BAB I PENGENALAN Orang Melayu seperti orang Parsi, membentuk satu tatacara penulisan surat-menyurat, satu ilmu yang memerlukan kajian dan perhatian yang mendalam untuk mencapai kecemerlangan. The Malays, like Persians have set form for letter writing, a science in which is requires some studies and attention to excel. (sic) (Newbold, 1839:2.337)

1.0 Mukadimah Seni penulisan surat-menyurat orang-orang Melayu sangat terkenal dan menjadi kajian sejak berabad-abad lamanya oleh para pengkaji terutamanya, dari Eropah. Surat-menyurat orang Melayu mempunyai tatacara penulisannya yang tersendiri, apatah lagi jika surat tersebut ditulis oleh raja ataupun ditulis untuk raja. Apakah yang telah berubah, sejak surat pertama daripada Sultan Abu Hayat dari Ternate (1521 Masihi) kepada Raja Portugal berbanding surat sultan pada hari ini? Kajian ini hanya akan meneliti perubahan bahasa dalam surat-surat Raja Melayu dalam tempoh seratus tahun sahaja. Fokus yang utama ialah perubahan dari aspek perbendaharaan kata. Bab ini, akan menerangkan antaranya mengenai latar belakang kajian, objektif kajian, masalah kajian serta rasional kajian ini dijalankan. Selain itu, bab ini juga akan membicarakan kajian-kajian lepas yang dijalankan oleh penyelidik dalam topik berkaitan.

1

1.1 Latar Belakang Kajian Bahasa sebenarnya berubah setiap saat secara meluas di dunia kerana wujudnya beberapa faktor yang mendorongnya secara langsung dan tidak langsung. Ini telah dibuktikan oleh

para ahli linguistik yang membuat kajian mengenai perubahan

bahasa di alam sebenar. Antaranya yang popular ialah kajian perubahan bahasa daripada Labov (1972, 1980 dan 1999), Weinreich, Labov dan Herzog (1968), Milroy (1987) serta Trudgill (2000). ‘Makmal’ Peter Trudgill misalnya, mengambil masa selama lima belas tahun (iaitu dari 1968 sehingga 1983) untuk menunjukkan perubahan corak pertuturan penduduk di Norwich yang semakin mantap. Sementara itu, Labov sendiri telah mengabadikan dirinya lebih 30 tahun untuk mengkaji mengenai perubahan bahasa sama ada secara persendirian mahupun secara berkumpulan. Walaupun bahasa berubah setiap detik namun proses untuk melihat pola perubahan dan proses pemantapan mengambil masa hampir 400 tahun. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam pemantapan bahasa Inggeris sejak zaman Norman (Baugh & Cable, 2002).

Bahasa Melayu juga telah melalui proses perubahan bahasa yang panjang. Antara bukti yang paling hampir ialah penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang) di Sumatera Barat yang menunjukkan kewujudan bahasa Melayu (dalam penulisan) sejak abad ketujuh lagi. Batu bersurat (prasasti) itu ditulis dalam petikan bahasa Melayu Kuno yang digunakan pada tahun 683 Masihi. Tulisan pada batu bersurat itu menggunakan huruf Palava. Tulisan Palava ialah seni tulisan India Selatan Purba yang digunakan dalam penyebaran agama Hindu (Abdullah Hassan dan Ainon

2

Mohd., 1995:16). Memandangkan batu bersurat ini adalah catatan mengenai Raja Srivijaya – ‘vulan jyestha dapunta hyang marlapas’ yang diterjemahkan sebagai ‘bulan jyesta dapunta baginda berlepas’ – lalu hal ini dapat dikaitkan untuk melihat bentuk bahasa persuratan Melayu Diraja Kedah khususnya, dan negeri-negeri beraja lain yang menjadi sebahagian daripada sumber-sumber data dalam kajian ini.

Hal ini demikian kerana, seperti mana Srivijaya, Kesultanan Kedah juga mempunyai pengaruh India yang kuat. Perkara ini dapat dibuktikan dalam buku Hikayat Merong Mahawangsa dan sebuah puisi Tamil, Pattinapalai (Buyong Adil, 1980) yang ditulis pada abad kedua. Persamaan kewujudan abad pemerintahan Hindu-Buddha ini dapat dibuktikan dengan cacatan bahawa Negeri China pernah menerima utusan dari negeri Kedah pada sekitar tahun 658 Masihi (Hall, 1955). Sehubungan itu, bahasa yang digunakan di Kedukan Bukit dapat disimpulkan adalah sama (ataupun sekurangkurangnya setara) sebagaimana yang telah dipraktikkan pada abad berkenaan di Kedah juga.

Dengan merujuk kepada perubahan bahasa Melayu Kuno sejak dari abad ketujuh, didapati bahawa bahasa Melayu telah banyak berubah dari segi pengejaan dan nahu, serta juga dari sudut perbendaharaan katanya, terutama dari segi semantik. Perubahan yang ketara dari sudut pengejaan dapat dilihat dengan penyingkiran huruf ‘v’ menjadi ‘b’, untuk perkataan ‘vulan’ menjadi ‘bulan’ (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., 1995). Walaupun wujud perubahan, hanya huruf sahaja yang berbeza tetapi maknanya masih tetap serupa. Bahasa Melayu Kuno penuh dengan kata-kata

3

pinjaman Sanskrit di mana sejumlah huruf-huruf konsonan ‘dihembuskan’ seperti ‘bh’, ‘th’, ‘ph’, ‘dh’ dan ‘kh’. Begitu juga dengan bunyi ‘ny’ dalam bahasa Melayu Moden tetapi hanya terdapat bunyi ‘n’ dalam bahasa Melayu Kuno.

Misalnya,

perkataan ‘sebanyaknya’ disebut sebagai ‘savanakna’. Sementara itu pula bunyi ‘h’ dalam sesetengah perkataan tertentu dihilangkan, sebagai contoh perkataan ‘samuha’ menjadi ‘semua’ ataupun ‘tuha’ menjadi ‘tua’. Selain itu, bunyi ‘e’ pepet juga tidak ditemui dalam bahasa Melayu Kuno. Justeru perubahan penggunaan bunyi ‘e’ ini dapat ditemui dalam kata ‘dangan’ menjadi ‘dengan’, ‘tathapi’ berubah kepada ‘tetapi’ dan kata ‘prakara’ untuk ‘perkara’. Sekiranya ditinjau dari aspek perubahan morfologi pula, hal ini melibatkan awalan: (a) ‘mar’ berubah kepada ‘ber’ (b) ‘ni’ berubah kepada ‘di’

Rajah berikut ialah sebahagian perubahan bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Moden sejak abad ketujuh sehingga abad ke-21. Tulisan yang berhuruf condong adalah kosa kata asal yang terkandung dalam bahasa Melayu Kuno, yang dipetik dari Batu Bersurat Kedukan Bukit, 683 Masihi.

4

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Moden

vulan

bulan

nayik

naik

samvau

sampan

mangalap

mengambil (maksudnya, mencari)

marlapas

berlepas

mamava

membawa

vala

bala (menjadi, bala tentera)

laksa

laksa (menyatakan jumlah yang tidak terkira banyaknya)

dangan

dengan

sarivu

seribu

tlu  telu

tiga

sapulah dua  sepuluh dua

dua belas

vanakna

banyaknya

sukhacitta

sukacita

marvuat

berbuat

vanua

benua (atau negeri)

ko

ke

Rajah 1.0 – Perubahan bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Moden Sumber: Disesuaikan daripada teks dalam Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia (Abdullah Hassan, 1980)

Memandangkan prasasti ini berkaitan dengan Raja Srivijaya dan ditulis sebagai monumen diraja, lalu prasasti ini dapat disifatkan sebagai surat sosial raja pada

5

zamannya. Ramai ahli linguistik dari Nusantara bersependapat bahawa permulaan penggunaan bahasa Melayu dalam persuratan adalah sejak permulaan Kerajaan Srivijaya.

Sehingga saat ini belum ditemui bukti sejarah yang lebih awal daripada batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang yang menggunakan bahasa Melayu di dalam persuratannya. Juga belum ada huruf Melayu Kuno yang lain ditemui selain daripada huruf Rencong. (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., 1995: 15)

Sehubungan itu, sekiranya bahasa dari batu bersurat 683 Masihi itu diambil kira sebagai membuktikan sejarah yang paling awal dapat dikesan secara harfiah mengenai kewujudan bahasa Melayu di alam Melayu (Nusantara) dalam bentuk penulisan, justeru inilah sebuah perjalanan perubahan bahasa Melayu yang dapat disimpulkan:

6

MELAYU PURBA

Melayu Kuno

Melayu Klasik

Melayu Moden

Melayu Induk

Dialek-dialek Melayu

Dialek Johor-Riau

Rajah 1.1 – Perjalanan bahasa Melayu Purba ke Bahasa Melayu Moden

Susur galur perubahan bahasa Melayu Purba ke bahasa Melayu Moden dapat dirumuskan dalam Rajah 1.1 dengan jelas. Justeru, dapat diungkapkan yang evolusi bahasa Melayu Kuno (sehingga disertasi ini ditulis) telah mengambil masa 1144 tahun jika dihitung sejak batu bersurat 863 Masihi itu ditemui. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Austronesia dari kumpulan keluarga Bahasa Austris.

Setelah terpisah daripada kumpulan Nusantara Barat yang lain, bahasa

Melayu mempunyai ciri-ciri budaya bahasanya yang tersendiri.

Budaya bahasa

itulah yang menjadikannya unik dan terpisah daripada bahasa-bahasa Nusantara yang lain.

7

Justeru dapat dirumuskan dengan jelas yang budaya bahasa Melayu dapat dipecahkan kepada (a) bahasa biasa atau orang kebanyakan dan (b) bahasa istana atau bahasa diraja (Asmah Haji Omar, 2004). Ciri-cirinya yang berbau feudal dapat dilihat dalam bahasa istana. Selain itu budaya bahasa Melayu juga menyalin kesantunan bahasa halus ke dalam bahasa istana.

Dengan kewujudan negara kota dan sistem

kesultanannya yang tersendiri, telah memberi ruang dan kesempatan untuk bahasa Melayu mempunyai tatacara persuratan dirajanya yang ‘sendiri-sendiri’ juga. Apatah lagi, ini ditambah pula dengan sifatnya yang semi-dinamik. Sifat semi-dinamik di sini antara lain membawa pengertian yang ‘bahasa’ diraja ini tidak berubah keseluruhannya.

Perubahan hanya melibatkan beberapa kategori dan kadang-kadang perubahan tersebut tidak akan kekal lama. Kadang-kadang selepas satu tempoh masa, bahasa istana ini akan kembali berubah semula dengan memilih (kepada) kosa kata asalnya. Pengekalan ciri-ciri semi-dinamik dalam bahasa Melayu Diraja ini dapat dilihat dengan meluas dalam peristilahan dan perbendaharaan katanya. Oleh itu, sekiranya perkara ini dibandingkan dengan negara di rantau Nusantara yang lain seperti, Indonesia dan Filipina (yang terpaksa berdepan dengan ‘ancaman’ revolusi sosialpolitik atau sosial-ekonomi), tidak dapat dinafikan bahasa Melayu Diraja dapat dilihat menunjukkan ciri-ciri yang lebih dominan berbanding bahasa-bahasa lain di rantau.

8

Pembinaan bahasa Indonesia apabila republik itu merdeka datangnya daripada bahasa pijin dalam kalangan pedagang-pedagang di persisiran Kepulauan Riau, Sumatera. Bahasa itu dipilih kerana sifatnya yang tidak begitu mudah terikat dengan kerenah bahasa Jawa yang berkasta-kasta.

Sementara itu bahasa Pilipino pula wujud

berasaskan kombinasi dua buah bahasa vernakular yang ramai penuturnya di Filipina iaitu; bahasa Tagalog dan bahasa Cebuano. Itulah yang menjadikan bahasa-bahasa baru itu lebih liberal sifatnya kerana terikat dengan sejarah sosiolinguistik negara mereka sendiri. Berbeza dengan bahasa Melayu Diraja, kedua-dua bahasa (Pilipino dan Indonesia) dari kumpulan Nusantara Barat itu tidak menunjukkan mana-mana pengekalan strata sosial atau darjat (kasta) dalam bentuk lisan apatah lagi penulisan.

Ini bermakna walaupun bahasa-bahasa dalam kumpulan Nusantara Barat itu telah berubah dengan pesat, tetapi bahasa Melayu Diraja masih mengekalkan sesetengah ciri-ciri ‘purba’, ‘kuno’ dan ‘klasik’ untuk menunjukkan prestijnya yang unik dari segi penulisannya.

Penggunaan ciri-ciri bahasa begini seolah-olah cuba

menggambarkan kekuatan dan kesinambungan institusi kesultanan dalam kalangan raja-raja Melayu di Malaysia dan juga di Brunei.

1.2 Objektif Kajian Sasaran kajian ini ialah untuk melihat perubahan bahasa dari aspek perbendaharaan kata. Sehubungan itu kajian ini akan merangkumi empat objektif yang utama. (a) Kajian ini akan meninjau dan membandingkan perubahan bahasa dari sudut perbendaharaan kata (kosa kata) antara Surat-Surat Light (SSL) dengan Surat-

9

Surat Sultan Abdul Hamid (SSAH). Kedua-dua komponen surat-surat ini telah diklasifikasikan dalam genre yang serupa; iaitu warkah sosial diraja yang setara. (b) Kajian ini akan membuktikan bahawa bahasa persuratan istana hanya akan berubah sekiranya wujud tekanan (kepada raja) daripada pihak penerima surat-surat tersebut. Pada dasarnya, perubahan itu akan bersifat sementara kerana sultan/raja sedaya-upaya akan cuba untuk mengekalkan pertuanannya dalam

surat-surat

tersebut;

untuk

mempamerkan

kedudukan

kebangsawanannya. (c) Kajian ini juga akan mengesahkan bahawa bahasa Melayu istana masih mengekalkan ciri-ciri persuratannya dengan mengasingkan dirinya daripada bahasa rakyat jelata. (d) Kajian ini akan menunjukkan bahawa perubahan bahasa pada surat-surat sultan/raja bergerak dengan kadar yang sangat perlahan (dan tidak mengikut aliran sebenar sepertimana yang berlaku di luar istana). Ciri-ciri istimewa surat-surat diraja ini menjadikan proses perubahannya tidak selari seperti mana yang berlaku di luar istana.

Secara umumnya, walaupun kajian ini hanya akan melihat tahun-tahun yang tertentu dalam sela waktu yang ditetapkan, namun sebenarnya bahasa dalam warkah sosial diraja itu bermula lebih awal. Kajian tentang warisan warkah (warkah sosial) diraja Melayu sepanjang empat abad yang telah dijalankan oleh British Library telah membuktikan bahawa seni persuratan Melayu seolah-olah disambung oleh seutas

10

benang yang kuat sepanjang zamannya (Gallop & Kratz, 1994:12).

Walaupun

negeri-negeri Melayu itu terpisah beribu-ribu kilometer dan wujudnya jurang masa antara surat-surat itu hampir empat ratus tahun, namun seolah-olah ‘perbezaan kedaerahan’ dan ‘peredaran masa’ tidak wujud dengan jelas pada surat-surat yang berakar umbi Parsi-Arab itu. Secara sepintas lalu sejarah perubahan bahasa secara terang-terangnya dimulai dengan pengaruh bahasa Sanskrit sejak batu bersurat (prasasti) yang pertama di Kedukan Bukit (Palembang) itu ditemui.

1.3 Pernyataan Masalah Secara umumnya lenggok bahasa Melayu dari segi lisan dan persuratan dalam kalangan orang Melayu telah banyak berubah sejak dari awal abad ketujuh sehinggalah permulaan abad ke-21. Namun perkara ini tidak banyak mengganggugugat bahasa diraja yang kekal indah dalam darjahnya yang tersendiri. Sekiranya bahasa diraja di Britain (yang dikenali sebagai, Queen’s English) hanya mengekalkan tradisi kesempurnaan dari segi pertuturan lisan, dan bahasa tersebut juga dapat diguna pakai sebagai bahasa pertuturan dalam kalangan rakyat Britain sekiranya mereka ingin berbuat demikian (sama ada sebagai bahasa standard atau rasmi), namun hal ini bertentangan sekali dengan bahasa persuratan Melayu Diraja. Warkah Sultan/Raja Melayu mengekalkan seni penulisan sejak dari warkah yang terawal daripada Sultan Ternante (1521) kepada Raja Portugal sehinggalah warkah terakhir oleh Raja Muda Patani (1899).

11

Bahasa Melayu Diraja bersifat unik dan klasik (juga berbau kuno) serta masih mengekalkan keunikan ciri-ciri linguistiknya.

Sekilas pandang tidak nampak

perubahan bahasa yang ketara dalam surat-surat sultan/raja berbanding perubahan bahasa bagi orang awam.

Ini memandangkan bahasa diraja tidak digunakan di

khalayak umum (oleh orang awam) sebagai bahasa basahan. Justeru, penggunaan bahasa yang bersifat klasik secara tidak langsung telah meningkatkan prestij bahasa Melayu Diraja ini dan menunjukkan ciri-ciri darjat dirajanya yang tersendiri untuk suatu tempoh yang berpanjangan. Hal yang demikian menjadikannya penting kerana ini dapat memberi peluang kepada para sarjana dalam bidang sosiologi dan antropologi, khususnya, untuk mengkaji dasar sesebuah luar negeri (dalam hubungan istana dengan dunia luar) dengan lebih jelas dan teratur melalui warkah sosial diraja ini pada zamannya (real time). Misalnya, sepertimana yang telah dijalankan oleh Robert Sibarani (2000) apabila beliau mengkaji bahasa Batak dan melihat budaya masyakatnya melalui perubahan bahasa.

Menurut William Marsden (1812) yang dipetik dari Gallop dan Kratz (1994:12):

Terdapat keselarasan yang mengagumkan dalam corak penulisan, bukan sahaja dalam buku prosa dan puisi, tetapi juga dalam perutusan surat, dan pengalaman saya sendiri telah membuktikan kepada saya bahawa tidak ada masalah yang lebih besar dalam penterjemahan surat daripada raja-raja dari kepulauan Maluku dengan penterjemahan surat raja dari Kedah atau Trangganu di semenanjung, atau dari Menangkabau di Sumatera.

12

Kenyataan Marsden menunjukkan yang bahasa Melayu Diraja dalam surat-surat sultan sejak dari zaman-berzaman tidak banyak berubah dan tidak pula menunjukkan perbezaan yang ketara antara satu negeri Melayu dengan negeri Melayu yang lain. Bagaimanapun hal ini tidak wujud dalam kalangan bahasa-bahasa Melayu yang lain baik antara negeri-negeri mahupun antara daerah-daerah.

Keseragaman bahasa Melayu Diraja dalam persuratan menunjukkan ciri-ciri semidinamiknya. Kesan dari itu, telah wujud satu aliran bahasa yang tidak mengikut sepenuhnya ciri-ciri perubahan bahasa jika dibandingkan dengan bahasa Melayu yang sedang berubah di luarnya (istana). Sebagaimana yang dinyatakan oleh Robert Sibarani (2000), perubahan bahasa dapat dilihat dari segi, (a) penghilangan, (b) penambahan, (c) peluasan, (d) penyempitan dan (e) pertukaran.

Bagaimanapun

pernyataan Robert Sibarani ini tidak begitu sesuai untuk berkata mengenai bahasa Melayu Diraja jika dibandingkan jarak perjalanannya selama 400 tahun itu.

Dengan merujuk kepada kerangka analisis dalam Rajah 1.2 berikut, dapat dinyatakan di sini yang faktor-faktor luaran seperti perubahan masa dan kemasukan entri-entri daripada bahasa luar mempengaruhi perubahan bahasa. Namun keunikan bahasa diraja ialah, faktor dalaman itu sendiri yakni; kedudukan bahasa diraja sebagai lambang kedaulatan telah memperlambat proses perubahan bahasa tersebut.

Sebagaimana yang kita sedia maklum perubahan bahasa selalunya dikaitkan dengan pengaruh kumpulan kepada kumpulan, namun dalam kes bahasa diraja ini,

13

nampaknya raja-raja seolah-olah ‘bekerjasama’ (sedang berganding tangan) untuk mempertahankan bahasa persuratan baginda supaya terus kekal.

Walaupun

perubahan bahasa dapat dilihat dalam aspek perbendaharaan kata, namun faktor luaran dan faktor dalaman seperti saling tarik-menarik dalam usaha ‘merubah’ di samping ‘mengekalkan’ bahasa diraja ini. Pernyataan ini telah diringkaskan dalam Rajah 1.2 berikut:

FAKTOR LUARAN

Perubahan Bahasa ---------------------------

Bahasa diraja

PERBENDAHARAAN

FAKTOR DALAMAN

KATA



KEPENTINGAN

Semantik (a) denotatif (b) konotatif

Masyarakat bahasa

Rajah 1.2 - Kerangka analisis perubahan bahasa dalam bahasa Melayu Diraja

1.4 Rasional Kajian Beberapa ciri yang unik dan menarik sering ditinggalkan oleh penyelidik dalam mengkaji surat-surat lama. Selama ini, secara teori dan praktikalnya didapati status

14

sosial adalah agen utama yang akan menentukan perubahan bahasa. Bagaimanapun kajian ini akan membuka sedikit lembaran baru, yang bercanggah dengan hakikat tersebut.

Iaitu, sultan/raja Melayu seperti tidak menyumbang apa-apa kepada

perubahan ini. Sultan/Raja seperti cuba ‘membekukan’ bahasa ini daripada berubah. Baginda seperti cuba mendominasi bahasa demi prestij dan kelangsungan darjatnya.

Apatah lagi, dalam surat-surat sultan/raja, wujudnya dominasi gender di mana hanya lelaki sahaja yang terlibat dalam penulisan surat-surat ini (kerana perlembagaan dalam sesebuah negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu tidak membenarkan kaum wanita dilantik sebagai raja ataupun pemerintah di sesebuah negeri). Sekiranya wujud surat-surat daripada permaisuri sultan, mereka akan meletakkan kedudukan mereka jauh lebih bawah daripada Sultan. Ini dapat dilihat penggunaan kata ‘kita’ bukannya ‘beta’, misalnya dalam surat daripada isteri Tunku Raja Muda Selangor kepada Francis Light dalam tahun 1775 (Gallop dan Kratz, 1994).

Sultan/Raja telah menunjukkan kekuasaannya di dalam bahasa persuratan dan hakikat ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kerabatnya yang lain, walaupun orang itu adalah permaisuri baginda. Bagaimanapun hal ini tidak wujud dalam bahasa lisan di istana. Ini bermakna penggunaan ‘beta’ boleh digunakan secara meluas oleh kerabat diraja (kekecualian sekiranya mereka berbicara dengan sultan).

15

Secara dasarnya, jika seseorang itu mempunyai hubungan dengan pihak luar dengan rapat, ini bermakna semakin mudahlah bahasa itu berubah (Holmes, 2001). Tetapi dalam kes surat-surat diraja, hal ini telah menjadi sebaliknya. Perubahan hanya wujud sekiranya ada tekanan dan ini kebiasaannya bersifat sementara. Hal ini boleh dilihat dalam surat Sultan Kedah kepada Raja Chulalongkorn yang berlainan bunyinya berbanding surat baginda kepada Residen Inggeris yang lebih santai. Ini kerana Kedah ketika itu adalah negeri naungan Siam sehingga tahun 1909 (Buyong Adil, 1980).

Bahasa Melayu digunakan dengan lebih utuh dalam surat kepada

Residen berbanding surat kepada pemerintah Siam itu.

Surat kepada Raja

Chulalongkorn banyak menggunakan bahasa Siam serta terikat dengan istilah dan makna semantik dari negara gajah putih itu.

Kajian ini akan menunjukkan bahawa dalam perubahan bahasa, segala kemungkinan adalah wajar. Tiada suatu pun yang menghalang bahasa berubah ke depan atau ke belakang. Apatah lagi berubah daripada peringkat atas kepada golongan bawahan. Malah hal ini ditegaskan sendiri oleh Labov (1980) setelah menjalankan kajian ke atas bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Parsi dan bahasa Perancis. Padahal pada tahun 1972 ketika Labov menjalankan kajiannya di New York, beliau mempunyai pendapat yang berbeza berbanding apa dinyatakan dalam hasil penyelidikannya pada tahun 1980 itu.

16

1.5 Metodologi Kajian Kajian kualitatif ini akan menggunakan dua pendekatan. Iaitu pendekatan diakronik untuk meneliti surat-surat raja dalam sela tahun 1786-1794 dan tahun 1886-1894. Harimurti Kridalaksana (1983:33) yang dipetik dari Raja Mashitah Raja Ariffin (2001:219) menjelaskan, pendekatan diakronik bersifat historis, berkenaan dengan pendekatan terhadap bahasa dengan melihat perkembangannya sepanjang waktu. Sementara itu pula, Gay dan Airasian (2003:221) menyifatkan pendekatan diakronik atau penyelidikan sejarah ini sebagai, …identifying such data often requires considerably more ‘detective work’ on the part of researcher.

Memandangkan

begitu banyak korpus perlu ditangani, menjadikan penyelidikan diakronik ini suatu kerja detektif yang harus diberi perhatian khusus. Sementara itu, de Saussure (1916) yang juga dipetik daripada Raja Mashitah, menggunakan istilah linguistik diakronik ini untuk menjelaskan mengenai hubungan antara unsur yang berturutan yang saling berganti menerusi masa atau zaman. Menurut de Saussure lagi, setiap bahasa akan mengalami perubahan dalam merentasi zaman ke zaman.

Sebagaimana yang

dinyatakan oleh Asmah Haji Omar (1992), bahasa bermula dari bentuk yang lebih kecil dan bergerak kepada bentuk yang lebih besar. Dalam menghubungkaitkan pernyataan Asmah ini, maka kaedah diakronik yang melihat perubahan pada peringkat awal (akar umbi) dari semasa ke semasa adalah pendekatan yang paling efektif untuk digunakan dalam metodologi ini.

Pendekatan kedua, ialah dengan kaedah analisis wacana. Pendekatan sosiolinguistik ini telah dikemukakan oleh Dell Hymes (1974) yang dipetik daripada Abdul Razak

17

Abdul Karim (1998) sebagai metodologi yang relevan untuk kajian ini. Hymes telah menunjukkan peri pentingnya jaringan sosial dalam kajian analisis wacana (atau kajian genre) yang melibatkan kajian peristiwa bahasa.

Dengan menggunakan

kaedah diakronik, perkembangan bahasa mengikut waktu dapat dilihat dengan sempurna. Sementara pendekatan sosiolinguistik pula akan melihat peristiwa bahasa dengan mendekati perubahannya dari aspek perbendaharaan kata.

Hal ini akan

diperincikan lagi dalam Bab II dan Bab III selepas ini.

1.6 Kajian Lepas Keruntuhan sistem negara kota, dan kemasukan penjajah asing telah memberi kesan terhadap perubahan bahasa Melayu. Bagaimanapun ini tidak begitu memberi kesan terhadap bahasa persuratan istana. Namun sejauh mana dan berapa lama perkara ini dapat mempengaruhi bahasa dalam surat-surat diraja Melayu? Kajian ini relevan memandangkan Kesultanan Melayu Kedah (melalui surat-surat Sultan Abdul Hamid Halim Shah, 1882-1943) mempunyai dokumentasi yang teratur dan boleh dijadikan rujukan, untuk melihat perubahan bahasa ini. Malah koleksi surat-surat baginda telah diterima dan diiktiraf sebagai salah satu daripada Warisan Dunia (World Heritage) dalam tahun 2001. Justeru perbandingan surat-surat ini dengan surat-surat kepada Francis Light seratus tahun ke belakang adalah sangat rasional dalam mengukur perubahan bahasa persuratan istana pada zaman tersebut.

Sehingga kini kajian mengenai surat-surat rasmi diraja tidak popular di Malaysia. Hanya beberapa penyelidik yang menjalankan kajian mengenai surat-surat atau

18

warkah-warkah rasmi dalam aspek-aspek yang berbeza dan bukannya dalam aspek perubahan bahasa.

Antaranya, Raja Mashitah Raja Ariffin (2001) pernah

menjalankan kajian warkah rasmi ini untuk disertasi sarjananya.

Beliau telah

mengkaji lapan warkah Melayu terpilih dari empat zaman dengan melihat aspek persamaan dan perbezaan dalam sistem pengejaan Jawi, morfologi serta perbendaharaan kata selain daripada mengkaji penggunaan bahasa Melayu dalam empat zaman tersebut. Sementara itu Abdul Razak bin Abdul Karim (1998) pula mengemukakan tesis kedoktorannya mengenai warkah-warkah Melayu sebagai satu genre yang tersendiri dari segi teknik, bentuk dan isi kandungannya. Beliau lebih banyak membincangkan dari sudut kajian analisis terhadap laras.

Sementara itu Asmah Haji Omar (1991) pula melihat penggunaan bahasa dalam evolusi bahasa Melayu pada abad ke-16 dan beberapa aspek linguistik dari segi ejaan Jawi, morfologi, nahu dan perbendaharaan kata sebagaimana yang terkandung dalam teks ‘Aqa’id Al-Nasafi. Sedangkan E.U. Kratz dan Annabel Teh Gallop (Kurator di British Library), pula telah membuat kajian dan menerbitkan buku mengenai Warisan Warkah Melayu bersempena Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1994. Bagaimanapun kajian beliau lebih banyak ditumpukan kepada hiasan, seni khat serta cap (cop) mohor.

Penumpuan terhadap perubahan bahasa tidak begitu diberi

perhatian yang serius dalam kajiannya. Setakat ini perubahan bahasa dalam suratsurat diraja ini belum lagi temui. Lalu kajian ini menjadi penting dalam mengungkap sebahagian daripada aspek-aspek sosiolinguistik yang masih tertinggal dan belum diberi perhatian di rantau ini.

19

1.7 Kesimpulan Warkah sosial diraja merupakan satu genre yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan surat-surat yang lain. Pengekalan surat-surat ini banyak bergantung pada institusi raja itu sendiri. Sekiranya sistem Raja Berperlembagaan dirombak semula atau dibubarkan, ini pasti sahaja akan mempengaruhi tatacara persuratan surat-surat ini serta jangka hayatnya.

Sejarah telah membuktikan tentang kenyataan ini.

Merujuk kepada negara-negara di rantau ini, perubahan sistem politik negara dari monarki kepada demokrasi atau sosialis telah merubah aspek-aspek linguistik yang diwarisi selama ini. Contoh yang paling terdekat ialah apabila Belanda menguasai Indonesia, sistem beraja di Jogjakarta dan Surakata merasai kepahitannya dan bahasa Jawa yang gemilang sudah mulai tidak mendapat tempat dalam politik.

Kesimpulannya, perubahan bahasa dalam surat-surat sultan/raja Melayu akan berubah dengan pesat jika melibatkan perubahan politik di Malaysia berbanding dengan perubahan sosial.

20