BAB 1 SUSUNAN DAN KANDUNGAN LATIHAN ILMIAH

BAB 1 SUSUNAN DAN KANDUNGAN LATIHAN ILMIAH 1.1 Pengenalan Garis panduan ini akan mula berkuatkuasa mulai 2006/2007 adalah untuk digunapakai bagi pe...
Author: Leonard Watkins
90 downloads 4 Views 159KB Size
BAB 1 SUSUNAN DAN KANDUNGAN LATIHAN ILMIAH

1.1

Pengenalan Garis panduan ini akan mula berkuatkuasa mulai 2006/2007 adalah untuk

digunapakai bagi pelajar yang mendaftar subjek-subjek berikut; BAEA 3216

Sejarah Seni Bina III

BAES 5283

Topical Studies/Dissertation

BSES 3285

Projek Ilmiah Ukur Bangunan

BMEM 3184

Projek Ilmiah Pengurusan Harta Tanah

BQEQ 3189

Projek Ilmiah Ukur Bahan

Panduan ini menjelaskan keperluan bagi format dan bentuk akhir projek laithan ilmiah yang perlu disediakan oleh setiap pelajar. Setiap projek latihan ilmiah boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian permulaan, teks, bahan rujukan dan lampiran. Susunan kandungan kajian ilmiah adalah seperti yang terdapat dalam Jadual 1.1.

1.2

Bahagian Pemulaan Bahagian permulaan projek ilmiah terdiri daripada halaman tajuk, perakuan,

dedikasi, penghargaan, abstrak, senarai kandungan, senarai jadual, senarai rajah, senarai kependekkan dan senarai lampiran.

1.2.1

Halaman Tajuk Projek Latihan Ilmiah Halaman tajuk ini mengandungi perkara-perkara seperti tajuk projek ilmiah,

Nama pelajar, Nama Fakulti, Nama Universiti dan tahun diserahkan projek ilmiah. Contoh halaman ini adalah seperti di Lampiran B

1.2.2

Perakuan Perakuan dari pelajar diletakkan dalam halaman ini. Perakuan adalah

mengenai keaslian kajian yang dijalankan. Perakuan ini hendaklah ditandatangani oleh pelajar. Contoh adalah seperti di Lampiran C.

1.2.3

Tuntutan Pihak Ketiga Bahagian ini disediakan bagi mengelakkan apa-apa tuntutan dari pihak ketiga

diambil terhadap Jabatan dalam penyediaan projek ilmiah. Halaman ini perlu diletakkan selepas perakuan pelajar. Contoh seperti di Lampiran D

1.2.4

Dedikasi Dedikasi merupakan satu pilihan. Pernyataan dedikasi hendaklah ringkas.

Contoh dedikasi adalah seperti di Lampiran E.

1.2.5

Penghargaan Adalah menjadi satu kebiasaan untuk pelajar merakamkan penghargaan

kepada orang perseorangan atau pertubuhan yang telah memberikan sebarang bantuan dalam penyediaan projek ilmiah terutamanya penyelia kajian dan pensyarah dari institusi berkenaan. Contoh seperti di Lampiran F.

1.2.6

Abstrak Abstrak

hendaklah

di

tulis

dalam

Bahasa

Melayu

dan

hendaklah

diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris. Setiap satunya dalam muka surat yang berlainan. Abstrak hendaklah tidak melebihi daripada satu (1) muka surat, font Arial 11 dan single spacing.

Ia hendaklah menyatakan bidang kajian, pernyataan masalah, kaedah

penyelesaian, kaedah kajian yang digunakan dan hasil kajian. Bagi penulisan yang dibuat dalam Bahasa Inggeris, abstrak hendaklah dalam bahasa tersebut dan diikuti dengan terjemahannya iaitu dalam Bahasa Melayu. Contoh adalah seperti di Lampiran G dan H.

1.2.7

Senarai kandungan Senarai kandungan mengandungi senarai bab dan tajuk bab serta pecahan

tajuk bagi setiap bab yang terdapat di dalam teks. Tajuk-tajuk yang disenaraikan hendaklah sama dengan yang ditulis dalam teks dan hendaklah disenaraikan beserta dengan mukasuratnya. Contoh seperti di Lampiran I. 1.2.8

Senarai jadual Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang ditunjukkan dalam teks.

Nombor mukasurat jadual yang ditunjukkan dalam teks hendaklah dicatatkan dalam senarai ini. Contoh seperti di Lampiran J

2

1.2.9

Senarai rajah Senarai rajah merupakan senarai untuk fotograf, lukisan, graf, carta dan peta

yang terdapat dalam teks. Senarai rajah disenarai seperti senarai jadual. Contoh seperti di Lampiran K

1.2.10

Senarai Kependekan Senarai ini mengandungi semua kependekan yang digunakan dalam teks.

Senarai tersebut termasuklah untuk simbol, singkatan, tatanama dan

istilah. Susunan

kependekkan ini disenaraikan mengikut abjad seperti contoh di Lampiran L

1.2.11

Senarai lampiran Senarai ini mengandungi keterangan tambahan, data asal atau petikan yang

terlalu panjang atau data yang tidak berapa penting untuk dimuatkan dalam teks. Lampiran ini diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya. Lampiran ini juga boleh diberi tajuk-tajuk yang tertentu seperti contoh di Lampiran M.

1.3

Teks Teks merupakan isi kandungan projek ilmiah. Teks ini hendaklah dibahagikan

kepada beberapa bab. Setiap bab perlu mempunyai tajuk dan mempunyai nombor. Setiap bab boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil dan diberi tajuk kecil. Setiap bab hendaklah dimulakan pada mukasurat yang baru. Teks hendaklah mempunyai perkara-perkara seperti berikut : i)

pengenalan dan latar belakang kajian.

ii)

kajian literatur

iii)

metodologi kajian

iv)

hasil kajian dan analisa

v)

kesimpulan, cadangan atau rumusan kajian.

Maklumat yang ditulis dalam teks dirujuk dari sesuatu sumber dan sumber ini perlu dinyatakan dalam teks. Rujukan ini hendaklah ditulis mengikut kaedah tertentu seperti yang dinyatakan dalam Bab 3. Di dalam teks juga boleh diletakkan jadual. Jadual yang diletakkan dalam teks hendaklah dinomborkan dengan angka Arab. Setiap jadual diberi tajuk dan diletakkan di bahagian atas jadual. Nombor jadual dikaitkan dengan nombor bab.Contohnya, Jadual 2.5

3

adalah bagi jadual yang kelima yang terdapat dalam Bab 2. Jadual seeloknya diletakkan selepas sahaja ianya diterangkan buat pertama kalinya dalam teks. Semua jadual hendaklah disenaraikan dalam Senarai Jadual. Bahan-bahan seperti peta, lukisan, graf, carta dan gambar merupakan “Rajah”. Seperti jadual, rajah juga perlu diberi nombor (dengan nombor Arab) dan tajuk yang diletakkan di bahagian bawah rajah. Nombor yang diberikan juga perlu dikaitkan dengan bab dan diletakkan selepas sahaja ianya dirujuk buat pertama kalinya dalam teks. Semua rajah perlu disenaraikan dalam Senarai Rajah.

Bahan rujukan seperti disket, cakera padat dan slaid hendaklah dimuatkan dalam poket yang dibuat khas di bahagian dalam kulit belakang laporan kajian ilmiah (pilihan).

1.4

Rujukan Rujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan projek latihan

ilmiah, samada melalui petikan secara langsung atau melalui rujukan am. Semua rujukan tersebut hendaklah disenaraikan dalam Senarai Rujukan. Terdapat beberapa kaedah penulisan untuk rujukan seperti yang diterangkan dengan lebih terperinci dalam Bab 3.

1.5

Lampiran Lampiran yang berkaitan sahaja

disediakan bila perlu. Ia mengandungi

keterangan tambahan, maklumat dan data yang asal atau petikan yang terlalu panjang atau data yang tidak berapa penting untuk dituliskan dalam teks. Semua lampiran ini hendaklah disenaraikan di dalam Senarai Lampiran di Bahagian permulaan projek latihan ilmiah.

4

Jadual 1.1 : Susunan kandungan projek latihan ilmiah PERKARA

STATUS

CONTOH

CATATAN

(LAMPIRAN) Kulit Disertasi Halaman tajuk

A Wajib

B

Tidak bernombor tetapi dikira sebagai (i)

Perakuan

Wajib

C

Bernombor roman kecil (ii)

Tuntutan Pihak Ketiga

Wajib

D

Bernombor roman kecil (iii)

Dedikasi

Pilihan

E

Bernombor roman kecil (sekiranya ada)

Penghargaan

Wajib

F

Bernombor roman kecil

Abstrak

Wajib

G

Bernombor roman kecil

Abstrak (English)

Wajib

H

Bernombor roman kecil

Senarai Kandungan

Wajib

I

Bernombor roman kecil

Senarai Jadual

Wajib

J

Bernombor roman kecil

Senarai Rajah

Wajib

K

Bernombor roman kecil

Senarai Kependekan

Wajib

L

Bernombor roman kecil

Senarai Lampiran

Wajib

M

Bernombor roman kecil (sekiranya disebut dalam teks)

Teks

Wajib

-

Bernombor Arab dimulakan dengan nombor 1

Rujukan

Wajib

-

Bernombor Arab bersambung dengan nombor teks

5

BAB 2

FORMAT

2.1

Kertas dan Saiz Gunakan kertas putih saiz A4 (210mm X 297mm) yang bermutu baik iaitu 80g/m2.

Hanya sebelah muka surat sahaja yang boleh di cetak. 2.2

Birai Semua muka surat perlu mempunyai birai yang sama. Birai kiri mestilah 4cm (untuk

penjilidan) dan 2.5cm bagi birai atas, bawah dan kanan. 2.3

Penomboran Muka Surat Setiap muka surat hendaklah mempunyai nombor yang disusun berterusan seperti

ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Muka surat hendaklah dicetak di bahagian bawah di sudut sebelah kanan iaitu 1.25cm dari bawah dan 2.5cm dari sebelah kanan.

Penomboran muka surat mestilah seperti berikut : i)

Bahagian permulaan projek ilmiah dicetak dengan nombor kecil roman secara berturutan seperti i, ii, iii.

ii)

Muka surat pertama yang mengandungi judul projek dianggap sebagai muka surat (i) tetapi nombornya tidak dicetak. Muka surat pertama selepas muka surat yang mengandungi judul dicetak sebagai muka surat (ii)

iii)

Teks am dan semua mukasurat termasuk rujukan dan lampiran dicetak dengan nombor Arab secara berturut seperti 1, 2, 3 bermula dengan nombor 1.

iv)

Sekiranya kertas sebagai pembahagi di antara Bab atau kerta pembahagi di antara teks dan lampiran digunakan, ianya tidak perlu diberi nombor muka surat

2.4

Penomboran Bab dan Pecahan Bab Semua bab dan pecahan kecil perlu diberi nombor. Bab menggunakan nombor Arab

seperti BAB 1, BAB 2, BAB 3 dan seterusnya. Pecahan kecil di dalam setiap bab perlu diberi nombor dan disusun tidak lebih daripada tiga peringkat pecahan seperti :

6

2.1

Peringkat pertama (Tajuk pecahan kecil)

2.1.1

Peringkat kedua (Tajuk pecahan-pecahan kecil)

2.1.1.1 Peringkat ketiga (Tajuk pecahan-pecahan-pecahan kecil) Sekiranya mempunyai tajuk melebihi peringkat ketiga, peringkat seterusnya hendaklah menggunakan abjad seperti a, b, c dan seterusnya.

2.5

Penaipan Projek ilmiah hendaklah dicetak dengan menggunakan font Arial saiz 11. Jarak

diantara dua baris teks ialah 1 1/2 jarak. Hanya satu jarak digunakan untuk : i)

Petikan yang panjang

ii)

Abstrak

iii)

Nota / Sumber /Petikan

iv)

Senarai rujukan

Sesuatu perenggan yang baru pada bahagian bawah setiap muka surat mestilah mengandungi sekurang-kurangnya dua baris yang lengkap. Sekiranya ianya perenggan akhir dalam satu muka surat dan perenggan tersebut mempunyai kurang daripada dua baris yang lengkap, perenggan tersebut hendaklah dimulakan pada muka surat yang baru. Tajuk setiap bab hendaklah ditaip menggunakan abjad besar dan menggunakan font Arial Saiz tidak melebihi 16. Bab yang baru hendaklah dicetak pada muka surat yang baru. Tajuk dan pecahan tajuk perlu dinamakan dan digelapkan seperti di Lampiran N dan O. Abjad pertama untuk pecahan tajuk hendaklah ditaip dengan menggunakan (conjunction) huruf besar kecuali untuk kata penghubung seperti dan, dari, ke, di dan seumpamanya. 2.5.1

Font Untuk Tajuk Jadual, Tajuk Rajah dan Sumber Font untuk perkara ini ialah Arial 10 dan jarak antara baris ialah satu.

2.6

Jarak Penaipan Jarak yang digunakan hendaklah seperti berikut : i)

Jarak di antara birai atas dan Bab ialah 2.5cm

ii)

Jarak di antara bab dan tajuk bab ialah 4 jarak baris

7

iii)

Jarak di antara tajuk bab dan baris pertama teks ialah 4 jarak baris

iv)

Jarak di antara teks di baris akhir perenggan dan sub-tajuk ialah 4 jarak baris

v)

Jarak di antara sub-tajuk dan baris pertama teks ialah 2 jarak baris

vi)

Jarak di antara perenggan ialah 2 jarak baris

vii)

Nombor dan tajuk bagi sub-tajuk hendaklah selari dengan birai kiri

viii)

Jarak di antara baris akhir perenggan dengan jadual dan rajah ialah 2 jarak baris.

(Rujuk Lampiran N)

2.7

Jumlah Perkataan Teks projek ilmiah hendaklah tidak kurang 8,000 patah dan tidak melebihi 12,000

patah perkataan (atau rujuk kepada keperluan Jabatan). Lampiran, jadual dan rajah tidak termasuk dalam jumlah perkataan.

2.8

Penjilidan untuk Penyerahan. Projek ilmiah hendaklah dijilidkan dan perlu dihantar sebanyak empat (4) salinan

asal. Satu (1) salinan dalam bentuk cakera padat (pdf format) hendaklah dimuatkan dalam poket yang dibuat khas di bahagian dalam kulit belakang projek ilmiah. 2.8.1

Warna Kulit dan Tulisan Kulit projek ilmiah hendaklah menggunakan jenis ‘hard cover’ dan bertulisan emas.

Saiz minimum untuk tulisan ialah font 18 jenis Arial. Warna yang perlu digunakan adalah seperti di jadual di bawah. Jadual 2.1 : Warna Kulit Kajian Ilmiah JABATAN

WARNA

i) Pengurusan Harta Tanah

Ungu

ii) Ukur Bahan

Hitam

iii) Ukur Bangunan

Biru

iv) Senibina : BSc Arch

Hijau

B Arch

Merah Hati

Nota : dapatkan code warna dari jabatan yang berkaitan.

8

2.8.2

Muka Hadapan Muka hadapan hendaklah mempunyai tajuk projek latihan ilmiah, nama pelajar,

Universiti Malaya dan tahun penyerahan projek ilmiah dan hendaklah dicetak dengan huruf besar. Contoh seperti di Lampiran A

2.8.3

Tulang Belakang Nama pelajar, nama ijazah serta tahun penyerahan hendaklah dicetak dengan huruf

besar, saiz font 12 jenis Arial bertulisan emas seperti di Lampiran A

9

BAB 3

RUJUKAN 3.1

Pengenalan Projek ilmiah yang menggunakan penulisan lain, samada melalui petikan secara

langsung ataupun melalui rujukan am, mestilah memberikan butir-butir sumber tersebut dalam bibliografi atau rujukan. 3.2

Sistem Nama Pengarang dan Tahun Penulisan Rujukan Kajian ilmiah hendaklah menggunakan Sistem Harvard.

3.2.1

Rujukan Dalam Teks Rujukan yang dinyatakan dalam teks hendaklah ditulis menggunakan nama

pengarang dan tahun penerbitan seperti contoh dibawah: a)

Sekiranya pelajar menggunakan “pharaphasing” nama pengarang ditulis sebahagian daripada teks, tahun penerbitan hendaklah ditulis dalam kurungan seperti berikut : Works by Yao (1993) have shown that in order to maintain the behavioural link between the offsprings and their parents, the use of crossover operator should be avoided.

b)

Sekiranya pelajar menggunakan petikan yang panjang (quotation), nama pengarang, tahun penerbitan dinyatakan dalam perenggan, dan muka surat hendaklah ditulis dalam kurungan seperti berikut :

ANN offers useful properties and capabilities such as non-linearity, inout and output mapping, adaptability and fault tolerance among others. (Haykin, 1990: 16)

Contoh seperti diatas iaitu petikan ini menggunakan font Arial 10 itallic, jarak 1 baris antara barisan dan indent dipermulaan ayat.

10

c)

Sekiranya terdapat dua atau tiga pengarang, nama-nama pengarang tersebut perlu ditulis seperti berikut : In designing the model for non-linear system, the parsimonious principle (Soderstrom and Stoica, 1989) is critical because a non-linear model involves an excessive number of parameters. Syu and Chang (1999) successfully used neural networks to adaptively control Penicillin acylase fermentation.

d)

Sekiranya terdapat lebih daripada tiga pengarang, selepas nama pengarang yang pertama hendaklah ditulis et al. seperti berikut :

The algorithm can be calculated by applying Gram-Schmidt procedures as described by Korenberg et al. (1998)

e)

Sekiranya beberapa penulisan dibuat oleh pengarang yang sama di dalam tahun yang sama, abjad seperti a, b, c dan seterusnya hendaklah ditulis selepas tahun penerbitan. Some of the basic principles widely used by many researchers are LagrangeEuler (LE) equations (Uicker, 1965; Bejczy and Paul, 1981), Newton-Euler (NE) equations (Luh et al., 1980a) and d’Alembert (G-D) equations (Lee et al., 1983).

Luh et al. (1980b) presented an example of an acceleration control of robot arm/manipulator. 3.2.2

Senarai Rujukan Semua rujukan yang dinyatakan dalam teks perlu disenaraikan dalam Senarai

Rujukan. Senarai rujukan hendaklah disenaraikan mengikut susunan abjad. Sekiranya rujukan tersebut merupakan pengarang yang sama, susunan hendaklah mengikut tahun penerbitan. Sebagai contoh, atikel yang ditulis oleh Peden yang diterbitkan pada tahun 1983 hendaklah disusun sebelum atikel yang diterbitkan pada tahun 1999.

11

Sekiranya rujukan melibatkan lebih daripada satu pengarang, hendaklah disusun mengikut pengarang yang pertama.

3.2.3

Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan

3.2.3.1 Penggunaan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan Terdapat pelbagai nama pengarang. Beberapa cara penulisan untuk nama pengarang adalah seperti berikut :

i)

Nama Barat

Tuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh nama lain. Contoh : nama : John Noick Pavlovic (dalam teks) ditulis : Pavlovic, J.N. (dalam teks) Pavlovic (tahun)

ii)

Nama Melayu

Tuliskan nama penuh pengarangnya. Contoh : nama : Mohd Noor Bin Abdullah (dalam teks) Abdullah,M. N. (Tahun) ditulis : Abdullah, M.N., (Tahun), iii)

Nama Arab atau berunsur arab

Tuliskan nama keluarganya Contoh : nama : Syed Muhammad Naquib Al-Attas rujukan : Muhammad Naquib, S.A. teks : Muhammad Naquib (tahun) atau

Tuliskan nama pengarang jika tiada nama keluarganya Contoh : nama : Malik ibn Anas ditulis : Malik ibn Anas

12

iv)

Nama Cina

Mulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cina terletak di depan nama. Contoh : nama : Tan Beng Keat Rujukan : Tan, B. K. (dalam teks) Tan (Tahun)

v)

Nama India

Tuliskan nama pengarangnya. Contoh : nama : Srinivasan Venkataraman ditulis : Venkataraman, S. (dalam teks) Venkataraman (tahun) Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan. Contoh : nama : S. N. Gupta ditulis : Gupta, S.N. (dalam teks) Gupta (tahun) vi)

Nama Punjabi

Tuliskan nama pengarangnya Contoh : nama : Karam Singh ditulis :Karam Singh (dalam teks) Karam (tahun) atau nama : Surjit Kaur Grewel ditulis : Surjit Kaur Grewel (dalam teks ) Surjit (tahun)

13

3.2.3.2 Cara penulisan Cara yang perlu ditulis di dalam Senarai rujukan adalah seperti berikut : i)

Satu dan beberapa pengarang Contoh satu pengarang : Veres, S.M., 1990. Structure Selection of Stochastic Dynamic Systems. New York : Gordon and Breach Science Publishers. Contoh dua atau beberapa pengarang : Soderstrom, T., Stoica, P., 1989. System Identification. United Kingdom: Prentice Hall International Ltd. Luh, J.Y.S., Walker, M.W., and Paul, R.P., 1980. Resolved-Acceleration Control of Mechanical Manipulators, IEEE Trans. Automatic Control. 25 (3) : 468-474.

ii)

Penyunting / Penyusun Contoh Kristjohnson, H. (Ed), 1971. Modern Fishing gear of the worl. Surre : Fishing New Book. Lees, R.H. & Thomas, T.R. (Eds) 1974. Chemical nomenclature usage. Chischester : Ellis Horwwod.

iii)

Penulis / Penyunting Korporat Contoh Engineers Joint Council, 1969. Treasure of engineering and scientific terms.New York : Engineers Council. American Chemical Society (Ed). 1978. Handbook for authors of American Chemical Society publications.Washington, D.C : American Chemical Society.

14

3.2.4

Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai Rujukan Terdapat pelbagai bahan rujukan yang dirujuk di dalam penyediaan projek ilmiah dan

ianya hendaklah ditulis di dalam Senarai rujukan seperti berikut : i)

Buku Nama pengarang. Tahun. Tajuk. Edisi (sekiranya terdapat lebih daripada beberapa edisi). Tempat diterbitkan : Penerbit. Contoh : Theusen, G.J. and Fabrycky, W.J., 1984. Engineering Economy. 6th ed. Englewood Cliffs, N.J : Prentice-Hall.

ii)

Artikel dalam buku Nama pengarang artikel. Tahun. Tajuk artikel. Dalam : Pengarang buku. Tajuk buku. Tempat diterbitkan : Penerbit. Mukasurat. Contoh : Hussein, S.B., Jamaluddin, H., Mailah, M. and Zalza, A. M. S., 2000. An Evolutionary Neural Network Controller for Intelligent Active Force Control. In : Parmee, I.C. ed. Evolutionary Design and Manufacturing. London : SpringerVerlag.351-362.

iii)

Jurnal Nama pengarang. Tahun. Tajuk artikel. Tajuk Jurnal. Volum (Bilangan) : mukasurat. Contoh : Billing, S. A., 1980. Identification of Nonlinear Systems : A survey. Proc.IEE, Part D.127 (6) : 272-284.

iv)

Artikel Seminar Nama pengarang. Tahun. Tajuk artikel. Nama Seminar. Tarikh seminar. Tempat diterbitkan : Penerbit, mukasurat. Contoh : Sheta, A.F. and De Jong, K., 1996. Parameter Estimation of Non Linear Systems in Noisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings of

15

the 1996 IEEE International Symposium on Intelligent Control.September 1518. Dearborn, Michigan : IEEE, 360-365. v)

Tesis Nama pengarang (Tahun). Tajuk tesis. Institusi pengajian : Tesis.

Contoh Hasniza, M. R., 2003. Pasaran Buruh Tempatan Dalam Sektor Pembinaan. Universiti Malaya : Tesis PhD.(unpublished).

vi)

Buku Perundangan Nama negara. Tahun. Tajuk buku perundangan. Nombor perundangan. Contoh Malaysia 1983. Perintah Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah. P.U. (A) 41 1983.

vii)

Piawai Nama Institusi. Tahun. Tajuk ‘standard’. Tempat diterbitkan. Nombor piawai

Contoh British Standards Institution 1987. Tongued and Grooved Software Flooring. London, BS 1297.

viii)

Patent Nama pemilik. Tahun. Tajuk patent. Nombor patent.

Contoh Lindgren, E.A., 1960. Screen Room Air Inlet and Wave Guard. U.S. Patent 2, 925, 457. ix)

Katalog Nama pengeluar Tahun. Tajuk. Tempat diterbitkan : Nota. Contoh Howick Partitioning Ltd. 1984. Howick : Partitioning in Business. Redhill (U.K) : Trade Brochure.

16

x)

Lukisan terukur Nama. Tahun.. Tajuk. Tempat diterbitkan : Nota Contoh Zairul Azidin A., 1980. Rumah Kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung, Kampung Gajah, Perak. UTM : Lukisan Terukur.

xi)

Bahan yang tidak diterbitkan Nama. Tahun.Tajuk. Tempat/Institusi. Tidak diterbitkan “tidak diterbitkan” perlu ditulis diakhir ayat.

3.3

Rujukan Internet Maklumat yang dirujuk dari internet merupakan maklumat yang akan berubah-ubah.

Oleh kerana itu, rujukan yang dibuat perlu dirujuk semula dengan rujukan asal. Walau bagaimanapun, jika maklumat tersebut perlu digunakan dalam projek latihan ilmiah cara penulisannya sama seperti rujukan artikel lain tetapi hendaklah dinyatakan alamat web dan tarikh dilayari adalah seperti berikut;

Dalam rujukan ditulis; (sumber web/linkpage/tarikh) Website 1.www.midvalley.com.my/fiabci2001.cfm. 15/05/2003 2.www.midvalley.com.my/about.cfm. 15/05/2003 Contoh dalam teks adalah sama seperti rujukan dari sumber lain. Jika tiada nama penulis tetapi hanya artikel atau laman web resmi selepas akhir teks di tulis dalam kurungan contoh seperti (www.midvalley.com.my/fiabci2001.cfm.15/05/2003).

17

BAB 4 NOTA DAN NOTA KAKI 4.1

Panduan Umum Nota seperti nota kaki, nota atas dan sebagainya pada sesuatu halaman tertentu

tidak digunakan bagi penulisan projek ilmiah dalam bidang Sains dan Teknologi. Walau bagaimanapun, penggunaan nota kaki yang terhad dibenarkan bagi penulisan kajian ilmiah dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Nota kaki diletakkan di bawah sesuatu halaman. Ia digunakan untuk menerangkan atau memberi maklumat tambahan mengenai perkara yang terdapat dalam kandungan teks pada halaman berkenaan. Nota kaki dicatatkan mengikut angka Arab dan berturutan iaitu 1,2,3 dan seterusnya. 4.2

Cara Penulisan

Cara penulisan : Nama pengarang, “Tajuk artikel”. Maklumat penerbitan, tahun, mukasurat.

Ditulis menggunakan font 10 dan single spacing seperti berikut : 10

Carter,M.D, Bonk,.W.J., and Magrill, R.M., 1974, pp.61-66

Nombor 10 tersebut ialah nombor nota kaki dan ditulis menggunakan font ‘superscript’.

Sekiranya penulis hendak menggunakan nota kaki, penulisannya hendaklah

seragam bagi keseluruhan penulisan kajian ilmiahnya.

18

BAB 5 PENILAIAN LATIHAN ILMIAH 5.1

Kaedah Penilaian Pelajar yang mengambil subjek projek latihan ilmiah ini akan dinilai secara berterusan bermula daripada minggu pertama mereka mengikuti subjek ini. Pelajar akan diberi bimbingan melalui syarahan pada beberapa minggu mengenai cara melaksanakan kajian penyelidikan, metodologi dan struktur penulisan.

Pelajar akan diberi pilihan tajuk-tajuk untuk projek ilmiah oleh

jabatan masing-masing.

Bagi pelajar yang menggambil projek ilmiah ini

untuk dua semester, perlu menunjukkan prestasi yang telah ditetapkan oleh jabatan untuk mendapat markah ‘P’. Di semester kedua pula pelajar perlu menyiapkan projek ilmiah ini dan menghantar draf pada minggu/tarikh yang ditentukan oleh jabatan masing-masing. Secara amnya draf pertama yang sempurna hendaklah dihantar pada minggu ke-12. Mengikut syarat yang telah ditentukan oleh jabatan masing-masing, laporan projek latihan ilmiah yang telah siap dijilid mengikut warna yang telah ditentukan hendaklah diserahkan pada minggu ke-14. 5.2

Permarkahan Pecahan permarkahan untuk projek latihan ilmiah mulai dari sessi 2006/2007 adalah seperti berikut; 1)

Markah untuk penilaian berterusan : 20%

2)

Markah oleh Penyelia

: 40%

3)

Markah oleh Pemeriksa Kedua

: 40%

Markah untuk penilaian berterusan yang dibuat oleh penyelia atau penyelaras kursus mengambilkira prestasi kemahiran insaniah (soft skill) pelajar dan perkara berikut; a)

Ketepatan masa untuk temujanji

b)

Tetepatan masa menyiapkan tugasan

c)

Tindakbalas pelajar dan pemberian idea

d)

Perancangan dan proses kerja

e)

Tanggungjawab dan minat

19

Markah untuk penyelia dan pemeriksa kedua adalah sama iaitu 40% setiap seorang. Perkara yang diambilkira adalah seperti;

5.3

a)

Kefahaman bidang kajian

b)

Literatur

c)

Pengumpulan data dan maklumat

d)

Penganalisaan

e)

Rumusan

f)

Format Persembahan

Viva Voca Bergantung

kepada

kehendak

jabatan

masing-masing,

pelajar

berkemungkinan dikehendaki menghadiri sidang viva-voca yang bertujuan untuk memastikan ketulinan kajian yang dibuat oleh pelajar.

20

Suggest Documents