Al-Munthalaq. Isi Kandungan

Al-Munthalaq_________________________________________________________________ Isi Kandungan MUQADDIMAH BAB 1 : Kita Menolak ‘al-hawa’ ……………...………………...
Author: Beryl Lawson
3 downloads 2 Views 1MB Size
Al-Munthalaq_________________________________________________________________

Isi Kandungan MUQADDIMAH BAB 1 : Kita Menolak ‘al-hawa’ ……………...……………………………... BAB 2 : Hanya Gerhana, Bukan Terbenamnya Matahari…………………. BAB 3 : Golongan Baik Yang Dibinasakan………………………………….. BAB 4 : Kewajipan Dakwah ke Jalan Allah …………………………………. BAB 5 : Ahli Ibadat yang Bermain-main …………………………………… BAB 6 : Pelukan Cendekiawan ……………………………………………… BAB 7 : Jihad Dengan Hujah ……………………………………………….. BAB 8 : Asas Fiqh Amal Jama’ie Menurut Salafussoleh …………………..... BAB 9 : Fiqh Amal Jamai’e Dalam Bentuk Baru ……………………………. BAB 10: Keselarasan Dan Kesyumulan …………………………………….. BAB 11: Panji Kebaikan …………………………………………………….. BAB 12: Formula yang hanya difahami oleh rijal ………………………….... BAB 13: Perjanjian ………………………………………………………….. BAB 14: Kriteria Generasi Pengasas ………………………………………... BAB 15: Peluasan Yang Seimbang dan Penyebaran Yang Berhati-hati …….. BAB 16: Pemilihan Memelihara Dari Kecundang ………………………….. BAB 17: Fokus, Bukannya Meramaikan……………………………………..

2

3 9 23 31 38 55 64 71 78 87 99 105 111 119 127 136 147 157

www.BahanTarbiyyah.info

Al-Munthalaq_________________________________________________________________

MUQADDIMAH :

MARI KITA DUDUK SEBENTAR… KITA BERIMAN SEJENAK… Para da'i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia berada dalam amal salih dan azam kebaikan. Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya. Berulang-alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah ditentukan oleh Allah, tidak akan berhenti, terus berlaku. Oleh kerana itulah, orang-orang yang beriman telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri majlis-majlis tafakkur dan saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain. Memeriksa diri daripada dihinggapi penyakit takabbur atau menolak kebenaran. Memeriksa hati daripada diselubungi penyelewengan. Memeriksa ilmu dan iman daripada tergelincir yang membawa kepada bid'ah atau kecuaian yang membawa kepada meninggalkan mana-mana perintah Allah dan petunjuk. Mu'az bin Jabal telah menterjemahkan perasaan ini dengan satu perkataan yang telah menjadi satu fasal daripada perlembagaan orang-orang yang beriman. Beliau telah berkata ketika mengingatkan sahabatnya:      (Marilah kita duduk untuk beriman sejenak). Perkataan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah, lalu ia berkata kepada Abu ad Dardaa’ (ra) sambil memegang tangannya: ‫ أ"!ع   ار إذا‬$‫ل )( "'& إن ا‬+ ),- .+/01"‫( ا‬Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolakbalik daripada isi periuk yang sedang menggelegak). Lalu kita mengambil perkataan ini daripada mereka berdua. Nasihat-nasihat ini (siri-siri buku ini) adalah tentang fiqh ad da'wah. Kita menyeru para da'i untuk duduk sejenak dengan setiap nasihat untuk ia beriman dan mengkaji diri, ilmu dan kesungguhannya. Sisa.... Dan Harapan Siri-siri buku ini ditulis untuk para du'at; mereka yang menunaikan solat dan merasa bangga megah dengan agama mereka; yang berakhlak dengan akhlak mukminin. Tidak ditujukan kepada yang lalai, lebih-lebih lagi yang menyeleweng. Ini adalah kerana untuk menyelesaikan permasalahan dunia Islam hari ini, tidak perlu kepada berpindahnya bilangan yang besar dari mereka yang lalai dan menyeleweng kepada berpegang-teguh dengan Islam. Tetapi apa yang diperlukan ialah menyedarkan mereka yang sudah pun berpegang dengan

3

www.BahanTarbiyyah.info

Al-Munthalaq_________________________________________________________________

Islam, membangkitkan kesungguhan mereka dan memperkenalkan kepada mereka jalan amal dan fiqh da'wah. Masih ramai dari kalangan orang-orang mukmin, bilangan mereka sudah mencukupi untuk menegakkan kebaikan yang kita cita-citakan, tetapi dengan syarat apabila mereka mengenali tajarrud (menyerahkan diri hanya untuk Islam), zuhud terhadap dunia, menjauhkan diri dari fitnah, sabar atas segala mihnah dan memahami seni memimpin ummat. Oleh sebab itu, siri-siri buku ini tidak akan berbicara dengan orang yang masih mencampur-adukkan antara Islam dan lainnya. Tetapi ia hanya memadai untuk mengajak muslim, yang benar imannya, suci aqidahnya, merasa perit dan sedih dengan realiti ummat muslimin hari ini. Buku ini akan mengajar kepadanya jalan beramal yang berfaedah dan jalan penyelamat, memandunya kepada kewajipan untuk mempertingkatkan tarbiyyah dirinya dalam memenuhi tuntutan perjalanan. Buku ini juga ditujukan kepada para du'at yang sudah mengetahui jalan amal, akan tetapi, mereka masih memerlukan pengukuhan (bantuan), peningkatan usaha dan proses melembutkan hati. Oleh yang demikian, kami telah mengambil segala pengertian kebaikan sebagaimana yang diisyaratkan oleh Yahya bin Mu'aaz seorang zuhud ketika beliau berkata:

        ! "#$ %& '(

(Sebaik-baik perkara ialah: Perkataan yang lembut, yang dikeluarkan dari lautan yang dalam, daripada lidah seorang yang lemah-lembut).1 Kamu akan mengetahui betapa kelembutan yang dikendong oleh hati-hati rijal tersebut yang telah menghadiahkan kepada kamu buah hasil pengalaman dan natijah pengamatan mereka. Oleh sebab itu, sebutan (nama) mereka berkekalan dan mendapat perhatian manusia kerana ia mempunyai hubungan dengan al haq (kebenaran). Sesuatu perkataan tidak akan kekal di sisi generasi kecuali jika ia berhubung dengan kebenaran dan kebaikan, kerana ia sentiasa mendapat pertolongan daripada makhluk Allah mengikut undang-undangNya (sunnahNya) dan sentiasa diilhamkan kepada hamba-hambaNya. Berapa banyak kilatan yang dipancarkan oleh raja yang zalim atau berhala yang masyhur mengeluarkan gema seketika, memancarkan cahaya sebentar, kemudian padam dan senyap, seperti bintang yang bertukar menjadi habuk dan debu selepas terbakar. Ditambah lagi bahawa gemanya adalah daripada suara kebatilan, bukan kebenaran dan kilatannya daripada hiasan kebatilan bukannya kebenaran. Hanya aqal yang faham, hati yang bersih dan orang yang yakin dengan kebenaran apa yang dibawanya sahaja boleh mengucapkan kebenaran yang kekal. Dia mengeluarkan kata-katanya yang menjadi contoh-contoh yang realiti dan keterangan yang kekal di dalam kehidupan. Tidak tertentu untuk satu waktu sahaja, tidak juga perkara tertentu, tidak juga orang tertentu, tidak juga

1 Taarikhul

Baghdaad: 14/209

4

www.BahanTarbiyyah.info

Al-Munthalaq_________________________________________________________________

kejadian tertentu, akan tetapi ia mencakupi semua generasi dan setiap ketika, negara dan kawasan. Kamu akan dapati kehebatan kata-kata berdasarkan kehebatan orang yang berkata, sebagaimana katanya, bahawa ia mahu menjadikan kata-katanya itu sebagai jalan kehidupan manusia dan cahaya yang menerangi kegelapan kehidupan).2 Syair Menjadikan Perkataan Menarik Aku mendapati sesetengah buku tarbiyyah harakah Islamiah memisahkan antara prosa dan puisi tanpa alasan yang kukuh. Menjadikan para murabbi (pendidik) tidak dapat menggunakan beratus-ratus rangkap dan petikan puisi yang boleh melembutkan hati atau membangkitkan semangat atau puisi yang berkaitan dengan aqidah dan fikrah yang merupakan hasil karya para pemuisi yang thiqah sama ada yang lama atau moden juga para pemuisi dakwah. Seseorang berkemungkinan ketika mendengar suatu pengertian, tetapi sedikitpun tidak menyentuh perasaannya, tetapi apabila digubah dalam bentuk rentak puisi tertentu akan menggembirakan orang yang gundah gelana, menggerakkan orang yang lalai dan mendekatkan cita-cita yang dulunya terasa jauh.3 Sebahagian daripada syair mempunyai hikmah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasullah (saw). (Rentak dalam percakapan seumpama melagukan suara: maksud daripadanya ialah untuk mewujudkan kegembiraan hati dan jiwa yang menyebabkan kegembiraan fikiran).4 Oleh yang demikian kami lebih cenderung untuk menggunakan puisi dalam siri buku ini, bertujuan untuk menambah gambaran yang baik oleh seseorang da'i terhadap pengertian-pengertian tertentu, supaya mendalam di dalam jiwanya dan memerhati serta mengingatinya sentiasa. Bukti yang paling jelas tentang kepentingan syair dalam menyebarkan aqidah dan mempertahankannya, ialah peranan yang telah dimainkannya ketika membantu ahli-ahli bid'ah untuk menyebarkan bid'ah di kalangan masyarakat awam. Usaha-usaha ini dilakukan untuk menentang usaha-usaha Ibnu Taimiyyah serta pengikut-pengikutnya ketika mereka berusaha membatalkan segala bid'ah dengan hujjah-hujjah sunnah yang mulia. (Tidak dapat dinafikan bahawa hujjah lojika yang dibawa oleh Ibnu Taimiyyah telah memberikan kesannya, tetapi kekeringan lojika tidak dapat mengatasi kebasahan dan keindahan syair (puisi) sebagaimana yang dikatakan oleh penyair Islam Muhammad Iqbaal.5 Memang itulah yang berlaku. Pembawa-pembawa kesesatan yang telah menyebarkan bid'ah mereka dengan penerangan yang menarik dan keindahan syair (sastera), telah menarik hati manusia awam tanpa disedari dan inilah juga 2 3 4 5

As Syawaarid li 'Azzaam: 340 Khariidatul Qasr/Bahagian Iraq: 1/202 Wahyul qalam - ar Raafi'i: 3/285 Kitaan Muhammad Iqbaal - Abdul Wahhaab Azaam: 52

5

www.BahanTarbiyyah.info

Al-Munthalaq_________________________________________________________________

yang menyebabkan segala kata-kata Ibnu Taimiyyah tidak mendapat tempat. Tambahan pula tidak ada daripada kalangan penyair yang memihak kepada Ibnu Taimiyyah untuk membantunya. Puisi mempunyai kuasa untuk membantu sesiapa sahaja yang menggunakannya samada untuk tujuan kebaikan atau kejahatan, untuk menolong kebenaran atau kebatilan. Dalam setiap perkara yang berkait dengan fikiran atau pun hakikat kehidupan, kerana jiwa manusia menyukai keindahan, dan syair adalah keindahan seluruhnya, boleh baginya untuk menambah kejelasan kepada hak dan kebenaran dan boleh juga untuk menutup kekurangan dan penyelewengan yang ada pada kebatilan sehingga menjadikannya cantik dan indah. Tiada seorang pun yang dapat melepaskan diri dari tawanan dan pengaruh syair melainkan hati yang dimakmurkan dengan iman secukupnya. Fenomena ini mendorong aku untuk memasukkan puisi-puisi dalam siri bukubuku ini. Generasi Silam Dan Pengikut Al Imam Ahmad menjadi ikutan kita dalam menggunakan syair yang melembutkan hati. Dia menghafal sebahagian syair yang kemudiannya ditulis oleh Tha'lab; seorang sasterawan yang masyhur. Murid-muridnya pernah mendengar dia bersyair dan pada hari mehnahnya para penyair telah memujinya. Bahkan dikatakan beliau telah mengucapkan beberapa keratan syair kerana tidak berpuas hati terhadap 'Ali bin al Madiiniy yang tidak sabar bersamanya ketika menghadapi penyiksaan.6 Pernah pula salah seorang muridnya telah berkata: (Wahai Abu 'Abdullah: Apakah pendapat kamu terhadap syair yang mengandungi sebutan syurga dan neraka? Beliau berkata: Seumpama apakah syair itu? Muridnya menjawab: Mereka berkata: (membacakan syair) Maksudnya:

./01 23, ( ) * +!  ,- .1 > ? 0> > B @ NM :M:,>N> OJ P, @ @Q> C > G RST J > > 7J P, P@ OJ P, @ @Q> C > U > PT J MG V>RW> ?, XC Q@B1> G:>

“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan engkau khalifah di muka bumi, maka hukumlah di antara manusia dengan keadilan, dan janganlah engkau turut hawa nafsu, nanti ia menyesatkan engkau dari jalan (agama) Allah.” (Shaad 38: 26) Allah berfirman lagi yang bermaksud :

V>:

Suggest Documents