa P.hd wujud dan membarah dalam semua masyarakat dan peradaban dunia - Cina, Melayu, India, anglosaxon dan sebagainya. P.hd tidak mengenai wama, kulit, agama, sifat dan pewatakan seseorang. Sesiapa jua boleh dihinggapi P.hd ini dalam pelbagai keadaan dan situasi pekerjaan, pemiagaan, pembelajaran, pergaulan sosial dan sebagainya. Dalam al-Qurar banyak sekali ayat-ayat yang Allah tumnkan kepada manusia agar menjauhi sifat hasad dan dengki ini.

P.hd dan Fenomena Sejagat Dalam tradisi dan peradaban dunia klasik ke moden banyak sekali sejarah dan tauladan yang telah menyebabkan kemusnahan, kehancuran dan konflik yang berpanjang antara suatu tamadun dengan tamadun yang lain; antara suatu agama dengan agama yang lain; dan antara suatu kaum dengan kaum yang lain. Dengan kata lain, P.hd merentasi batas peradaban, agama dan kaum P.hd adalah fenomena sejagat. Ia menyerapi dalam semua masyarakat di dunia. P.hd tidak mengenai, usia, darjat, keturunan, bangsa mahupun agama. P.hd hanya wujud dalam dir manusia kerana manusia memiliki akal, nafsu, roh dan kalbu yang membolehkan P.hd hidup subur dan membarah dalam setiap sendi kehidupan manusia5 Oleh kerana ia merupakan suatu fenomena sejagat, tidaklah tepat jika andaian dibuat bahawa masyarakat Melayu memiliki P.hd yang paling berat dan teruk berbandmg dengan bangsa-bangsa lain. Abu Hurairah ra. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Takutlah kamu pada sifat dengki (hasad dan iri hati), sesungguhnya dengki itu dapat memakan kebaikan-kebaikanmu sebagaimana api memakan kayu bakar." (Riwayat Abu Daud). Daripada Watsilah bin al-Asqa' r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

1 Antara ayat-ayat tersebut seperti surah a l-N isa ’(3 2 dan 54); al-Faiaq (1-5); surah al-M u tafaffin (26); surah al-Imran (133); surah al-baqarah (109) Pada zam an klasik p em ah berlaku dalam tam adun M esir, India, China dan M aya. Pada zaman kontemporari ini kita dapat m enyaksikan bagaim ana P.hd ini m elanda dalam m asyarakat seluruh dunia m enerusi pelbagai cara seperti diskriminasi, ethnic clean sin g, peperangan, pem bunuhan seperti yang berlaku sem asa pemerintahan Hitler di Jerman, Idi A m in di U ganda, P in och et di Peru, dan pada m asa kini seperti puak protestan dan katolik di Ireland, puak hum dan tutsi di Rwanda; dan banyak la g i seperti di Sulaw esi, A cheh, B osnia, Chehnya, Pakistan, Iraq, Liberia, A m erika Syarikat, jerm an dan sebagainya. Pendek kata P.hd berlaku dalam hampir sem ua masyarakat dan d im anifestasikan dalam pelbagai pendekatan dan matlamat. J M enurut A li Jarishah 9 1 9 9 0 ), sem em angnya sifat sem ulajadi m anusia bersifat eg o (ananiy), tabah menahan diri, mengutam akan diri sendiri dan gem ar bersikap permusuhan dengan orang lain. O leh yang dem ikian sejak aw al-aw al lagi manusia tidak m em pedulikan hak-hak atau tidak m enghorm atinya.

2

'Janganlah engkau gembirci Icintaran bencana yang menimpa saudara Muslimmu, sebab jika engkau berkelakuan demikian, maka Allah akan memberikan kerahmatan kepada saudaramu itu sedangkan ke atas engkau sendiri ditimpakan bala oleh-Nya." (Riwayat Imam. Tirmizi) Rasulullah s.a.w. sendiri senantiasa memohon perlindungan Allah s.w.t. daripada hasad dengld supaya tidak tumbuh di dalam dirinya sendiri atau yang tumbuh dalam hati manusia lain. Si pendengki akan sanggup bergabung dengan Iblis apabila hatinya dilanda kedengkian. Lantaran itulah, para pendengki ini melanggani tukang-tukang sihir dan mengamalkan perbuatan keji dan terlaknat. Ini semua dosa besar yang dapat ditebus melalui taubat dan pengampunan.Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): 'Aim berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menguasai Subuh, daripada kejahatan makhluk-Nya, dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan (dan ikatan-ikatan), dan daripada kejahatan orang yang dengld apabila ia dengki." (Al-Falaq: 1-5). Surah ini mengajar kita memohon perlindungan kepada Allah Taala daripada bahaya yang datang daripada segala jenis makhluk Tuhan, sama ada yang terdapat pada malam hari yang gelap atau daripada makhluk yang berjiwa kotor meliputi ahli-ahli sihir dan lain-lainnya yang melakukan perbuatan yang merosakkan serta manusia yang khianat dan hasad dengki Bahaya pertama datangnya daripada kejadian gelap; gelap malam yang menjadi peluang kepada sebahagian besar makhluk-makhluk jahat yang keluar dari tempat masing-masing melakukan kejahatannya, sedangkan peluang mendapat keselamatan dan pertolongan pada masa itu tidak banyak dan tidak mudah; gelap mata kepala, mata hati dan gelap jalan kehidupan dan sebagainya. Bahaya kedua datangnya daripada makhluk-makhluk yang berj iwa kotor, yang berusaha membuat fitnah melonggarkan simpulan iktikad, menghuraikan ikatan muhibbah, meruntuhkan rumah tangga, memecah belahkan perpaduan kaum kerabat dan merosakkan masyarakat. Ahliahli sihir dan orang-orang sepeiti itu yang melakukan perbuatan yang merosakkan dan membahayakan orang lain adalah daripada golongan makhluk-makhluk yang berjiwa kotor ini. Bahaya ketiga datangnya daripada manusia yang menjalankan tipu daya dan angkaranya untuk menghapuskan sesuatu nikmat Tuhan daripada seseorang yang memperolehi nikmat itu. Orang yang demikian perangainya ialah orang yang ada dalam jiwanya penyakit hasad (penyakit dengkij jaitu penyakit tidak senang hati melihat atau mendengar orang mendapat nikmat daripada Allah s.w.t. selagi nikmat itu tidak hilang daripada orang yang mendapatnya. Penyakit ini yang menyebabkan berlakunya berbagaibagai perbuatan derhaka. Penyakit inilah yang telah menyebabkan Iblis menjadi kufur (ingkar) kerana tidak senang hatinya melihat Nabi Adam a.s. mendapat pangkat (senagai khalifah dimukabumi) sedangkan kejadian Nabi Adam a.s. dilihat sebagai lebih inferior dari Iblis yang bergelar Azazil sebelum itu. Kejadian Adam itu dari tanah sedangkan Iblis Dalam sejarah hidup Rasullullah s.a.w dalam meyebarkan dakwah Islamiab di Mekah mahu pun di Madinah tidak pem ah putus daripada dilingkari dengan P.hd sama ada oleh kaumnya sendiri; mahupun kaum keluarganya yang terdekat seperti Abu Jahal.

3

diciptakan dari api. Penyakit inilah juga yang telah menyebabkan Qabil membunuh saudaranya Habil kerana tidak senang hatinya mendengar Habil mendapat isteri yang lebih cantik daripada isteri yang ditetapkan baginya (Ali Jarishah, 1990). Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda: ' 'Awasilah diri kainu daripada bersangka buruk kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. ' Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Konsep Perasaan Kliianat, Hasad dan Dengki Hasad (dalam bahasa Arab) atau dengki (dalam bahasa Melayu) dalam definisi yang lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar untuk menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain (Wan Marzuki, 2003). Dalam Islam, P.hd diletakkan di bawah kategori perbuatan mazmumah (perkara-perkara yang tercela). Impaknya amat besar, bukan sahaja kepada orang yang didengki tetapi juga terpalit kepada seluruh anggota masyarakat. Terdapat beberapa sifat yang sealiran dengan P.hd ini seperti kliianat, iri hati, cemburu buta, fitnah, prejudis, riak/takabur, bongkak/sombong, adu domba dan banyak yang lain. Hassan (1986), menyatakan bahawa perasaan hasad dan dengki tergolong dalam penyakit-penyakit mental (pendekatan psikologikal) Dalam Islam P.hd dianggap sebagai penyakit rohani yang berpunca daripada nafsu amarah yang dihasut oleh syaitan. Dalam penulisan Abang Y usuf Puteh dalam The Malay M ind (1996) menyatakan bahawa P.hd Melayu ini merupakan the most serious, dangerous and destructive traits o f the Malay mind. Mengikut beliau lagi P.hd ini diwakili oleh Dengki dan Dendam. Dengki ditakrifkan sebagai vicious jelousy atau malicious envy (sifat cemburu yang jahat atau kejam). Dendam ditakrifkan sebagai cemburu yang melampau atau sebagai vindictiveness (pendendam), vengeance (berdendam ) dan victimisation (pemangsaan, memakan korban). (Abang Yusuf, 1996 : 31). Kedua-duanya dismgkatkan kepada 2Ds sahaja. Bagi beliau phd ini tidak lain ialah : ‘The basic philosophy in the Malay heart has been this ; that everybody should be equel in poverty and misery, and that no one should be better o ff either in prosperity or social standing. ’ Takrifan ini dikemb anglean dari sindrom D (D-syndrome) kepada paparan klasik minda Melayu tentang Phd iaitu Penghasut, Hianat (atau khianat), Dengki dan Dendam. 5 Mat Saat Baki (1993) dalam Abdul Halim (1993) dalam artikelnya yang bertajuk “Tingkah laku Nomial”menjelaskan bahawa P.hd mempakan salah satu daripada ‘penyakit’ yang wujud dalam masyarakat Melayu antara lain seperti gila keturunan, gila berkala, kenan, dirasuk hantu, Si Jundai atau Sihir, santau atau racun, badi, gila babi, latah, arnuk, waswas, pondan, nyanyuk, susah hati, tiga suku dan miring. 6 Mchayudm (1986) menyatakan akibat ‘penyakit hati dan rohani’ ini telah menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam yang bermula pada tahun 11 hijrah atau 632 hijrah. Silan lihat bukunnya ‘Sejarah Awal perpecahan Umat Islam”.

4

Khianat dilihat sebagi sifat kesyaitanan dalam minda atau perbuatan berbuat jahat hingga kepada menghancurkan seseorang yang dijadikan mangsa. Kemusnahan dan kematian musuh merupakan sesuatu yang menjadi kebahagian dimata orang yang memiliki jiw a khianat ini. Pemilihan atau kecendemngan orang Melayu memberikan pengertian negatif ke atas aspek Phd ini mencerminkan mentaliti mereka tentang kejayaan. Sudah menjadi satu klise atau kelaziman dalam perbualan harian dikalangan orang Melayu untuk mengaitkan ciri-ciri negatif ini sebagai ciri komuniti mereka yang kemudinannya telah mempengaruhi minda dan perlakuan orang-orang Melayu itu sendiri. (Abang Yusuf, 996 : 31) . Dalam makna biasa Ph.d merujuk kepada satu pencapaian tinggi dalam bidang keintelektualan. Sebaliknya Phd ini diletakkan sebagai pencapaian terendah seseorang Melayu. Mengikut para mama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Melalui sifat bohong dan angkuh Melalui sifat bakhil dan kedekut Melalui sifat takbur dan bongkak Sifat khianat Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat Melalui sifat hasad Melalui sifat suka meremehkan orang lain Melaluisifat ujub atau bangga diri Melalui sifat suka berangan-angan Melalui sifat buruk sangka

Masyarakat Melayu biasanya begitu mudah dikaitkan dengan nilai mazmumah ini. Akhlak yang buruk seperti ini seandainya tidak dibendung dan dirawati bukan sahaja boleh merosakkan diri malah boleh meruntuhkan sesebuah masyarakat dan juga negara. Hal ini kerana mereka terlalu mudah buruk sangka dan mencurigai sesuatu perkara tanpa bukti dan alasan yang sewajamya. Firman Allah s.w.t.yang bermaksud: "Wahcii orang yang beriman, tinggalkanlah sebahagian besar daripada bersangka-sangka, kerana sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. " (Al-Hujurat: 12). Dalam sebuah hadis yang lain. Nabi s.a.w. pemah bersabda: Awaslah kamu daripada bersangka-sangka kerana sangkaan itu sedusta-dusta berita." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam." (Riwayat Muslim).

5

Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin menyatakan dengki itu ialah suatu perascian jiw a yang sakit dan tidcik senang hati apabila mengetahui orang lain mendapat sesuatu kelebihan tetapi sebaliknya dia sendiri akan tersangat gembira jika ia terrnasuk dalam kumpulan yang memperolehinya (rujuk Rajah la ,lb dan 1c). Imam al-Ghazali, menghuraikan kedengkian itu ada tiga macam iaitu; i. Menginginkan agar kenikmatan itu lenyap daripada orang lain dan ia sebagai penggantinya. ii Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu musnah sekali pun ia sendiri tidak dapat memilikinya, lantaran dirinya yang memang serba kekurangan atau tiada kebolehan. Yang penting baginya ialah orang itu jatuh, maka ia akan tersangat gembira. Pekerti in. lebih jahat dibandingkan dengan yang pertama. iii. Merasa sakit hati apabila orang lain melebihinya walaupun ia tidak berbuat sesuatu untuk menjatuhkannya. Perasaan ini juga terlarang kerana tidak redha dengan ketentuan Allah Azza wa Jalla.

SITUASIA (sebelah pihak sahaja)

Individu B

Individu A

Perasaan Hasad Dengki terhadap B SITUASI B (dua belah pihak) Individu B

Individu A

Perasaan Hasad Dengki Berlaku antara A dan B

6

SITUASI C (Rencam)

A

C

E

Rajah 1: P.hd dalam Kalangan M asyarakat Melayu

Rajah 1 di atas menunjukkan tiga situasi (A, B dan C) bagaimana boleh berlakunya P.hd dalam kalangan masyarakat Melayu. Situasi A dan B lazim berlaku dalam kehidupan masyarakat melayu, namun agak sukar untuk kita melihat P.hd dalam situasi C. Bagaimanapun ia boleh berlaku dan akhimya boleh mewujudkan suasana anarki. Lazimnya, ketiga-tiga situasi di atas berlaku dalam keadaan yang mana melibatkan; i. sesama adik-beradik/ keluarga ii. sesama jiran iii. sesama rakan dan taulan iv. sesama saudara seislam/sebangsa

7

v.

berlainan bangsa/agama/keturunan

P.hd Dalam Senario Kehidupan M asyarakat Melayu

Orang Melayu seperti juga masyarakat lain yang turut dibelenggu dengan P.hd ini. Dalam senario masyarakat Melayu P.hd telah wujud sejak sebelum masihi lagi. Bagaimana pun agak sukar untuk untuk membuktikan secara empirikal sejarah P.hd dalam kalangan masyarakat Melayu lama. Namun begitu, P.hd ini boleh ditelusuri menerusi tradisi lisan dan tulisan yang terdapat dalam prosa Melayu klasik khsusnya dalam Sejarah Melayu, peribahasa, pantu dan perbidalan. Walau pun sesetengahnya merupakan mitos atau legenda yang merakamkan kewujudan P.hd di kalangan masyarakat Melayu pelbagai peringkat. Namun ia masih boleh d anggap sebagai suatu manifestasi sikap, nilai dan cara hidup yang berkembang pada waktu itu. Antara peristiwa yang amat tepat menggambarkan fenomena P.hd ini adalah seperti; i. ii. lii. iv. v.

Peristiwa Hang Nadim dibunuh oleh pemerintah Temasik' Peristiwa Sultan Mahmud mangkat dijulang Peristiwa Hang Tuah dihukum ‘bunuh’ Peristiwa Mahsuri dihukum bunuh. Perang Tiga Segi (Johor-Portugis-Acheh)

Gambaran P.hd dalam kalangan masyarakat Melayu dapat diperhatikan dalam pelbagai bentuk genre8 Melayu sama ada klasik mahu pun moden. Tidak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan daripada genre-genre ini memaparkan P.hd sama ada secara langsung maliu pun secara tidak langsung. i. ii. •ii.

Epik-epik Melayu seperti Sejarah Melayu,Hikayat Hang Tuah, Hikayat Rajaraja pasai, Hikayat Raja Donan Novel-novel klasik hingga ke kontemporari seperti Sandera, Ranjau Sepanjang Jalan dan sebagainya Peribahasa/perumpaaan' lan pantun

Hang N adim telah menunjukkan kebijaksanaan beiiau ketika T em asik (Singapura) diserang todak. B eiiau mencadangkan agar batang p isan g digunakan sebagai benteng. A kibat kepintaran b eiia u ini, m enterimenteri T em asik m encadangkan agar raja Iskandar Shah m enbunuhnya agar tidak m encabar kekuasaan raja spabila dew asa kelak. Lihat A . Sam ad A hm ad (2 0 0 0 ) 8 Epik-epik M elayu seperti Sejarah M elayu, H ikayat H ang Tuah, H ikayat Raja-raja p asai, H ikayat Raja Donan; N o v el-n o v el klasik hingga ke kontemporari seperti; Sandera, Ranjau Sepanjang Jalan dan sebagainya; peribahasa/perumpaaan dan pantun A ir susu d ib a la s dengan a ir tuba; A m p a n g sa m p a i ke seb era n g , d in d in g s a m p a i ke lan git; A p a ya n g ditanam , itulah y a n g tumbuh; A p i m akan sekam ;; A w a k h en d a k ke hilir, d ia su d a h han yu t; a w a k yan g celaka, o ran g y a n g dium pat; B a g a i harapkan p a g a r, p a g a r m akan p a d i;B a lik b ela k a n g , b a lik g a g a n g ; bau busuk tidak berbangkai; B erjalan p e lih a ra la h kaki, b erca k a p p e lih a ra la h lid a h ;B e rk e ra t rotan , berpatah arang; B ersesa l-sea l b a g a i b a ta k lari; G enting m en an ti putus, b ia n g m en an ti tem b u k ;H a n g a t tia d a berapi, seju k tiada berair; la ya r m enim pa tiang; lem p a r batu sem b u n yi tan gan ;L idah tid a k b ertu lan g;m elepaskan anjing tersepit; sesu dah lepas, dia m en ggigit;M u ka licin, e k o r b erk ed a l; M u h it b au m adu, p a n ta t bau sen gat; M ulut m anis ja n g a n p e rc a y a , lep a s d a rip a d a tangan ja n g a n p e r c a y a ; M id u t sa tu lidah bertopang; M u sang berbulu ayam ; M u san g berjan ggu t; M u san g je b a t lari, bau n ya tin g g a l; M u sa n g terjun, lantai

iv.

Pantun

Phd M elayu tradisi

Di samping itu dikatakan bahawa dalam budaya politik Melayu tradisi, sifat dengki dan dendam ini telah menjadi sebahagian strateg percaturan dan persaingan untuk mendapatkan kuasa dan mendapatkan sesuatu yang dihajati. Lantaran itu terdapat pemimpin Melayu yang mengamalkan sifat negatif pemimpin Melayu yang dipenuhi dengki, dendam, pembunuhan yang diikat oleh taatsetia membabi buta. Dalam teks-teks klasik Melayu telah terjadi beberapa peristiwa wujudnva Phd ini yang menjadi amalan sebilangan pemimpin tradisi Phd dikalangan pem besar

1. Terj adi peristiwa todak menyerang Singapura mengakibatkan ramai rakyat di pantai mati. Pembesar mencadangkan supaya menghalang serangan todak dengan berkubukan betis, tetapi gagal. Lahir satu fikiran daripada seorang budak supaya berkubukan batang pisang. In. menyebabkan ikan-ikan itu terlekat dibatang pisang dan mudah untuk dibunuh. Bagaimanapun akibat kebijaksanaan budak ini menimbulkan perasaan irihati dan dendam di kalangan orang-orang besar lalu memberikan sembah menyatakan alangkah bahayanya budak yang bijak itu kepada raja nanti. Raja tanpa usul periksa termakan hasutan pembesar itu lalu budak itupun dibunuh. (Aii Ahmad, 1*977) 2. Anak perempuan Sang Rajuna Tapa merupakan gundik kepada Raja Besar Muda (Raja Temasik). la telah difitnah oleh segala gundik raja bahawa ia telah berbuat jahat. Hasil dari fitnah itu mengakibatkan Raja menjadi marah dan Raja Besar Muda telah menitahlcan ia dihukum sula di hujung pasar. (Ali Ahmad, 1977) 3. Sang Rajuna Tapa yang berasa malu sebaliknya menyimpan dendam untuk membalas perbuatan raja tersebut. Beliau telah mengutuskan surat kepada Majapahit bahawa dia sedia menyebelahi Majapahit. Angkatan Majapahit seramai tiga ratus jong telah datang menyerang Singapura dan mudah memasuki kubu pertahanan apabila Sang Rajuna Tapa sendiri membukakan pintu kota. Sebagai akibat kedurhakaannya Sang Rajuna Tapa pun menjadi batu. (Ali Ahmad, 1977) 4. Kerana dikasihi raja, Hang Tuah menimbulkan perasaan irihati di kalangan pegawai pegawai istana yang lain-lain. Mereka menfitnah Hang Tuah pemah kelihatan berlaku sumbang bersama gundik raja di dalam istana. Akibatnya Laksamana Hang Tuah telah dihukum bunuh. (Kassim Ahmad, 1996: 169)

b erjo n g k et; M usuh d a la m selim u t; p a n c in g makan um pana; S okong m em baw a rebah; Turutkan ra sa binasa, turutkan h a ti m ati; U dan g h en dak m engata ikan; U lar b erlin gkar d igu lu n g tikar; U m pam a ayam se n a n g d a la m reban, m u san g y a n g su sah b ere d a r keliling; U m pam a duduk d i d a la m ta b ir lan g it-la n g it b erb a it tem b ela n g ; U m pam a g a g a k dim andikan mjtih kali seh ari pun, takkan p u tih bulunya; U m pam a lain o ra n g y a n g m akan nangka, lain p u la oran gn ya y a n g terkena getah n ya; Um pam a m arahkan tikus, len gkian g d ib a k a r; U m pam a p u tu s kelikir rom pin g hidung; U m pam a rumah tinggal, sa ra n g hantu; o ra n g bujang, sa ra n g fitn a h .

9

5. Fitnah dan dendam jugalah yang telah menimpa Bendahara Tun Mutahir hingga ia dan keluarganya dibunuh oleh Sultan Mahmud. Peristiwa dengki dan dendam ini kemudinnya menjadi peristiwa pembunuhan kejam. Raja Mendaliar telah berdendam kepada bendahara kerana telah menegumya. Raja Mendeliar menfitnahkan bahawa bendahara telah menderhaka dan mahu menjadi pemerintah Melaka. Sultan terlalu murka dan bendahara dan keluarga dihukum bunuh. (Ali Ahmad, 1977) 6. Ketika baru munculnya bakat Bendahara Paduka Raja (Tun Perak °, telah berlaku perselisihan faham dengan Seri Nara DiRaja (Bendahara Melaka ketika itu) dan akhimya orang-orang besar di istana terbahagi kepada dua. Bagaimanapun, dengan kebijaksanaan Sultan Muzaffar Syah (A.Samad Ahmad, 2000), telah dikahwinkan Tun Kudu, (adik Tun Perak) yang merupakan salah seorang dari isteri baginda, dengan Seri Nara DiRaja. Aidiimya, Seri Nara DiRaja menerima Tun Perak sebagai ipamya dan menyerahkan pangkat Bendahara kepada Tun Perak. Jika tidak tentunya, berlaku bahaya besar kepada Melaka.

Phd di kalangan Raja

1. Tun Jana Khatib seorang yang amat alim dari Pasai telah datang ke Singapura. Satu hari ia melihat sebatang pinang berhampiran istana Paduka Sri Maharaja. Pinang itu menjadi dua. Paduka Sri Maharaja murka kerana sangkanya Jana Khatib mahu menunjukkan kesaktiannya kepada isteri baginda. Ia pun dibunuh. (Ali Ahm ad,1977)

2. Sultan Malikut Tahir amat dendam terhadap Sultan Mansor kerana mengambil dayang baginda. Atas tipu daya Perpatih Tulus Tukang Sagari Sultan Mansor beijaya ditangkap. Pembantu baginda, Sidi All telah dipancung kepalanya dibuang ke laut dan badan disula di kuala Pasai. (Ali Ahmad, 1977) 3. Perebutan takhta kerajaan Melaka telah menyebabkan berlakunya perang saudara antara Raja Kasim dengan Raja Ibrahim dan Raja Rekan. Raja Kasim telah disingkirkan dari menjadi raja Melaka oleh Raja Rekan dengan melantik adik Raja Kasim iaitu Raja Ibrahim menjadi Raja dengan gelaran Sultan Abu Syahid. Dengan bantuan Sri Nara Diraja dan Maulana Jalaluddin, Raja Kasim menyerang istana dan akhimya Raja Rekan dan Raja Ibrahim beijaya diounuh. Raja Kasim menjadi Raja Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. (Ali Ahmad, 1977) 4. Peristiwa perebutan takhta ini juga melibatkan kerajaan Melayu di Pasai. Raja Muda Pasai telah merampas takhta kerajaan kekandanya Sultan Zainul Abidin. Bagaimana pun dengan bantuan dari Melaka akhimya ia berjava merampas semula keraj aannya. Namun

10 Tun Perak merupakan bendahara M elaka teragung, beliau adalah anak kepada B endahara Seri W ak Raja. D engan naiknya Bendahara Tun Perak dengan gelaran Paduka Raja, M elaka telah m en cap ai keagungan dalam bidang diplom atik dengan melebarkan pengaruhnya ke Inderagiri, Siantan, Jambi, T ungkal, Inderapuxa dan beijaya m enjalin liubungan diplom atik dengan em payar-em payar Siam , M ajapahit dan Goa (Sulaw esi)

10

kemudinnya kerajaan Sultan Zainul Abidin telah berjaya ditewaskan semula oleh adindanya Raja Muda Pasai. (Ali Ahmad,1977) 5. Kedengkian, kebencian dan cembura Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud kepada pembesarnya sendiri. Sultan telah menyumh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang kerana ia berada di rumah seorang perempuan yang disukainya ianu Tun Dewi. Sifat kedengkian Sultan Mahmud ini memang amat banyak. Baginda mudah sekali untuk menghukum bunuh seseorang hanya dengan sebab-sebab yang ringan sepert hanya akibat sangkaan-sangkaan atau andaian sahaja. Misalnya pembunuhan seorang pembesar yang disangkanya tidak suka menyembahnya lalu dibunuh. Sri Bija Diraja tidak dapat mudik dari Singapura ke Melaka kerana sangkanya bulan lambat. Sultan menuduhnya yang ia tidak suka menyembahnya tetap' sebaliknya taat pada Raja Kampar. Ia lalu dihukum bunuh. (Ali Ahmad, 1977) 6. Sultan Mahmud juga dengki dan dendam kepada adiknya sendiri iaitu Raja Zainal yang amat baik parasnya. Bila Raja Zainal berpakaian dan berdandan sambil menaiki kuda ramai gadis-gadis mengintip. Kerana begitu asyiknya orang Melaka dengannya menimbulkan perasaan cembura dan dendam lalu dititahkannya Hang Berkat membunuh adiknya itu. (Ali Ahmad, 1977) 7. Sultan Mahmud menitahkan pembunuhan Bendahara Melaka ketika itu iaitu Bendahara Tun Mutahir kerana murka atas tindakan bendahara yang tidak menyerahkan anaknya yang cantik Tun Fatimah kepadanya. Pada kali pertama Sultan melihat Tun Fatimah dimajlis perkahwinan Tun Fatimah, Sultan Mahmud telah jatuh hati dan berhasrat memiliki Tun Fatimah. Baginda menaruh dendam terhadap Bendahara Tun M utahir kerana tidak mempersembahkan Tun Fatimah kepadanya sebelum dijodohkan dengan lelaki lain. Sultan mengambil kesempatan apabila Bendahara Mutahir difitnahkan hendak menderhaka. Baginda menjatuhkan hukum bunuh ke atas Bendahara Tun Mutahir dan semua ahli keluarganya kecuali Tun Fatimah. (Shaharuddin Maaruf, 1993)

P.hd M elayu M oden

Persoalan P.hd ini tidak lain mewakili gejala sosio-budaya negatif yang memperlihatkan isi hati kalbu manusia dan masyarakat Melayu moden hari ini. Prof. Dr. M. Kamal Hassan (1996) meletakkan elemen P.hd ini sebagai elem en k e-1 4 daripada 15 elemen yang menunjukkan isi hati kalbu negatif orang Melayu pada masa kini iaitu elemen gejala fitnah dan umpatan. Tanda-tanda P.hd ini antaranya: penyebaran fitnah, tuduhan, • • 11 pengaiban, umpatan dan mencerca di belakang melalui surat *layang , rencana, buku , akhbar dan penyebaran khabar angin dan juga mengelak atau menolak perbezaan

“B an yak keadaan yang m em pengaruhi munculnya surat layang tetapi ia banyak ditulis ketika banyak persaingan, p em ilih an parti, pertandingan merubut sesuatu jawatan dan apabila tim bul rasa tidak puas hati. D alam situasi ini suart layang digunakan untuk mendapatkan pengaruh” (M ohd. Safar, 1998) dalam R osni dan Siti M ariam (1 9 9 8 ). Surat layang yang diterima oleh BPR sepanjang tahun 1997 di seluruh negara adalah seb an yak 3 3 8 4 . 12 40 D a lil M en gapa A nw ar T idak B o leh jadi PM;

11

12

pendapat melalui perbahasan yang waras dan sihat dengan hati yang terbuka, (Hashim Musa, 2001:96-100). Elemen isi hati lcalbu negatif ini secara keseluruhannya merupakan manifestasi daripada apa yang ada di dalam hati kalbu kebanyakan orang Melayu pada * • Antara elemen-elemen 13*itu adalah; masa kini. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv.

Pandangan dan pegangan liberal-sekular Gaya hidup menunjuk-nunjuk dan berlagak Sindrom politik wang Sindrom kelemahan unsur moral Arnalan hamba-tuan atau penaung-pelanggan (patron - client) Gej ala lepak (dan delinkuen juvana) Sindrom mediokriti/rendah pencapaian Sindrom pergantungan Ketakutan kepada matematik-sains Kecenderungan untung segera Nilai rendah terhadap masa Orientasi akhirat keterlaluan Kepercayaan tahyul Gej ala fitnah dan umpatan Amalan ajaran sesat.

Manakala Hashim (2001) menyimpulkan masalah hati kalbu orang Melayu kepada lahimya Phd ini dikaitkan oleh penumpuan orang Melayu yang melampau kepada hubbu al-dunia, hubbu al-jah, hubbu al-mal (cinta akan dunia, cinta akan kemegahan dan cinta akan harta benda). Lantaran itu ia menyatakan antaranya : “Kebesaran keduniaan, kebendaan, harta kekayaan, kemewahan, pangkat, kedudukan, kekuasaan dan pengaruh yang telah melahirkan sifat dan perbuatan tamak haloba, hasad dengki, buruk sangka, dendam 13

• . • . Perubahan nilai, norma dan pem ikiran telah lam a dibahasakan o leh sarjana-sarjana M ela y u seperti

Abdullah M unsyi dan Z a ’ba; malah sarjana-sarjana kontem porari trut m em bahaskan dalam pelbagai dim ensi dan perspektif antaranya ialah Ism ail N oor dan M uham m ad A zaham , 2 0 0 0 . T akkan M elayu H ilang Di Dunia. K elana Jaya : Pelanduk; Indrawan M ohd. Y a tim .2 0 0 1 . R en aissan ce M elayu K ebangkitan Islam A bad Ke-21. Kuala Lumpur: Interperfection Sdn. B hd; A bang Y u s u f Puteh, 1997, The M alay M ind. K uching : Shobra Publication; H assan Ahm ad. 2 0 0 2 . Im basan. K uala Lumpur: D ew an bahasa dan Pustaka; H ilm y Bakar A lm ascaty. 1994. iJmmah M elayu: K uasa B aru D unia A bad Ke-21. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd; Ism ail H u ssein , W an H ash im W an T eh dan G h azalie Shafie. 1997. Tam adun M elayu M enyongsong Abad K edua Puluh Satu (E disi K edua). B an gi. Penerbit UKM ; Senu A bd. R ahm an (ed.). 2 0 02 . R evolusi M ental. K uala Lumpur; U tu san P u b lication s & Distributors. M uhamm ad A bu Bakar. 1994. Potret M asa Jilid 1 Persaingan Id eologi dan P em u lih araan Tradisi. Petaling Jaya : G atew ay P ublishing H ouse.

12

kesumat, tipu muslihat, rasnah, nepotisme, kronisme, penyelewengan, komplot, kolusi clan konspirasi, ngutan, pemercisan dan pembunuhan ” Ketaksuban kepada materialisme ini tidak lain adalah kecendemngan orang Melayu kepada hidup moden han mi yang diasaskan oleh pemikiran kapitalis dan sekular barat. " Kejatuhan Melaka sebagai sebuah kerajaan dan menara tamadun Islam yang pertama di Alam Melayu ini adalah kerana kalah berperang kepada sebuah kuasa Eropah. Tetapi tidak kurang pentingnya ialah kelemahan dalaman akibat fitnah-memfitnah dan hasad dengki di kalangan orang besarnya serta Sultan mahmud yang berkuasa dan memerintah lebih banyak mengikut perasaan dan hawa nafsu seperti kata pepatah, “bersulatan di mata beraja di hati” dan tidakpatuh kepada prinsip raja pemerintah yang adil seperti yang dituntut oleh Islam ” (Wan Hashim, 1997) " Terbantutnya kecemerlangan ilmiah di universiti pada hemat saya, disebabkan oleh beberapa factor. Antara lain ialah wujudnya percakaran dalaman ataupun konflik antara peribadi, antara jabatan dan antara fakulti. Konflikini biasanya bukan berpunca daripada isu-isu ilmiah, tetapi daripada isu-isu yang sangat peribadi sifatnya, seperti hasaddengki, fitnah dan kata-mengata yang menjadi-jadi di kalangan yang digelar ‘g olongan cendekiawan ’ ini” . (Kamal, 1993) “Halanagan besar kepada toleransi sebenar sesama Melayu ialah penyakit hasad dengki, yang oleh banyak pihak telah disinonimkan dengan manusia Melayu sehingga dijenakakan bahawa orang Melayu banyak berkelulusan Ph.d-bukan dokterat teapi Perasaan Hasad Dengki. Sikap tidak boleh melmat orang lain lebih, walaupun orang itu sedarah, sedaging dan serumpun, telah menyebabkan banyak orang Melayu memilih untuk bermasam muka sesama mereka. Kemesraan, kalaupun ada, tidak lagi diiringi oleh keikhlasan, tetapi oleh keinginan untuk melakukan pengkhianatan ” (Aik A. Azmi, 2000) “M engambil contoh haiwan itu amat memalukan tetapi itulah hakikatnya yang sebenar-benarnya keadaannya bagi orang Melayu masa kini iaitu perasaan hasad dengki atau ringkasnya gelaran P.hd. Satu kelemahan orang Melayu yang amat ketara sehingga ada mulut-mulut yang berani mencabcir ketuanan Melayu di negara ini kerana mereka amat mengetahui kelemahan tuan-tuan Melayu itu yang penuh dengan perasaan hasad dengki.Strateginya amat mudah. Orang Melayu diketahui lambat untuk maju dan berdaya saing kerana kelemahan PhD yang terdapat di kalangan segelintir tuan-tuan Melayu sama ada yang sudah berjaya ataupun yang belum berjaya. Keadaan ini masih berlaku walaupun banyak kak-hak keistimewaan cliberikan kepada tuan-tuan Melayu. Maka,

13

jika dihapuskan hak-hak keistimewcian Melayu secara berperingkatperingkat dua perkara akan berlak”. (Mohd. Salleh Abas, 2002) “When Malay children become grown ups, it is unfortunate that they also, often get entrenched in sibling rivalry and jealousy. This show o f rivalry and often malicious jealousy, is usually manifested once they break out from their immediate fam ily and settle down and have fam ily o f their own. This rivalry stems out from real or perceived material or immaterial advantages and the lack o f it. The Malay person would fe el a lot contented i f everyone is on an equal footing with him even i f that someone else worked harder fo r his extra income. Yhis can be seen through endless bickering and backbiting that may dogged their relationships year after yea r” (Asrul, 2002). Phd dan Melayu Baru

Lantaran dari segala macam sifat hati kalbu negatif ini lahirlah gagasan perubahan untuk orang Melayu seperti lahimya gerakan Revolusi mental dan Melayu baru. Gagasangagasan ini tidak lain adalah untuk mengubah sikap P.hd yang telah mengakar dalam diri orang Melayu kepada sikap yang positif bagi memajukan bangsanya. Pada tahun 1991 pemirapin-pemimpin pusat khususnya Umno mengemukakan slogan baru politik iaitu Melayu bam. Ia merupakan satu deklarasi yang terkenal untuk masyarakat Melayu seperti kembar kepada wawasan 2020 kepada negara. Bentuk konseptual Melayu bam merujuk kepada satu bangsa yang memiliki budaya yang sehaluan dengan perkembangan dan perubahan zaman, bersedia menghadapi cabaran, mampu bersaing tanpa bantuan atau pertolongan, berpelajaran dan berpengetahuan, canggih (sofistikated), jujur, berdisiplin, amanah dan cekap. (Abang Yusuf , 1996). Bagaimanapun mengikut Mohamad Abu Bakar, konsep Melayu baru terlalu menumpu kepada pembangunan materialnya. Konsep Melayu baru ini dianggap sebagai pendekatan kebendaan. (Mohamad Abu Bakar, 1998 : 359). la dikaitkan dengan usaha untuk mengangkat martabat bangsa ini dalam persekitaran dunia semasa. Lantaran itu konsep Melayu bam ini muncul dalam usaha pembangunan orang Melayu dalam tahun-tahun lapan puluhan dan sembilan puluhan. keterlibatan golongan Melayu dalam bidang perdagangan dan dunia koiporat misalnya melahirkan keyakman tentang keupayaan orang Melayu menjadi pentakrif dalam semua bidang kehidupan diperingkat nasional dan antarabangsa. Melayu bam ini lahir seiring lahimya pemimpin Melayu yang berpandangan jauh dan berwawasan. Dari itu Melayu bam lebih disandarkan kepada persoalan kebendaan iaitu menumpu kepada persoalan mewujudkan individu korporat atau bisness beijaya sebagai bukti kemampuan dan kebangkitan bangsa Melayu sekaligus negara Malaysia dan pemimpinnya. Melayu bam juga satu reaksi atau protes kepada konsepsi negatif Melayu yang diwamai oleh mitos-mitos seperti Phd, pemalas (myth o f lazy native), ketakdiran (fatalist) dan ketidakmahiran bemiaga. Lantaran itu ia mahu membuktikan kehebatan hingga mereka kelihatan sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain terutamanya kaum China. Wujud persoalan sama ada Melayu bam ini lawannya Melayu lama. Melayu lama yang bagaimana yang ditakrifkan. Mekanisasi pelaksanaan konsep Melayu baru

14

harasnya melalui metodologi yang saling melengkapi, bertenisan yang disokong melalui revolusi mental dikalangan orang Melayu. Melayu baru haldkatnya ditakrifkan sebagai satu transformasi budaya dari imej kolonial ‘peribumi malas’ kepada penggerak ekonomi yang canggih, up-to-date dalam teknologi tinggi, dan memiliki kesedaran mendalam tentang tanggungjawabnya. Ia juga adalah revolusi evolusi dalam pergerakan yang berterasan. Faktor-faktor Berlakunya P.hd Berlaku Dalam kalangan M asyarakat Melayu

Umumnya, P.hd yang dalam kalangan masyarakat Melayu lebih banyak melingkari kehidupan peribadi, keluarga dan masyarakat. Kehidupan ini memerlukan manusia berhubungaan, berkomunikasi dan membina solidariti sosial. Keperluan asas perhubungan antara individu dengan individu dan individu dengan masyarakatnya telah melahirkan pelbagai kehendak, pergeseran dan konflik yang berterusan. Oleh yang demikian, kesan akhir dalam perhubungan manusia Melayu kadangkala diselimuti P.hd yang menebal atas faktor dan alasan seperti berikut; i. ii. iii. iv. v. vi.

Perebutan harta pusaka di kalangan adik-beradik dan saudara-mara Sahabat/rakan sekeija dinaikkan pangkat Apabila pemiagaan yang dijalankan lebih maju daripada orang lain Balas dendam kerana cinta, konflik keluarga Apabila memiliki sifat tamak dan tidak pemah puas dengan'kuasa, harta dan pangkat Tidak boleh melihat orang lain bahagia dan berjaya dalam hidup

Benarkah Prem is P.hd Melayu?

Premis ialah andaian. Andaian ialah sesuatu yang belum dibuktikan sebagai benar. Pembuktian untuk menentukan sama ada premis ini benar atau tidak boleh dijalanakan secara empirikal menemsi ujian klinikal atau kajian lapangan. Setakat ini belum terdapat suatu kajian P.hd yang khusus tentang orang Melayu. Agak sukar untuk memperoleh dapatan yang empirikal kerana pada hemat kami P.hd ialah suatu sifat atau penyakit yang terdapat d hati manusia; penyakit hati. Oleh yang demikian sukar sekli untuk kami melakukan kajian dan eksperimen yang melibatkan sesuatu yang bersifat kompleks. Kertas keqa ini membuat kesimpulan berdasarkan kepada pengalaman (hear say), bahan bacaan klasik dan kontemporari serta fenomena yang berlaku dalam masyarakat Melayu pada hari ini. Ketiga-tiga premis tersebut adalah; •

Prem is 1: O rang M elayu dengki jika orang Melayu lain berjaya?

Berlaku dalam kehidupan harian masyarakat Melayu dan banyak sekali dipaparkan dalam sebuah siri televisyen Kisah Benar. Walaupun ia berlaku dalam senario kehidupan orang Melayu, namun ia tidak berlaku secara menyeluruh. Barangkali berdasarkan seperti mana yang telah dikupas sebelum ini perasaan dengki dan hasad ini timbul boleh timbul tidak kira pangkat, keturunan dan umur. Pada hemat kami, premis pertama ini menjadi semakin ruwet apabila orang-orang Melayu memasuki fasa pembangunan yang bersifat

15

materialistic . Pembahan pembangunan dan tekanan hidup tidak. dapat mengelakkan orang Melayu daripada terpaksa bersaing untuk memperoleh sesuatu yang bersifat materialstik. Akibatnya, persaingan dalam merebut jawatan, kenaikan pangkat, tender, tempat dan sebagainya diakhiri dengan senjata P.hd. ideologi demokrasi dan ekonomi liberal-kapitalis telah menjadikan manusia Melayu hilang pertimbangan dan jati dixi kemelayuan dan akhirnya tunduk kepada desakan pasaran. Keluarga, rakan dan taulan bukan lagi perkiraan dan ukuran dalam rules o f the game sistem ini. Justeru itu, Survival o f the fittest dan Ends justify the means menjadi alat provokasi dan motivasi materialisme. Seperkara yang diperhatikan, perasaan dengki di kalangan orang Melayu ini selalunya segar-bugar terhadap bangsanya sendiri. Kadangkala segala sumber tenaga, wang-ringgit, masa dan fikiran ditumpukan kepada usaha menjatuhkan pihak lawan. Lihat sahaja senario politik masakini, persaingan melayu di arena politik sama ada intra­ parti atau inter-parti kadangkala sehingga melangar prinsip-prinsip kesopanan dan kesusilaan (salah satu prinsip rukunegara) sehingga caci-mencaci, maki-hamun, tuduhan tidak berasas dan lebih teruk lagi politik wang (yang telah menjadi isu hangat dalam salah sebuah part, besar Melayu suatu masa dulu) dan kepercayaan karut kepada bomoh sehinggakan menjerut nyawa. Persaingan sehodoh ini tidak pula dilihat apabila bertentangan dengan parti bukan Melayu, biasanya atas alasan isu sensitif. Orang Melayu sememangnya sejak dahulu dikenali sebagai bangsa yang akomodatif dan amat bertimbang-rasa. Dibimbangi akhimya ketamadunan Melayu akan hancur lebur suatu hari nanti dan kekuasaan melayu diserahkan di atas sebuah silver platter kepada bangsa lain di Malaysia ini sekiranya politik tidak beretika terus-terus menjadi amalan bangsa Melayu sendiri. •

Premis 2: Orang M elayu akan melakukan tindakan agresif terhadap pesaingnya.

Premis ini, boleh dilihat dalam perspektif klasik dan moden pada hari ini. Premis ini berkait dengan premis kedua di atas. Ia berlaku dalam pelbagai kegiatan yang lazimnya. bersifat ‘kuasa’ dan ‘material’. Ahmad Atory (1998), misalnya menggambarkan bagaimana cara-cara yang digunakan oleh orang Melayu untuk berpolitik. Politik wang telah mengakibat berlakunya perpecahan, ‘tikam-menikam’, berbunuhan, tamak kuasa hinggakah sanggup melakukan apa saja demi kuasa dan survival diri sendir \ Malah pada hari ini pun kita perhatikan bagaimana politik telah memecah belahkan kesatuan dan persatuan masyarakat Melayu (PAS vs UMNO) hinggakan timbul pelbagai isu yang yang merugikan masyarakat Melayu keseluruhannnya. Malah dalam persaingan intra­ parti pun, jelas terlihat unsur-unsur politik tidak sihat dan tidak beretika berlaku. Di M asyarakat M elayu m engenai pem bangunan m oden, m aterialistic dan sekular seb aik sahaja Inggeris datang ke Tanah M elayu dan m em perkenalkan sistem ekonom i, p o litik dan so sia l dalam kehidupan m asyarakat M elayu. A sas yang telah dibina oleh Inggeris tersebut berterusan setelah negara m engecap kem erdekaan. P elbagai dasar dan sistem yang diperkenalkan telah m en d oron g m asyarakat M elayu m engubah paradigma m ereka sesuai dengan proses pem bangunan dan p em od en an yan g dilaksanakan. Sila rujuk A srul (2002); Senu et al. (2002); N ik A . A zm i (2000); A bdul H a lim (1 9 9 3 ); A h m ad A tory (1998); A riffin (1 9 8 9 ); Indrawan (2000); H ashim (2 0 0 1 ) dan Syde Omar (1 9 9 6 ). S ila lihat B ab 11 yang bertajuk “A njakan Paradigma di M alaysia: D ari Tradisi, K apitalis kepada era K orporatism e”

16

peringkat akar-umbi hinggalah ke peringkat atasan, perletakan kuasa selalu berdasarkan siapai yang cepat, yang bijak mengatur strategi, yang pandai menabur janji, yang pandai bermain kata, yang bijak mencantas dan berkemampuan berbelanja akan dijulang sebagai pemimpin. Tidak terlihat lagi dasar-dasar kepimpinan perjuangan Melayu prakemerdekaan, apabila guru di baris hadapan, ilmu pengetahuan dijadikan sandaran utama, kepimpinan dan keperibadian disanjung tinggi dan kejujuran menjadi pertaruhan. Menurut Indrawan (2001); “K ini bibit permusnhan di antara parti politik orang Melayu semakin ketara dan isu kafvr-mengkafir telah menjadi dalang kepada perpecahan um atIslam negara in i”, •

Premis 3: Orang Melayu tidak terbuka dan berdendam jika didengki dan dikhianati

Dendam ialah suatu sifat yang dimiliki oleh semua manusia dan bangsa. Dendam adalah manifestasi daripada emosi yang tidak stabil apabila individu atau orang Melayu dikeji, dihina, dimarahi dan sebagainya. Dendam boleh mengakibatkan perbuatan membalas dendam. Balas dendam menurut perspektif Melayu dilakukan dengan berbagai-bagai cara seperti mengenalkan sihir (seperti santau, guna-guna dan sebagainya) menulis surat layang, menyaman, mengamuk, tidak bertegur sapa, berbunuhan dan sebagainya. “M isalnya apabila mereka diberi malu atau dimalukan, apabila ja n ji dimungkiri, apabila taraf keturuananya diperendah, kalau maruah keluarganya tercemar, jika dia difitnah atau didengkikhianatkan, apabila dia berasa dirinya terhina ataupun apabila seseorang yang amat disayanginya dirampas dilarikan” (Mansor, 1993) dalam Abdul Halim (1993)

Salah satu daripada sifat Melayu ialah lemah lembut, pendiam dan tidak berterus terang. Inilah yang malangnya bagi bangsa Malaysia. Budaya tidak boleh duduk semeja dan membentangkan hujah secara terus-terang, berdebat dan berbahas menyatakan pendapat dan keupayaan serta kemahiran mendengar amat rendah di kalangan orang Melayu. Lihat sahaja dalam sebuah keluarga tradisional Melayu. Hanya orang tua boleh berbicara. Yang muda kalau boleh dengar pun jangan. Sebab itulah, walaupun sudah 46 tahun merdeka, masih banyak isu yang masih sensitif untuk dibicarakan secara terbuka. Isu hak istimewa tidak boleh disentuh malah, isu raja-raja boleh ditangkap iika si lap diulas, isu agama terlalu eksklusif, isu seks suatu taboo. Lantas masyarakat dibiar berpegang kuat kepada prejudis dan prasangka yang hidup bagai api dalam sekam. bagai bom jangka, bila-bila masa sahaja boleh meledak bersepailah perpaduan kaum yang dibanggakan. Hidup tidak di atas dasar memahami dan bertolak ansur, Kn tetapi mengagak dan meneka. W alau pun dalam sesetengah keadaan sifat-sifat lemah-lembut ini amat penting dalam pergaulan; namun dalam keadaan yang lain pula ia lebih banyak membawa keburakan. M enurut Asrul (2002);

17

“This tendency to avoid conflict as much as possible has led the Malays to be rather sensitive individuals, they avoid ‘tttacking” other Malays openly and expect others to behave in the same manner towards them. Not surprisingly, the unwillingness o f the Malays to use o f the ‘‘surat layang", in order to express dissatisfaction, i f they were no longer able to hold down their feelings. ”

Kesan Buruk P.hd Kepada Masyarakat Melayu P.had sememangnya membawa kesan buruk kepada seluruh sistem masyarakat Melayu sama ada dalam jangka panjang mahu pun pendek. Antara kesan buruknya kepada masyarakat Melayu adalah; • • • •

Menghilangkan semangat kekeluargaan dan persaudaraan Meruntuhkan perasaan muhibah dan setiakawan Lamb at membangun dan maju Jauh daripada agama Allah o Mendorong kemungharan terhadap Allah s. w. t o Terhapus amalan baik o Kehilangan syarat menerima syaafat pada hari akhirat o Berdosa dan siksaan ne.ra.ka o Mendorong untuk melakukansesuatu yang memudaratkan orang lain o Hati berasa tidak tenang, selesa dan aman o Hati gelap terhadap agama dan cahaya iman o Terhalang daripada melakukan kebaikan dan membuat kebajikan

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 'Sesungguhnya berjayalah orang yang telah membersihkan hatinya dan sesungguhnya rugilah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih itu) susut dan terbenam kebersihannya (disebabkan penyakit rohani)." (Al-Syams: 9-10).

Gagasan dan Cadangan Hari Muka Jika diamat-amati, hanya dua bangsa di dunia ini yang sinonim dengan Islam. Melayu dan Arab. Jika dikatakan melayu itu, biasanya beragama Islamlah dia. Bahkan dari sudut perundangan, perlembagaan persekutuan meletakkan syarat beragama Islam sebagai salah satu syarat menjadikan seseorang itu Melayu. Dikatakan Arab pula ghalibnya eragama Islam jua, lantaran Rasulullah s.a.w. itu dilahirkan di tengah budaya Arab jua. Maka secara kebetulan, kedua-dua bangsa ini juga amat tinggi kepakarannya di bidang P.hd. Liga Arab mahupun OIC bukan sahaja gagal memainkan peranannya sebagai wadah mempeijuangkan syiar dan syariat Islam, malah gagal menjadi forum kesepakatan. Ini menjadi rahsia yang diketahui oleh semua orang di dunia ini.

18



Penghayatan Islam (Paradigma Tauhid)

M aka bertitik-tolak dari kenyataan bahawa Melayu itu didasari oleh Islam, kita perlu melihat realiti bahawa Islamlah satu-satunya jalan penyelesaian. Kami ingin membawa perhatian kita kepada dua potong ayat al-Quran. Yang pertamanya, kita terlalu kerap didengarkan dengan ayat yang mafhumnya; ‘‘Dcin perpeganglah kamu pada tali Allah (al-Ouran dan ajaran Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai......

Justera itu, perintah Allah ini perlu dijunjung, Berkesatuan itu sebenamya suatu perintah dari Allah azza wa jalia. Lantas manusia itu mencari-cari dari cara mana kita boleh mencapai kesepakatan hati sedangkan kita dilahirkan berlainan, berbeza selara, berlainan puak dan suku, fahaman dan dag at? Sudah tentu amat payah mencari titik pertemuan yang mutlak. Lantas Allah menurankan kitabnya- al-Quran, yang mutlak benamya, mutlak hukumnya, mutlak sumbemya. Hanya dengan ini persetujuan mutlak dapat dicari. Sebab itulah pra-syarat untuk bersatu-padu diterangkan dalam ayat di atas ialah dengan berpegang kepada al-Quran dan Islam. Metafora dan per lamb angannya sahaja sudah jelas. Jika kita semua tidak berpegang teguh kepada suatu tali yang SATU, bagaimana kita hendak bersatu-padu. Tentu semua akan terbarai dipukul badai dan ombak, kerana tidak berpegang kepada tali tersebut. Dan Islam yang hendak dipegang hendaklah Islam yang syumul (sempuma), bukan berpegang kepada yang digemari dan mendatangkan kesenangan kepada kita, sementara tidak beriman kepada yang tidak disetujui kita. Lihat sahaja kepada undang-undang jalanraya- ciptaan manusia. Kalau kita hanya berpegang kepada sekian-sekian fasal (contohnya memakai tali-pinggang keledar, dan memandu di sebelah kiri jalanraya) akan tetapi menolak sebahagian yang lain (contohnya, tidak mahu patuh kepada lampu isyarat di persimpangan jalanraya, dan melangar tanda no entry) apa akan terjadi? Tentu berlaku bermacam jenis kemalangan, dan kehilangan beribu nyawa (mungkin ini antara sebab berlaku banyak kemalangan hari ini). Keduanya, sering dibaca di mimbar-mimbar ayat yang mafhumnya; “Dan hendaklah kamu taat kepada Allah, dan hendaklah kamu taat kepada rasul, dan orang-orang yang berkuasa di kalangan kamu. Dan sekiranya kamu berbantah-bantah (berselisihan faham) maka berbaliklah kamu kepada kitab Allah (ajaran al-Quran) dan RasulNya (sunnahnya), yan g demikian itu lebih baik pada kamu dan lebih elok pula kesudahannya. ”

Alhamdulillah, umat Melayu rata-rata adalah umat yang amat taat kepada kepimpinannya. Ini diakui ramai. Jadi sebahagian dari permasalahan di atas telah dapat diatasi. Bagaimanapun, bahagian awal dan bahagian akhir (taatkan Allah dan RasulNya serta berbalik kepada al-Quran dan as-Sunnah) masih di tahap yang amat rendah, Bolahlah dinilai betapakah umat melayu sekarang ini memahami isi kandunagn al-Quran dan menghayati sunnah Nabi s.a.w. Mahu berbahasa Arab pun tiada kemampuan.

19

Berbeza sekali dengan sejarah suatu masa dahulu, dalam pemerintahan Kerajaan Islam Pasai contohnya, kesemua (rata-rata) orang dalam negeri tersebut boleh berbahasa Arab (A.Samad Ahmad, 2000). Lantas bergantunglah umat Melayu kepada teijemahan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu hingglah tidak dapat membezakan perkataan Darul T a’zim (negeri yang perkasa/hebat) dengan Darul Takzim (negeri yang kemetot/kerdil) tetapi mendabik dada mengatakan dialah yang mengetahui ajaran Islam yang sebenamya. Ini tentunya tidak membantu perkembangan umat Melayu. Apa sebenamya mesej yang amat penting yang ingin Islam sampaikan sehinggalah boleh mencipta kesatuan. Antaranya ialah ajaran bahawa manusia itu perlu berpindah dari perhambaan kepada makhluk (ciptaan) kepada khaliq (penciptanya) (Syed Qutb, 2000). Apatah benamya ajaran ini. Kerana kitapun bersetuju bahawa amat zalimlah seseorang itu memuji-muji lukisan Monalisa tetapi tidak menghargai pelukisnya- Leomardo da Vinci. Apatah lagi Allah azza wa jalla, Pencipta, Pentadbir, Pemusnah dan Pendidik alam seluruhnya. Dialah yang maha ‘Alim, M aha Mengetahui apa yang sudah lampau, yang sedang berlaku dan akan berlaku. Dan jika kita tunduk hanya pada yang Satu, jatuh cinta hanya pada yang Satu, rasa kagum hanya pada yang Satu, di mana hendak terletaknya dengki dan hasad kepada yang lain? Ibarat jatuh cinta pada si Timah, rindu pada si Timah, memuja hanya pada si Timah, di manakah letaknya peluang dan masa hendak mengingati si Teja? Keduanya, Islamlah yang memberi jawapan akan teka-teki asal kejadian manusia seperti yang dijelaskan dalam surah an-Nisa (1): “Hat sekelian manusia, bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu yan g telah menciptakan kamu dari seorang manusia (Adam a.s.) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa). Dan daripada keduanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan namaNya, kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. ”

Jelas sekali lagi perintah Allah ialah agar kita bersatu, bertoleransi, menjaga hubungan silaturrahim. Tetapi jangan lupa, dalam ayat ini sahaja dua kali Allah mengingatkan kita untuk bertaqwa, maka dapat dilihat bahawa perpaduan itu sebenamya berasaskan taqwa iaitu kepatuhan kepada Allah. Dan di atas dasar ini sahaja perpaduan itu menjadi mutlak dan suci kerana di atas dasar lain, seperti yang dinyatakan tadi, tidak akan dijumpai titik pertemuan mutlak kerana manusia itu diiahirkan berbeza. Tiada terlahir hasad dan dengki jika manusia berpegang kepada asas ini. Dan jika taqwa ini dijadikan asas perpaduan, bahamlah keberkatan akan turun, keamanan akan tercipta dan masyarakat akan menjadi makmur. Ini dibuktikan oleh ayat al-Quran berhunyi: “Dan jikalau sekiranya penduduk sesuatu kota (atau kampung) beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan limpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi........” (al-A ’raaf: 96)

2U

Nah jelas janji Allah, keberkatan hidup itu haruslah dicapai melalui asas taqwa, dan orang yang bertaqwa itu memelihara silaturrahim kerana dia yakin itu perintah Allah yang tidak boleh dilanggari dan akan dipertanggungjawabkan di padang Mahsyar kelak.



Rekayasa Sistem Pendidikan

Sesunggulmya masalah P.hd merupakan salah satu masalah jiw a (seperti yang dibincangkan awal dalam kertas ini). Ia suatu permasalahan hati dan keperibadian. Yang boleh membetulkan keadaan hanayalah dengan kesepaduan dan kesempumaan pendidikan. Pendidikan yang mengambil rupa secara formal dan non-formal. Bagi pendidikan formal, suatu rekayasa perlu dipugarkan. Falsafah pendidikan yang tersedia yang meletakkan asas bahawa pendidikan merupakan proses berterusan membangunkan potensi individu secara seimbang dari unsur-unsur jasmani, rohani, intelektual dan emosi itu harus diikuti dan dipraktikkan. Dewasa ini, sistem pendidikan kita sememang dijadikan contoh bag* banyak negara membangun. Namun ini tidak bermakna kita tidak punyai kelemahan. Penekanan kepada sains, teknologi dan matematik yang keterlaluan mampu mendatang ketidakseimbangan kepada bangsa Melayu di hari muka. Lihat sahaja IPTA yang baru rnuncul. Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Kolej Universiti Utara M alaysia (KUKUM), Kolej Universiti Teknikal dan Kejuruteraan Malaysia (KUTKM), Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM), Kolej Universiti Tun Hissein Onn (KUITTHO) kesemuanya tidak menyantuni isu kefalsafahan hidup, budaya pemikiran kiritis dan kreatif, latihan kepimpnan dan ketrampilan, kemahiran berbahasa serta pembudayaan bangsa secara khusus. Malah di IPTA-IPTA lama juga, kursus-kursus IT dan kejuruteraan perlahan-lahan mengambil-alih takhta kursus-kursus kemanusiaan yang dulunya menjadi tunjang pengajian.Yang ditekankan ialah kemahiran teknikal dan kejuruteraan. Akhimya nanti, kita akan melahirkan generasi yang mahir tetapi tidak faham tentang falsafah dan realiti hidup; bijak tetapi tidak bangga dengan khazanah budaya bangsanya sendiri; pintar tetapi tidak berbudi bahasa; cekap tetapi tidak berkepemimpinan. Bagai perahu tidak berpengayuh, katil tidak berbantal, laut tidak berpantai, bumi tidak berlangit. Inipun sudah mula kita nampak sekarang ini sehingga sibuk dengan macam-macam langkah untuk cuba mengatasinya. Saya masih ingat lagi semasa kecil, dipantuni orang tentang orang yang berilmu tetapi tidak lengkap dan tidak sempuma: “akan menjadi orang yang bodoh-tetapi sombong, hingga bilajadi bodoh- memantul-mantul dan bilajadi pandai melantun” Kadang-kadang bila diperhatikan semacam ada kebenarannya. Lihat sahaja pelajar sekolah sekarang, amat payah hendak mencari yang berbudi bahasa. Lihat sahaja masyarakat yang terlahir kini, budak berumur 9 tahun yang balik dan kelas mengaji alQuran pun berselera dia untuk merogolnya1 Bukankah itu very much sums-up what is happening in the society? B erita utam a akhbar-akhbar utama M elayu pada , Julai 2003.

21

Dengan sebab ini, rekayasa pendidikan tidak boleh bersifat diagnosis dan pemulihan picisan atau sampingan atau penyisipan sahaja. Ia harus melalu transformasi komprehensif. Apa tidaknya, ia menghadapi tugas yang amat berat- membangunkan manusia. Manusia tidak seperti sebuah kereta yang boleh dipotong dan dipateri dengan mudah. Manusia punyai jasad dan ruh, jasmani dan rohani, dan pembentukan keperibadian itu pula terletak pada aspek rohani riya yang tidak nampak lagi tidak nyata. Memang ramai yang bersuara, banyak langkah diambil, tetapi belum ada satupun yang menyentuh dasar pendidikan secara komprehensif. Setakat ini modification ke atas sistem pendidikan hanyalah berkisar pada isu bagaimana hendak menambah peluang anak bangsa menjadi buruh mahir dan separuh mahir, bagaimana mempertigkat bidang teknikal dan sebagainya. Isu kefalsafahan hidup, kepimpinan, bersosial, adab dan sopan, berbudi dan berbahas tidak ditangani secara komprehensif dan tidak menjadi agenda utama. Lihat sahaja langkah memperkenalkan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, apa rasionalnya? Demi penguasaan sains dan teknologi bukan? Justeru isu keperluan berkomunikasikah, atau kesepaduan hatikah, atau kedaulatan pendidikankah seolah-olah pudar dari ingatan. Tiada yang mahu dan mampu bersuara memugamya. Bukanlah kita hendak menolak ketepi sains dan teknologi. Penting memang menguasai kejuruteraan dan IT, tetapi janganlah at the expense o f human studies which tell us who we are. Contohnya, di sekolah diperkenalkan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Kreatif (KKBK). Namun ia sekadar sisipan, falsafahnya tidak dijelaskan, disiplinnya tidak diterapkan, budayanya tidak dididik. Bagaimankah ia mampu menghadapi badai sains dan teknologi yang melanda sistem pendidikan kita. Guru-guru acapkali tidak ada masa untuk menyisipkannya dalam pengajaran mereka. Isu-isu kemanusiaan ini tidak boleh sekadar menjadi sampingan. Ia harus diberikan tenpat sejajar dengan isu sains, teknologi dan perdagangan. Kegagalan sistem pendidikan dalam melahirkan insanul kamil (manusia seimbang/ sempuma) ini akan akhimya akan menyebabkan kruntuhan ketamadunan Melayu. Berapa ramaikah di antara ahli maysarakat kini yang rosak dan sakit jiwanya sehingga hendak menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau (yang memakan masa sekadar saat sahaja) pun tidak termampu, yang berdengki khianat sehingga melampaui batas, yang mengkhianati amanah rakyat dengan mengamalkan korupsi? Berapa ramaikah anak-anak remaja dan anank-anak sekolah kita yang rosak jiwanya. Yang mengambil dadah sebagai jalan penyelesaian, yang mengadakan hubungan bebas tidak berbatas seperti budaya Barat yang sudah hilang nilai kemanusiaan, yang menconteng di dinding-dinding bangunan sekolah, yang memecahkan cermin di tandas sekolah? Ini semuanya tanda keresanan dan gelora jiwa yang dahagakan pendidikan rohani. Inilah sepatutnya menjadi keutamaan kita! •

Sharing culture

Orang Melayu harus kembali kepada fitrah Islami dan cuba mencontohi masyarakat yang terkenal dengan budaya ‘perkongsian’, saling menghormai, bersatu demi kepentingan bangsa dan Bantu-membantu dalam semua keadaan. Orang Cina amat terkenal dengan sifat dan tabiat ini. Apakah tidak mungkin masyarakat Melayu yang secara tradisinya memang terkenal dengan nilai kolektiviti yang tinggi, berhemah, bersopan-santun,

22

menghormati hale orang lain, pemurah, pemaaf - tentu sckaii mampu mengadaptasikannya dalam dunia yang sangat mencabar ini bak kata pepatah ‘bulcit air kerana pembentung; bulcit kata kerana maufakat’ . ‘Bumi mana yang tidak ditimpa hujan; ‘laut mana yang tidak bergelora’ namun biarlah persaudaraan, persatuan dan kesatuan masyarakat Melayu umpama ‘carik-carik bulu ayam; akhirnya bercantum ju a

Paradigma 7 Tabiat - Covey M enurut Dr. Covey, seorang motivator terkenal di dunia ini, asas kepada kejayaan seseorang itu ialah untuk mencapai personal victory. Dia haruslah merasai bahawa hidupnya ini berada di dalam tangannya sendiri, bahawa keputusan dalam hidup ini adalah hak dan dibuat oleh dirinya sendiri, dan dia bertanggugjawab d: atas apa yang berlaku dalam dirinya sendiri, dan dia bukanlah mangsa keadaan. Sekiranya kita menyedari bahawa kehidupan kita ditentukan oleh kita sendiri dan natijahnya datang dari Allah, kita berusaha dan Allah menentukan, tentu sifat rehda itu membukit dan hasad dengki dapat dinyahkan. Sebab itulah, mengikut Imam Abul ‘Ala al- Maududi, keimanan dan ketinggian akhlak serta kecintaan kepada Allah itu haruslah menjadi pilihan sendiri dan bukan lahir dari paksaan, baharalah ia suatu yang amat mahal dan berharga kapada Allah. Dan itulah selayaknya, hanya yang termahal dan paling berharga layak dihadiahkan kepada Maha Pencipta, bukan cinta kristal dan pengabdian hipokrit. Rahsia kejayaan diri pada pendapat Dr. Covey terletak kepada tiga tahap penyempumaan konsepsi diri iaitu: a. Menjadi insan proaktif b. Bermula dengan penentuan visi,misi dan melihat matlamat se ak dari permulaan c. Meletakkan keutamaan kepada tempat keutamaan-keutamaan yang betul

23

Rajah 2: M odel & H abit Paradigmn Sumber: Covey (1989) dalam The 7 Habits o f Highly Effective People. Simon & Schuster Inc. : N ew York

Dengan kata lain, jika kita memegang prinsip-prinsip di atas, sudah barangpasti kita tidak akan bergantung kepada orang lain, mengharap dan memerlukan orang, jauh sekali berperasaan hasad dan dengki kepada orang.. •

Za’ba

.

Peringatan dan nasihat pendita Melayu Za’ba boleh dijadikan sempadan sebagai asas membina kekuatan, kesatuan dan persatuan masyarakat melayu. Menurutnya ( Adnan, 1998) kekuatan bangsa Melayu dapat dibangunkan menerusi beberapa kriteria iaitu; i. ii.

Penyatuan Melayu yang berasaskan Islam Kasihkan negeri/tanah air (tujuh tingkat) a. Kasih sedaging b. Kasih sekampung c. Kasih senegeri d. Kasih setanah/sebangsa e. Kasih sebenua f. Kasih seagama

M enurut Za,ba faktor yang boleh melahirkan penyatuan di kalangan M elayu dan M u slim apabila terhapusnya perasaan terlalu “kasihkan diri” . Perasaan ini haraslah digantikan dengan “kasihkan orang lain”

24

g. Kasih seduni a/alam j agat

• Al-Ghazali Seterasnya Imam al-Ghazali memberikan penawar kepada penyakit ini melalui 'ghibthah', iaitu suatu kesedaran dalaman yang menginsafi bahawa dirinya serba kekurangan dan banyak kelemahan lalu ia berusaha keras untuk mencapai kenikmatan yang dihajatinya itu tanpa dicemari oleh perasaan dengki dan khianat. Hatinya tetap bersih dan beijiwa besar - pelbagai jalan akan ditempuhnya iermasuklah belajar, meminta nasihat dan bimbingan daripada orang-orang yang beijaya, petunjuk daripada orang alim di samping menjaga akhlak dan rezek: halal agar doanya dimakbulkan Allah s.w.t. Bagaimanapun, jika ia gagal mendapatkan hajatnya itu, ia tetap redha dengan ketentuan Allah s.w.t. yang menguasai segala hikmah.

Kesimpulan Kertas kerja ini bukanlah bertujuan mengungkapkan kejelekan dan kehodohan ‘nilai dan pandang dunia M elayu’ tentang kehidupannya. Seperti yang telah dinyatakan pada awal kertas kerja ini, P.hd bukanlah suatu ‘nilai’ yang amat rapat dengan Melayu. Kertas kerja ini hanya melontarkan konsep P.hd serta bagaimana ia berlaku dalam perspektif hidup masyarakat Melayu. Dewasa ini, P.hd boleh diperhatikan secara langsung daripada caracara masyarakat Melayu berpolitik, bersosial dan berekonomi. Manifestasi P.hd ini dapat dilihat daripada senario kehidupan masyarakat Melayu masa kini yang amat jelas diselubingi dengan ‘kesihatan mental’ dan ‘penyakit rohani’ yang amat parah.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Ingatlah, sesungguhnya pada tubuh badan manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan anggota jasadnya tetapi jik a rosak daging itu maka rosak jugalah keseluruhan anggota jasadnya. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati. - (Riwayat Bukhari) "Dan barang siapa mengerjakan keburukan atau menganiaya diri sendiri, kemudian memohon pengampunan Allah, maka ia akan mendapati Allah itu adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (An-Nisa: 110).

Dengki dan dendam Melayu ini seharusnya ditukar kepada dengki dan cembura yang positif. Keinginan untuk beijaya dan tidak mahu ketinggalan dalam persaingan mencapai kemajuan penting dalam dunia moden hari ini. Lantaran itu sifat negatif Melayu ini boleh diubah kepada konotasi positif hingga menjadikan orang Melayu ini seorang manusia baru yang berbeza dengan konsepsi kolonial yang dipengaruhi ‘mitos pribum i malas ’. Dalam membentuk kecemerlangan masyarakat Melayu tidak wajar menjadikan penyakit rohani ini (P.hd) sebagai alasan untuk meneruskan tabiat buruk dan perbuatan

25

keji mereka. Dalam hal ini, apa yang penting mereka tahu membezakan antara kesilapan dan dosa yang disengajakan dengan yang sebaliknya. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan kamu pula tidak dianggap berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dianggap berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya." (Al-Ahzab: 5) Marilah kita memanjatkan doa ke hadrat Ilahi, "Y a Tuhan Rabbul alamin, ampunilah kami serta terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang. Ya Allah binasakanlah hasad dan dengki dalam hati dan sanubari kami. Ya Allah binasakanlah perasaan riak dan takabbur daripada bersarang dalam sifat dan peribadi hamba-hamba-Mu 'ni. Ya Allah binasakanlah sifat fasiq dan munafik dan jadikanlah kami mukmin yang Engkau redhai. Sesungguhnya tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan-Mu jua, Amin Ya Rabbal alamin!"

BIBLIOGRAFI Buku

A.Samad Ahmad (ed.) 2000 Sulalatus Salatin: Sejarah M elayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Abdul halim Othman (ed.). 1993. Psikologi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Adnan Nawang. 1998. Z a’ba dan Melayu. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. Abang Yusuf Puteh. 1996. The M alay M ind. Kuching : Shobra Publication. Ali Ahmad. 1977. Kajian Sejarah Melayu. Petaling Jaya : Fajar Bakti. Ahmad Atory. 1998. Dari Berantakan M enuju Pem bangunan: Politik M elayu 1990­ 2000. Ainon Mohamad dan Abdullah Hassan. 2003. Koleksi Terindah Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors. A1 Jarishah. 1990. Kehormatan: H ak-hak M anusia M enurut Islam . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (Teijemahan) Asml Zamani. 2002. The M alays Ideals. Kuala Lumpur: Golden Books Centre. Sdn Bhd. Ariffm Azhari. 1989. Krisis Keyakinan Melayu. Kota bahru: Pustaka kreatif

26

Covey, S.R. 1989. The 7 Habits of Highly Effective People. New York: Simon & Schuster Inc. Hassan langgulung. 1986. Teori-teori Kesihatan Mental. Jakarta: Pustaka Al-Husna. Hashiin bin Haji Musa. 2001. M erekonstruksi Tamadun M elayu Islam : Ke Arah Pem binaan Sebuah Tamadun Dunia A laf Ketiga. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu: Universiti Malaya. Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh dan Ghazali Shafie. 1997. Tamadun M elayu M enyongsong Abad Kedua Puluh Satu. Bangi. UKM. Indrawan Mohd. Yatim. Kebangkitan Islam Abad Ke-21. Renaissance Melayu. Kuala Lumpur: InterPerfection Sdn. Bhd. Mahayudin Yahya. 1986. Sejarah Awal Perpecahan Umat Islam (11-78H/632-698M ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Abu Bakar. 1998. ‘M anhaj Melayu : Kupasan Kritis Terhadap Pemikiran Pokok Dan Pelakuan Paksi Bumiputra’ dalam Hashim Awang A.R, 1998. Pengajian Sastera dan Sosiobudaya Melayu Memasuki A la f Baru. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu. Nok A. Azmi. 2000. M elayu Di Persimpangan. Kuala Lumpur: Edusystem. Sdn. Bhd. Rustam A. Sani, 1994. M elayu Baru dan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Shaharuddin Maaruf. 1993. Konsep W ira Dalam M asyarakat Melayu. Singapura :Pustaka Nasional. Siddiq Fadil. 1992. M inda Melayu Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaini Ujang. 1993. Universiti: M endukung Tradisi Intelektual. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar. A khbar

Azman Ahmad. “Bicara Agama: Kecemerlangan Total Kombinasi Tiga Elemen” dalam Utusan Malaysia, Abu Nur Ibnu Rahman. “Gembira Melihat Orang lain Menderita” dalam Utusan Malaysia, 5/03/2003

27

Bicara Agama. “Mohon Perlindungan daripada Makhluk” dalam Utusan M alaysia, 24/06/03 Johardy Ibrahim.

'Tongkat' Melayu bukan untuk selama-lamanya” dalam Utusan

Malaysia, 19/06/03

Mohd. Shukri Hanapi. “Hasad Dengki Hanya Memakan Diri bendm ”. 3alam Malaysia, 25 Jun 2003.

m an

Mohd. Salleh Abas. “Amalkan Melayu Bantu Melayu” dalam Utusan M alaysia, 5/1/2002 Wan Marzuki Wan Ali. “Bicara Agama: 10 perangkap Syaitan Penyebab Utama” dalam Utusan Malaysia, Wan Marzuki Wan Ali. “Hasad Dengki M alaysia, 17/02/2003

Sifat mazmumah

Rosakkan Amal K ebaikar” dalam Utusan

28

Suggest Documents